HANA,tersedar dari tidurnya tatkala dia mendengar ketukan pintu yang agak kuat.Diri mula di selubungi rasa takut.Dia cepat-cepat bangkit ke kerusi roda walaupun pingangnya agak berdenyut sedikit.Dengan susah payah,dia menunjah kerusi rodanya menuju ke pintu utama.Pintu di kuak,terjengul wajah imani.Hana mengukir senyum"eh kak imani,maaflah hana tak dengar tadi
"kau ni pekak ke ?orang ketuk pintu dah nak tercabut tangan tangan,masih tak dengar lagi ke?!marah imani.Hana menekur lantai.Lantas itu imani masuk ke dalam rumah,tanpa sempat hana membalas apa-apa.Hana menoleh ke arah imani yang sudah melabuhkan pungung di sofa.
Hana dapat merasakan ,pandangan tajam imani ke arahnya."Kak nak air?tanya hana.menutupi rasa gugupnya.Imani tidak membalas apa-apa.Sekadar diam saja."kenapa kau tak pergi lawat mama?kau nak jadi menantu derhaka ke?tanya Imani, dengan serious.
"Err kak,bukan hana tak nak pergi tapi hana pun masih tak sihat lagi.Kata doktor hana kena banyakkan rehat,sebab minggu depan nak buat operation.Imani tergelak kecil.
"operation?hana angguk
"kau yakin ke dengan buat operation tu,kau boleh berjalan balik?selalunya orang macam kau,ni cacat selama-lamanya.Hana terkesima.Adakah di hadapannya ini bukan imani?!imani tidak akan berkasar dengannya.Gadis itu lembut dan sopan..tapi..arghh!sukar untuk dia percaya.
"tak apalah,kak kita cuba dulu.Semua tu kan kuasa allah.Hanya dia je yang tahu.Balas hana.Imani menjeling kasar"Pandai kau menjawab ya,tak padan dengan budak!aku datang sini aku nak bagitahu kau,yang abang aril akan temankan mama malam ni.So dia tak balik.Hana mengangkat wajah lekas memandang ke arah imani.
"kau tak payahlah pandang aku macam nak telan!bidas imani.Hana menghela nafas lemah"tapi abang tak cakap apa-apa pun tadi.. dia cakap nak lawat mama je lepastu balik.
"amboi-amboi...imani berjalan menghampiri hana"kau ni kan pandai menjawab betul lah!aku cakap abang aril tak balik.Tak baliklah!kau tak payah mengharap.Lagipun mama tu mama kandung dia.Kau ada?hana geleng
"haa kalau tak ada buatlah cara tak ada.Ingat eh,kau jangan mengada-ngada!seraya itu imani beredar dari rumah tersebut.Hana menghela nafas lemah,air mata menitis lagi.Ya allah..dugaan apa kau bagi ni?satu-satu yang membenci diriku..adakah aku terlalu hina dan jijik di pandangan mereka?hana berguman sendirian. Pintu rumah di tutup.
Macam itulah ril,sikap imani .Aku pun tak tahu sebab apa dia berubah.Padahal aku dah cuba habiskan masa dengan dia.Tapi dia tetap salahkan aku.Ujar Nasrul pada aril.Mereka singgah minum di warung pak ya.Walaupun warung itu kecil,namun makanannya sedap-sedap belaka.Mengalahkan cafe!Aril menghirup air kopi,pandangannya di alihkan pula pada seorang lelaki yang sedang bermain Telefon, aril mengerutkan dahi.Dia merasakan dia pernah mengenali lelaki itu.Tapi di mana?!
"eh ril!kau ni kenapa?pandang sana buat apa.Seraya itu nasrul juga mengalihkan pandangannya pada seorang lelaki yang sedang bermain Telefon itu ."kau kenal ke laki tu?tanya Nasrul, dia mengalih pandangan ke arah aril pula.Aril menjongket bahu
"i dont know.
"ishh kau ni,merapu betul.Punyalah tadi aku story kau tak ada respon pun!guman nasrul.Aril menayang gigi putihnya."bukan tak dengar,Aku dengarlah,tapi ..nak buat macam mana.Aku sendiri pun dah menyampah dengan perangai adik aku.Aku tak tahu kenapa dia berubah macam tu.nas...kau kena berkeras sikit dengan imani tu janganlah ikutkan aje apa dia nak.
"aku berkeras ke tak berkeras ke sama je ril.Dia tetap dengan ego dia tu.Bila aku tak cuti dia mintak aku luangkan masa dengan dia.Bila aku cuti,dia pulak yang luangkan masa dengan mama.Ya aku tahu,tugas dia jaga mama tapi takkanlah sampai abaidkan aku.;kan?Aril angguk"betul,aku sokong.Aku pun tak pahamlah dengan dia.agakanya kena rasuk kot.Nasrul ketawa kecil"kalau kena rasuk,jin apa?
"jin muhyo!
pecah ketawa nasrul di buatnya.
Okay nas,dik,abang balik dulu. Dah nak malam.kesian hana sorang-sorang. Kata aril,selesai melawat puan suraya dia terus meminta diri.Imani menyekat aril,dia berpeluk tubuh"sayang,tepilah ril nak balik kan tu.Kata nasrul
imani berdhana "Abang tak boleh balik.You must still there!tegas imani.Nasrul terlopong.Aril mengeluh kasar"nas,kau kawal sikit bini kau ni.Dah meroyan agaknya.imani menjengilkan matanya"what?!
"dahla,abang kena balik.kesian hana sorang-sorang. Adik jangan nak melampau ya.Nas kan ada dia boleh temankan adik jaga mama
"alah ,dia ada pun bukan boleh tolong,.Sikit-sikit telefon berbunyi katanya ada kes.Buat sakit hati je!balas imani dia melirik tajam ke arah nasrul .
"hey..nas kerja untuk adik jugak.Biasalah polis kan.Yang tak faham bahasa tu kenapa.Dahla dik,dah besar kan?dah jadi bini orang Dah pun tak payahlah nak bermanja dengan abang.Hargai suami jangan sampai nas tu cari lain!nasrul tersengih
"dahla tu yunk biarkan je dia pun ada isteri.Backup nasrul.Imani mengeluh kasar.
Pintu di kuak.Dilihatnya hana sedang terbaring atas sofa.Aril tersenyum nipis lalu mendekati isterinya."sayang..pipi hana di sentuh lembut.Hana membuka matanya perlahan-lahan
"kenapa tidur kat sini?dah solat asar?tanya aril.Hana cuba bangun dari perbaringannya.Wajah aril di tatap.Angka jam di lihat sekilas."baru pukul 5:30 abang dah balik?
"yalah,baliklah buat apa kat hospital lama-lama,mama bukan suka abang pun.Hana mengerutkan dahi,habis yang imani cakap tadi tu apa..?
"sayang dah solat ke belum?tanya aril memecahkan teka teki hana.Hana lantas memandang aril"belum,tadi hana terlelap kat sofa.Abang dah solat ke?
belum.jomlah kita solat sama-sama.Nanti kita keluar ya.
"keluar pergi mana?
"makanlah sayang.Maaf tau kalau abang ada abaidkan sayang.Ucap aril.hana geleng bersama senyuman"tak pun bang. Hana faham situasi Abang. jomlah solat
"jom!seraya itu hana mendepakan tangan,seperti selalu aril akan mengankat hana sampai ke bilik. hana tidak sabar untuk berjalan seperti dahulu.Semoga allah tidak akan menghancurkan impian dan harapannya.
salam terakhir di berikan.Aril menoleh ke arah hana,makmunnya.hana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya.Hangat sentuhan...
"sayang..terima kasih kerana menjadi isteri yang terbaik buat abang.Abang janji akan selalu menghargai sayang.ujar aril.Hana melemparkan senyuman, tangan aril di genggam erat"hana pun sayangkan abang.Sayang sangat.Hana harap hubungan kifa akan sentiasa berkekalan
"amin.jom tadah tangan,abang nak doa.Hana tersengih lalu menadah tangan
"YA ALLAH ya tuhanku engkau lah tuhan yang sangat baik dan pemurah.Terima kasih kerana kau telah mengembalikan isteriku yang tersayang.Terima kasih kerna kau masih izinkan kami agar terus bersama.Ya allah ya tuhanku berkatilah mahligai kami ini seperti mana engkau memberkati mahligai Rasulullah bersama Khadijah.Berilah kami kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.Ya allah kau mudahkanlah urusan isteriku,hana,untuk menjalani pemindahan buah pingang untuk kali kedua.selamatkanlah dia ya allah.sesungguhnya aku terlalu mencintainya.
hana terkedu,ya allah..terharunya.Aril benar-benar membuat hatinya luluh.Abang..hana sayangkan abang!
Usai berdoa aril menoleh semula ke arah hana.Dia kaku melihat air mata isterinya yang sudah berlinangan di pipi.Lantas itu dia memeluk erat hana."sayang maafkan abang jikalau abang bukan suami yang terbaik buat sayang.
"tak abang..tak.Abanglah suami yang paling terbaik.Hana sayangkan abang.Sayang sangat-sangat.Tolong jangan tinggalkan hana ya?
aril angguk"ya sayang abang janji.abang akan perjuangkan rumah tangga kita sehingga ke akhir hayat.
Abang,nampak macam mahal je tempat ni.jomlah kita balik.Ujar hana dengan tiba-tiba.Dia melihat suasana di restoran 5 bintang itu.sungguh ramai orang
"tak apa sayang.Bukan selalu abang bawak sayang ke tempat macam ni.balas aril.bersama senyuman.Tidak lama kemudian waiter datang,aril melirik ke arah hana"sayang nak makan apa?tanya aril.
"eemm hana ikut abang je.Aril tersengih"ikut abang?kalau abang.....
matanya mula bermain nakal,hana tahu apa maksudnya itu"tak payah ngada-ngada lah bang!getus hana,dia lantas mencubit manja lengan suaminya.Waiter masih setia menunggu
"okay-okay,saya pesan Mee bandung dua ya.Dan jus oren satu
"sayang nak minum air apa?tanya aril lagi
"air kosong je
"eh sayang.apa pulak air kosong, abang bawak sayang kat sini nak makan mewah-mewah tau.Hana tersenyum"doktor cakap tak boleh minum pelik-pelik.Kan nak buat operation.
"yalah abang tahu,Tapi ada je minuman yang Boleh sayang minum macam ..air milo ke.kan elok untuk tambah tenaga.Hana melirik ke arah waiter tersebut,dia perasan akan pandangan waiter kepadanya.Hana menoleh ke arah aril
"hm yalah,milo ajelah.balas hana.
"ha macam tu lah isteri abang.
"okay,pesan milo satu ya.Ujar aril pada waiter tersebut
"okay baiklah.seraya itu waiter pun berlalu.Hana membuang pandang ke arah luar,Cantik..
"sayang tengok apa?tanya aril memecahkan kesunyian yang ada di sekelilingan mereka"tak ada apa-apa.
"abang..boleh hana tanya?
"boleh je.Tanyalah.Apa?
"emmm kalau di takdirkan..
"hai!lantas itu aril dan hana saling menoleh
Qayla?!
qayla tersenyum manis,dia melabuhkan pungung di sisi aril Hana mula tidak keruan
"hai sayang.how are you?dah lama tau baby cari sayang.ujar Qayla pada aril.Aril memandang ke arah hana,dia perasan akan perubahan wajah gadis itu
"you buat apa kat sini?boleh tak jangan ganggu i.marah aril
"ishh sayang ni kenapa,marah i pulak.i rindukan sayang tau!
eh hana!you pun ada?ya allah maaflah i tak perasan tadi.You kecik sangat.Duduk pula atas kerusi roda manalah i nak perasan.makin galak Qayla menyindir
"qayla better you stop.Jangan buat kecoh kat sini.
"eh tak.I tak buat kecoh.Emm sayang,boleh tak kalau i nak join youall makan?i pun lapar ni.hana cuba menyembunyikan perasaan kecewanya.
"sayang are you okay?tanya aril pada hana.Hana angguk.Makin berasap telinga Qayla tatkala aril memanggil hana "sayang?!omg!dah melampau ni!
"er sayang..lantas itu Qayla menyentuh lembut tangan aril ,hana terkesima
"eh apa ni!Qayla you jangan nak buat kecoh kat sini ye.Tolonglah!jangan ganggu i dengan hana.marah aril lantas itu pegangan di tangannya di tepis kasar.
"alaah you ni i nak pegang aje pun.habis selama ni kita bersentuh-sentuh tu tak apa pulak.Bukan sentuh tangan tapi seluruh badan!kata qayla sambil tersenyum sinis.Hana memejamkan mata,peritnya hanya allah saja yang tahu
"Abang hana tak ada selera nak makan.Han masuk kereta dulu.Abang makanlah.kata hana lalu dia menunjah kerusi rodanya.Aril mengekori hana"sayang!
Share this novel