6
"Papa... mama... Izz ingat nak pindah rumah nanti... kalau boleh nak bawak Rissa sekali... tak apa kan ma,pa?...." Izz membuka bicara sewaktu kami sekeluarga bersantai sambil menonton movie. Cerita apa entah!
"Kamu nak pindah... dah ada rumahnya ke..." tanya papa.
"Dah ada pa..." jawab Izz sambil senyum.
Kelihatan papa mengangguk. Lalu kopi di atas meja di ambil. Dihirup perlahan lalu melepaskan nafas lega.
"Kalau macam tu tak apa lah... Rissa tu isteri kamu... papa bukan lagi berhak atas Rissa... dia hak kamu... dah tanggungjawab dia ikut kamu... papa tak menghalang..." kata-kata papa sedikit-sebanyak membuat aku sebak. Kini aku bukan lagi anak manja papa. Papa sudah tak berhak ke atas aku.
Aku pandang wajah Izz. Wajah yang berhak ke atas aku. Kini syurga aku sudah beralih. Adakah lelaki ini akan benar-benar menjaga aku seperti mana papa menjaga aku. Adakah dia akan menyayangi aku seperti mana papa sayang pada aku. Ya Allah! Sungguh aku ragu-ragu dengan suamiku ini. Adakah akan berputik cinta antara kami.
"Rumah kamu area mana?..." pertanyaan papa membuatkan aku sedar dari dunia khayalanku.
"Dekat je pa... area kajang je... tak lah jauh sangat.." balas Izz sambil menghirup kopinya.
"Bila nak pindah..." tanya mama.
"Aik.. mama... macam nak halau kitorang je... mama tak suka ek... Along duduk sini.."kataku sedikit merajuk.
"Ish... kesitu pulak kamu ni... mama bukan menghalau..... saja tanya... lagi pun... bagus juga kamu duduk asing... boleh berdikari... belajar pelan-pelan ... jaga makan, pakai, dan keperluan suami... nanti dah ada anak... tak lah kamu kekok.." kata mama. Aku membuat muka apabila hal anak meniti bibir mama. Tak suka!
"Hurm... ye lah mama...." aku hanya mengiyakan. Malas nak dengar mama berhujah panjang-panjang. Sakit telinga.
Aku mengambil angin malam di balkoni bilikku. Angin yang berhembus perlahan menenangkan hati aku. Aku tarik nafas sedalamnya dan dihembus perlahan.
"Buat apa kat luar ni... angin malam tak elok lah... nanti kau demam.."suara husky Izz menegur aku dari belakang.
Aku berpaling seketika sebelum kembali memandang ke luar.
"Saja... ambil angin... sejuk je.."aku membalas.
Izz memandang aku lama. Tenungannya membuatkan hatiku gundah gulana. Jantung aku menngepam laju. Aku malu wey!
"Asal muka kau merah..." tanya Izz.
"Huh!.. urm.. panas kot...." kataku. Aku malu dengan tenungan Izz.
Eh, kejap! Sejak bila aku tahu malu dengan si Izz ni? Tak pernah dalam sejarah.
"Panas?... kau demam ke apa... meh sini aku nak rasa.." lalu tapak tangannya melekap di dahiku.
"Tak panas pun...." kata Izz
"Memang la tak panas... maksud aku haba dalam badan ni panas..." aku cuba mengelat. Mana boleh mengaku aku malu. Pasti itu akan jadi bahan usikannya.
"Apa-apa lah kau... jom lah tidur... aku ngantuk lah... esok nak kerja lagi..." katanya sambil memandangku.
"Ish... nak tidur pun ajak orang... pergi lah tidur sana... tak nak lah aku tidur dengan kau..." jawab aku siap buat muka lagi.
"Sampai bila kita nak tidur macam ni... asing-asing..." luah Izz lemah.
"Sorry Izz... aku belum bersedia..." aku menunduk. Rasa kasihan melihat Izz bersungguh untuk rumah tangga kami.
"Sampai bila..." tanya Izz sambil memandang aku.
"Sampai hati aku benar-benar ikhlas terima kau..." aku mengangkat wajah memandang Izz. Tak lama, aku kembali menunduk.
"Andai kata kau tak pernah nak ikhlas... nak tunggu apa pulak... tunggu jatuh cinta... kalau tak jatuh cinta.. nak tunggu apa... tunggu aku jadi jenazah baru kau bersedia..." tanpa aku sedar mata kami bertatapan. Lama, sehingga menusuk ke dasar hati. Aku dapat lihat sinar keihlasan dalam matanya.
"Izz... jangan lah cakap macam tu... aku tak suka..." marahku apabila mula tersedar.
"Then... cubalah buka hati batu kau tu... untuk terima aku.." eh suka hati cakap hati aku hati batu.
"Bagi aku sikit lagi masa... then I will try to be the best wife to you... I promise..." siap angkat tangan macam bersumpah bagai.
"Tak payah nak berjanji sangat... janji kau tak boleh pakai.... aku cuma nak kau terima aku pelan-pelan... kita belajar terima satu sama lain..." ucap Izz sambil mencuit hidung mancung aku.
"Ahh.. sudah lah kau... geli aku geleman aku nak romantik bagai ni... dah lah aku nak tidur... bye.." aku membuat lambaian paling gedik. Izz hanya geleng kepala. Sudah biasa dengan perangai masuk air aku.
..........................
Izz sedang leka menilik plan yang hampir 50 peratus siap. Saja dia membuat double check. Mana tahu ada salah kiraan panjang pendek. Mahu memgamuk clientnya nanti. Sudahlah jumlah projek melibatkan jutaan ringgit.
"Good morning my friend.... busy ke.. jom pekena kopi jap... tengah lemau ni.." suara Zarif mencuri tumpuannya.
"Kau apa hal... salam mana salam... dah kemaruk nak jadi kafir ke apa... dengan pintunya tak berketuk..." Izz jeda seketika sambil melihat jam yang elok melekap di tangannya.
"... kopi... kopi abah kau time macam ni... orang sibuk kerja kau sibuk nak ber'kopi' bagai... balik bilik kau sana...." Zarif hanya menyengih seperti kerang busuk. Sudah masak benar dengan perangai Izz. Jika ada yang mengacau fokusnya, habis disemburnya orang itu.
"Uish... jangan lah marah bos... aku ajak pergi minum kopi... bukan ajak pergi jahanam pon... dah..dah jom.." Zarif menggamit-gamit tangannya supaya Izz bangun mengikutinya ke bawah.
Bibir Izz kelihatan terkumat kamit. Entah apa yang di bebel pun Zarif tidak tahu.
"Woi... kau baca doa apa... cepat lah.." sergah Zarif.
"Aku baca doa tolak bala..." selamba Izz menjawab dengan wajah tanpa reaksi.
"Sudah lah kau... banyak cekadak pulak... jom.." terus mereka berdua beriringan menuju ke lif.
Di cafe Izz dan Zarif hanya menikmati kopi dengan santai. Mata-mata nakal yang memandang mereka tidak diendahkan. Mana tidak mencuri tumpuan jika dua kelaki macho dan bergaya plus kacak, sedang menghiasi mata mereka. Gadis-gadis di situ sudah menggeletis seperti cacing kepanasan. Ada yang curi pandang, ada yang cover ayu, ada juga yang cuba masuk line. Bagi Izz, dia tak heran dengan semua itu. Lantak lah nak pergi terjun lombong sekali pun, dia peduli apa!
"Kau dengan Riss macam mana okay ke KO?" Izz mengadah memandang Zarif.
"Okay... macam biasa lah..." jawab Izz malas.
"Kau tak cuba bagi tahu dia perasaan kau..." pertanyaan Zarif hanya dibalas gelengan kecil Izz.
"Aku ada lah cakap-cakap yang aku nak perkahwinan kami kekal.. aku ada bagi hint... dia tak faham atau buat-buat tak faham aku tak tahulah.." balas Izz.
Zarif hanya mengangguk kecil. Selepas itu dia menggeleng pula.
"Kau kena bagitahu perasaan aku... aku takut dia salah faham... kau gunakan Lizz untuk dapatkan Riss... nanti kalau dia tahu.. naya tu.. mau cerai tang tu jugak.." Izz mencerlung mata pada Zarif.
"Choi!... mulut kau... puaka sungguh!" Marah Izz.
"Tak adalah... kau nak malu buat apa... cakap je lah kau jatuh cinta kat dia since sekolah menengah lagi... apa yang susah... biar dia tahu... ni tak habis-habis.... yang naik namanya Lizz jugak..." nasihat Zarif.
"Aku takut dia tinggalkan aku... dia anggap aku kawan je kot... kau pun tahu kan kitorang memang rapat dari kecil.... sekolah rendah, sekolah menengah, universiti je tak sama... entah-entah dia dah ada boyfriend... naya aku..." balas Izz.
"At least try dulu la bro... kau suami dia... dia nak lari mana... tak boleh bro... kau dah ikat dia... tapi belum simpul mati lagi..." kata Zarif sambil senyum nakal.
"Maksud kau.." Izz jungkit kening. Apa lah mamat ni punya ayat. Tak faham lansung.
"Kau dah ikat dia jadi isteri kau... tapi dia masih dara kan... apa lagi... ambik la hak kau... jadikan dia isteri kau yang sebenar-benarnya... simpul ikatan tu sampai mati..." muka gatal Zarif dipandang. Dasar otak kuning!
"Huh! Nanti dia tak percaya aku... tak nak arh..." balas Izz sambil menggeleng kepala. Tak mahu mengambil haknya secara paksa. Dia mahu isterinya sendiri yang serah diri.
"Dah la weh... banyak pulak melalut kau ni.. jom sambung kerja" Izz meninggalkan not 20 di atas meja dan terus berlalu pergi.
Aku sedang merangka skop pengajaran dan pembelajaran di buku rekod. Alhamdulillah prestasi murid-murid aku semakin meningkat. Teror jugak aku mengajar. Ahaks gedik betul. Puji diri sendiri.
"Assalamualaikum cikgu... sibuk benar nampaknya... tak tengok kiri kanan..." tegur cikgu Yusoff.
"Wa'alaikummussalam.. cikgu... tak adalah sibuk... saja merangka skop p&p... tak adalah kerja bertindan-tindan nanti..." jawabku sambil memberi senyuman kepadanya.
Cikgu Yusoff, lelaki idaman satu sekolah, kat luar sekolah tak tahulah. Ada rupa, tinggi, boleh tahan sado, kulit dia ala-ala kulit maxico, seksi. Aku pun dulu ada juga ter'crush' dengan dia.
"Rajin cikgu ni ya..." pujinya.
Aku masih lagi setia memberi senyuman manis. Amboi Arissa, dengan cikgu Yusoff bukan main lagi, senyum manis menawan, lemah lembut gemalai. Depan suami kau macam hantu raya.
Kalau diikutkan handsome, cikgu Yusoff ni memang tak boleh nak lawan si Izz lah. Tapi kalau bab sopan, pandai ambil hati tu, si Izz memang tak boleh challenge cikgu sorang ni.
"Tak ada lah... cikgu ni saja je kan... cikgu dari mana ni.." aku malu-malu, saja bertanya dia dari mana walau sudah aku tahu dari kelas, baru lepas mengajar.
"Owh saya... saya dari kelas 5 elit... baru habis mengajar..." dia juga membalas senyum aku. Auch! Comel pulak. Si Izz tu tak ada aku nampak comel macam ni bila senyum.
"Cikgu... kalau saya nak tanya sikit boleh.." aku tersenyum memandangnya seketika sebelum kembali beralih ke buku rekod.
"Nak tanya apa cikgu...." tanganku masih lincah menulis.
"Cikgu bahagia tak dengan suami cikgu..." hampir saja pen di tanganku jatuh, nasib baik sempat cover. Kenapa pulak lelaki depan aku ni tiba-tiba buka soalan cepumas. Jawapan jujur atau bohong.
"Kenapa cikgu tiba-tiba tanya... pelik pulak saya rasa..." aku buat lawak hambar yang memang lansung tak lawak. Aku ketawa yang memang nampak sangat dibuat-buat.
"Tak... saja tanya... I'm just curios... hampir tujuh tahun saya kenal awak... dari universiti sampai sekarang... tak tahu pulak saya awak ada teman lelaki..." katanya sambil membelek buku latihan murid-muridku.
"Remember cikgu... curiosity kills the cat... syak wasangka tu tak elok.. nak-nak lagi hal rumah tangga orang... tak manis kalau orang dengar..." ish! Muka dah hensem dah. Tapi Kepochi lah pulak.
"Maaf kalau soalan dan kata-kata saya buat cikgu terasa... saya cuma ambil berat..." baiknya cikgu Yusoff ni. Tak cukup perempuan kat dalam dunia ni dia nak jaga, sampai bini orang pon dia nak ambil tahu.
"Tak apa cikgu.... suami saya jaga saya dengan baik... saya bahagia sangat.." bahagia ke aku?
Aku nampak air mukanya berubah. Dah kenapa dengan dia ni?
"Lega saya dengar... tak apalah cikgu... saya ke meja saya... banyak buku nak kena tanda ni..." katanya sambil berjalan ke meja kerjanya.
Huh! Macam- macam pesen. Penat mak nak!
Share this novel