ARIL membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa ada tangan yang menjalar di pinggangnya.Dia menoleh ke kanan,qayla?!
"hai baby..you dah wake up?good morning.satu ciuman hinggap di pipi aril.aril cuba bangun,dia ingin berlalu ke bilik air namun terhalang,kerana dia merasakan tidak ada satu pun benang yang membaluti tubuhnya.Aril memandang qayla yang sedari tadi asyik tersenyum saja." why look me like this?tanya qayla,
"baby what happend?tanya qayla lagi.aril mengeluh kasar
" apa you dah buat ni baby?you jangan cakap kita dah terlanjur sekali lagi?!
"baby,..rilex please macam you tak biasa.jawab qayla sambil tersenyum.aril meraup kasar wajahnya " ya allah apa aku dah buat ni.
"you dah melampau!
" i tak melampau, you kan boyfriend i,tugas you adalah happykan i.puaskan hati i,barulah jadi goodboyfriend kan!
"i tahu,tapi tak semestinya dengan cara macam ni! baby jom kawin,you janji apa semalam?walaupun aril tidak ingat semuanya namun dia masih mengingati tentang janji gadis itu
" eerr you,i ada hal ,tadi ada orang call ,bye..see you leter!sepantas itu qayla keluar dari bilik tersebut
"baby! aril mengeluh kasar,
ARIL memperbetulkan tali lehernya yang sedikit senget itu,dia memerhati suasana di sekolah yang agak lenggang,mungkin semua guru-guru sudah memulakan tugas masing-masing.Aril pantas berjalan menuju ke bilik guru,hari ini dia terlambat lagi,ini semua gara-gara dia termakan pujuk rayu qayla!
" eh cikgu aril,baru datang ya.sapa cikgu rosmiza,aril sekadar tersenyum saja
"pengetua panggil katanya ada hal nak bincang dengan cikgu aril.Boleh la masuk ke bilik dia.kata cikgu rosmiza.aril mengetap bibir,pasti dia akan di marahi oleh puan safiya.
" err sekarang ke?tanya aril
"ya sekarang.lantas itu aril segera menuju ke bilik puan safiya,pintu di ketuk.kedengaran puan safiya yang mengarahkannya masuk.Aril tersenyum ke arah puan safiya yang langsung tidak memberi sebarang senyuman.Nasib kau aril kena marah harini!
" maafkan saya puan,saya lam..
"lambat lagi?bidas puan safiya,aril tersenyum tawar.
" cikgu aril,awak merupakan cikgu praktikal di sini,di mana awak menjadi kehormatan dan contoh kepada cikgu-cikgu lain.tapi bila saya tengok paskad awak yang asyik lambat membuatkan saya hilang sabar dengan awak!
aril menekur lantai tidak berani menatap wajah garang puan safiya.
"maafkan saya puan, saya ada hal sikit tadi saya betul- betul minta maaf.puan safiya bangun dari duduknya dia menghampiri aril dan berpeluk tubuh
" ini dah masuk kali ketiga awak lambat! awak ada satu lagi peluang kalau awak nak kekal lama sebagai cikgu di sini! faham tak?
"faham puan,saya minta maaf
" dah!pergi mulakan tugas awak.awak sebagai guru spm awak kena tegas!kena cekap!faham?!
"faham puan.seraya itu aril keluar dari bilik puan safiya,baru saja hendak masuk ke bilik guru ikhwan terlebih dahulu menegurnya.
" kau kenapa ril?ni mesti lambat lagi kan.aril tersenyum tipis
"ishh kau ni.Apa masalah kau sebenarnya?tanya ikhwan
" tak ada apalah wan,aku janji ini last aku lambat.err kau dah habis kelas ke?
"ha ah,aku nak masuk kelas lain pulak ni.kau pulak mengajar kelas mana?
" emm tak silap aku ,aku mengajar kelas 5 bestari.Aku dah lambat ni aku masuk kelas dulu ya.jumpa nanti rehat.kata aril,
"yalah bro!
PUAN SURAYA memandang ke arah imani dan nasrul,imani sudah nekad ingin mengambil anak angkat,dia juga kesunyian hidup sendirian.sudahla suaminya jarang pulang kerana suaminya perlu menjalankan tugas di singapura,maklumlah,polis..banyak tanggungjawab.
" kamu dah betul-betul ke ni dik?tanya puan suraya, imani angguk
"betul ma,adik dengan abang naz dah buat keputusan nak ambil anak angkat .puan suraya berpeluk tubuh
" mama bukan apa,zaman sekarang ramai anak luar nikah,tak ada keturunan!
"mama..kami yakin kami takkan malukan mama.sampuk nasrul pula.
" habis kalau anak yang kamu ambil tu lelaki macam mana bila dia dah besar nanti?ni adik..kamu tak boleh bersentuh dengan dia tau!ingat sikit.ingat senang ke nak ambil anak angkat banyak dugaannya.
entah-entah bila dia dah besar nanti dia pun lupakan kamu berdua.tak ingat budi!
"astaufirallah, mama..janganlah fikir macam tu adik dengan abang nas ikhlas tau,kami janji akan didik dia dengan baik.
" mama tak setuju!lagipun korang berdua bolehkan buat rawatan susulan dekat hospital tu! ha kamu nas
"kamu asyik busy!bila masa nak dapat anak kalau asyik memburu orang je kerja kamu.bidas puan suraya.imani mengeluh kecil
" mama janganlah salahkan abang nas dia kerja ma..demi siapa?demi adik jugak kan.mama tolonglah..kami pun nak kehidupan yang sempurna.
"look,adik boleh je dapat anak kalau kamu berdua usaha gigih!bukannya terus pergi ambil anak angkat cuba kamu berhubung dahulu hospital manalah tahu kot kot dapat anak nanti.pujuk puan suraya lagi.imani dengan nasrul saling berpandangan.
" apa hal pulak ni.tanya encik zaidi yang tiba-tiba muncul,dia lantas melabuhkan punggung di sisi isterinya.
"hah adik..nas,..bila kamu berdua sampai?papa tak perasan pula.imani tersenyum
" baru je pa,.papa dari mana?
"biasalah uruskan tanah la.ramai yang nak beli.ha nas..kamu tak kerja? nasrul tersengih" tak pa,cuti hari ini.
"oooh cuti.tadi kat luar papa dengan korang bergaduh,bercakap pasal apa?imani dengan nasrul saling memandang ke arah puan suraya.
" ni ha diorang berdua nak ambil anak angkat.terang puan suraya
"habis?okeyla tu adik pun mesti nak teman jugak kan yalah..nasrul tu kerja jauh-jauh sekejap drive singapura sekejap drive johor,kesian adik asyik kena tinggal
" saya tak setuju.
"eh apasal pulak?kan demi adik jugak.puan suraya memandang ke arah encik zaidi" abang,saya tak nak cucu yang tak ada keturunan! abang faham tak?saya malu tau!
"ya allah,su!bawa mengucap,boleh tak awak lakukan semua ni untuk anak kita? demi kebahagiaan anak kita!
" itu bukan kebahagiaan namanya!itu menjatuhkan maruah!kamu dengar sini adik,mama takkan mengaku dia sebagai cucu mak,melainkan dia benar-benar anak kandung kamu!seraya itu puan suraya berlalu.imani sudah berlinang air mata.nasrul cuba menenangkan isterinyitu
"adik.bawak bersabar ya,mama memang macam tu
" kenapa mama tak pernah faham apa adik nak ,pa?kenapa..
"sudahla,papa setuju kalau adik nak ambil anak angkat, papa faham perasaan adik.nas..kamu jaga anak papa baik-baik ya.
Sayang..dahla tu,jangan sedih.pujuk nasrul
" macam mana saya tak sedih kalau mama tak setuju?abang dengar sendiri kan tadi mama cakap apa,kalau kita ambil anak angkat mama takkan mengaku budak tu cucu dia..
"ya sayang abang faham,tapi cuba bertenang dulu kita doa semoga mama lembut hati ya.pujuk nasrul.Encik zaidi tersenyum melihat nasrul yang sangat penyanyang.
ARIL termenung sepi di koridor semua pelajar sudah pulang,aril masih tidak dapat melupakan apa yang telah dia lakukan di kelab malam semalam,hatinya sayu dan pedih dengan tiba-tiba.Dia merasa sangat hina.
aril mengeluh,dia memejamkan mata tanpa di sedari air matanya menitis
ya allah ampunilah aku...ampunilah aku..
" wei!kau buat apa sorang-sorang kat sini.sergah ikhwan,aril terus mengesat air matanya.ikhwan mengerutkan dahi"hey..kau menangis ke?
"eh mana ada.gila ke kau aku nak menangis tak ada makna la.balas aril sambil tersengih
" ye ke?habis kenapa mata kau basah
"ehh mana ada.mengarutlah kau ni.tak ada apa la.
" ye ke ni?tanya ikhwan buat kesekian kalinya
"ye betul.
" habis kenapa kau tak balik lagi,ke kau terasa hati dengan kata-kata puan safiya?duga ikhwan
"emm tak adalah,aku tahu tu silap aku and memang patut pun aku kena tegur macam tu.
" habis kau buat apa kat sini sorang-sorang.kenapa tak balik lagi
"entahlah wan,kau pun tahu kan aku balik pun orang tak anggap aku ada.ikhwan tersenyum nipis,kesian temannya itu.lantas bahu aril di sentuh lembut" sabar bro,allah nak uji
"kalau macam tu kau kena cepat-cepat menikah dengan qayla, barulah hidup kau tak sunyi
" hmmm,keluhnya.ikhwan semakin pelik,"kenapa kau mengeluh ni,pelikla aku.apa lagi masalah kau dengan dia kalini?
"entahlah,aku pun tak tahu dengan sikap dia,aku rasa dia dah banyak berubah sekarang dia yang aku kenal dah tak sama dengan yang sekarang.
kalau dulu dia baik,selalu ada dengan aku cakap pun tak kasar,but now?hmm aku cakap sikit dah melenting .Luah aril.ikhwan setia mendengar luahan hati sahabatnya itu
" itulah kau aku dahcakap kan kau kena cepat masuk minang dia,jumpa mak ayah dia ini tak kau asyik tangguh aje!
"aku bukan tangguh dah dia tak nak takkan aku nak paksa?nampak sangat aku gila bayang.ikhwan meledakkan ketawa,terasa lucu pulak!
" kenapa kau gelak pulak aku buat lawak ke?aril menarik muka.
"tak adalah kau tu kelakar la!ada ke gila bayang?!hahahaha pelik kau ni.dahla ril,kau go on je perempuan ni dia banyak ragam tau.Aril termanggu.
Share this novel