DEMI DIA BAB 19

Romance Series 35926

SUBUH-SUBUH lagi hana sudah bangun,membuat sarapan untuk aril,dia pandai memasak kerana dia belajar dari maksom.Dia teringin untuk menjadi isteri yang sempurna buat aril walau tak di anggap ...

Aril perlahan-lahan membuka matanya tatkala terasa tiada orang di sebelahnya,tangan kanannya meraba-raba,kosong!"hana..panggil aril,dengan mata yang separuh terbuka.

senyap..tiada sahutan pun.

"hana..awak kat mana?panggil aril lagi

senyap..tiada sahutan juga, aril pantas bangkit dari katil nya dan menuju ke bilik study.dia melihat di ruangan bilik itu juga kosong!" aish kemana pulak dia pergi ni.getusnya dalam hati.Aril pantas turun ke bawah,manalah tahu kalau-kalau gadis itu menonton televisyen ke.

Dia menghampiri ruang tamu yang juga kelihatan kosong!aril terhidu sesuatu dari arah dapur,dia terus menghampiri dapur tersebut,dilihatnya hana yang sedang gigih memasak

" ya allah..awak!buat apa ni?tanya aril,matanya di genyeh-genyeh.masih mengantuk..,,hana lantas berpaling ke arah aril,dia tersenyum

"awak dah bangun ke?pergilah mandi nanti solat subuh sama sama tau.kata hana.sambil mengacau sambal ikan bilis.Hari ini dia buat nasi lemak khas,buat suaminya.

" awak masak apa ni,pagi-pagi macam ni?maksom pun tak bangun lagi.kata aril,hana tersengih

"tak apalah,biarlah maksom rehat.saya buat nasi lemak,khas untuk awak.kata hana.Aril tersenyum nipis," rajinnya awak.siapa ajar masak.?

"siapa lagi kalau bukan maksom.awak..pergilah mandi dulu.

" awak dah mandi ke?tanya aril pulak."belum..jawab hana sambil tersengih.

Usai solat subuh,Hana dan aril membaca al quran.waktu-waktu sebegini kalau baca al-quran banyak rezeki masuk.Aril mengamati wajah hana yang khusyuk membaca al -quran.Merdu sekali suara gadis itu.
hana berhenti membaca al -quran dia menoleh ke arah aril yang sedari tadi asyik memandangnya saja

"kenapa awak pandang saya?malulah..aril tersengih

" sedap suara awak.siapa ajar awak mengaji?tanya aril.Lantas itu al-quran di tutup,dia tersenyum ke arah aril,"dulu masa saya umur 9 tahun sampailah 12 tahun, saya tinggal dengan mak jah,dialah yang jaga saya.

"makjah?siapa tu..

" entahla,saya tak tahu tapi dia baik sangat,dia jaga saya,beri saya pendidikan.ajar saya mengaji.selepas makjah meninggal,hidup saya mula terbiar..luah hana

"tapi saya kan ada.kata aril,hana tersenyum

" saya kan teman awak.kita akan melengkapi antara satu sama lain.awak akan menjadi sahabat saya.hana mati senyum bila perkataan sahabat mula keluar dari bibir aril.Mengapa..tidak boleh kah dia di berikan kesempatan untuk menjadi insan yang terpenting buat lelaki itu?

"hana...are you okay?tanya aril bila perasan akan kebisuan gadis itu,hana tersenyum hambar

" i'm okay. awak jomlah siap-siap.hana lantas bersalaman dengan aril dan seraya itu dia bangun dan menuju ke bilik persalinan.Aril menghela nafas lemah.,adakah dia telah membuat hana patah hati?

Di sekolah,hana hanya diam saja,tidak banyak cakap,entahlah fikirannya kacau.Dia yakin,yang dia mula jatuh hati dengan kebaikan aril,tapi lelaki itu hanya mengagapnya sebagai teman saja.Apa guna hubungan pernikahan ini andai tak mampu memberinya bahagia?

hana menongkat dagu,tugasan matematik yang baru di berikan oleh cikgu zakaria tadi di pandang sekilas,terdengar keluhan berat di lepaskan.

"hana..jom rest,ajak amirul,hana memandang lelaki itu,dia tersenyum nipis

" saya tak laparlah.maaf am.pintanya.

"ooh,maaf ,kalau macam tu saya pergi soranglah kantin.kata amirul seraya itu lelaki itu hilang dari pandangannya.Hana tersenyum tipis, dia tahun lelaki itu tidak pernah berhenti untuk mendekatinya,namun hatinya telah di miliki walaupun cintanya tidak bersambut.

hakim yang melihat hana keseorangan dalam kelas mula mengatur langkah menghampiri gadis cantik itu,sejak dua menjak ini dia perasan yang wajah hana makin berseri-seri mengalahkan orang mengandung!dengan senyuman,hakim menyapa hana

" hai..buat apa tu,kenapa tak pergi rehat?tanya hakim seraya itu melabuhkan punggung berhadapan dengan hana

"err hai,saya tak lapar.balasnya.hakim tersengih

" oooh macam tu,saya ingatkan awak diet tadi.kalau awak diet baik makan sebab badan awak dah cukup kecil!cukup langsing!dah cantik
.puji hakim,hana tersenyum tawar,hatinya bimbang jikalau kekasih hakim melihat mereka berdua.

adoii cari nahas la!

"hana..sudi tak awak keluar dinner dengan saya malam ni?tanya hakim,kening kiri hana terangkat

" nak tak?tanya hakim lagi

"err maaflah hakim,bukan saya tak nak awak kan dah ada girlfriend so tak manislah kalau kita keluar bersama.dalih hana,mungkin itulah satu-satu alasan untuk mengelakkan diri dari lelaki miang itu.

" alah awak ni,janganlah fikir macam tu,saya dengan lia tu bukannya ada apa-apa pun.dia tu terlebih over!

saya nak kenal dengan awak secara lebih mendalam.manalah tahu nanti tersangkut ke!seloroh hakim,sambil tersengih.

"bie!buat apa ni?lia menghampiri mereka berdua,hana sudah gugup,dia tidak mahu terjadi pergaduhan di sekolah!

" sayang..sayang dah rest ke?tanya hakim tanpa menjawab pertanyaan kekasih nya itu

"tak payah nak berdolak dalih!you buat apa kat sini?itupun berdua-duaan!hey perempuan kau apasal ha?tak ada jantan lain ke kau nak ngorat?

" maaf,saya tak buat apa-apa.kata hana

"ooh tak buat apa-apa ya,habis yang korang berdua duaan kat sini tu apa?kau memang tak ada maruah kan!

pang! satu tamparan hinggap di pipi lia.Gadis itu terkedu

hana juga terkejut,ya allah..kenapa dia sampai boleh naik tangan ni

" pang!satu tamparan hinggap juga di pipi hana"kau dengar sini!aku takkan biarkan kau rampas hak aku!dasar perampas!tak ada maruah!marah lia.Hana mengetap bibir.

"kau pun sama!kau tak ada maruah jugak!

mereka saling bertengkar dan saling menarik rambut,hakim cemas,dia cuba menenangkan keadaan itu,namun dia di tolak kasar oleh lia.

enough!jerit hakim,

you diam!ini semua sebab kegatalan you!kata lia.rambut hana di tarik lagi.Hana mengaduh kesakitan,dia juga tidak mengalah,rambut perang gadis itu di tarik kasar.

hakim berlari menuju ke bilik disiplin.Dia harus segera memaklumkan kes ini.Aril yang mendengar kes tersebut terus melulu ke kelas 5 tekun

" enough!!!!! jerit aril,hana dan lia saling berpandangan,namun pandangan mereka sangat tajam menandakan masih tidak puas hati, aril menghampiri hana dan lia

"apa korang buat ni,tak reti malu ke ha?!ini sekolah!bukan tempat gusti!marah aril,hana membetulkan rambutnya.terasa sakit kulit kepalanya apabila di sentuh,mungkin kesan tarikan alya yang terlalu kuat

" maafkan saya cikgu,ini semua salah perempuan ni!dia yang tampar saya dulu!kata alya,

"eh kenapa aku pula?kau yang mulakan dulu!

" kau!

"kau!mereka bertengkar mulut,aril sudah naik berang

" korang berdua ikut saya ke bilik disiplin!arah aril

"ha?hana terkedu

" apa ha ha?!ikut sekarang!hana dan lia mengekori aril ke bilik disiplin.

Dalam bilik disiplin hana dan alya duduk bersila atas lantai menghadap aril,pintu di tutup rapat.Aril memandang hana dan alya silih berganti

"kenapa sampai gaduh macam ni?tanya aril.

" dia yang mulakan dulu.kata alya.sambil jarinya menunding ke arah hana.Hana menghela nafas lemah

"maafkan saya cikgu,saya di tuduh tak ada maruah,salah ka saya untuk mempertahankan diri saya?lagipun dia tiada adab!jawab hana dengan lembut,alya mengetap bibir

" kau yang mula tampar aku kan?kau yang gunakan kekerasan.kata alya.

"hana,betul ke awak yang tampar lia dulu?tanya aril,hana memandang ke arah aril,mata mereka bertaut

" ya cikgu,seb..

"kenapa awak tampar dia?itu adalah salah!potong aril,hana mengeluh

" hana,ini kan sekolah awak tak boleh sesuka hati nak tampar orang,walau bagaimanapun lia tak gunakan kekerasan pada awak.alya tersenyum apabila aril membelanya

"cikgu dia cakap saya ni tak ada maruah.takkan saya nak biarkan je?hana cuba membela nasib diri.

" tapi dia tak pukul awak kan?awak yang mula dulu,

"kenapa salah saya!hana mula naik angin

" lia,pergi masuk kelas dulu.arah aril

"baiklah cikgu.seraya itu lia berlalu dari bilik dispilin itu, tinggal lah hana dengan aril berdua saja dalam bilik tersebut,air mata perlahan-lahan jatuh ke pipi,aril terkedu..

" saya tahu, saya ni tak ada asal -usul,tapi saya ada maruah.salah saya ke kalau saya cuba pertahankan maruah saya?

"saya tak sangka macam ni penialaian awak pada saya.ujar hana lagi,aril meraup wajah

" hana..saya minta maaf,saya tak ada niat nak sakitkan awak

"tapi awak dah sakitkan saya! saya tak gila nak tampar dia kalau dia tak buat hal dengan saya!dari saya masuk sekolah lagi dah mula cakap macam-macam kat saya,tapi saya sabar..

tapi harini semua sabar saya dah hilang!salah saya juga ke?

hana mengesat air matanya,aril menyentuh lembut tangan hana" saya minta maaf,maafkan saya..pinta aril

"dahla,saya nak masuk kelas,mana borang?tanya hana

" borang apa?

"borang disiplin la.saya kan salah.biarlah saya yang bertanggungjawab.

" tak payah..saya tahu awak tak salah.

"tadi kan awak cakap saya salah.jadi mana borang tu?

" awak tak salah.hana mengeluh kecil,dia bingkas bangun dan keluar.Hatinya sakit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience