Menegang urat hijau Izz melihat isi kotak milik Arissa. Manusia mana yang dah puas hidup nak bermain dengan dia. Di ambil sekeping gambar yang kepalanya sudah di gunting. Senyuman sinis Izz terukir di bibir. Setakat permainan budak baru nak belajar berwnang jangan berani nak menduga laut dalam!
Kalau Arissa yang buka dulu kotak ni macam mana agaknya?
Izz diam sekejap. Nampaknya dia terlepas pandang. Kes pencuri yang serang Arissa berbulan dulu pasti ada kaitannya dengan pengirim kotak ni!
Detik hati seakan dia dapat mengagak siapa! Tapi tak benar-benar pasti. Yang penting buat masa sekarang keselamatan Arissa dan bayi mereka. Yang lain nanti fikir jalan lain.
Izz naik ke ruang pejabat. Pukul 3 pagi masih tak boleh lelap. Kepala sarat dengan macam-macam benda. Kerusi diduduk laci meja paling bawah di tarik. Buku berkulit tebal dicapai. Hailah, lama sangat tak jumpa geng!
Luth Qaiser memincing mata memandang tuan punya badan yang rasanya bertahun tak jumpa. Kecil besar, kecil besar je orang depan ni!
"So...."
Izz yang bersandar tenang sambil minum latte ais menjeling sekilas. Lama tak jumpa. Sangat lama. Sampai rasanya boleh beza perubahan yang dulu dengan sekarang. Sekarang hensem sikit.
".... someone ... he messed with me..."
Luth Qaiser mengangkat kening. Tu aje ke?
"... So?..."
Geram pulak dengan perkataan 'so' dia ni. Macam menganjing pun ada juga.
".... find me a private investigator..."
Sejak bila orang sehebat Tengku Izzuddin ni terciduk dengan permainan budak tadika.
"... Why?.. why don't you find it..."
Izz bersandar tangan di lipat ke dada. Susah kalau bercakap dengan orang beku ni.
" I need your men... One of them is enough..."
Luth Qaiser menongkat kepala dengan tangan. Sengaja disengetkan. Senyuman sinis sengaja dipamer.
"... Do i know him?..."
Izz menjongket bahu. Nak kata kenal rasanya tidak. Kalau lelaki itu tanya pernah nampak ke tidak dia akan mengangguk.
"Kau tak kenal dia... Tapi kau pernah nampak dia bersama aku... I'm not realy sure... Dia yang buat... Tapi hati aku rasa dia orangnya.."
Luth Qaiser buat muka. Cakap macam keling!
"... Okay..."
Arissa memuncung melihat kelibat Izz. Benci betul! Dah petang baru nak datang! Tadi buat apa cari sundal ke apa?!
Izz senyum melihat tingkah Arissa yang nampak comel. Merajuk je kerja dia. Tak ada kerja lain sejak mengandung ni.
"... Hey baby... Panjang nya muncung... Boleh buat sangkut hanger..."
Pipi bulat Arissa dicium. Punggung dihenyak ke katil. Rambut yang terlepas dari ikatan di selit ke belakang telinga. Sekali lagi pipi Arissa dicium.
".... Sayang ni.. muncung macam tu menurun kat baby nanti macam mana..."
Cepat-cepat Arissa menutup mulut. Matanya masih galak menjeling tajam si suami.
"... Tadi abang banyak kerja kat office.. sebab abang nak spend time dengan sayang patang ni... Abang rindu sangat isteri cantik abang ni..."
Perlahan bibir manguntum senyum. Kembang setaman hati ni. Izz ni memang saja tau bagi hati kita geli-geli!
"... Riss tak nak balik rumah mama... Riss nak balik rumah kita... Boleh tak abang?... "
Izz memandang Arissa lama. Senyuman kecil menguntum di bibirnya. Rambut yang terjuntai di dahi Arissa di selak ke belakang. Makin bulat muka si cantik ni. Satu ciuman singgah ke dahi Arissa.
"... Balik rumah mama dulu okay... Sayang tak kuat lagi... Biar baby dah elok... Mummy baby pun dah okay... Kita balik rumah kita ye sayang..."
Senyuman yang tersungging di bibir Arissa hilang serta merta di ganti dengan cebikan. Mata bundar Arissa dah berkaca. Rasa kecewa Izz menolak kemahuannya.
" Abang tak sayang Riss ke... Kenapa abang tak nak Riss dekat dengan abang... Abang dah bosan ke?... Riss dah tak cantik?.. dah gemuk ke?.."
Macam M16 dia punya soalan tak sempat nak tepis terus tertusuk. Arissa diraih ke dalam pelukan. Lengan Arissa di gosok perlahan mengalirkan rasa selesa. Ibu mengandung tak boleh stress.
"Ish.. apa pulak macam tu?... Isteri abang paling cantik dalam dunia... Sebab tu abang nampak dia je... Isteri abang gemuk ke kurus ke... Tetap comel .. abang sayang dia.. abang tak nak tinggal sayang bila abang pergi kerja.. sayang tak sihat lagi kan... Kalau mama ada abang lega sikit...."
Hidung mancung Arissa dicuit manja. Macam mana nak handle awak ni. Sembilan bulan lagi abang nak hadap perangai awak Arissa. Nasib baik sayang!
"... Abang pun duduk lah dengan mama... Riss nak tengok abang hari-hari... Nanti rindu... "
Nak tergelak rasanya dengan ulah Arissa. Tak berselindung dah. Nak apa terus cakap tak belok-belok! Kalau dulu banyak tapisnya. Malunya banyak. Sekarang Izz pula yang rasa insecure.
"..sejak bila sayang abang tak tahu malu ni...?"
Arissa dalam pelukan mengangkat kepala memandang mata cantik Izz.
"Buat apa nak malu... Suami Riss... Suka hati lah nak buat apa pun..."
Izz tersengih suka dengan Arissa yang sekarang. Aggressive!
"Iya?...."
Tanya Izz seakan berbisik. Izz membetulkan kedudukan mereka agar lebih selesa. Rambut Arissa diusap lembut, rambut yang terjuntai ke depan ditarik ke belakang. Sesekali ciuman kasih mendarat ke leher jinjang Arissa.
"....abang rindu sayang.... "
Telinga Arissa dikucup lama. Sekadar menghilangkan rasa. Arissa selesa dalam pelukan Izz. Bahagia sangat.
Izz senyum melihat Arissa yang bersandar ke dadanya dengan mata yang terpejam dan bibir menguntum senyum kecil. Suka sangat orang belai-belai dia.
Wajah polos Arissa di pandang lama. Harta berharga buat dirinya kini. Rasa tak boleh hidup tanpa si cantik ni. Teruskan bahagia sayang! Mati pun abang sanggup!
please korang take note..
kalau ada yang tak kena comment tau..
sis malas nak double check...
tq sayang² semua
Share this novel
nnt sambung lagi ya
tq update
tq update