Aku mengangkat kotak terakhir untuk dimasukkan ke dalam bilik stor. Huh! Penat sungguh rupanya pindah rumah. Mana tidaknya barang aku saja dah satu lori, tak termasuk barang Izz dan barang-barang lain. Mana nak kemas lagi, naik turun tangga. Ffuhhh! Akhirnya bolehlah aku berehat.
Aku berjalan ke kolam ikan. Kerusi kayu jati yang berukir cantik aku duduki. Nak relax jap! Bunyi air terjun buatan ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan aku jadi mengantuk selepas penat berkemas.
Izz mencari-cari kelibat Riss. Dia tersenyum apabila terpandang isterinya tidur pulas di kerusi kayu di tepi kolam ikan. Penat benar dia, atas kerusi kayu pun boleh lena. Izz mendekati Riss, wajah lena itu di pandang lama. Pandangan penuh kasih dan sayang. Pipi gebu mulus itu di sentuh lembut dan dielus perlahan. Cantik! Itu saja yang sedang bermain di mindanya saat ini.
Riss yang terasa wajahnya disentuh sesuatu terus membuka mata. Terhidang wajah kacak Izz tepat-tepat di depan mata. dia membetulkan duduknya agar lebih selesa.
Izz duduk di sebelah Riss. Dia memandang wajah itu penuh kasih. Diusap pipi itu perlahan dengan ibu jarinya.
"Penat sangat ke... hmmm.." rambut isterinya yang panjang dan lembut beralun diselit ke belakang telinga.
"Urm... penat sikit... tak sengaja terlelap pulak..." aku berundur sikit ke belakang. Wajahnya hampir bersentuhan dengan wajahku. Tak selesa itu yang aku rasa sekarang.
"Nak aku urut... " tanya Izz sambil tangannya naik ke bahuku.
"Erm... tak apa lah... sikit je... tak ada lah penat sangat... a-aku... nak mandi..." aku mengelat. Badan sasa Izz aku tolak menyatakan aku tidak mahu dan tidak suka dengan tingkahnya.
Izz hanya mengeluh dia sudah mencuba pelbagai cara untuk menunjukkan rasa cintanya, namun Riss lansung tidak cuba untuk memperbaikki hubungan mereka.
Tangan kiri memeluk pinggang Riss dan tangan kanannya masih memegang pipi mulus isterinya.
"Kenapa kau selalu nak lari dari aku bila aku cuba nak berbaik dengan kau...." suara husky itu sangat lembut dan romantis.
Mata hitam Izz menikam lembut anak mata hitam pekat milik Riss. Izz cuba menyelami hati isterinya. Dia cuba memecahkan tembok batu di hati isterinya. Dia memeluk erat badan Riss. Pipi gebu itu dikucup kasih. Izz mengucup telinga Riss dan berbisik.
"Riss..... aku... cintakan kau..... I love you so much..." bisik Izz di telinga Riss.
Aku yang sedang acah relax dengan tingkahnya yang agak melampau, terus tengadah. Mataku membulat menandakan aku sekarang dalam mood terkedu dan terkejut. Apa yang si Izz ni sedang merepek. No way!
"I'm mean it.... honest from my heart.... I love you....." sekali lagi Izz mengungkapkan kata cintanya. Kali ini lebih kuat dan jelas.
Aku terkaku sekali lagi. Aku sudah tidak tahu cara bercakap. Lidah aku kelu. Hebat sungguh jampi si Izz sehingga bisa membuat aku bingung sebegini.
"Sayang... please say something..." Izz masih lagi dengan suara romantiknya. Dia tahu Riss sedang cuba memproses ayatnya waktu wajah mereka bertentangan dan sangat rapat.
"I-I... I do not know what to say ... I'm confused now... why so sudden..." aku memandang wajah lelaki di depanku kini. Aku melihat matanya cuba mencari sedikit kebenaran.
"it's not a sudden Riss .... dah lama.. sangat lama.... tapi aku takut nak luahkan... takut untuk terima kenyataan kalau kau tolak aku... I'm so sorry... kali ni aku tak nak simpan dah... aku nak kau tahu betapa siksanya aku tanggung semua ni... aku sakit bila pura-pura tidak mencintai kau... rasa cemburu nak mati bila kau rapat dengan lelaki lain.... aku tak boleh Riss... tak boleh..." tubir matanya nampak bergenang. Ya Allah! Betulkah semua ini.
".... aku gembira bila kau gembira... aku sakit hati tengok kau nangis... aku rasa nak belasah je siapa yang berani buat kau nangis... sungguh Riss... aku tak tipu... aku cuba lupakan kau... cuba cari cinta lain... tapi tak boleh... tak sama... dan tak akan ada ganti pun..." bersungguh Izz meluahkan rasa cintanya pada aku. Aku masih bingung.
"Habis... Lizz siapa... kau cintakan Lizz kan... bukan aku..." aku cuba sedarkan Izz. Mungkin rindunya terlalu banyak buat Lizz membuatkan dia gila bayang.
"Lizz hanya kawan biasa je... tak lebih dari tu... " dia cuba nafikan. Macam aku bodoh!
"Habis.... selama ni kau mengadu kat Aku pasal Lizz... bila Lizz merajuk... bila Lizz happy... bila Lizz nangis... semua kau ngadu kat aku... apa semua tu kalau bukan kau cintakan dia... jangan pernah mainkan perasaan aku Izz... hati aku macam kaca... mudah retak... mudah juga hancur...." aku menolak badan Izz sekuat hatiku. Dia terdorong ke belakang. Aku meninggalkan dia seorang diri. Malas aku melayan. Alih-alih aku juga yang terkena. Dah banyak kali dia mainkan aku.
"Demi Allah Arissa Andra... Demi Allah... aku cintakan kau... sumpah!" Izz bersuara lantang. Kaki aku yang baru saja menjejak anak tangga terhenti. Air mataku gugur. Sungguh aku sedih. Sanggup dia bersumpah Demi Allah hanya untuk mempermainkan aku. Sungguh bodoh fikirannya. Aku memanjat anak tangga naik ke atas tanpa memperdulikan Izz.
......................................
Share this novel