DEMI DIA BAB 28

Romance Series 35926

SUDAH seminggu hana terlantar di hospital,namun aril tidak pernah menemani hana,yang dia tahu hanya qayla yang terpenting bagi dirinya.Hana meneguk air suam yang di hulurkan oleh nurse.Dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih

"awak kena jaga makan dan jaga minum jangan makan benda yang berbahaya kalau awak nak cepat sihat.pesan nurse tersebut

" ya nurse terima kasih.

"sama-sama.cik hana perlukan apa-apa lagi tak?tanya nurse.hana geleng. seraya itu nurse yang tinggi lampai itu keluar dari biliknya.Hana bangun dari baringannya,pinggang kanan di sentuh,masih terasa sakit,mungkin bekas operation.Hana mencapai telefonnya yang berada di sisi katil,nama aril lantas di dail

" hello..awak.sapa hana dia tersenyum kerana panggilannya berjawab.

"ya kenapa?

" awak...saya teringinlah nak makan kuih cahara,boleh tak tolong belikan?pinta hana.Aril sedikit merengus"hana,saya busy ni,tengah temankan qayla ambil ubat,harini dia dah boleh keluar wad

"ye ke?habis saya bila boleh keluar

" saya tak tahu.

hana terasa hati, namun cuba berlagak seperti tiada apa-apa

"kenapa awak tak tanya doktor?

" hana,saya sibukla nak uruskan qayla lagi.awak kan dah besar kenalah belajar berdikari,tanya doktor sendiri bila awak boleh balik

nanti maksom datang temankan awak.Lagi satu awak tak boleh makan benda pelik-pelik buat masa ini.

tapi awak..saya teringinlah

"awak tak faham ke apa saya cakap ni?jangan nak mengada-ngada boleh tak! dahla saya busy.seraya itu talian di matikan.Air mata hana gugur lagi,

" saya sanggup lakukan pembedahan ni sebab awak,tapi bila saya terlantar sakit awak langsung tak ambil kesah! awak kejam aril!kejam!hana menekup mukanya dengan bantal,doktor asyraf yang memerhati hana dari luar ,turut simpati,dia baru tahu yang hana tidak di anggap isteri oleh lelaki yang bergelar suami..

Pintu di buka, hana mengesat air matanya dan cuba melemparkan senyuman manis buat doktor asyraf,perlahan-lahan lelaki itu menghampiri hana.

"awak tak boleh stress,masa untuk makan.ujar doktor.

hana mengeleng,

" kenapa ?

"saya tak nak makan.saya sudah kenyang doktor.jawab hana dengan suara yang sedikit kendur,sebenarnya dia masih sebak mengenangkan sikap aril.doktor aysraf berpeluk tubuh

" Awak tak boleh campur masalah peribadi dengan kesihatan awak sekarang ni.So,makan.awak sayang diri awak tak?hana diam,

"kalau awak tak nak makan,awak akan lebih sakit.jadi tolongla makan.bubur nasi yang terbiar sepi di atas meja di ambil dan di hulurkan kepada hana.Hana memandang ke arah doktor asyraf

" saya faham perasaan awak.Bila kita sayangkan seseorang tu ,kita akan buat apa saja demi dia kan.tapi awak kena ingat,bila kita tak di hargai oleh seseorang yang kita sayang.Langkah terbaik,just go on.Jangan pernah berpaling untuk mengulangi kesilapan yang sama.

Hana mengambil bubur nasi dari tangan doktor asyraf, hanya sesudu saja dia makan,kerana seleranya terbantut.Doktor asyraf tersenyum

"allah tak pernah tinggalkan orang yang sabar.jadi sabarlah hana,semoga kebahagiaan akan menjadi milik awak satu hari nanti.

" kebahagiaan saya dah hilang..

"kenapa awak cakap macam tu?kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan kan.so janganlah fikir yang negatis,very bad for you.

" apa nak buat lagi doktor,saya dah tak boleh berjalan,saya tak boleh buat apa yang saya nak.cita-cita saya dah hancur!air mata menitis lagi,doktor asyraf mengambil bubur nasi dari tangan hana lalu di letakkan semula atas meja,dia menyentuh lembut bahu gadis itu

"saya pernah terluka macam awak,macam-macam saya buat DEMI DIA,tapi..pengorbanan saya tak pernah dihargai,awak nak tahu apa saya buat lepastu.

hana memandang doktor asyraf dengan dahi yang berkerut" apa?

"saya bawa diri saya jauh-jauh dari dia.Dan berharap akan ada sinar yang menerangi hidup saya.Alhamdulillah saya berdiri di sini sekarang sebagai doktor .

" jadi hana,let me tell you something,awak masih muda dan akan ada sinar kebahagiaan untuk awak.Teruskan melangkah ke hadapan jangan pernah putus asa.Lupakan dia yang tak pernah sayangkan awak.Hana diam,dia melempar senyum nipis kepada doktor asyraf

"doktor dah jumpa seseorang yang mampu bahagiakan doktor ke?tanya hana

" doktor,maafkan saya kerana menganggu,ada pesakit yang ingin lakukan pembedahan dengan segera!kata nurse sarah

"ya allah,betul ke ni sarah?

betul doktor.

" baiklah saya akan menyusul sekarang,awak sediakan peralatan now!

"hana,jangan lupa makan.seraya itu doktor asyraf berlalu pergi,hana memandang asyraf sehingga lelaki itu hilang dari pandangannya.

Hmmm,keluhnya,dia berbaring semula,skrin telefon di pandang lagi,tiada satu pun panggilan dari aril,ya allah kenapa aku masih berharap?

Qayla,mami tak fahamlah,betul kemu nak menikah dengan aril?bukankah kamu dengan niko?!tanya datin marisa,sungguh dia tidak faham,qayla tersenyum" alaa mami ni rilekla itu cuma permainan sajalah.

"what?!

maksud kamu apa?

" mami..qayla cuma gunakan aril je ,sebab qayla nak buah pingang isteri dia.Nasiblah isteri dia naif,bolehlah qayla guna-gunakan.Datin marisa menepuk dahi,dia fikir anaknya itu benar-benar serious dengan aril,ternyata tidak!

"qayla cuma cintakan niko,dia je yang mampu bahagiakan qayla, tak pernah merungut.sanggup lakukan apa saja demi qayla ,kalau aril?hmm asyik nikah,nikah,nikah,nikah!itu je dia tahu!
rengus qayla,kini dia sudah boleh pulang ke rumah,hatinya senang! dia tidak sabar untuk sembuh dari luka buah pingangnya.

" qayla,kamu jangan main-main dengan lelaki ni.Kalau dia marah habis gunung hancur tau!baik fikir dulu sebelum buat!

"rilek mami,qayla tahulah apa akibatnya,aril tu lelaki lembik,alahh senang je nak perdayakan dia..Mami sepatutnya happy tau sebab qayla dah boleh jalan balik,nanti boleh teman mami shopping,pergi spay bagai,haaa seronok kan!

" malas la mami nak layan kamu,mengarut betul!nanti kalau apa-apa jadi kamu tanggungla sendiri!seraya itu datin marisa keluar dari bilik qayla .qayla tertawa kecil"mami mami..yang nak takut sangat tu kenapa,dulu boleh je mami curang di belakang dadyy,tak ada pun!omelnya sendirian sambil tersenyum.

Matahari sudah mahu beransur pulang,ini bermakna malam akan menghiasi langit
Hana masih menunggu aril dengan segunung harapan berharap lelaki itu datang menemaninya.

"aril..tak nak temankan hana ke?kesian dia.tanya maksom ketika aril sudah pulang ke rumah,Aril melonggarkan sedikit tali lehernya,dia memandang maksom" aril penatlah maksom,nak mandi nak solat,tubuh aril ni lenguh,

"habis hana macam mana?

" maksom..bukan hana sorang je kat hospital tu,ramai lagi orang,dia dah besar pandai-pandailah dia berdikari sendiri.maksom terkejut dengan jawapan aril,dia mengucap panjang

"sampai hati aril kan.walau macam mana pun hana tu tetap isteri aril,tak bolehlah buat macam tu,memanglah kat hospital tu ramai orang,tapi dia pun perlukan teman!

aril cakap aril teman dia,habis di mana aril masa dia sakit?

" eeee dahla maksom,bingit tau!aril penatlah,kalau maksom kesiankan sangat dekat dia tu,maksomlah yang pergi teman dia.Aril penat!

"biarlah kalau aril tak boleh cintakan hana,tapi sekurang-kurangnya,hargailah dia.Hargai pengorbanan yang dia lakukan untuk aril.kata maksom,langkah aril terhenti,dia menoleh semula ke arah wanita itu

"Aril tak pernah mintak hana buat pemindahan buah pingang tu,dia sendiri yang rela!maksom,aril penatlah nak jaga hati orang ni.Hati aril sendiri tak terjaga!

" aril dah bagi dia senang sampai dia habis exam ,apa lagi dia nak?

seraya itu aril naik ke atas,maksom mengelengkan kepala,geram dengan sikap aril!

"pak haji! jom kita ke hospital,kesian hana.ajak maksom,pak haji yang sedang berehat di luar,terkejut dengan kehadiran maksom

" aril tak nak pergi ke?tanya pak haji,dia juga turut kasihan dengan hana.gadis itu terlalu naif

"tak payah cakaplah,pak haji pun tahu kan macam mana sikap aril tu,keras kepala!dia fikir dia je yang nak orang hargai dia.Habis orang?dia tak hargai pun.dahla jom kita pergi sekarang

" ha yalah jom.

Aril bergegas pulang ke rumah puan suraya apabila di khabarkan Encik zaidi sakit,kereta melunsur laju memasuki pekarangan rumah banglo mewah 4 tingkat itu,langkahnya laju di ayun menuju ke bilik papanya"mama papa macam mana?

"pergilah tengok sendiri!

" papa..aril datang ni.kata aril,dia berbisik di telinga papanya,encik zaidi membuka mata perlahan-lahan

"ril...

" ya pa..aril kat sini.

"ril..papa minta maaf,maafkan papa..selama ni papa abaidkan aril..papa bukan ayah yang baik,air mata sudah berlinang di pipi

" papa janganlah cakap macam tu aril dah maafkan papa.Papa sakit apa..kenapa sampai jadi macam ni,dia melihat keadaan papanya yang terbaring lesu atas katil

"papa tak tahu ril..papa rasa lemah sangat,bila nak buat kerja macam-macam datang,pening...sakit belakang,semuanya ada.terang encik zaidi.Puan suraya sekadar membatu saja di tepi aril.

" kita pergi berubat secara kampung ya pa.pelawa aril,

"jangan nak memandai,nanti makin teruk!marah puan suraya,

" ma..papa tengah sakit kan ni.Dah pergi hospital tapi tak jadi,kita berubatlah cara kampung.manalah tahu papa akan sihat

"kamu jangan nak memandai ya aril,kalau mama tak cakap yang papa kamu sakit ada kamu datang jenguk kami?tak ada kan!

" su...dahla,jangan marah aril,bersyukurlah dia datang ke rumah kita

"nak bersyukur buat apa abang!dia buang kita, kita ni mak bapak dia.Susah payah saya beranakkan dia hampir nak tercabut nyawa saya,ada dia hargai?

aril memandang ke arah puan suraya,dia memandang tepat-tepat dalam anak mata wanita itu" siapa yang buang siapa sekarang?mama atau aril?mama yang buang aril!mama!

"mama langsung tak pedulikan aril!sebab mama bencikan aril! kan?!

" ya! memang mama bencikan kamu! sebab kamu anak kembar mama mati!kalau bukan sebab kamu tak nakal,semua tu takkan jadi!mereka berdua berkengkang lidah di hadapan encik zaidi.Imani yang mendengar bunyi bising dalam bilik papanya, terus melulu masuk"ya allah,abang!mama!papa tengah sakit tu yang duk bergaduh depan dia buat apa!

"adik diam!marah puan suraya

" dahla abang,kita boleh bawak bincang kan.kesian papa..

"papa..aril minta maaf ya,aril tak ada niat nak serabutkan papa.Papa jangan risau aril akan cuba orang yang mampu merawat sakit papa tu.kata aril kepada encik zaidi.Encik zaidi sekadar angguk lemah saja.dia tidak bermaya..

"aril balik dulu,esok aril datang lagi,papa rest ya.

" ril..tangan aril segera di capai,aril menoleh semula ke arah encik zaidi."ya pa,kenapa?

"kalau boleh datanglah selalu,inikan rumah aril juga, papa perlukan aril..

aril tersenyum" ya pa.

Abang..tolong jangan buang adik.imani mengejar abangnya yang ingin pulang,aril menoleh memandang imani,Dia tersenyum"abang tak buang adik pun.abang cuma nak balik,

"hana mana?kenapa tak bawa dia sekali..tanya imani,aril mengeluh kecil

" adik,hana sakit,dia ada kat hospital.

"what?!sakit apa bang?kenapa abang tak bagitahu adik lebih awal

" dia lakukan pemindahan buah pingang.kalau adik nak lawat dia pergilah esok

"pemindahan buah pingang? aril angguk

" tapi kenapa bang..

"nantilah abang cerita lebih lanjut,sekarang abang nak balik, adik pergilah tidur.Oh ya,nas bertugas di luar lagi ya?tanya aril

" yalah bang

"tak apalah adik sabar je,dia kerja semua untuk adik.selamat malam!

HANA menyentuh lembut tangan maksom ,dia kesian melihat maksom yang tertidur yang beralaskan tangan saja,air mata mula menitis

" maafkan hana maksom,sebab hana maksom tidur macam ni.kata hana,maksom yang mendengar seperti orang menangis,cepat-cepat dia membuka mata,dilihatnya hana!

"hana..kenapa menangis ni?hana sakit ya.kat mana sakit tu biar maksom panggil doktor ya

" tak maksom,hana tak apa-apa..

"habis kenapa menangis

*hana cuma kasihan tengok maksom tidur guna alas tangan je..

maksom tersenyum" hana ni,maksom ingatkan apa tadi,tak adalah,maksom okay je.hana macam mana,sakit lagi kat pingang?

"kat pingang memang masih sakit,tapi hana boleh tahan..

" hana..kamu sebenarnya memang perempuan yang baik, tapi maksom nasihatkan lepasni tolonglah jangan bagi muka sangat dekat aril tu,

"kenapa maksom?tanya hana sambil dahinya berkerut

" dia tak hargai hana pun,jenguk hana pun tidak apatah lagi nak temankan hana.

"tak apalah maksom,hana terima dengan ikhlas hati, dia sibuk kot..

" sibuk apa bendanya,asyik berkepit je dengan qayla,!sedangkan hana ni isteri sah dia.Dulu nak kawin bukan main manis lagi mulut!hana tersenyum tipis"manusia..suka berubah-ubah.jawab hana.

SEMINGGU kemudian,hana sudah boleh keluar dari hospital,selama dia keluar dari hospital doktor asyraf tidak putus-putus memberikan semangat buat gadis itu agar terus cekal menempuhi dugaan.Telefon berdering rancak,hana lantas melihat di skrin utama

qayla?kenapa gadis itu menelefonya.

talian bersambung"hello hana..you apa khabar?tanya qayla,pura-pura mengambil berat

"alhamdulillah saya dah boleh balik rumah.awak pulak macam mana,dah sihat ke?

" alhandulillah,im fine,ini semua sebab aril yang asyik jaga i,hana..thankyou tau kalau bukan sebab you, i takkan dapat berjalan.hana terkedu

"awak dah boleh jalan ke qayla?tanya hana

" ya boleh!ni i call you,i tengah lunch dengan aril ni,you nak cakap dengan dia ke?tanya qayla,sambil matanya melirik ke arah aril

"err tak apalah saya tak nak ganggu masa dia.qayla..boleh tak awak tanya dia malam ni dia balik tak?

kejap ya.

telefon bertukar,tuan,

" hana,i think,malam ni saya tak balik kot,sebab malam ni saya kena temankan hana.mami dengan daddy dia pergi oustation.terang aril,hana mengeluh kecil,kerusi rodanya di tolak sedikit menuju ke ruang tamu,

"sampai bila nak macam ni aril?sampai bila...lirihnya,dia sebak namun dia cepat menahan

" hana saya tak boleh cakap banyak sebab bat qayla dah nak habis,apa -apa awak nak,bagitahu maksom ya.seraya itu talian di putuskan

hana menjerit,telefonnya di lempar,pecah semua!

ya allah hana,kenapa ni!

"kenapa maksom !kenapa hana kena di perlakukan macam ni?!apa salah hana!apa salah hana!air mata mengalir laju,maksom melulu mendapatkan hana ,lalu di peluk erat gadis itu

" hana sabarlah..maksom faham

"tak maksom!tak!tak ada siapa yang boleh faham keadaan hana!tak ada siapa..rintihnya,tangisannya berlagu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience