ARIL bersiap-siap untuk bertemu qayla,hatinya sangat bahagia menerima sebuah mesej dari qayla yang mengatakan dia boleh menjenguk gadis itu di hospital ,
"amboi..sengih je memanjang,apa hal ni.tanya hana,dia sudah siap dalam pakaian sekolah, hari ini,dia akan menduduki peperiksaan spm,hatinya turut berdebar,inilah kali pertama dia menduduki peperiksaan yang penting dalam hidupnya.Aril menoleh ke arah hana
" saya nak pergi hospital qayla cakap dia nak jumpa saya,
"oooh,sekarang ke?
" yelah,saya mungkin masuk lewat sikit kot,
"habis siapa nak hantar saya?ke saya ikut awak jugak
" eh tak ,awak tak boleh ikut kan exam harini.tak apa,saya hantar awak dulu.kata aril,hana angguk lalu dia berjalan ke pintu utama ,memakai kasut.
"hana..jawab exam baik-baik tau.Sebelum buka soalan baca bismmillah dulu jangan gopoh-gopoh.pesan maksom.Hana bangun apabila selesai memakai kasut,dia tersenyum ke arah makwan,lalu tubuh wanita itu di peluk erat" terima kasih maksom.hana gembira sangat maksom layan hana macam anak maksom sendiri
"ya,mestilah.pelukan di leraikan.
" nah.sebotol air mineral di hulurkan pada hana.Dahi gadis itu berkerut."apa ni?tanya hana
"ini air solat hajat,maksom buat untuk hana.Hana minum ya.semoga kejayaan milik kamu.
sekali lagi hana terharu" terima kasih maksom!
"hana..jawab exam dengan baik tau.semoga kejayaan milik awak.ucap aril sebelum hana keluar dari perut kereta
" terima kasih awak! ini semua sebab awak tau.aril tersenyum.
seraya itu hana keluar dari perut kereta,dia berjalan menuju ke dewan peperiksaan.kereta honda city juga melunsur laju meninggalkan pekarangan sekolah itu.
Laju langkah di atur menuju ke wad tiga,Sejambak bunga mawar di selitkan ke belakangnya,pintu di buka perlahan-lahan.Dia tersenyum kerana dapat melihat wajah si pujaan hati
"hai baby.sapa aril dengan lembut,dia perlahan-lahan mendekati kekasihnya itu
" hai sayang.awal you datang
"mestilah,i happy sangat you cakap macam tu semalam,rasanya tidur i lena!kata aril.
" baby..close your eyes please.
"eh kenapa pulak?
" tutuplah.i ada something untuk you. kata aril.Qayla menutup matanya
"okay dah boleh buka!arah aril.Qayla tersenyum melihat sejambak bunga mawar yang berada di hadapannya saat itu.Qayla memeluk erat aril
" thankyou sayang.selalu ada dengan i.
"mestilah baby.i always bersama dengan you sampai bila-bila.Ucap aril.pelukan di leraikan
"you..hana takkan ubah fikiran kan?dia akan bagi ginjal dia untuk i kan?i bukan apa..i tak nak hidup macam ni.Aril tersenyum tipis
" sabar ya,hana cakap tunggu dia habis exam.
"i harap dia takkan ubah keputusan,i takut kalau dia tipu i..
" baby,janganlah fikir macam tu,hana takkan tipu you.pujuk aril.
HANA mengeluh kecil sudah setengah jam dia tunggu aril,namun kelibat lelaki itu tidak kelihatan sama sekali."cikgu wan!panggil hana.ikhwan yang ingin melangkah masuk ke dalam perut kereta terus menoleh ke arah gadis itu,hana berlari anak menghampiri ikhwan.
"ya kenapa?tanya ikhwan sambil dahinya berkerut
" err cikgu wan..ada nampak cikgu aril tak?tanya hana.
"cikgu aril?dia tak datang kerja hari ni.kenapa awak cari dia?tanya ikhwan ,pelik.
" errr saya nak bagi buku latihan yang dia suruh buat haritu..bohong hana.
"oooh awak bagi esoklah,hari ini dia cuti mendadak.katanya ada hal sikit.kata ikhwan.Hana sekadar angguk saja,lantas dia berjalan menuju ke sebuah pondok yang di khaskan untuk pelajar duduk sementara menunggu ibu -bapa mereka datang ambil.
" takkan dia lawat qayla sampai lupa nak masuk kerja.hnm..aril..sungguh utuh cinta kau padanya..getusnya dalam hati.Hana terpaksa menunggu bas trek kedua,perutnya sudah berkeroncong,kerana kelaparan.Tadi dia tidak sempat makan kerana study,dia tidak mahu gagal dalam exam spm.Demi cita-citanya dia sanggup meredah onak dan duri.
DEMI qayla aril sanggup menjadi badut,menemani dan menghiburkan gadis itu,dia tidak mahu pujaan hatinya sendirian.Makanan yang di beri oleh pihak hospital di tolak oleh qayla katanya makanan itu tidak sedap
"alaa baby kenapa tak nak makan?makanlah..nanti you sakit macam mana?
" i tak nak makan makanan kat sini,tak sedaplah sayang.sayang..please belikan i makanan lain.
"okay,you nak makan apa?tanya aril,qayla tersenyum" emmm i nak makan kuew teaw tomyan.boleh belikan?
"okay tunngu sini i belikan ye.lantas itu aril keluar membeli makanan kegemaran gadis pujaan hatinya itu.
HANA bersandar lesu atas sofa,jam sudah menunjukkan pukul 5:30 namun aril masih belum pulang.Hatinya di pagut resah,dia bimbang jikalau terjadi sesuatu kepada aril.Hana mengeluh kecil,telefon di ambil lalu mendail nombor aril.
" maaf nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi.
Hana berdecit"ishhh manalah aril ni.dari pagi sampai ke petang tak nampak batang hidung.
"hana..merepek apa tu.tengah tunggu aril ya?tanya maksom,hana tersenyum nipis
" ha ah maksom,dari tadi sampai ke petang tak nampak batang hidung.dia pergi mana..
"adalah tu,urusannya.hana call la
" dah call tapi tak dapat. luah gadis itu
"tak apalah hana tunggu ajelah.
Jam 8.00 malam barulah aril tiba di rumah,saat itu hana sedang study di ruang tamu,aril menapak masuk ke dalam rumah,kunci kereta di sangkut ,.hana mengerling sekilas ke arah aril,namun lelaki itu langsung tidak melihatnya ,bahkan dia terus mendaki tangga.Hana tidak faham dengan sikap aril,kenapa dia macam tu!
Hana meletakkan pen atas meja dia turut naik menuju ke bilik," awak..pergi mana?kenapa masani baru balik.Tanya hana,dia berdiri di hadapan pintu bilik,aril menoleh ke arah hana
"saya jumpa qayla.balasnya sepatah
" habis..sampai ke malam ke awak jumpa dia?tanya hana.Aril berpeluk tubuh"yang awak nak marah saya ni kenapa,ikut suka hati sayalah. saya.hana terkedu
"saya tanya je
" tak payah tanya ,kita cuma kawan hana.kawan.please jangan ambil tahu hal saya macam awak isteri saya
"tapi saya memang isteri awak kan?kita dah sah nikah.jawab hana.Aril mengeluh kecil
" hati saya hanya milik qayla, dan takkan terbahagi untuk sesiapapun.tolonglah jangan letak harapan pada saya.kita cuman teman..
hana tersenyum dalam sebak"ya teman,tapi salah ke saya kalau saya nak ambil tahu hal awak?sebagai teman..
"dahla hana,saya nak mandi.seraya itu pintu bilik di tutup,hana memejamkan matanya
air mata lantas melunsur laju ..
dia fikir aril akan mengambil berat akan dirinya,hari ini merupakan hari pertama dia menduduki spm,yang sebenar,lelaki itu langsung tidak menanya khabar tentangnya.Hana mengeluh kecil.
Share this novel