WALAUPUN tIdak keruan,aril tetap menyambung tugasnya sebagai seorang guru.Walaupun sesi persekolahan sudah mahu tamat,namun tugasnya sebagai seorang guru masih belum selesai.Terlalu banyak kertas-kertas kerja yang perlu dia handle.DIA Mengeluh kecil,semua kerja dan moodnya berantakan akibat sikap degil lelaki itu.Sikap alif sangat menyeramkan dirinya.
"Hai,jauh termenung nampak?Aril tersentak dan lekas memandang ke arah cikgu hanim yang sudah berada di sisinya .Asyik melayan perasaan dia tidak sedar akan kehadiran cikgu hanim itu."eh cikgu hanim,bila sampai?
"dah lama dah.Eh..aril tak pergi rest ke?sebab tadi saya tak nampak pun aril kat kantin tu.Aril membelek kertas-kertas kerja yang ada atas mejanya.
"ooh saya dah kenyang.Makan dekat rumah lagi best rasanya.Balas aril sambil tangannya gigih membelek kertas-kertas kerja.Cikgu hanim angguk,seraya itu dia melabuhkan pungung berhadapan dengan aril .Aril tidak keruan.sudahlah hanya mereka berdua saja di bilik guru itu
"aril..kalau saya ajak aril dinner.Nak tak?
alamak!!apa aku nak jawab ni.Semua salah kau ril,siapa suruh kau duk kat sini..kang dah kena.ARIL berperang dengan diri sendiri.Cikgu hanim masih setia menanti jawapan aril.
"Nak tak?tanya cikgu hanim sekali lagi.Aril melempar sengih"dinner?errr maaflah,rasanya tak boleh kot.
"alaa kenapa pulak.Cikgu aril ni janganlah terlalu jual mahal.Nanti tak laku!kata cikgu hanim bersama senyuman.
"tak apalah kalau tak laku.tak kesah pun.Err cikgu hanim saya balik ke kelas dulu lah ye.asaalammulaikum.
"eeeh aril!!!
Aril mengayun langkah laju keluar dari bilik guru.Dia menyumpah seranah pada dirinya kerana berada di bilik guru itu secara berseorangan.Dia tidak pasti apa perasaan cikgu hanim terhadap dirinya.Tetapi menurut ikhwan,cikgu hanim memang ada hati dengannya.
MELIHAT aril yang asyik termenung dan sesekali dia mendengar keluhan berat dari aril,menyebabkan perasaan ingin tahu semakin membuak-buak.Dia lantas menghampiri aril yang berada di ruang tamu."Abang ...sapa hana.Aril tersentak dari lamunan dan lekas memandang ke arah isterinya
"eh sayang.Dah siap mandi?tanya aril.Hana angguk.
"meh sini kat abang.kata aril,lalu kerusi roda hana di tolak.Hana melempar senyum"abang kenapa ni?hana tengok asyik termenung je.Fikirkan apa?tanya hana lagi.Aril geleng
"nothing dear.Sayang dah makan?
"jawablah dulu.Kenapa?fikirkan apa?tanya hana.Hatinya tidak keruan.Sejak dua menjak ini sikap aril sudah berubah,aril sudah tidak seceria dulu.Asyik gelisah saja.
"sayang..boleh abang tanya?
"tanyalah abang.Bukan kena bayar pun.balas hana lalu tersengih .Aril menayangkan. gigi putihnya "memanglah tak kena bayar,tapi takut sayang tak nak jawab.
"bunyi macam serious aje.Apa tu abang?
"Sayang tahun depan kita dah nak masuk tahun baru tau. Abang nak tanyalah,sayang ada perasaan ke dengan alif?Hana terlopong
"apa abang cakap ni?perlu ke hana jawab?
"abang nak tahu je sayang.Abang tau selama ni abang banyak sakitkan sayang.selalu buat sayang menangis.Abang sedar semua tu..
"ya allah.Abang..lantas itu tangan aril di raih lalu di bawa dalam genggaman.
"dengar sini.Hati hana cuma untuk abang.Kan kita dah janji tak nak ungkit lagi hal lepas.Sekarang ni hana bahagia di sisi abang.Only you in my heart .Aril tersenyum lebar
"sejak bila isteri abang sweet ni?pandai ya buat abang cair.
"mestilah!so lepasni tak payah lah sayang syak apa-apa lagi.Hana memang tak ada apa-apa perasaan pada alif.Han cuma sayangkan Abang.
"betul ni?tanya aril lagi.Hana angguk bersama senyuman.seraya itu aril memeluk erat hana"love you sayang.ucap aril.
"love you more .Abang..jom tidur hana dah ngantuk lah
"okay jom!
IMANI membuang pandang ke arah Mamanya yang asyik termenung di perkarangan rumah,Buaian yang di duduki oleh puan suraya langsung tidak bergerak.Hanya kaku dan membisu.Imani mengorak langkah menghampiri puan suraya.Kata makwan mamanya sudah tidak ada selere makan,dan setiap hari puan suraya akan termenung saja.
butik?hmm,Kini butik mama sudah di tutup kerana tidak mampu membayar gaji staf yang bekerja di situ.Tidak di sangka impian mama musnah dengan sekelip mata.
"ma..jom kita shopping nak?ajak imani,cuba mengembirakan hati ibunya itu.Puan suraya sekadar diam tanpa menjawab apa-apa.Sejak encik zaidi mencintai orang lain,terasa hatinya sudah mati.Beginikah rasanya di sakiti ?Imani menghela nafas lemah Dia menarik kerusi yang berada di taman bunga,lalu meletakkan di sisi mamanya.Dia menghenyakkan pungung di situ
"mama,sampai bila nak macam ni?tak bosan ke mama asyik berkurung kat rumah..kata imani lagi.Air mata saja yang mampu berbicara.
"okay,mama cakap je dengan adik,apa yang mama nak ?adik akan buat untuk mama.
"baliklah dik.Dah tak ada apa-apa lagi yang boleh bahagiakan mama.Papa..papa dah tinggalkn mama.
"no,papa tak pernah tinggalkan mama.Dia sayangkan mama.mama..janganlah macam ni seraya itu tangan puan suraya di genggam erat"adik sayangkan mama sangat.Adik tak nak tengok mama sedih je macam ni.Tolonglah..
"apa lagi dik?Cakaplah.Mama dah penat nak hadap semua ni.Mama sayangkan papa.sayang sangat... tapi kenapa papa asyik nampak salah mama?Kenapa dik..
Imani menyeka air matanya yang jugak turut menitis,dia menghela nafas lemah,wajah sunggul mama di pandang.
"mama nak papa balik?
puan suraya angguk bersama tangisan."mama janji mama akan berubah..Mama tak nak hilang papa..Tak nak...tak nak...lirih suara puan suraya.
"ok i will get papa for you.Tapi sebelum tu,jom kita makan.Adik ada belikan mama Nasi briani.Kan mama suka..
"tak nak..mama nak papa..nak papa!
"papa kerja ma.Nanti adik jumpa papa ya?pujuk imani,ibarat orang kecil. Puan suraya geleng"tak nak!nak.papa sekarang jugak!suruh dia balik!mama nak.papa!jerit puan suraya.Empangan pecah jua.Dia menangis semahu-mahunya.
Imani memeluk erat puan suraya"mama,calm down.Okay adik call papa.Lantas telefon di keluarkan,Nombor encik zaidi di dail.
Maaf nombor yang dail tiada dalam perkhidmatan.Imani mengeluh kasar
"ishh papa ni duk kat mana?sampaikan line pun xde!dengusnya.
"dapat tak?tanya puan suraya dengan tangisan yang masih bersisa.Imani geleng
"rasanya papa dalam hutan,mama pun tahu kerja papa kan?..tak apa.Nanti adik call lagi.Jom kita makan.Imani lantas bangun dan ingin memimpin tangan puan suraya namun di tepis.Imani terkejut
"tak!papa bukan dalam hutan!tapi dengan perempuan tu!
ya!mesti papa tengah berasmara dengan perempuan tu!jom dik!jom kita ke rumah perempuan tu!
"mama,janganlah macam ni.Tolong jangan fikir macam-macam boleh tak?papa kerja ma.Kerja..pujuk imani lagi
"kalau adik tak nak tolong mama cakap ajelah!mama boleh pergi sorang!
"ya allah bukan adik tak nak tolong,tapi papa memang kerja!mama understand it!
"no!!!!!!! adik tak faham!seraya itu puan Suraya masuk ke dalam rumah,imani mengekori langkahnya"mama nak kemana ni?jom makan
"adik makanlah!mama nak pergi cari papa!
Imani menghela nafas lemah,pintu bilik di tutup kasar,"mama bukalah!jangan macam ni!
"pergi baliklah!mama nak bersiap-siap.selagi mama tak jumpa papa,selagi itulah mama takkan makan,takkan mandipun!laung puan suraya.Imani turun ke bawah ,makwan di cari.
"makwan!laung imani.Namun hampa tiada sahutan
"ishh mana pulak makwan ni!makwannnn!panggil imani lagi.
Tiada sahutan jugak.
Share this novel