DEMI DIA BAB 30

Romance Series 35926

HANA perlahan-lahan membuka matanya,terasa pingang kanannya mencucuk,tangannya meraba-raba pingang kanan

Dia cuba bangun dari perbaringannya,kerusi roda terbalik,kepalanya juga sakit,seingatnya dia mahu mengambil air kosong untuk minum ubat,tiba-tiba dia tergelincir dari kerusi roda,selepas itu dia tidak ingat apa-apa.

"maksom..panggil hana,lirih suaranya,.Namun hampa tiada sahutan.Hana memanggil lagi sambil cuba bangun,semakin kuat pingang kananya mencucuk

ya allah sakitnya..

Pintu di kuak apabila perasan pintu utama tidak berkunci,imani terus masuk,nama hana di panggil

" hana!hana kat mana...

"kak imani! hana kat sini...laung hana,imani terus melulu ke dapur

" ya allah hana! apa dah jadi ni..imani terus menerpa ke arah hana,dia cuma membantu gadis itu bangun."ya allah macam mana hana boleh terjatuh pulak ni.omelnya sambil gigih membantu hana naik ke atas kerusi roda

"kak imani..pingang hana sakit,Adunya sambil tangan kanan memengang pingang, dia sudah tidak dapat menahan rasa sakit

" kita ke hospital ya.seraya itu kerusi roda di tolak,dia cuba membantu hana masuk ke dalam perut kereta.

"abang! abang kat mana?tanya imani,suaranya cemas

" abang kat rumah papa,kenapa?tanya aril

"abang datang hospital sekarang,hana sakit!
.aril terkejut

" macam mana adik tahu ni?

"tak payah tanya lah abang,cepat datang!seraya itu talian di matikan.Aril terpinga-pinga."kenapa aril?adik call kenapa.tanya encik zaidi.

" pa..aril kena ke hospital sekarang,hana masuk hospital"ya allah..dia sakit apa ril?

"aril pergi tengok hana dulu,kejap lagi aril datang balik.

" ha yalah,hati hati tau.

"ya pa.

sesampai di hospital,aril terus menuju di wad 2.Pintu di buka,dilihatnya imani sedang menemani hana.

" adik..

"awak..sapa hana,dia ingin bangun namun di tegah oleh imani " hana kan tak sihat,jangan bangun lagi

"macam mana awak boleh masuk hospital pulak ni,ini mesti awak tak jaga diri betul-betul kan.marah aril,hana mengetap bibir,fikirnya aril akan bertanya khabarnya,Namun dia di marahi pulak

" abang,dahla jangan nak marah hana.Abang kat mana masa dia jatuh?

"soalan apa adik tanya ni.Kan abang dah cakap abang kat rumah papa.itu tak faham ke?marah aril pula pada imani.imani mengeluh kecil

sini abang.terus lengan aril di tarik menuju ke luar bilik yang di diami oleh hana.Hana terpinga-pinga

" apa ni dik..

"apa apa apa!?abang ni kan memang tak boleh harap betul lah!sampai hati abang buat hana macam tu.Tak ada hati ke?

" eh kenapa adik nak marah abang ni.Apa hana dah cerita dekat adik sampai marah abang macam ni sekali!

"tak ada cakap apa-apa.Jangan nak salahkan hana,dia tak salah,yang salahnya abang!abang lebih pentingkan perempuan lain berbanding isteri sendiri! isteri yang sah!

wajah aril berubah.

" adik tak sangka,abang yang adik agung-agungkan rupanya seorang lelaki yang tak bertanggungjawab!dayus!

"stop!adik jaga mulut ya,siapa ajar adik kurang ajar dengan abang?hana ke yang ajar?,cakap dengan abang dia cerita apa!

" tak ada siapa yang ajar adik,sikap abang tu yang ajar adik kurang ajar dengan abang!abang dah besar dah matang sepatutnya abang lebih peka dalam hal ni!

"abang jangan ingat mentang-mentang abang akan menikah lagi satu,hidup abang akan bahagia ,no!sampai mati pun abang takkan tenang,sebab apa?sebab abang dah menzalimi isteri sendiri!

" hargailah orang yang bertarung nyawa demi abang,bukannya meminta nyawa!bidas imani lagi,lalu dia beredar dari situ,Aril merengus kasar,pintu di buka

"awak cerita apa dengan adik saya?!tanya aril,matanya sudah memerah,hana gentar melihat itu

jawablah!yang diam tu kenapa!tengking aril lagi,hana gugup

" s..sa..ya..tak cerita apa pun

"kalau awak tak cerita apa-apa kat dia,kenapa dia boleh cakap yang saya akan menikah lagi satu?!ini mesti sebab awak cerita yang awak dermakan buah pingang untuk qayla kan!?

hana,dengar sini,tak gunalah kalau awak derma tapi tak ikhlas!semua sia -sia!apa awak nak sebenarnya?cakaplah!

" saya nak awak hargai saya.salah ke?aril tertawa,dia bercekak pingang

"hargai?look,awak cuba untuk memiliki saya ke hana?saya dah ada qayla!hati saya cuma untuk dia.so please jangan berharap.

" saya tak berharap untuk memiliki awak! sebab saya tahu saya takkan dapat pun

"habistu?

" saya cuma nak awak hargai saya sebagai teman awak.tak boleh ke aril?Aril menghela nafas lemah,dia melabuhkan punggung di sisi hana

"hana ,dengar sini,saya tahu kita dah saling janji tapi awak kena ingat awak jugak yang nak saya bersatu dengan qayla.qayla tak suka kalau saya rapat sangat dengan awak..

hana terkedu,air mata menitis tanpa di pinta,jadi sebab itukah aril menjauh dan tidak peduli kepadanya?

" saya minta maaf hana.Saya tak sanggup hilang qayla buat kali kedua.saya terlalu cintakan dia.

saya tahu awak dah banyak berkorban untuk saya.Sampai awak korbankan masa depan awak dengan usia awak yang masih muda.Tapi percayalah akan ada lelaki yang baik,yang akan sayangkan awak,hargai awak..kata aril,hana mengenggam tangannya,tiba-tiba dia merasakan dirinya di permainkan!di perbodohkan!

"keluar!jerit hana,matanya sudah tajam menikam ke dalam anak mata aril

" aku cakap kau keluar!keluar!tengking hana. bersama air mata menitis di pipi

keluarlah!aku tak nak tengok muka kau lagi!aku cakap keluar !jerit hana lagi.Aril terkedu,dia tidak sangka hana akan menjerit kepadanya sebegitu

"hana..

" keluar!arah hana ,seraya itu aril menapak keluar,dia masih fobia dengan jeritan hana sebentar tadi.

Doktor asyraf menapak masuk ke dalam wad hana,dia kasihan melihat keadaan gadis itu,baru berumur 17 tahun,dia sudah perlu menjalani kehidupan tanpa"kaki!

doktor asyraf perlahan-lahan mendekati hana.Dia melemparkan senyum ke arah gadis itu."masa makan ubat.kata doktor asyraf, sebenarnya bukan tugasnya untuk memantau pesakit,namun demi gadis itu,dia rela mengambil alih tempat nurse sarah.

Dia mahu menguatkan hana,tanpa sebarang syarat!

hana geleng lemah,ubat di tolak lembut.sesekali terdengar keluhan doktor asyraf, mereka membisu..

senyap..

senyap..

senyap...

"awak janganlah diam macam ni,nanti kemurungan,doktor asyraf memulakan bicara,hana masih diam

" umur awak masih muda.Tolonglah kuat dan bangkit balik.kata doktor asyraf lagi.

"dahla doktor jangan pernah ambil peduli tentang saya.izinkan saya bersendirian.Doktor keluarlah.

" tapi hana..

"please.mata mereka bertembung," baiklah kalau itu yang awak nak,tapi satu saya minta pastikan awak makan ubat,nanti awak sakit

"hati saya lebih sakit dari pingang saya sekarang ni.ada ubat tak?tanya hana,kening kiri doktor asyraf terangkat sedikit

" ubat apa?

"ubat sakit hati!

" hana..saya tahu awak dalam keadaan yang beremosi sekarang ni,kena sentiasa ingat allah,doalah banyak-banyak supaya awak di berikan kekuatan untuk bangkit.Hana senyum tawar

"sakit hati saya tak dapat di jelaskan oleh apa pun,tak apalah doktor, izinkan saya sendirian.

Hai doktor...asyik masuk wad 2 aje..ada apa-apa ke.seloroh haikal,doktor asyraf tersengih."awak stalk saya eh ?

" eh mana ada,semua nurse kat sini nampak yang doktor asyik masuk wad 2 je.Wad lain tak jenguk pun..

"haikal,saya ada sebab tertentu,dahla buat kerja awak

" yalah doktor.Haikal berlalu,doktor asyraf masuk ke ruangan biliknya,dilihatnya Mira sudah berada di situ

"sayang..you buat apa kat sini?tanya Doktor asyraf.

" buat apa lagi,jumpa you la bie.you ni..asyik busy je,sampai abaidkan i.

"sayang,i tengah kerja kan.maaf lah..

" hmm yalah,i faham,malam ni dinner okay .doktor asyraf sekadar angguk saja.Sudah 2 tahun dia menjalinkan hubungan dengan gadis turki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience