DEMI DIA BAB 21

Romance Series 35926

HANA melangkah masuk ke dalam bilik,terasa badannya sejuk ibarat duduk dalam peti,walhal cuaca pada hari ini tidaklah sejuk seperti kelmarin.Matahari juga kelihatan sudah memancarkan cahayanya ke arah barat

hana membaringkan badannya lalu selimut di tarik.

aril di sapa oleh maksom,dia mendekati maksom yang berada di luar rumah,wanita itu sedang menjirus pokok bunga."kenapa maksom panggil aril.

"Aril..maksom nak cakap sikit.seraya itu pili air di tutup," aril janganlah marah-marah hana.Dia masih budak tau,tak matang lagi umur baru 17 Baru nak masuk fasa orang dewasa.Tolonglah aril hormat sikit perasaan dia

",ya,maksom tahu maksom tak ada hak nak tegur aril macam tu,tapi maksom dah anggap aril dengan hana macam anak maksom sendiri.Kesian hana semalam balik basah-basah,balik rumah kena marah pulak.Aril tak kesian ke?aril menghela nafas lemah

" ya maksom,aril tahu tu salah aril.sekarang ni aril nak minta maaf kat hana.Mana dia?

"hmm ada dalam bilik,katanya dia sejuk itu yang masuk dalam bilik .seraya itu aril berlalu ke biliknya,dilihatnya hana sedang terbaring lesu atas katil,tiba-tiba dia nampak seperti qayla..

" baby..terus aril menerpa.

tubuh kecil itu di peluk erat,hana kaget,dia membuka matanya,aril..?

"baby..i minta maaf jangan tinggalkan i.i janji i akan selalu ada dengan you,tolonglah baby..bagi i peluang i terlalu sayangkan you.rintih aril sambil memeluk erat.Hana lemas dengan pelukan aril yang terlalu kuat itu

baby?sejak bila aril memanggilnya dengan panggilan seperti itu.

" awak..kenapa ni?tolak hana dengan lembut,aril tersedar dari dunia khayalannya,dia terus meleraikan pelukan tersebut,dia memandang hana.

kenapa dengan awak ni..menangis macam tu..siap panggil baby lagi. aril mengeyeh-genyeh matanya,benar,yang ada di depannya itu adalah hana bukan qayla!,dia meraup wajahnya ,ya allah..kenapa susah sangat untuk dia melupakan gadis itu.

"maaf..

hana menghela nafas lemah,jadi dia tahu semalam aril balik dalam keadaan tidak tentu arah adalah di sebabkan gadis yang bernama qayla itu?ternyata aril masih cintakan gadis itu?!ya allah..sakitnya!

" saya keluar dulu.awak rehatlah.Aril ingin keluar namun pantas tangannya di raih oleh hana.Aril menoleh semula ke arah gadis itu,

"ceritalah dengan saya apa masalah awak,saya kan teman awak.saya sanggup mendengarnya.kata hana dengan perit...aril tersenyum tipis,genggaman di eratkan

" saya minta maaf hana.saya dah kasar dengan awak semalam.saya dah buat awak sakit hati

"tak ada apalah,betul kata awak,awak dah bagi saya kesenangan,saya pun kena balas balik kan?biarlah saya menjadi teman awak sampai ke akhirnya.

" now ceritalah dengan saya ,apa yang membuatkan awak bersedih.kalau saya boleh tolong insyaallah saya akan tolong.kata hana lagi.Aril mengeluh kecil,dia membetulkan posisi duduknya agar lebih menghadap ke arah hana.

"saya minta maaf dengan awak ,kelmarin saya lupa nak datang ke kelas awak sebab saya pergi hopistal.

" hospital?tapi kenapa.siapa yang sakit?

"qayla..awak masih ingat lagi kan nama tu?hana tersenyum sambil menganguk lemah.

" saya pergi lawat dia.Tapi dia tak nak jumpa dengan saya,dia tengking dan marah-marah saya.hana..salah ke saya untuk menjaganya?saya tak boleh lupakan dia walau sesaat.luah aril,air mata lelakinya kembali menitis tatkala mengenangkan wajah qayla yang pucat,..mesti gadis itu terlalu terseksa.menderita.

"oooh sebab itukah awak sedih?aril..kalau awak betul sayangkan dia,pergilah lawat dia.jangan mengalah

" tapi dia dah tak nak jumpa saya.Tengok muka saya pun tak nak

"kalau sayang..jangan putus asa,mungkin dia dalam situasi ego,perempuan ni dia suka tengok effrot lelaki,selagi lelaki tu berusaha dan tunjuk bukti bahawa lelaki tu benar-benar sayang,maka girl akan terima..terang hana,aril tekun mendengar.

" faham tak apa maksud saya?tanya hana setelah melihat kebisuan lelaki itu

"faham..

" ha kalau macam tu pergilah jenguk dia.kalau awak nak saya temankan awak,saya boleh je teman.Hana memperlawakan diri walaupun dia dalam keadaan tidak sihat,demi lelaki yang di sayangi dia sanggup...

Puan suraya menyilangkan tangan ke dada,matanya masih fokus kepada sebuah gambar yang baru di hantar oleh datin aina.sekeping gambar di mana anaknya aril yang sedang berpelukan dengan seorang gadis di hotel,puan suraya yakin..itu bukan hana,isterinya aril,dia mengeluh kecil

buat hal betul lah!rengusnya dalam hati,walaupun dia tidak boleh terima akan menantunya itu,tapi dia tidak mahu aril menduakan isterinya kerana dia tahu ,bagaimana perasaan apabila di duakan.Telefon pantas di letakkan semula dalam beg.laju langkahnya di atur menuju ke kereta

"Nani.jaga butik,kejap lagi saya datang balik.pesan puan suraya

" puan nak pergi mana?tanya nani.

"ada hal sikit,jaga butik tau!pesannya seraya itu dia masuk ke dalam perut kereta.

Aril bingkas membuka pintu tatkala mendengar ketukan yang bertalu-talu" siapalah yang datang ni,tak boleh sabar ke!omelnya dalam hati,pintu di buka,terjengul wajah puan suraya, Mama..aril tersenyum nipis,manakala puan suraya hanya beriak biasa saja.

"Mama..jemputlah masuk,pelawa aril,seraya itu puan suraya masuk dan menuju ke ruang tamu,maksom yang berada di dapur mula keluar ,dia tersenyum dan menyapa lembut wanita uang separuh abab itu

" assalammualaikum puan.puan nak minum air apa.tanya maksom dengan lembut,puan suraya menjeling tajam,"tak payah,panggil hana.

seraya itu maksom ke bilik memanggil hana."mama..kenapa nak jumpa hana?tanya aril

"kenapa?tak boleh ke kalau mama nak jumpa aril.sejak bila aril suka mainkan hati perempuan ni?dahi aril berkerut,tidak faham dengan apa yang di katakan oleh puan suraya.

" tak payah buat muka macam tu,aril faham maksud mama kan.

"ma.sumpah aril tak faham,mainkan hati siapa ni?tanya aril,seraya itu puan suraya mengeluarkan telefon bimbit lalu gambar tadi di suakan ke muka aril,aril terkedu.Itu kan mukanya..dan itu adalah qayla!omg!dia memandang wajah puan suraya yang seakan tegang itu

" siapa perempuan ni?!berani aril malukan muka mama ya!siap berpeluk lagi!mama dengan papa ajar macan tu ke!marah puan suraya.,hana yang berada di tangga memerhati pergaduhan dua beranak itu,

"mama.ini gambar lama.lagipun mana mama dapat gambar ni?tanya aril

" tak penting!aril dah isteri kan hargai dia!walaupun mama tak sukakan dia sebab tak ada asal usul tapi dia tu dah jadi menantu mama!isteri aril!

jangan nak buat muka mama malu!

aril meraup wajah,arghh pening kepalanya.

"mama..kenapa nak jumpa hana,tanya hana lalu menghampiri ibu mertuanya.Tangan di hulurkan untuk bersalaman.Puan suraya menyambut acuh tidak acuh saja.

"kamu umur berapa?kerja kat mana..tanya puan suraya, hana melirik ke arah aril

" err ma..hana tak kerja..

"kamu diam!mama tanya dia bukan kamu. just shut up!aril diam,hana mengetap bibir,kelu untuk menjawab pertanyaan puan suraya

" i tanya sekali lagi,berapa umur?tanya puan suraya

"17 ma..

" what?!17?are you serious?mata puan suraya membulat,aril cuba menenangkan mamanya

"mama calm dawn!

" macam mana mama nak sabar kalau macam ni! aril! sedar tak apa aril buat ni! aril menikah dengan orang yang lebih muda dari aril! apa ni!

macam mana dia boleh uruskan kamu?!hana menekur lantai..

"mama.ini pilihan aril,aril buat keputusan

" keputusan kamu memang gila!

"mama nak kamu ceraikan dia!hana terpempang begitu juga dengan aril.
" cukuplah mama tak boleh terima dia,kalau kamu perlukan isteri sangat,mama ada kawan anak dia sebaya dengan kamu, cantik pulak yang penting ada asal usul! tak macam dia!

"aril,kita tak tahu keturunan dia macam mana aril jangan malukan mama!let her go!

" kenapa dengan mama ni,selama ni mama tak pernah pedulikan aril! kenapa bila aril dah ada isteri mama nak sibuk pulak!

"mama sibuk sebab ini melibatkan maruah!faham tak!

mama tak kira,ceraikan dia!

hana berlari masuk ke bilik, dia takut akan kehilangan aril..hatinya sedih!pilu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience