Suasana malam ini agak suram. Langit gelap mungkin malam ini hujan akan turun. Rasa sejuk menyapa tubuh apabila angin bertiup sedikit kuat.
"Baby... kenapa duduk kat luar ni... sejuk tau... nanti demam macam mana.." tegur Izz sambil memelukku dari belakang. Bila datangnya entah.
"Abang... terkejut Riss.." kataku sedikit merengek manja. Saja aku mahu bermesra dengannya. Rindu sebenarnya.
"Kenapa manja sangat ni... hmmm... nak goda apa ke apa..." bisik Izz di telingaku. Lenganku diramas perlahan.
"Ish abang ni..." aku menepuk perlahan tangannya yang sedang seronok meramas lenganku.
"...Riss teringatkan Lizz... Riss rasa tak puas melawat dia pagi tadi... esok kita jenguk lagi... boleh.." tanyaku sambil melukis-lukis dadanya dengan jari telunjukku. Nakal tau!
"Sayang... Lizz tak sihat kan... selalu sangat pergi melawat pun tak elok juga... dia pun nak berehat... orang sakit ni dia cepat penat tau...." aku hanya mencebik.
"Cebik-cebik... abang cium kang..." aku hanya menjeling. Tak makanlah dengan ugutan manja dia tu.
"Tak heran pon...." lantas aku menolak badannya jauh dariku.
"Dah lah... Riss nak tidur... esok nak pergi sekolah awal..." kataku sambil melangkah meninggalkan Izz keseorangan di balkoni.
Belum sempat sepuluh langkah pun tanganku ditarik. Terbingkas badan aku ke dalam pelukannya. Amboi Hindustan sangat.
"Jangan harap abang nak lepas... dah lama sangat abang tahan... now I'll make you mine... forever baby.." bisikan gemersik merempuh gegendang telingaku. Habis meremang bulu romaku.
"Abang... esok Riss nak kerja.. kena bangun awal... next time yer abang..." tangan berusaha meleraikan pelukan Izz. Habis aku. Habis!
"Ada abang kisah ke..." badan aku dicempung dan dibawa ke katil. Mak! Tak nak!
"Abang... abang dahaga tak... Riss buat air okay..." aku cuba bangun dari pembaringan. Namun Izz lebih pantas menindih aku. Masak!
"Abang dahaga air lain..." ahhh sudah. Peluh dingin merinik di dahi. Hujung jari-jemariku rasa sejuk. Ketakutan.
Aku menolak-nolak dadanya. Macam batu concrete. Beratnya Ya Allah, mak dia kasi makan apa ni?
Belakang kepalaku diampu dengan tapak tangannya lalu diangkat membuatkan aku sedikit tengadah. Belum sempat aku menolak, bibir aku sudah di kucup lembut. Izz melepaskan tautan bibir kami. Tidak cukup nafas!
"Do you love me... baby..."tanya Izz dengan nada sensual. Aku menggeleng kemudian mengangguk. Entahlah aku pun dah bingung.
Bibirku dipagut semula. Kali ini lebih lama and deep! Auch! Mood merenyam aku on. Aku membalas lehernya aku peluk. Tangannya yang merayap meraba aku biarkan. Soooo khayal. Izz bermesra denganku seperti dia sudah berpengalaman. Heran aku.
"Are you ready baby?..." tanya Izz dengan mata kuyu. Aku menggeleng laju
"No... not yet..." tergagap aku menjawab. Takut. Mak!
"So now.... be ready baby girl..." ucapnya dengan wajah gatal persis perogol bersiri.
Kedua tanganku digenggam erat. Nafas kami turun naik menahan rasa. Izz berbisik kepadaku.
".... Ya Allah... jauhilah kami dari syaitan yang merosakkan hubungan kami suami isteri... dan jauhilah syaitan dari rezeki yang bakal engkau berikan kepada kami...." aku memejam mata. Terasa ketakutan aku hilang. Aku menarik tanganku dari genggamannya. Tubuhnya dan tubuhku tanpa alas bersatu apabila aku memeluknya erat.
"I'm ready now.." aku membisik ke telinganya. Lantas dia juga memelukku erat.
............................ ...... ............
Aku memerhati Izz yang sedang berselera melantak nasi goreng. Bertambah geram apabila dia buat muka selamba bagai tiada apa yang berlaku.
Tang!
Meja kaca itu aku ketuk dengan sudu. Hampir tersembur nasi goreng yang sedang dikunyah Izz. Nasib baik tak mati tercekik orang tua ni!
"Abang... kan Riss dah cakap... hari ni.. hari Isnin.. hari ni sepatutnya Riss ke sekolah.. kerja.... suka hati abang je call Farhana cakap Riss cuti... siap tutup alarm clock Riss..." marahku suka hati mak bapak mertua dia je nak cuti-cutikan aku. Hey! Nasib baik suami.
"Alah... sayang ni... hari ni je... semalam abang tak puaslah.." Ya Allah suami siapa ni? Otak penuh habuk tak cuci setahun.
"Abang ingat kalau Riss cuti kerja hari ni... Riss nak bagi ke?..." Izz tersengih lalu kepalanya di angguk-angguk macam burung belatuk.
"Alah... please... tak baik siksa batin suami.. berdosa tau..." aku memincingkan mataku. Semakin lama semakin aku sempitkan. Jari telunjuk aku halakan padanya tanda amaran awal.
"Okay... okay... I'm sorry... abang saja nak manja-manja dengan sayang abang... pasal semalam.. thanks sangat... you so stunning baby... abang puas sangat... tapi kan... rasa nak lagi... I'm addicted already..." katanya sambil tersengih. Telunjuknya menguis-guis bahuku yang beralas t-shirt. Tangannya aku tepis dan mukaku terasa panas. Membahang seperti disalai api. Eeee! Benci suami otak kuning!
"Huh!.." tangan aku silang ke dada. Wajah aku palingkan ke arah lain. Menyampah!
"Amboi sajalah tu nak tunjuk love bite dia kat kita.. ingat kita heran kita pun ada satu kat sini.." lalu dia menunjuk kesan love bite di pangkal lehernya. Eeeee! Bencinya suka ungkit-ungkit hal semalam. Malu tau tak.
"Benci!... jangan tegur Riss lagi lepas ni.." lantas aku berlalu naik ke atas. Mama! Nak balik boleh tak? Huhu.
Aku hanya mendengar Izz ketawa jahat dari ruang makan di bawah. Tanpa sedar aku pun turut tersenyum. Bahagianya! jahat dari ruang makan di bawah. Tanpa sedar aku pun turut tersenyum. Bahagianya!
Share this novel