LOCENG berbunyi itu menandakan waktu rehat sudahpun tiba,Aril tersenyum memandang ke arah pelajar-pelajar 5 Tekun,nampak benar muka tidak sabar keluar makan,
"cikgu..kami dah boleh keluar ke belum?tanya siti sambil tersengih." amboi siti..kalau bab makan nombor satu awak ya,tapi kalau bab belajar hmmm asyik bagi alasan aje.bidas aril,siti tertunduk malu.
"baiklah semua memandangkan sekarang ni dah waktu rehat cikgu tutup dulu kelas kita,harap semua boleh siapkan kerja yang cikgu bagi,siapa tak siapkan haaa...tunggulah korang.Aril memberi amaran keras,walaupun Aril baru saja berpindah ke sekolah itu beberapa bulan yang lalu,namun semua pelajar menghormati aril ,kerja yang aril beri,setiap pelajar selalu siapkan.Jarang yang ada tak siapakan kerja ,..
Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk keluar rehat,Aril mengatur langkah menuju ke bilik guru,Tiba-tiba telefon aril berdering rancak,aril tersenyum melihat di skrin utama,Sayang..!dia lantas menjawab panggilan tersebut
" hello baby!where are you.tanya aril setelah panggilan bersambung.Tengku qayla yang baru bangun tidur tersenyum manja"sorryla baby..i busy sikit so i tak sempat nak tengok phone.dalih tengku qayla.walhal dia sengaja melakukan itu untuk melihat sejauh manakah effort aril untuknya.Namun dia benar-benar bangga dengan aril,walaupun dia tidak pernah membalas mesej atau menjawab panggilan dari aril,lelaki itu tetap menghantar mesej dan kata-kata motivasi.Aril the best!
"hmm yalah,bagai nak gila i cari you tau,call tak jawab,mesej tak balas,aril memberhentikan langkahnya,dia melabuhkan punggung di sebuah kerusi di mana tempat murid-murid bersantai,memandangkan tiada orang,maka dia duduk saja di situ,indahnya..dapat mendengar suara si pujaan hati.
" sorry okay,i ada masalah family sedikit.
"family?kenapa dengan family you.ada apa-apa you nak kongsikan dengan i?tanya aril,dia mula cemas,dia tidak mahu kekasih hatinya itu menghadapi sebarang masalah!
" no,tak serious sangat pun,tak apalah i masih boleh hadap .so baby,you mesti kat sekolah kan,duga tengku qayla
"ye,kat mana lagi kalau bukan kat sini sayang oii.baby..you mesti baru bangun tidur kan?tengku qayla tergelak kecil" mana you tahu ni..
"eleh..dengar suara you yang serak basah macam ni pun i dah tahu tau.Jam di tangan di kerling sekilas,jam sudah menunjukkan pukul 11:10 .
" i penat sangat sebab tu i baru bangun,bohong tengku qayla walhal ada adegan dia lakukan semalam,menyebabkan seluruh badannya terasa lenguh dan tak bermaya."okaylah baby,you kerjala dulu,i tak nak ganggu you.tengku qayla tidak mahu bercakap lama-lama dengan aril,dia bimbang rahsianya bakal terbongkar!
"alaa kenapa,tak menganggu pun,,i rindukan suara youla.
" nanti kita jumpa ya.you kerja dulu,bye..love u!sebelum sempat aril membalas talian sudahpun di matikan,aril termanggu sendirian.
Ril!laung ikhwan,dia berlari anak menghampiri aril yang agak jauh darinya,.Aril memberhentikan langkahnya,dia memandang ikhwan yang tercungap-cungap.ikhwan adalah kawan karibnya yang di tugaskan untuk mengajar di sekolah yang sama.Untunglah,dia tidak pernah berpisah dengan ikhwan.ikhwan sangat prihatin terhadap dirinya.Apa apa masalah yang dia hadapi,ikhwanla tempat dia meluahkan rasa.
"kau kenapa wan,macam lelah je aku tengok
" ye memamg aku lelah!lelah sebab kejar kau la!
"eh apa pulak kejar aku.kau nak cakap apa
" jom lunch ril,harini aku belanja kau,aku ada berita gembira nak kongsikan dengan kau.ujar ikhwan sambil tersenyum riang."sure eh kau yang belanja?
"ya sure!jom ah!mereka berjalan beriringan menuju ke kantin,murid-murid yang selisih dengan aril,sudah tersenyum lebar,mana tidaknya,aril merupakan cikgu yang paling hot di sekolah itu!
setelah selesai memesan makanan,aril menepuk lengan ikhwan" apa yang kau nak kongsikan sangat dengan aku tu..
"kau nak tahu tak,hujung minggu ni aku nak kawin!aril terlopong." kawin?ikhawan mengangguk"ha yelah kawin,kau ingat aku main-main ke!?
aril tersengih"tanniah bro,seronok aku dengar,tak sia-sia hubungan kau dengan tasya kan.akhirnya boleh bawa ke jenjang pelamin jua.ikhwan tersenyum manis"itulah ril,kau kena jaga perasaan pasangan kau,kalau dia merajuk kau kena cepat-cepat pujuk,perempuan ni mudah tawar hati tau!
"ye ke?
" ye la,kenapa..qayla tak pernah merajuk ke dengan kau?tanya ikhwan
"tak pernah
" what?!selama setahun setengah kau berkasih-kasih dengan dia,dia tak pernah merajuk dengan kau?
"ye wan,tak pernah dia merajuk, aku buat salah apa pun dia still maafkan,aku pelik,setengah perempuan mesti tak suka bila kita reply chat dia lambat,kan?tapi qayla tak macam tu!even sehari aku tak balas pun dia cool aje.ikhwan sudah mengelengkan kepalanya
" ini memang sah ni!
"memang sah ni!aril mengerutkan dahi
" apa kau ni,memang sah ni!memang sah apa bendanya?tanya aril
"ril,menurut pengalaman aku la,kalau dapat perempuan macam tak kesah macan tu,memang sah dia ada orang lain!aril menjeling tajam
" kau ni wan,agak-agakla..tak baik tau tuduh orang macam tu.
"eh betul la ril,aku pernah lalui macam tu!
" kau kena hati-hati,aku bukan nak takutkan kau tapi ini fakta bukan auta,semua perempuan nak di hargai..disayangi.di belai..err macam-macam la! Aril mengeluh kecil,risau dia dibuatnya!
Share this novel