DEMI DIA BAB 4

Romance Series 35926

ARIL Masih bingung memikirkan apa yang terjadi di hotel tempoh hari,dia masih tidak dapat memberikan jawapan yang pasti atas apa yang telah dia lakukan,"wei..termenung pulak,sapa ikhwan,lalu menghenyak punggung berhadapan dengan aril,aril meraup wajahnya

"apa pula masalah kau kalini,qayla buat hal ke?tanya ikhwan, aril mengeleng lemah,biarlah itu menjadi rahsia dia belum bersedia untuk menceritakan keadaan sebenar kepada sahabat karibnya itu." habis,kenapa kau termenung?

"tak ada apa la wan,aku penat sikit,terima kasih tau sebab kau dah ganti kelas aku haritu,ramai yang cakap kau mengajar power!ikhwan tersengih

" tengoklah siapa orangnya.ikhwan mula berlagak

"ril..kau jangan lupa datang tau ,aku nak kau ada masa pernikahan aku berlangsung.

" insyaallah wan aku datang.makin berseri-seri muka kau ya.ikhwan tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik."mestilah bakal pengantin!

HUJAN turun dengan lebatnya,gadis itu hilang arah mencari tempat berteduh,guni-guni yang di bawa di tangan kiri dan kanan masih dilindungi,jika hilang guni tersebut,maka hilanglah pendapatannya.Dia lekas berlari,hujan turun bersama dengan kilat.Rambutnya yang panjang separas pinggang itu di biarkan terlepas,

Aaah!aduhnya,dia mengambil guni yang jatuh dari tangan kirinya,Aril mengeluh kecil,dalam hujan sebegini pun masih lagi cuai!

"cik..lain kali guna mata boleh tak?dia cuba menahan marah,habis basah bajunya!

" maafkan saya encik..saya tak sengaja.kata gadis itu lagi,dia mengankat wajahnya,.Aril memandang gadis itu"awak..bukan ke awak yang haritu saya dekat taman tu?aril mengecilkan matanya.ya dia yakin,dia kenal wajah gadis itu!walaupun dalam keadaan comot dia masih mengenali gadis itu!

gadis itu angguk,"saya minta maaf.aril meraup wajahnya yang sudah dilimpahi dengan hujan,dia menarik tangan gadis itu sehingga menyorong gadis itu berteduh di salah satu stesen minyak,suasana di stesen minyak agak lenggang,gadis itu menekur ke bawah,dia tidak berani bertatapan dengan aril

"kenapa saya selalu jumpa awak dalam keadaan yang sukar?tanya aril dengan tiba-tiba
" saya tidak tahu.jawab gadis itu.aril mengeluh kecil

"awak pakai baju sama,saya nak tanya awak tak ada rumah ke?mak ayah awak mana?tanya aril,dia nekad hendak tahu asal usul gadis itu.Ini sudah masuk kali kedua mereka bertemu.

" saya minta maaf,saya tidak boleh jelaskan.

"apa maksud awak.bukannya saya nak buat apa pun saya cuma nak tahu.

" macam mana saya nak cakap, sedangkan saya sendiri pun tidak tahu mana asal usul saya.Aril terkedu.benarkah?

"apa yang awak cakap dekat saya ni betul ke?awak tak menipu kan..

" buat apa saya nak menipu,sudahla encik hari sudah malam saya perlu balik.kata gadis itu

"tunggu!aril menghampiri gadis itu" awak tinggal di mana?biar saya yang hantar awak.aril mempelawakan diri.Tiba-tiba dia rasa kasihan terhadap gadis itu.

"err tak apalah saya boleh balik sendiri. tolak gadis itu dengan lembut,

" biarlah saya tolong awak kalini.mana rumah awak.

"saya tak nak awak jejak kaki ke tempat yang kotor.aril termanggu,tempat yang kotor?maksudnya?gadis itu memandang ke arah aril,dia melemparkan senyuman.

" andai kita berjodoh kita pasti bertemu lagi,tetapi jika bukan awak perlu bersyukur sebab awak tidak masuk dalam kehidupan saya yang penuh dengan ranjau hitam.awak kena bersyukur sebab awak masih ada family,masih ada orang yang menyanyangi awak,yang ambil berat pasal awak.

seraya itu,dia berlalu meninggalkan aril,

Aril!aril!

Aril lantas tersedar dari tidurnya,dia bingkas bangun di lihat makwan sudah bercekak pinggang,"makwan..

"kamu cuti ke harini?tanya makwan

" err tak!dah pukul berapa ni makwan?tanya aril,

"dah pukul 6:30

" hah?!ya allah dah lambat ni!seraya itu aril bergegas ke bilik air.Dalam bilik air,dia masih memikirkan tentang mimpi tadi..gadis itu?arghh kenapa gadis itu perlu masuk dalam mimpinya.

ranjau hitam?apa maksud gadis itu..

Qayla tersenyum manis ke arah aril sambil melambaikan tangannya.Perlahan-lahan aril mendekati kekasih hatinya itu."hai babby..dah lama ke tunggu ,tanya aril lalu dia melabuhkan punggung berhadapan dengan qayla,qayla tersengih "tak lama mana ,i pun baru sampai jugak.kata qayla." oooh..so you nak makan apa?tanya aril,"enmmm apa -apa jelah,yang penting you ada depan mata i.kata qayla senyuman tidak lekang dari bibirnya.Dia masih teringat akan peristiwa malam hari.Dia sungguh berpuas hati!

"kenapa you pandang i macam tu?tanya aril, segan dengan pandangan gadis itu.

" tak ada apa.saja nak pandang wajah kekasih,tak boleh ke..

"eh boleh..cuma.. i malu sikit.qayla tertawa kecil" you ni,malu tau dekat pondan!suasana di restoran 5 bintang agak bingit kerana ramai yang datang makan di situ.Qayla?hmm gadis itu tidak suka makan di cafe2 yang murah.kalau boleh dia hendak makan di restoran yang mahal.mujurlah aril banyak duit,kalau tak..hmm habis semua di gadainya!

Demi si pujaan hati,aril sanggup lakukan apa saja.asalkan dia tidak kehilangan gadis itu.Namun bagi qayla pula,cinta cuma hawa nafsu,bukan kerana hati...

"sayang...tangan aril di genggam

" ya,kenapa.

"boleh kan kalau malam ni you datang rumah i?mami dengan daddy i tak ada dia pergi rumah maklang.i sunyi la..i takut.Adu gadis itu.

" errr ,bibik kan ada,nak takut apa

"alaa.bibik tu bukannya kesah pun dengan i..bolehla baby.please demi i?aril menghela nafas lemah

" tengoklah macam mana nanti i takut i ada kelas malam ,yalah.. spm dah nak dekat i kena tolong anak anak murid i.

"you ni.selalu macam tu,tak apalah,...qayla mula merajuk,

" baby..janganlah merajuk,okay,i janji malam nanti i datang."betul?mata qayla sudah bersinar-sinar.aril mengangguk lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience