Farhana sudah menjerit kecil melihat figura Arissa dari jauh berjalan mendekatinya. Mana tidak teruja sudah hampir lapan bulan mereka tidak berjumpa. Apalagi sekarang Arissa sudah tidak lagi bekerja.
"... Owh My God... My best friend... Rindu gila kat kau..."
Farhana berlari anak menghampiri Arissa. Lambat sangat mak buyung tu berjalan. Nak tunggu tengah panas ni? Jadi udang bakar kejap lagi.
Arissa ketawa apabila Farhana meluru memwluknya kejap. Belakang badan Farhana di tampar perlahan. Ada-ada je minah sorang ni.
"... Aku pun kau... Ni pun puas pujuk tau... Baru boleh keluar dating dengan kau... Kalau tak.. hurm... Berhabuk aku kat rumah tu..."
Farhana hanya menyengih. Lengan Arissa di peluk . Kepalanya diletakkan di bahu Arissa. Gedik betul.
"... Kau stay dengan mama kau lagi ke?... "
Arissa menggeleng. Tangan Farhana di tarik mengikutinya. Panas-panas ni nak buat drama tengah parking lot.
"... Sebelum ni ye lah... Minggu lepas Izz ajak aku pindah rumah kami semula... Aku ikutkan je..."
Farhana hanya mengangguk faham. Pintu cafe dibuka untuk Arissa. Sweet dengan member je. Pakwe tak ada. Sedeh!
Farhana tarik nafas lega. Penghawa dingin menyapa batang tubuhnya segar rasanya.
"... Kau nak makan apa?... Aku belanja kau.... Hari ni je.."
Farhana tayang gigi. Suka lah tu orang belanja. Tangan Farhana melambai pelayan.
Amboi laju je dia ni!
" Weh sure ke kau nak balik sorang ni?..."
Arissa rolling eyes. Dah datang sorang. Balik pun of course lah sorang juga. Tak kan tiber ada bertambah pula. Seram si Farhana ni!
".. ya lah... Habis tu?... Alah kau jangan risau okay... Dah kau pergi balik sana..."
Farhana lambat-lambat berjalan ke keretanya. Beberap kali juga dia toleh ke belakang. Rasa tak sedap hati.
Farhana membuka pintu kereta namun masih terpacak diluar belum mahu masuk. Matanya hanya memerhati kereta Arissa perlahan bergerak membelok ke jalan utama.
Entah kenapa hatinya terasa seperti mahu menghalang.
Bang!
Terkaku Farhana di tempatnya. Jantungnya rasa seperti mahu tercabut. Terketar-ketar bibirnya. Perlahan titis-titis air matanya turun.
"... Arghhhhhhhhhhh!... "
Bagaikan histeria Farhana menjerit sekuat hati apabila melihat sebahagian kereta Arissa dibawah trak besar itu.
Terasa tak jejak tanah kaki Farhana berlari ke arah kereta Arissa. Orang ramai mula berkumpul.
"... Arghh!... Rissa!... Rissa!..."
Macam orang gila saja perlakuan Farhana. Malu? Malu dah lama dia buang. Tak endah apa orang nak kata. Yang dia tahu Arissa perlu diselamatkan.
"Adik... Dik... Jangan dekat nampak ada kebocoran minyak tu.. "
Kedua tangannya di pegang. Menghalang Farhana dari mendekati. Bimbang jika kereta itu meletup tiba-tiba.
"... Kawan saya... Encik... Kawan... Saya..... Tolong!... Tolong kawan saya.!.."
Hampir semua orang ditariknya. Meminta supaya selamatnya Arissa. Namun semuanya tak ada guna langsung.
Booomm!!
Terkaku Farhana. Badannya mengeras terkejut dengan bunyi letupan yang terhasil.
Arissa!
No way!
"... Arissa!.."
Izz memandang tubuh yang terbujur kaku. Hampir keseluruhan mukanya dibaluti kain kasa.
Air mata lelakinya menitis entah buat keberapa kali entahlah.
Luluh!
Sakit!
Dapat dia rasanya betapa berusahanya Arissa bergelut seorang diri. Bagaimana betapa bertahannya Arissa menahan rasa kesakitan.
Apalagi anak mereka belum kenal dunia kembali kepada penciptanya. Secepat ini?
Sebagai seorang lelaki. Baginya Arissa wanita yang hebat.
Bagaimana penerimaan Arissa?
Yang ini! Dia tidak sanggup nak hadapi.
Buat masa ini biarlah Arissa begini. Biarlah dia pendam rindunya.
Absence makes the heart grows fonder!
Then.
And i will make sure that absence does not happen!
MAAF YE SAYANG2 SEMUA. SIS KERING IDEA. NANTI KITA KUMPUL2 IDEA DLU...
SAYANG NAK SHARE PON BOLEH... LOVE YOU ALL...
Share this novel