20

Romance Series 66484

Wajah Arissa yang lena dipandang kasih. Cinta hati pengarang jantung. Tak tahu nak gambarkan kalau tiada bidadari ini di sisinya.

Dahi Arissa di kucup lama. Tak mahu menganggu. Tadi pun sebelum tidur dah buat drama air mata.

Rasa pelik perangai Arissa semenjak dua tiga hari ni. Cepat marah, cepat merajuk, mood pun swing semacam je. Nak tegur pun rasa takut.

Semalam, tak sengaja dia pulang lewat. Kerja banyak tertangguh. Projek baru masuk bertimbun. Alhamdulillah, rezeki Allah. Baru saja melangkah pintu masuk dia sudah diserbu Arissa.

Katanya Arissa dia lewat sebab cari betina lain. Nak ketawa berguling pun ada. Belum sempat menjawab soalan lain pulak yang ditanya. Masih belum sempat dia nak menjawab. Arissa dah ada jawapan sendiri yang pastinya salah seratus peratus.

Senyuman melebar di bibir Izz. Segenap wajah cantik Arissa dikucup sayang sehingga mengganggu lenanya. Tak jadi nak behave sebab geram sangat tengok Arissa tidur. Pipi makin gebu je bambam!

"Abang.... Riss nak tidur..."

Rengekkan Arissa membuatkan Izz semakin tak keruan. Ada yang menjadi ni karang.

".... Baby... I miss you so bad... "

Leher putih jinjang Arissa di kucup berkali-kali Tangan kasar mengusap- usap bahu Arissa sebelum dicengkam lembut. Tak tahan macam ni. Dah dua hari Arissa menjauh darinya. Kali ni dah tak boleh!

"... Abang... Jangan lah..."

Semakin ditolak semakin dia mengganas. Arissa yang tadi mamai sekarang dah hilang rasa mengatuknya. Naik geram pulak rasa hati.

"...aduh!... Sayang sakit lah... Kenapa cubit abang... Pedih tau tak..."

Arissa menjeling hampir nak juling mata. Geram dengan perangai merenyam, miang dan gatal si Izz. Dah buat hal senang-senang nak cium-cium peluk orang. Tak malu!

"... Boleh tak... Kalau tak gatal... Miang... Merenyam.. benci tau!.."

Izz mengeluh berat.

"... Kenapa ni sayang... Kenapa tolak abang... Sayang dah tak sudi ke dengan abang?... Apa salah abang?..."

Arissa memendang Izz dengan mata mencerlung. Geram pulak rasa hati ni!

"... Abang tanya Riss salah apa?... Kenapa tanya Riss.. abang tau lah kalau abang yang buat salah..."

Izz menarik nafas panjang. Mata dipejam lama. Sabar hati sabar!

"... Masalahnya sayang... Abang memang tak buat salah... Macam mana abang nak tahu salah abang apa?... Ya Allah... Kenapa buat perangai sangat ni?..."

Ton suara dah naik seoktaf. Belum nak menengking lagi masih boleh bertahan.

"... Ye ke abang tak salah?... Pasti?.."

Bahu Arissa di cengkam. Ditarik badan itu menghadap ke arahnya. Geram!

"....So... Tell me now.. apa salah abang?... Abang tak akan tahu sampai mati pun... Kalau sayang tak bagitahu..."

Arissa berdegus. Takkan salah dia kita nak beritahu. Baik tak payah susah-susah merajuk. Perlu ke bagitahu? Boleh nak fikir sendiri?

".... Ish... Riss benci abang tau tak?!... Dah lah hari tu Riss tunggu abang balik makan... Abang balik lambat... Lepas tu makanan tu basi... Lepas tu semalam abang balik lambat jugak.. bila Riss tanya sibuk... Sibuk sangat ke?... Sampai tak boleh nak jamah sikit makanan Riss masak... Ramai betina sundal layan abang kat luar kan... Sebab tu ab......"

Diam kelu seribu bahasa apabila terasa bibir lembut Izz menyentuh lembut bibirnya. Lama! Cukup lama untuk buat dia diam sebentar.

Tautan bibir dilepaskan seketika. Lama mata mereka berpandangan sampai ke dasar hati rasanya. Nampak seperti Arissa mahu melanjutkan lagi bebelan. Belum sempat keluar satu ayat pun bibirnya sekali lagi di ragut kali ini agak kasar.

Ada rasa rindu disitu.

Ada rasa cinta juga.

Ada rasa sensasi dan panas!

".... Macam mana nak cari perempuan lain... Kalau isteri abang sendiri yang buat abang gila ... Abang rindu isteri abang.... Mana pergi Arissa yang kasar tu?.... Arissa abang tak kuat cemburu.... Tak merajuk ... Tak banyak ragam... Kenapa ni?... Hmmm"

Arissa mencebik bibir. Entah! Dia pun tak tahu kenapa sikapnya begini. Yang pasti sekarang rasa cemburu dan suka buat ragam menjadi hobinya. Atau senang kata suka cari pasal tak tentu hala.

".... I love you sayang.... Hati abang hanya untuk sayang... Please jangan siksa hati abang lagi..."

Entah lah. Rasa tak puas hati mengalah awal-awal. Rasa macam nak cari gaduh lagi .

".... Jangan sebut kalau abang tak ikhlas....benci!.."

Allahu! Mencabar betul.

".... Arissa Andra! Jangan mencabar abang boleh tak?.... Awak ni dah kenapa?..."

Izz bangun dari katil. Malas nak panjang-panjangkan hal. Kalau ikut hati apa pun boleh jadi. Baik keluar tidur bilik lain. Hati rasa nak meledak lava panas.

".... Ha... Tengok abang lari... Betul lah tu kan... Abang ada betina lain... Abang!... Abang!..."

Izz hanya memekakkan telinga. Rasa sakit hati apabila Izz tidak melayan perangainya. Kenapa macam ni? Teruk dirasakan perangainya.

Melihat Izz berlalu keluar dan pintu itu tertutup menghilangkan bayang Izz. Hatinya terasa sakit. Sangat sakit. Tak puas hati. Geram. Marah semua ada.

Arissa menangis sepuasnya sehingga tertidur.

Izz menuruni anak tangga sambil mengemaskan ikatan tali lehernya. Bau aroma mee goreng membuatkan perutnya berkeroncong. Namun egonya menghalang. Arissa perlu di berikan pengajaran. Selama ini dia rendahkan egonya demi Arissa. Sekarang dia tinggikan egonya juga disebabkan Arissa.

"... Abang... Makan dulu... "

Tanpa melihat ke arah Arissa. Izz hanya menonong berjalan ke pintu depan. Malas nak layan. Penghujungnya bertikam lidah juga.

"... Abang!... Izz!.."

Bunyi deruman kereta meninggalkan perkarangan rumah membuatkan Arissa terduduk sendiri. Air matanya mengalir lagi. Sakit hati!

Kepala yang terasa berat dipicit perlahan. Sudah seminggu pening dan sakit kepala sekajap datang sekejap pergi. Entah apa penyakitnya.

Pintu dipandang. Nak salahkan Izz? Salah diri sendiri pun banyak juga. Terima je lah.

Ting Tong!

Arissa yang leka menyiram pokok bunga mengadah sesikit. Siapa pulak yang datang!

Paip getah diletakkan ke tanah. Dia berjalan menghampiri pintu pagar.

".... Puan Arissa Andra?...."

"... Ya Saya ...."

Lelaki itu menyerahkan kotak serdahana besar. Arissa teragak-agak mahu menerimanya. Entah siapa pengirimnya.

".... Terima kasih ye dik...."

Lelaki itu hanya mengangguk, lalu berlalu. Pelik pulak budak servis penghantaran ni. Tak pernah pulak tengok budak penghantar pakai semua hitam macam tu. Siap topi dan mask hitam. Macam misteri sangat.

Bungkusan kotak sederhana itu digoncang-goncang. Entah apa yang ada di dalamnya. Nak buka rasa was-was. Tunggu Izz balik nanti buka sama-sama.

Bunyi pintu ditutup kasar membuatkan Arissa terjaga. Tidur-tidur ayam mana nak lena sangat. Wajah masam Izz dipandang. Nak tegur ke tak nak?

".... Abang.... Abang duduk kejap Riss ada benda nak cakap dengan abang..."

Izz masih berjalan. Suara Arissa sedikit pun tak menyejukkan hati. Rasa sakit semalam masih berbaki.

"....abang.... Riss mintak maaf.. Riss tahu Riss melampau... Maafkan Riss ya.... Abang"

Tangan sasa Izz di raih. Entah bagaimana diketaknya kewarasan. Izz menepis kuat hingga Arissa terdorong ketepi.

Dahinya terhantuk ke bucu almari membuatkan Arissa tanpa sedar terduduk ke lantai.

Rasa sakit di kepala dan di bawah perut bersatu.

"Argh!.... Sakit! Abang sakit!..."

Izz terpana. Tak sangka dirinya menyakiti Arissa. Matanya terpandang darah yang mengalir. Bukan darah pada dahi jadi perhatiannya. Tetapi darah pada celah paha Arissa. MasyaAllah!

"...sakit... Abang... Sakit..."

Rintihan Arissa semakin perlahan. Peluh dan darah sudah menjadi satu. Rinik-rinik peluh di dahi Arissa di seka dengan ibu jari.

"... Jom pergi hospital sayang.... I'm so stupid!... I'm sorry sayang... I'm sorry..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience