MAKSOM menghela nafas lega tatkala segala hutang-hutangnya sudahpun di selesaikan.Dia melinangkan air mata gembira kerana terlepas dari cengkaman ALONG!.
"ARIL..terima kasih sebab tolong maksom.insyaallah nanti maksom ada duit maksom akan bayar balik kat aril ya.ujar maksom.
"eh tak payahlah maksom,Aril ikhlas tolong.Maksom..boleh aril cakap?Maksom angguk"cakaplah.apa dia?
"lain kali kalau maksom perlukan apa-apa pertolongan cakaplah dengan aril insyaallah aril akan tolong .kalau boleh tak payahlah mintak dengan Along tu.Memanglah nak dapat duit dengan dia tu senang.Tapi..nyawa kita menjadi cagaran tau.
aril akan sedia bantu maksom.
"terima kasih sekali lagi aril,maksom hargai sangat-sangat.
"maksom,pergilah berehat,jangan fikirkan lagi ya.ujar hana pulak.maksom angguk seraya itu dia menuju ke bilik,hana juga ingin berlalu,tapi di tahan oleh aril
"apa awak ni?tepilah saya nak masuk bilik
"mana janji sayang siang tadi?Tanya aril sambil kening kirinya terangkat.Hana mengerutkan dahi"janji apa pulak awak ni,
"alaa sayang buat-buat lupa pulak,nak hubby ingatkan ke?sayang...
"tak ..apa masalah awak ni?janji apa?sejak bila pulak saya berjanji dengan awak.Cakap main redah je!jawab hana.Aril menghela nafas lemah
"kalau saya berjaya bawak duit 50K tu awak akan terima saya,so mana janji awak tu hana?
"ooooh janji tu.Eh bukan ke awak yang letakkan syarat?bukan saya tau...
"sayang please lah.. Hana buat tidak tahu saja,dia melirik sekilas ke arah aril,rasa kasihan pulak pada lelaki itu,
"yalah-yalah.Saya akan maafkan awak
"sayang,hubby nak sayang terima hubby,kita mulakan hidup baru.please
"okay,saya setuju tapi dengan satu syarat. Dahi aril berkerut."syarat?syarat apa?tanya aril.Hana tersenyum sinis.
TIDUR MALAM aril tidak lena,masih tergiang-giang lagi syarat yang diletakkan oleh hana kepadanya malam tadi.
"kalau awak nak saya maafkan awak,dan terima awak balik dalam hidup saya,okay saya akan cuba terima
"tapi..dengan satu syarat.
"syarat apa?
"syaratnya ..awak kena lepaskan qayla dalam hati awak,
bila awak dah berjaya buang dia dalam hati awak,maka saya akan terima awak dengan seikhlas hati.
"what?
"why?awak tak mampu ke aril?kalau awak tak mampu nak lupakan dia,okay..saya pun tak mampu nak terima awak!
"no..bukan tu masalahnya sayang.
"habis?
"sayang pun tahu kan,hubby tak boleh jauh dari sayang.Tolonglah jangan cakap dengan hubby yang kita kena duduk asing-asing semetenlah hubby nak lupakan qayla..sayang..please
"itulah yang perlu di lakukan untuk beri awak sebuah kesedaran bahawa sebuah kepercayaan tak boleh di jual beli macam tu je aril.
Telefon berdering rancak,menyedarkan aril dari terus mengelamun.Dia tersedar,lalu melihat di skrin utama.Ikhwan!?
sudah lama lelaki itu menghilang.seraya itu ikon hijau di leret.
"hello bro,hai.apa khabad lama kau tak call aku ya?kedengaran suara ikhwan di hujung talian.Aril tersengih
"cakap orang,kau tu pun sama.Sejak ada bini ni dah jarang call aku,nak jumpa pun susah
"sorry bro aku busy sikit,yalah bakal nak jadi ayah!
"what?!maksud kau...kau akan jadi ayah?
"yalah bro!kau tu kawinlah cepat-cepat,nanti baru ada anak!best bro!kata ikhwan di selangi dengan ketawa kecil. Aril menoleh ke arah hana yangsudah di ulit mimpi,dia tersenyum
"insyaallah bro,satu hari nanti.eh..kau kat mana sekarang?
"aku sekarang duduk JB dah,tapi esok lusa akan balik Kl lah.kau pulak?ke..dah pindah?duga ikhwan
"taklah,masih je duk tempat sama.
"oooh,okaylah aku just nak tanya khabar kau je,ada masa kita jumpa tau!jangan lupa cari isteri!
aril tersenyum"kalau aku cakap aku dah kawin,kau percaya tak?Ikhwan ketawa kecil
"await lak ketawa...hang ingat lucu ka?lagi kuatlah ketawa si ikhwan!
"amboi..cakap kedah pulak kau eh.Tak logiklah kau kawin tak ajak aku!mana boleh!kita kawan kot
"haa yalah ikut suka hati engkau lah.Tak apalah aku nak tidur mengantuk!seraya itu talian di putuskan.Aril tersenyum sendirian."anak?
hmm best jugak ada anak ni....
"sayang..nanti kita buat anak ya.ucap aril sambil tersenyum.bahagianyaa.. ada anak..
Kau okay tak ni?tanya fisha,qayla merengus kasar,"tak payah banyak tanyalah!
"aku tanya pun salah?qayla..kau dah banyak berubah tau!mana kau menghilang haa?aku cari kau bagai nak gila tau!
"eh!yang kau sibuk nak cari aku tu apehal?!dah tak ada kerja lain ke?! aku banyak kerjalah takkan nak menghadap muka kau je!marah qayla
"oooh cantik muka kau ya.Bila dah dapat duit terus bla macam tu je ,kau ingat aku ni tauke bank ke?! hari-hari nak up duit kat kau?!
"sekarang ni aku nak duit aku balik!aku perlukan !
"tak ada!
"what?! apa maksud kau tak ada ni?! aku nak duit aku!
"eh kau tak paham ke aku cakap tak ada?kau jangan sampai aku cencang mulut kau!seraya itu fisya di tepis kasar.Fisya merengus"kau memang tak guna lah qayla!muka aje cantik tapi perangai macam setan!
eeee! kau memang tak gunalah fisya!time-time macam inilah kau nak datang mintak duit bagai!tak faham ke yang aku ni tengah serabuk sekarang!
niko pun satu! tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku!kau memang tak gunalah niko! memang tak guna!
okay tak apA..dia menarik nafas lalu di lepaskan perlahan-lahan
kau nak main-mainkan aku ya?okay tak apa..aku biar je kau nak buat apa.Tapi..jangan menyesal kalau wife kau..mati!kata qayla di hadapan cermin,seraya itu dia tersenyum sinis.
ENCIK zaidi bersiap-siap ingin ke pejabat,Tali leher di ketatkan ,agar kelihatan rapi.Puan suraya tiba-tiba masuk dan menghampiri suaminya.Dia berhedem apabila encik zaidi hanya buat tidak tahu saja.seolah-olah kehadirannya di situ tidak wujud!
"emm abang ni kenapa?takkanlah masih marahkan saya lagi?tanya puan suraya,dia memandang suaminya itu.
"abang..saya tengah cakap dengan abang ni!
"awak nak apa lagi?nak saya cakap apa lagi dengan awak ni su?dahla pagi-pagi macam ni rezeki masuk kalau kita asyik bertekak aje,semua rezeki akan lari!
"sudah-sudahlah su kita ni dah makin tua.Janganlah buat perangai seolah-olah kita tu akan terus muda!
"saya takkan buat hal kalau awak tak menggatal dengan perempuan tu!
encik zaidi memandang puan suraya ,pandangan tajam menikam anak mata isterinya itu"perempuan yang awak cakap tu ada nama,nama dia fatin!
oooh..awak ingat ya nama dia?!awak memang tak gunalah !
"salah awaklah,siapa suruh tak pandai jaga laki!ikutkan hati saya yangsedang marah ni nak aje saya kawin lain!
dapatlah sikit rasa dihargai.ini tak bila saya balik rumah ada je benda yang awak nak gaduhkan dengan saya!awak ingat saya ni apa?robot ke yang tak pernah kenal erti letih?
aaa sudahlah su!buang masa aje layan awak!seraya itu encik zaidi berlalu pergi.Puan suraya menangis."nak aje saya kawin lain!masih tergiang-giang kata encik zaidi sebentar tadi
"apa yang kurang dengan saya ni bang?apa salah saya?!
SUASANA di pantai sungguh mendamaikan hati,hana memandang ombak-ombak yang beralun lembut,ya allah damainya berada di sini.Hana tersenyum
"ehem...comelnya dia senyum..macam bidadari.Hana tersedar dari lamunan dek kehadiran aril,hana tersenyum nipis.
"nah,aiskrim untuk awak ,aiskrim coklat di hulurkan pada hana.
"terima kasih.ucap hana lalu mengambil aiskrim itu dari tangan aril.Aril melabuhkan punggung di sisi isterinya itu."sayang suka duk sini?tanya aril.Hana angguk"suka.
"emmm kalau satu hari nanti hubby tiada sayang suka tak?tiba-tiba soalan itu terpacul dari bibir aril."kenapa awak tanya soalan macam tu?tanya hana dengan dahi yang bekerut.Aiskrim yang berada di tangannya di jilat sekilas.
Aril melepaskan nafas lemah."sayang..hubby ni manusia biasa tau.Hubby tahu dah banyak kali hubby sakitkan hati sayang,tapi hubby nak sayang tahu kalini hubby betul-betul ikhlas nak bersama sayang.ucap aril.dia mula terasa sebak
"hubby tak nak kehilangan sayang.walau apa pun jadi.Kalau boleh hal lepas biarlah berlalu..kata aril lagi.
"awak nak cakap yang awak merayu dengan saya agar saya terima awak balik?duga hana.Aril angguk.Air mata menitis tanpa di pinta.
"kenapa awak nangis?tanya hana,Aril menyeka air matanya.
"sebab hubby rasa sunyi tak ada sayang.Hubby perlukan sayang tau.Tolonglah jangan tinggalkan hubby..rayu aril,tangan hana di genggam erat.
Hana memandang ke arah pantai yang terbentang luas,dia menyaksikan kebesaran tuhan
hana angguk,air mata menitis laju
"baiklah kalau itu yang awak nak,tapi awak kena janji dengan saya..
"janji apa sayang?mata aril mula bersinar-sinar
"tolonglah jangan sakitkan saya lagi.Saya dah penatlah aril..tolong jangan pernah seksa perasaan saya lagi!
"ya allah sayang! terima kasih!terima kasih!ucap aril seraya itu dia memeluk erat hana,hana menjengilkan matanya,beberapa orang yang berada di dekat mereka hanya menjadi pemerhati saja
"awak..orang tengoklah!hana ingin menepis aril,namun kekuatan lelaki lebih kuat dari perempuan,maka dia biarkan saja aril memeluknya.
tidaklah haram..kerana mereka masih lagi suami isteri.
23 DISEMBER bermulah kisah baru antara hana dengan aril,mereka mahu membina kehidupan baru.Masing-masing menyemai perasaan sayang dan cinta,semoga ikatan mereka terus berkekalan.
Peluang kedua?tak semua orang layak mendapatkan peluang kedua,namun allah itu sangat adil pada hamba-hambanya.siapalah kita untuk menghukum manusia yang sama di sisi allah.
Hana memandang ke arah aril yang sudah rajin mengaji,dia mengucapkan syukur kepada allah,semakin hari semakin banyak perubahan aril yang positif,lelaki itu tidak lagi menjanjikan sebuah mahligai yang sempurna tanpa mengotakan apa yang di ucapkan.
" ya allah terima kasih atas segala kekuasaanmu.Ternyata engkau masih memberiku peluang untuk menikmati bahagia,segala penat lelah,titisan air mata yang jatuh kerana terluka,hari ini kau gantikan dengan sesuatu yang tak dapat aku jangkakan.Aku berysukur ya allah..ucap hana dalam hati. Air mata mula gugur perlahan-lahan.
"sayang..kenapa menangis?ada apa-apa yang jadi ke?tanya aril,hana menyeka air matanya,dia lantas bangkit dari katil,dia menghampiri aril
"boleh hana sentuh abang?Aril angguk."sentuhlah sayang,kita kan suami isteri.Hana tersenyum
eh jap,sayang panggil apa tadi,abang?
"yalah abang..
Aril tersenyum
"kenapa abang tak suka ke?
"tak adalah.Abang suka.Terima kasih sayang sbab sudi terima abang ,
"sama-sama.Abang..hana harap sangat apa yang jadi dalam hidup kita,semoga ia bermanfaat.Hana mintak maaf tau kalau selama ni hana banyak sakitkan abang.
"syhh..sayang tak sakitkan abang pun.Sebaliknya abang yang banyak sakitkan sayang .Abang sedar hana..abang ni buta
mata je boleh melihat tapi hakikatnya abang buta dalam memilih pasangan yang baik .
"dahla abang,jangan fikirkan hal yang lama.And now kita mulakan kehidupan baru.Aril angguk."love you..ucap aril lalu dia mencium ubun-ubun hana.Hana tersenyum bahagia.
ya allah dakaplah kami dan pelukan rahmatmu.Berilah kami kebahagiaan yang engkau redhai.Sesungguhnya apa yang kami miliki ada hak engkau yang mutlak.
Share this novel