Aku mendekati Izz yang sedang duduk di tepi kolam ikan. Sejak semalam aku perasan wajahnya yang muram. Bercakap pun tak nak. Makan apatah lagi. Aku ada buat salah atau kerja pejabat banyak sangat. Belum sempat aku sampai kepadanya handphone miliknya berbunyi.
"Assalamualaikum... buat apa tu... dah makan ubat dah...." dia diam menanti jawapan di sebelah sana.
"Owh... tidur awal sikit... jangan stress... ingat semua orang sayang awak..." aku berkerut dahi. Lemah lembut cara Izz bercakap sudah pasti di talian adalah perempuan.
"Awak.... I'm sorry for everything... saya terpaksa kawin dengan dia... kalau tak keluarga saya akan tanggung malu... saya masih sayangkan awak... " air mataku menitis perlahan-lahan. Sungguh runtun hati aku mendengar bicara Izz. Terpaksa?. Benarlah tekaan ku dia hanya ingin mempermainkan aku.
Cepat-cepat aku beredar takut Izz perasan akan diriku yang bediri di sebalik dinding. Runtun hatiku namun aku perlu bertahan dulu bimbang jika aku menuduh melulu.
Di dalam bilik aku duduk di birai katil. Aku cuba untuk tidak syak wasangka pada Izz. Namun hatiku kuat mengatakan yang Izz sedang merahsiakan sesuatu. Buktinya Izz kini bersikap dingin dengan aku sedangkan aku yakin yang aku tidak bersalah.
Bunyi pintu dibuka menarik perhatianku. Izz masuk ke dalam bilik tanpa sedikit pun memandang wajahku. Handphone nya diletakkan dia atas meja solek. Tuala dicapai lalu dia berlalu ke bilik air.
Ya Allah! Ujian apakah ini? Sakit sungguh hatiku. Apa salah aku? Salah kau? Salah kau kerana mengahwini Izz. Dia tidak cintakan kau. Dia cuma mahu melepaskan beban yang ditinggal Lizz. Adakah semua ini sebab Lizz? Lizz dah balik ke? Perlu kah aku mengundur diri? Tapi itu janji aku. Janji aku apabila Lizz pulang aku akan kembalikan Izz padanya. Ya! Aku harus pergi! Izz lebih memerlukan Lizz.
Ting!
Bunyi pesanan mesej whatsapp masuk. Aku bangun dari duduk terus ke meja solek. Entah apa yang merasuk aku untuk geledah handphone Izz. Aku melihat nama 'Sayang' di notification.
+sayang
Izz saya mintak maaf tinggalkan awak dulu. Saya menyesal sebab biarkan awak bersama Rissa. Saya balik sini untuk pulihkan semuanya.
Kini aku sesungguhnya kenal dengan orang yang bernama 'sayang' ini. Ini pasti Lizz. Aku baca lagi pesanan yang lain.
+you
It's okay Lizz. Saya dah maafkan awak. Awak tu jaga diri baik-baik. Jangan buat kerja berat-barat.
Owh! Aku tidak pernah dia berpesan begitu. Perkataan 'take care' pun susah dia nak ucap. Kat rumah ni kerja semua aku yang buat. Tidak pula dia berpesan begitu. Jadi memang benar dia tidak cintakan aku. Hanya mainan kata untuk membuat aku tunduk pada dia.
+ sayang
Riss macam mana? Awak dah bagitahu dia? Saya rasa baik awak berterus terang saja. Takut nanti dia tahu sendiri awak juga yang susah.
Owh! Takut pecah tembelang lah ya! Aku tak kisah lah! Korang berdua boleh go to hell lah!
Dan aku baca lagi.
+you
Tak apa saya yakin dia okay. Dia tak akan kisah pon. Awak jangan pikir banyak-banyak. Jangan stress okay...
+sayang
Tapi saya takut...
+you
Jangan takut saya ada... sentiasa ada untuk jadi kekuatan awak...
Aku sudah tidak sanggup untuk meneruskan membaca pesanan romantik mereka. Air mataku satu persatu gugur. Jika dia benar-benar tidak perlukan aku. Aku akan pergi.
"Buat apa dengan phone abang?..." tanya Izz. Huh! Abang? Macam perli aku aje bunyinya.
"Tadi ada orang mesej awak... saya terbaca ingat penting... tapi memang penting pun... tunang awak mesej.... balas lah mungkin dia sedang perlukan awak.." balasku dengan suara yang bergetar.
"Lain kali jangan pandai-pandai tengok phone abang... hormat sikit privacy orang.." katanya. Sungguh tegas bunyinya. Kenapa? Takut aku tahu kau ada perempuan lain!
"Sorry... lain kali saya tak akan sentuh lagi phone awak..." kataku sambil memandang wajahnya.
"Baguslah...." Ya Allah! Terasa ada pisau tajam menikam hati aku. Dia tidak mahu jelaskan apa yang sedang terjadi? Atau dia mahu aku faham-faham sendiri dan sedar diri.
"Izz..... kalau awak nak get back dengan Lizz.. just do it... saya izinkan... dengan syarat... ceraikan Saya..." aku berjeda. Belum sempat Izz membalas aku sambung terlebih dahulu.
".... hidup bahagia Izz... jaga Lizz baik-baik supaya awak tak menyesal kemudian hari... saya bahagia kalau awak pun bahagia..." aku terus berlalu tanpa melihat wajahnya. Biarlah mencintai tak semestinya memiliki. Ya! Aku cintakan dia.
Aku terus mencapai kunci keretaku. Suara Izz memanggil aku tidak aku hirau kan. Biarlah! Biar aku bawa hati aku. Biar aku pujuk sendiri. Aku terasa ingin pergi jauh. Jauh dari semua kekusutan ini.
Izz hanya dengan bertuala mengejar Riss. Panggilannya lansung tidak diendahkan oleh Riss. Isterinya pergi menghilang dari pandangannya. Dia meraup-raup mukanya kesal yang dia rasakan. Silap dia berperangai seperti itu. Riss sudah terluka. Sungguh terluka. Dia dapat melihat melalui mata Riss yang penuh dengan air mata. Izz akui dia juga turut terluka.
Dia hatinya hanya ada Rissa. Hanya nama Arissa yang mendiami hantinya kini tiada nama lain. Lizz? Dia hanya tumpang bersimpati dan hanya melayannya selayaknya seorang sahabat. Lizz sudah tidak berdaya. Dia memerlukan orang lain untuk memberinya semangat. Masanya sudah tidak lama. Hanya menunggu saja.
Sayang baliklah. Maafkan abang. Abang hanya cintakan sayang!
...........................................
Aku menangis tersedu sedan di bahu Farhana. Begitu teruk aku menangis sehingga mukaku bengkak dan suaraku hilang. Sungguh aku sakit hati.
"Wei jangan lah macam ni... nanti migrain kau datang susah.... kau ada bawa ubat tak?" Aku hanya menggeleng.
"Biar lah Ana... aku tak kisah dah... kalau aku mati pon orang tak kisah pon..." kataku sambil tersedu sedan.
"Wei... asal cakap macam tu... habis mak bapak kau... adik kau... aku kawan kau.. kitorang sayang kau lah.." pujuk Farhana. Aku dah hilang semangat dah. Izz dah tak perlukan aku.
"Izz saja main-mainkan aku... dia tak cintakan aku pun... dia masih cintakan Lizz.... aku hanya pelepas bebanan dia je... betul lah aku ni hanya isteri ganti buat dia..." aku kembali menangis dan terus menangis. Aku nak lepaskan segala rasa di dada aku. Sesak sangat. Tiba-tiba kepala aku berdenyut. Terlalu sakit sehingga aku sedikit mengerang menahan sakit. Perlahan-lahan dunia aku gelap gelita.
Aku terjaga terasa ada sesuatu di dahiku. Sejuk! Aku meraba dahiku. Tuala basah rupanya. Eh kejap! Semalam aku kat rumah Farhana tapi ini macam bilik aku. Maksud aku bilik Izz.
Bunyi pintu ditutup membuat aku berpaling. Izz sedang membawa besen berisi air. Besen diletakkan di meja kecil bersebelahan katil.
"Sayang... sayang dah bangun.. sayang lapar tak?.. nak makan.. abang ada buat bubur.. kejap abang turun dapur... ambilkan bubur.." baru saja Izz memegang tombol pintu aku bersuara membantah.
"Tak payah... saya tak lapar..." aku berpaling tidak mahu memandangnya. Sakit hati masih kuat terasa.
"Sayang tak makan dari semalam... makan sikit... nanti perut sakit.. semalam Ana call abang katanya sayang pengsan... tu yang abang bawak sayang balik rumah kita.." jelas Izz. Kenapa masih mahu berlakon. Tiada siapa di sini. Tak perlu ambil hati aku.
"Izz... sudahlah... tak usah pedulikan saya..." aku memejam mata cuba bertenang. Panas hatiku melihat wajah Izz.
"Sayang... jangan macam ni... abang mintak maaf okay..." dia mendekati aku lalu duduk di birai katil bersebalahan dengan aku.
"Kalau saya tak nampak... mungkinlah saya boleh maafkan... tapi saya dah nampak mesej awak dengan Lizz... saya tak sangka 'sayang' awak tu ialah Lizz... saya pikir saya sorang saja 'sayang' awak..."perliku. Aku terpandang handphone di dalam poket seluarnya.
Sekali lagi aku merelakan hatiku sakit. Aku ingin tahu apakah nama panggilanku di dalam contact list nya. Lalu aku capai handphone aku di sisi katil. Perkataan 'hai' aku hantar.
Ting!
Izz menaik handphonenya dari poket seluarnya. Belum sempat dia menscroll aku terlebih dahulu merampas.
+ Arissa
Hai
Sekali lagi air mataku bergenang. Biarlah orang kata aku kebudak-budakkan. Sekurang-kurangnya aku tahu di mana tempat aku dalam hati izz. Jawapannya tiada lansung ruang untuk aku.
"See... I knew it from the start... you don't love me... you just want to play with my feelings... now what?... satisfied Tengku Izzuddin?.." air mataku kian mengalir laju. Sungguh tidak aku sangka sahabat Dari kecil sanggup tikam belakang aku. Handphone nya aku campak ke tilam.
"Sayang... abang lupa nak tukar nick name Lizz... itu masa dulu... sebelum kita kawin....dan abang tak ingat nak tukar nick name sayang... okay abang tukar sekarang.. okay..." seraya dia membuka contact list mencari nama aku. Dari Arissa ditukar menjadi My Love. Dia ingat aku heran. Aku tak termakan dengan perbuatan dia.
"See... abang dah tukar..." katanya sambil memperlihatkan aku skrin handphonenya.
"Padam no Lizz boleh?... dan blog terus boleh?.." aku menduganya. Setakat acah tukar nama budak tadika pon boleh buat.
Dia kelihatan tergamam dengan kata-kataku. Huh! Hipokrit. Dia kelihatan seperti teragak-agak. Itu membuat aku lebih benci dan sakit hati.
"Hahahahaha.... dont play me Izz... I'm not a kid... ceraikan aku sekarang!.." suaraku meninggi mengejutkannya.
"Arissa!... ingat cerai tu benda remeh ke boleh buat main... dah abang tak nak ganggu sayang... sayang rehat lah... abang nak turun bawah... apa-apa panggil abang.." katanya seraya mahu berlalu
"Tak nak!... aku kata aku nak cerai... cerai!.. kau faham tak?! Cerai kan aku... dayus!"
Pang!
Turun naik dada Izz menahan amarah yang menggunung. Menggigil tangannya menahan rasa. Sungguh sungguh tak tertahan sabarnya. Izz menarik nafas dan hembus perlahan. Perlahan dia mendekati Riss.
Aku terpana seketika terasa perit pipiku. Air mata yang tadi hampir kering kembali menitis. Tiba-tiba terasa ada tangan kasar mengesat air mataku. Aku berpaling. Sudah aku tahu itu Izz. Siapa lagi yang ada di sini. Semakin banyak pula air mataku menitis dan semakin laju.
"Shhhh... I'm so sorry.... abang tak dapat kawal... abang sayangkan hubungan kita... perkahwinan kita.. jangan hanya kerana salah faham yang kecil... kita nak cerai berai... no... selagi abang hidup... sayang milik abang... abang takkan ceraikan sayang..." luah Izz. Suaranya persis berbisik ditelingaku. Cuba menenangkan aku.
Aku tidak tahu kenapa. Tapi luahannya sedikit pun tidak aku percaya. Mungkin dia ikhlas. Namun aku merasakan Izz hanya menanam tebu di pinggir bibir. Aku susah mahu percaya.
"Leave me alone...." pintaku. Aku tidak sanggup melihat wajahnya yang berpura-pura menyayangi aku. Sedangkan cintanya hanya untuk Lizz.
"Sayang.." dia memujuk aku. Sayang siapa sayang nya. Lizz atau atau aku?
"please leave me alone... just go away from me..." bentakku.
Izz bangun dari birai katil. Dia berjalan keluar. Setelah pintu di tutup aku berbaring dan pejam mata. Aku mahu lupakan semuanya. Menyesakkan kepala! Semoga esok aku bangun semuanya kembali macam biasa.
Share this novel