Aku sedang leka memilih beberapa buah buku untuk dijadikan modul aktiviti tambahan di kelas. Entah yang mana satu jadi pilihan.
"Hai.." aku berpaling ke belakang mencari pemilik suara.
Aku perasan ada seorang perempuan seksi sedang elok bersandar pada rak buku. Macam model gayanya. Model rak buku. Aku menunjukkan jari telunjuk ke dadaku. Bertanya jika 'hai' itu untukku.
"Hai.... cik kenal saya ke?" Tanyaku setelah aku cukup pasti dia bukan kenalan.
"Of course.. I know you... puan Arissa... or should I call you mrs Izzuddin.." kata-katanya kedengaran sangat sinis. Siapa perempuan tak cukup kain ni?
"Saya tak kenal cik... cik ni siapa..." nama saja cikgu. Tapi bengap. Kan dia dah mention Izzuddin tadi. Dia kenal laki aku lah! Otak lembab betul nak proses ayat.
"I'm Jasmine..." dia memghulurkan tanganya padaku. Gaya macam nak suruh aku cium saja belakang tapak tangan dia. Aku hanya menyambut kekok. Geli pulak aku tengok gayanya macam sotong pun ada.
"Eerr... saya Arissa..." dia hanya tersenyum sinis. Entah apa dia fikir entah!
"Well... tak sangka I jumpa wife Izzuddin kat sini..." dah kenapa pulak? Tak boleh ke?
"Well... saya pun tak sangka saya nak datang sini.." kataku sambil ketawa yang nampak benar dibuat-buat.
"I ingat bila Lizzara tinggalkan Izz... dia carilah perempuan setaraf dengan dia... ini tak perempuan kolot jugak dicari... tak ada class lansung.." what? Kolot? Tak ada Class? Wei! Aku banyak kelas tau. Aku cikgu tau. Cikgu!
Aku mengukir senyuman manis. Sengaja mencungkil rasa jengkel dalam hati minah tak sedar diri ni.
"Owh... tak apa lah... mungkin dah nasib saya. Lagi pun Izz yang cari saya.... melutut.. merayu... menangis... meroyan.... pujuk saya untuk jadi isteri dia... kenapa dia tak cari cik... kenapa ya?.." aku meletak jari di dagu. Kening aku angkat bersama anak mata ke atas. Bibir aku sengetkan. Pura-pura berfikir sepenuh hati.
"You...." wajah geramnya membuatkan aku berpuas hati.
"Yes... I am..." jawabku. Acah-acah sopan.
"Kau tak kenal aku siapa... aku akan pastikan Izz jadi hak aku... kau tunggu sajalah..." katanya sambil berlalu pergi tinggalkan aku.
Huh! Dia lupa gamaknya. Allah dah tetapkan segalanya. Jika benar Izz milik dia. Aku nak kata apa! Kalau Izz memang jodoh aku. Gigit jarilah kau minah! Kun Fayakun!
Share this novel