21

Romance Series 66484

".... Kamu ni kenapa Izz?!... Apa benda merepek yang kamu dah buat ni!?... Kenapa menantu Mummy jatuh sampai macam tu?... Kamu pukul Arissa ye?!... Jawab!"

Rasa marah membuak-buak. Malu muka dengan Datin Sri Aryana. Mana tak nya wanita itu dari tadi menangis tak henti-henti sambil menunggu khabar Arissa dari dalam bilik kecemasan. Nampak macam dirinya tak reti jaga anak gayanya. Sudah dahi menantunya terluka ditambah pulak pendarahan. Allah masih sayang Alhamdulillah masih utuh cucunya.

".. sudah-sudah lah tu kak Inah... Arissa baik-baik je... Tak apa-apa... Alhamdulillah kak... Nak bercucu dah kita..."

Berseri-seri wajah besannya yang sorang ni. Tadi sembab muka sekarang bila semua dah stabil bukan main gembira dia nak bercucu.

Mata Tengku Aminah masih tak lepas memandang Izz. Geram-geram rasa nak smack down kat sini je! Anak bertuah ni!

".... Geram akak dengan si Izz ni... Tak pandai langsung nak jaga Arissa.... Dulu bukan main gatal merenyam nak kan Arissa... Dah dapat begini dibuatnya... Kamu ni buat mummy geram tahu tak?!.."

Di pukul-pukulnya lengan sasa si anak. Puas dipikul di cubit-cubit geram. Si Izz pula diam seribu bahasa tak berkutik. Dah salah sendiri kan tanggung je lah!

"... Udah lah kak... Saya tahu Izz tak sengaja... Mana boleh Izz buat macam tu... Arissa tu kan isteri dia... Entah-entah Arissa tu yang mula dulu... Sudah lah kak... Tak elok marah-marah macam ni.."

Tengku Aminah menjeling Izz membuatkan lelaki itu menekur lantai tak berani nak angkat kepala. Bukan takut sangat tapi ya lah ibu kan memang auto tak menjawab lah. Nak-nak lagi keadaan mummy yang sedang berangin lagi tak boleh lawan. Lain macam nanti.

Huh yang tu lagi sorang berangin je tengok! Berbulu mata. Nanti balik rumah siap kau!

Tengku Aminah memandang Tengku Alaudin yang sedang bersembang dengan Dato Sri Hamdan. Dah macam berjumpa dekat club golf gayanya. Anak menantu sakit boleh pulak dia bincang pasal bisnes kat sini. Sakit pulak hati!

Arissa memandang hidangan yang terhidang di depan mata. Nasi kosong, ayam goreng, sup sayur? Are you kidding me? Mana nak datangnya selera kalau macam ini hidangan makan tengah harinya. Hilang selera!

".... Along kenapa tak makan?... Makan sikit... Kosong perut tu nanti... Gastric pulak datang..."

Arissa mencebik. Tak nak!

"... Ish apa buat muka kat makanan tu... Tak elok tau... Rezeki tu... Makan sikit..."

Mama ni! Suka paksa-paksa! Orang kata tak nak. Tak nak lah! Bibir di diherotkan mata dijeling ke atas.

Arissa menggeleng. Takkan Izz bayar beribu satu malam untuk dia makan makanan macam ni?
Mana pengarah hospital ni?! Dia nak complain!

".... Nak KFC boleh tak ma?... Along rasa nak makan ayam kat dalam tv tu... Ya Allah sedap nya ma...."

Ditelan air liur seperti kfc tu ada depan mata gayanya. Rasa nak makan sekor ayam je itu pun rasa tak puas. Orang mengidam memang macam ni ke?

Bahu Arissa dicubit geram. Saja nak cari pasal lah tu! Apalah nak jadi. Kesian si Izz nak jaga Arissa dengan perangai menjadi-jadi macam ni.

"... Along.. lepas ni jangan nak buat perangai sangat... Kesian Izz tu... Dia dah jaga Along elok-elok... Sayang Along... Mentang-mentang dia baik... Along nak ambik kesempatan...pijak keoala dia"

Bila masa pulak dia pijak kepal Izz? Tak pernah pun. Luku pun tak pernah apa lagi nak pijak. Teruk lah mama ni fitnah yang bukan-bukan!

Bibir dimuncungkan kedepan. Kita yang sakit, kita yang kena marah! Tanya lah menantu hantu dia buat apa sampai jadi macam ni!

"... Mama kenal anak mama... Mama kenal Izz... Jangan kata mama tak warning tau!.."

Juling mata Arissa memandang hujung jari telunjuk Datin Sri Aryana yang hampir nak mencucuk batang hidungnya. Marah sangat ni. Tak berani nak melawan.

"... Ye lah..."

Kalau gaduh kat rumah bukan mama tahu pun kan?

"...Izz bagi izin mama bawak Along balik... lepas dah betul-betul sihat.. nanti Izz datang ambil.."

Jatuh rahang Arissa. Izz tak bincang pun! Kenapa? Dah tak sayang gamaknya. Mata dah panas berkaca tunggu masa je nak pecah berderai.

Eeee! Habis malam nak tidur siapa nak peluk kita? Dah nanti kalau kita rindu macam mana. Kita nak bau badan Izz. Tak nak duduk dengan mama. Nak Izz!

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian Arissa. Terpampang wajah Izz di sebalik daun pintu. Ini lagi tak kuat!

Abang....

"... Along mama keluar dulu... Bincang elok-elok... Jangan ikut sangat hati tu..."

Mata Arissa menghantar langkah Datin sri Aryana dengan pandangan. Lama dia memerhati sehingga bayangan mamanya hilang.

Terasa ada lekukan pada tilam. Dia tahu siapa. Hanya mereka berdua takkan mak cik cleaner pulqk duduk sebelah kan?

Saja tak nak pandang ke sisi sebelah. Tak kuat sebenarnya. Rasa nak merajuk masih ada.

".... Sayang...."

Tangan kiri Arissa diambil dan digenggam erat. Sesekali belakang kekura tangan itu dikucup kasih. Rasa kasih itu menjalar sampai ke jantung.

Nak peluk terus tak nak lepas boleh tak? Rasa nak nangis kuat-kuat! Rindu sangat! Mana boleh berpisah lama-lama.

"... Abang nak mintak maaf... Abang layan sayang kasar.... Abang dayus buat sayang macam ni... Abang bodoh... Ikut hati sampai cederakan sayang...."

Ya Allah rasa berdosa menghempap kepala. Siapa yang mulakan semua ni kalau bukan diri sendiri. Sekarang diri sendiri juga yang play victim. Kononnya mangsa keadaan yang menampakkan Izz lah pesalahnya.

Arissa memandang wajah bersih Izz. Nampak berat siksa rasa bersalah ditanggung lelaki itu. Muka lesu letih. Ya Allah kesiannya abang! Riss sayang abang!

Dilekapkan tapak tangan ke pipi Izz. Tunak mata Arissa memandang ke dalam anak mata Izz. Apa lagi yang dicari dalam diri seorang Izz? Cintanya ikhlas. Sayangnya penuh melimpah. Kasihnya tak berpenghujung. Apa lagi yang dia mahukan.

Empangan di tubir mata pecah. Teresak-esak Arissa menahan pilu di hatinya. Kasihan melihat Izz yang seolah menagih kemaafan darinya walhal hati suaminya itu turut terluka kerana dirinya.

"... Riss minta maaf abang... Abang tak salah.... Riss mintak ampun kat abang... Riss berdosa dengan abang...."

Batang leher Izz dipeluk erat. Tak lepas walau sesaat. Rindu sangat! Tak nak jauh-jauh. Bau Izz pun membuatkan Arissa tenang. Semua tentang Izz buat Arissa nanar. Tak nak yang lain dah. Nak Izz sampai Jannah!.

Belakang Arissa ditepuk-tepuk cuba meredakan esakkan Arissa yang menjadi-jadi. Sesekali telinga itu di kucup lembut dan kadang menjalar ke leher jinjang itu. Lama! Cuba memadamkan rindu si isteri yang sarat tak terbendung.

"I love you baby... "

Bisikan halus Izz meremangkan bulu roma Arissa. Lama dah tak dengar bisikan cinta yang menggoda macam ni. Kalau kat rumah sudah diterkam si Izz sampai lunyai! Geram betul goda kita time macam ni!

Izz merebahkan badan ke sofa. Tak larat nak panjat tangga. Malam ni mama volunteer nak jaga anak kesangannya jadi boleh lah ambil masa rehat sekejap. Penat! Sakit badan.

Baru nak terlelap matanya nemandang kotak sederhana besar berwarna coklat cair. Siapa punya. Tak betah berbaring Izz duduk tegak di sofa. Hilang pulak mengantuk.

' Arissa Andra binti Hamdan'

Barang milik Arissa. Tapi cara bungkusan tak nampak pun macam barang di pos. Lebih kepada barang dikirim secara peribadi. Apa yang ada di dalamnya? Perasaan ingin tahu meluap-luap.
Digoncang-goncangnya kotak itu. Tak rasa macam berat atau barang berketul. Ringan pulak tu. Pelik pulaj tengok bungkusan dia.

Izz masuk ke dapur dan keluar kembali dengan pisau ditangannya. Nanti-nanti minta izin buka kotak ni. Yang penting kena tahu apa isinya. Kalau tak. Tak boleh tidur!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience