DEMI DIA BAB 31

Romance Series 35926

ARIL mendekati hana yang sedang termenung di luar halaman rumah,dia pergi ke hospital tadi Namun mendapat tahu hana sudah keluar dari hospital itu

"hana..sapa aril.Hana lantas menoleh tiada senyuman pun di ukirkan buat lelaki itu.Setelah apa yang di katakan oleh aril tempoh hari,hatinya sudah beku dan dingin.

" awak buat apa kat luar ni,maksom mana?tanya aril,dia melabuhkan punggung bersebelah gadis itu .Hana diam membisu,hatinya di agut amarah.

"awak masih marahkan saya?tanya aril lagi apabila melihat kebisuan hana.

Hana ingin berlalu ke dalam rumah,namun pantas aril menahan kerusi roda hana" hana please,im sorry..

lepaskan! kau nak apa?pergilah dekat kekasih kesayangan kau tu,happy-happy,.Buat apa datang sini.Bidas hana.Aril mengeluh kecil

"hana saya tak ada niat nak lukakan hati awak.Awak sendiri yang sanggup dermakan buah pingang untuk qayla kan

" ya!memang aku yang sanggup buat semua tu,tapi sebab siapa ?sebab kau la!tapi kau tu tak pandai nak hargai aku! kau dayus aril!dayus!

hana!jaga mulut! saya tahu awak marahkan saya tapi jangan sampai cakap macan tu!

hana tertawa sinis,"kenapa?orang tu makan cili dialah yang terasa pedas!

aril meraup wajahnya,wajah bengis hana di tatap,"kenapa awak berubah macam ni hana?saya tak faham..

"orang tu akan berubah selepas di sakiti berulang kali.Aku bukan macam kau walaupun di sakiti berulang kali still terhegeh-hegeh!bidas hana lagi.

aril mengetap bibir,hana benar-benar sudah menunjukkan sikap barannya .

" saya tak faham dengan awak!awak memang dahaga kasih sayang kan?maklumlah tak ada mak ayah..kata aril pula,hana terkedu,dia fikir aril akan memujuknya,namun dia pula di sindir..

"macam inilah hana,ini soal hati dan perasaan yang mana kita tak boleh paksa.Saya cuma cintakan Tengku qayla bukan Nur hana!

" jadi kau lepaskan aku!aku dah tak nak hidup dengan kau!penipu!dayus!semua yang buruk-buruk semua ada pada kau!

pang! satu tamparan hinggap di pipi kanan hana,itu sudah kali kedua dia kena penampar aril,hana memandang wajah aril dengan pandangan yang kabur ,perlahan-lahan air mata gugur,satu persatu

"mulai harini aku akan pergi dalam hidup kau! aku takkan jejak lagi kaki kat sini!kata hana,lalu dia menunjah kerusi rodanya masuk ke dalam rumah,aril terpinga-pinga .

" hana..im sorry! saya tak ada niat nak tampar awak!laung aril.Aril meraup kasar wajahnya.

usai solat subuh,hana berdoa dengan seikhlas hati.Air mata lah yang menjadi peneman di kala dia berduka,dikala dia kesepian.Hatinya sakit,sakit sangat-sangat.Kalau inilah yang dia dapat dia takkan sesekali muncul atau menerima aril dalam hidupnya.

usai berdoa ,hana terus menunjah kerusi rodanya menuju ke dapur,sejak dia tidak boleh berjalan dia hanya tidur di bilik bawah saja,senanh untuk dia ke dapur.Maksom di sapa dengan lembut

"eh hana.awalnya bangun,hujan-hujan macam ni orang sedap tidur tau.kata maksom,hana tersengih

" maksom tolong hana kemaskan baju-baju boleh?

"baju siapa pulak?tanya maksom sambil berkerut dahi

" baju siapa lagi, baju hana lah

"ya allah,hana nak kemana...

hana menarik nafas dalam-dalam ,lalu di lepaskan dengan perlahan.Dia memandang wajah maksom,lalu tersenyum nipis." hana dah nekad nak keluar dari rumah ni,hana dah penat maksom..hana dah tak boleh tahan .

"hana..hana masih isteri aril lagi.Berdosa tau keluar rumah tanpa izin suami.

" Dia tak anggap hana isteri dia,jadi buat apa hana anggap dia suami hana?dahla maksom tak payah nak backup dia lagi.Hana tahu hana masih mentah dalam semua ni.Tapi cukuplah ujian dah mematangkan hana

"hana rasa ini keputusan terbaik.Kita pergi bukan bermakna kita mengalah dengan kehidupan tapi,pergi adalah sesuatu keputusan yang terbaik untuk bangkit dari kekecewaan.

" maksom faham kan apa yang hana maksudkan?

"ya .Maksom faham hana.Tapi kalau hana keluar,hana nak tinggal mana?Hana diam,dia juga tidak tahu..

" tak apa maksom,hana dah ada rumah sendiri, dulu sebelum hana jumpa aril,boleh je hana hidup..

"tapi itu lain,dulu hana boleh berjalan,tapi sekarang dah lain kan.Hana..tolonglah bertahan,maksom yakin aril akan berubah..

hana geleng,Segalanya terbayang-bayang di ruangan mata hana akan sikap aril kepadanya,saat itulah kebenciannya mula tumbuh buat lelaki itu

" hati hana dah remuk.Sekarang ni hana nak tanya maksom,nak tolong ke tak hana kemaskan baju?tanya hana.

"kalau tak nak hana kemaskan sendiri..kata hana lalu berlalu pergi,

" hana!maksom tolong ya!seraya itu dia berlari anak mengekori gadis itu ke bilik ,mereka mengemas baju dan meletakkan baju dalam sebuah beg .usai packing baju,hana meraih tangan maksom

"maksom,jaga diri baik-baik.kalau sakit berhenti dulu buat kerja,rehat ...pesan hana,kerana dia tahu maksom sering sakit kepala.

maksom tersenyum hambar air mata menitis tanpa di pinta." alaa maksom janganlah menangis,tak nak lah sedih-sedih..kata hana sambil dia menyeka air mata maksom

"macam mana tak sedih,orang yang maksom anggap macam anak sendiri dah nak keluar dari rumah ni.

" hana keluar sebab hana rasa hana kena bangkit dan mulakan kehidupan baru.Maksom,cukuplah hana menderita selama ni.

hana pergi dulu,janganlah sedih.seraya itu dia berlalu ke kereta,beg di jinjing oleh maksom,walau hatinya berat melepaskan hana,namun dia terpaksa..

pak haji setia menunggu hana di kereta."hana dah fikir masak-masak ke ni?tanya pak haji.

"ya pak haji.ini keputusan terbaik...

Hana..maksom doakan akan kebahagiaan hana.jangan lupakan maksom ya.kata maksom sebelum hana masuk ke dalam perut kereta

mereka berpelukan." ya maksom,hana takkan lupa orang yang selalu ada dengan hana!

pelukan di leraikan.Hana menyeka air matanya,cukuplah hari ini dia menangis kerana nasib hidup!

Hana ingin masuk ke dalam perut kereta turut dibantu oleh pak haji dan maksom,namun aril segera menerpa ke arah hana

"hana! awak nak kemana ni?tanya aril,

hana menoleh ke arah aril dengan wajah yang cukup bengis," hana..janganlah buat keputusan macam ni

"kenapa?bukan ke itu yang awak nak?

" saya tak pernah minta awak pergi atau keluar dari rumah ni! hana, kita dah sama-sama janji kan.awak teman saya

"saya tak nak menjadi teman awak!kalau teman awak takkan layan saya macam ni!kata Hana, maksom dan pak haji hanya membatu saja.

pak haji,jom kita pergi.arah hana,aril menyekat,dia meraih tangan hana

lepaslah!

" hana,saya minta maaf,tolong lah jangan pergi

"kenapa? awak kan dah ada qayla,dia je yang boleh buat awak bahagia kan! so pergilah! biar saya dengan hidup saya!

" saya janji saya takkan abaidkan awak lagi.tolonglah hana!

"dahla! saya takkan balik kepada awak lagi.hati saya dah remuk,.

pak haji jom!

aril mengeluh kasar,dia melepaskan hana pergi dengan pandangan yang sangat berat,maksom mendekati aril" bila nasi dah jadi bubur,semuanya sudah terlambat.kata maksom seraya itu dia masuk ke dalam rumah,hatinya sungguh sedih...

arghhhhhhhhhhhhhhhhh! jerit aril,

Dalam kereta hana asyik menangis ,saja,memang berat untuk meninggalkan rumah itu,tapi demi kehidupan yang lebih cerah dia sanggup.Hana mematikan telefon seraya itu simkad terus di patahkan.Dia tidak mahu ada sebarang hubungan dengan lelaki yang bernama aril!

"hana,kita nak kemana ni?tanya pak haji,

" err pak haji berhentikan saya dekat stesen bas je.

stesen bas?tapi hana nak kemana..

"tak apa pak haji,berhentikan aje.kata hana.

Hana tidak tahu kemana arah yang hendak dia tuju,dia melihat ramai orang yang berada di stesen bas itu,

" pak haji terima kasih sebab hantar hana.ucap hana

"hana,kalau ada apa-apa telefonlah pak haji ya.

hana angguk saja bersama senyuman.

" pak haji balik dulu.

"ya.hati-hati.pesan hana.Tidak lama kemudian pak haji hilang dari pandangan nya.Hana mengeluh kecil." manalah aku nak pergi ni..kampung pun tak ada.omelnya sendirian.

ABANG tengok la sekarang apa dah jadi?ini semua sebab abang punya sikap lah!marah imani,dia tidak menyangka yang hana akan pergi,imani mengeluh kecil,suasana di rumah aril memang sunyi

"boleh tak adik jangan nak salahkan abang seorang?

" kenapa! itu memang salah abang kan!
sekarang ni bawa adik jumpa qayla!

"qayla?

" ha yalah qayla! takkan dah lupa ingatan kot! perli imani,aril menghela nafas lemah",mana adik tahu pasal qayla ni

"itu tak penting,abang bawa adik jumpa dia sekarang! kalau tak...

" kalau tak apa!?adik jangan macam-macam ya

"kalau tak nahas kekasih abang tu!abang jangan nak jadi lelaki terkejamlah!ingat sikit,tanpa hana abang bukan sesiapa!seraya itu imani balik ke rumah,

" tanpa dia pun abang boleh hidup lah!laung aril,dia merengus kasar.

tak guna lah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience