4

Romance Series 66484

Aku menjeling Izz dengan jelingan tajam. Menyampah aku pandang muka Izz. Mahu saja aku tonyoh-tonyoh dengan berus besi.

"Kau apa hal jeling aku sampai juling mata..." tegur Izz sambil membetulkan rambutnya di depan cermin.

"Kau lah... tak guna betul..." aku nelemparkan kata kasar padanya.

Izz hanya senyum sumbing. Suka benar dia apabila dapat mengenakan aku semalam. Alih-alih aku pikir dia mahu merogol aku. Padahal, sengaja dia lakukan itu untuk mengenakkan aku. Menyampah aku dengan sikap kurang ajarnya. Kata Izz, apa guna hubungan halal jika tidak dimanfaatkan. Kepala otak dia! Yang syok dia, yang merana aku.

"Alah... usik sikit je nak melenting, tak luak pun aih..." aku membutangkan mata. Tak luak katanya.

"Tak luak kau cakap... eh! Kalau nanti kita bercerai macam mana, kalau Lizz balik macam mana... kau akan tinggalkan aku jugak kan... kau akan bersama Lizz jugak nanti... so, dari aku luak di tangan kau... baik aku luak di tangan suami aku nanti.." aku memuntahkan kata. Sakit sungguh hati aku ni.

Izz memandang aku. Dengan kata-kata aku tadi, aktivitinya di depan cermin terhenti. Dia melangkah ke arah ku. Aku yang enak berlunjur di atas katil hanya buat tak endah.

Izz duduk di sebelahku dia turut berlunjur dan bersandar di kepala katil.

"Listen... first.. aku takkan sesekali ceraikan kau... second... Lizz sudah melepaskan peluangnya untuk menjadi isteri aku... third... isteri aku hanya seorang tak dua atau tiga... and the last is... aku suami kau selamanya kau nak ataupun tidak... itu dah tertulis..." tenang saja dia menutur kata, siap pejam mata lagi.

"Sorry to say... susah benar aku nak percaya... nak-nak lelaki macam kau ni... mulut manis... andai kata kau dapat apa yang kau nak... sah-sah kau akan tinggalkan aku kan..." aku masih lagi tidak percaya kata-kata Izz. Lelaki semua sama!

"Lantak kau lah... aku masih hormatkan kau... aku tak akan ambil hak aku selagi mana kau tak izinkan..." mendatar saja suaranya.

Namun Izz kembali menyambung ayatnya.

"Ringan-ringan tu kau consider lah... alah tak luak mana pun..." terbuntang mataku, melopong mulut mendengar ayatnya. Tak kuasa aku!

"Banyak lah kau punya consider.... malas aku layan kau... dah aku nak turun sarapan...bye!" Baru ibu jari kaki aku menjejak lantai. Terasa pinggang aku di peluk dari belakang.

"Turun pakai tudung tau... sepupu-sepapat masih ada lagi kat bawah tu..." Izz membisik kata di telinga aku. Aku menjulingkan mata. Huh! Aku tahulah.

"Cehh... aku tahu lah... dah tepi sana..." aku menolaknya kasar. Malas mahu melayan sikap Izz yang entah apa-apa tu.

"Saja lah aku ingatkan kau.... mana tau kau nak tunjuk karya seni teragung aku tu... kat semua orang.." aku sekali menjulungkan mata. Apa yang dimerepekkan pun aku tak tahu lah. Aku berpaling lalu kening aku angkat, tanda aku tidak faham kata-katanya.

"Tu kat leher kau tu... cantik... nak aku tambah.." dia memuncungkan mulutnya kearahku.

Wajah aku memerah. Kurang asam keping punya laki! Aku melakapkan tapak tanganku ke leher sendiri.

"Malas aku layan kau... menyampah aku... gatal, merenyam, miang.... benci!" Aku luahkan kemarahan aku yang mula memuncak.

"Alah sayang... abang gurau lah... I love you..." Izz mengeyit mata padaku. Eeee! Menyampah sangat!

"Pergi buang I love you kau dalam lubang jamban sana..." aku menjelir lidah padanya. Lalu aku bangkit, tudung sarung aku capai. Lalu aku keluar meninggalkan Izz yang masih tersengih miang.
...............................

"Pagi mama...." aku memeluk mama dari belakang dan kepalaku, aku letakkan pada bahu mama.

"Ish... terkejut mama... nasib baik tak naik sudip ni ke kepala kamu..."mama menjeling aku yang masih erat memeluknya dari belakang.

"Alah... selama ni okay aje... hari ni nak acah-acah terkejut pulak... tak rare lah mama ni..." aku melepaskan pelukakan aku. Pintu peti ais aku buka. Mata aku mencari sesuatu untuk di makan.

"Aik!... pagi-pagi buta dah bukak peti ais... tunggu lah sekejap... nanti mama siap masak kita makan sama-sama..." tegur mama padaku. Aku mencebik. Mau kebulur kalau nak tunggu mama punya mee goreng tu!

Aku hanya memerhati segenap ruang. Sah hanya aku dan mama saja yang sudah bangun, yang lain. Harem!

"Along lapar la ma... lagi pun lama lagi kan nak siap tu... sementara Along makan dulu apa yang ada dalam peti ais ni..." jawabku sambil mencapai Tupperware berisi kek coklat.

"Suka hati kamu lah..." mama sudah malas berbalah dengan aku.

"Wow.... pagi-pagi makan kek... sayang abang ni tak takut gemuk ke?.." entah bila datangnya si Izz ni. Bersayang berabang lagi. Nak cover depan mama lah tu. Macam aku tak tahu.

"Suka hati lah... yang gamuk saya... bukan awak..." aku menjawab selamba. Nak berabang-abang. Sorry tak layan!

Aku menjerit kecil apabila Izz mencubit kedua belah pipiku dan ditarik-tarik. Dia pikir pipi aku getah skrap ke apa!

"Woi sakit lah... " aku menengking tanpa sedar.

"Eh... Along! Apa tengking suami macam tu.... bahasa tu... kasar sungguh... cuba cakap elok-elok..." mama memarahi aku kerana menengkig Izz. Ambil kesempatan dalam kesempitan betul Izz tak guna ni.

"Abis tu dia cubit pipi Along.... sakit tahu tak ma..." aku menjawab. Memprotes!

"Biar lah ma... Izz nak gurau je... tak tahu pulak kena tengking.." Izz tersengih padaku. Untung dia, mama tak nampak. Saja lah tu nak provok aku.

"Ish! Laki bini tak elok gaduh-gaduh.... cuba berbaik-baik dalam berumah tangga ni.." nasihat mama panjang lebar.

"Ya lah mama...." aku menjawab meleret. Mama yang sedang mengisi mee ke dalam bekas hanya menggeleng. Masak benar dengan perangai aku yang suka sambil lewa.

Izz yang berdiri di sebelahku hanya tersengih seperti kerang busuk. Siap angkat kening. Suka lah tu aku kena marah.
.........................................

Aku menyelak helaian demi helaian. Sesekali aku mengurut pelipis. Walau ada peningkatan namun masih ada juga kesalahan-kesalahan kecil yang mereka lakukan. Haish! Pening kepala aku, sebab apa? Sebab lagi seminggu para pelajar tingkatan lima hendak menempuh peperiksaan percubaan SPM. Adakah mereka sudah bersedia, harap-haraplah. Huh! Sungguh tak aku sangka tersiksanya jadi guru sekolah, semua benda aku kena pikir. Silap hari bulan aku pulak yang pengsan.

"Tak tidur lagi ke..." Izz yang baru masuk menegur aku.

"Belum lagi... prepare apa yang patut... esok dah start mengajar balik..." aku hanya berbasa-basi dengannya. Tak mahu situasi awkward berlaku.

"Tidurlah.... lagi pun mana ada kerja sekolah nak semak kan... cuti sekolah dua minggu.... esok baru sibuk nak menyemak..." kata Izz. Aku hanya mengangguk.

Aku menutup buku latihan para pelajarku. Buku yang sudah lama aku semak, namun saja aku membuka semula. Mana tahu ada yang tertinggal.

"Riss..." aku panggung kepala apabila Izz memanggil namaku.

"Ya..." aku memberi perhatian akan hal yang dia ingin utarakan.

"Aku nak bincang sikit dengan kau..." ujar Izz.

"Nak bincang apa..." aku bangun lalu berjalan menghampirinya yang duduk di sofa.

"Pasal kita... " aku menaikkan kening. Pasal apa lagi ni? Ingat dah settle.

Izz memandang aku. Perlahan dia hembuskan nafasnya yang seakan tesekat di kerongkong agaknya.

"Pasal kita?... pasal apa..." aku mengulang ayat pertayaan padanya.

"Aku tahu kau mesti fikir berapa lama perkahwinan ini akan bertahan kan?..." kata-kata Izz membuatkan aku sedikit terangguk.

"Apa yang kau nak dari perkahwinan kita ni.... jujur Riss...." Izz memandang aku tepat ke dalam mata.

Aku menundukkan kepalaku. Apa yang aku harapkan. Aku sendiri keliru dan tidak pasti, apakah yang aku inginkan.

"Entah lah Izz... perkahwinan ni tiba-tiba... itu yang buat otak aku tak sempat proses apa-apa pun.." aku masih menunduk. Mungkin kedengaran seperti aku berjenaka. Tapi itu yang sebenarnya aku rasakan saat ini.

Izz mengeluh sempat dia menggenggam tanganku. Belakang tapak tanganku dielus lembut. Dia kembali bersuara.

"Apa yang aku harap pada hubungan kita sekarang ni... aku mintak sangat hubungan ni kekal sampai aku tua...kekal sampai aku mati... hanya satu perkahwinan saja dalam hidup aku... itu apa yang aku harapkan..." Izz meluahkan rasa hatinya. Ada getar dalam suaranya. Ikhlaskan lelaki di depanku ini.

Kali ini giliran aku pula yang mengeluh. Tangan aku dalam genggamannya aku tarik perlahan.

"Izz... kalau kau nak aku terima kau sebab...." aku berjeda. Nafas aku tarik perlahan.

"....... sebab nafsu kau... sebab kau nak hak kau... kata-kata kau tak berkesan pada aku tau!... macam aku tak tahu kawan aku dunia akhirat ni macam mana..." aku ketawa sedikit menutup kejanggalan yang mula menyelit.

"Aku tak bergurau Riss... aku betul-betul ikhlas dengan kata-kata aku...--
Aku memang nak kau jadi isteri aku selamanya... bab hak pulak... semua aku serahkan pada kau... kalau kau sudi aku terima dengan penuh tanggungjawab... kalau kau tak sudi... aku masih akan menjalankan tanggungjawab aku... aku akan hormat hak kau..." panjang lebar Izz meluah rasa. Aku pula hanya diam mendengar tika ini. Betulkah itu yang bermain di fikirannya, atau sekadar pemanis mulut.

"Aku ni cuma isteri ganti buat kau... ini sebenarnya tempat Lizz... bukan tempat aku.."aku menongkah kata-katanya. Aku masih ragu. Maafkan aku!

Izz meraup wajahnya. Rambutnya yang kemas diraup kebelakang. Stress benar nampaknya.

"Riss... kalau ini tempat Lizz... kenapa nama kau dalam surat nikah... dalam islam tiada maksud isteri ganti Riss... berdosa jika kita bermain-main dengan hukum Allah Riss... aku faham... kau mesti perlukan masa... ambillah banyak mana masa yang kau nak... aku tak akan ganggu kau dalam membuat keputusan... aku tidur dulu..." lalu dia menapak ke katil. Badan dibaringkan. Seusai itu, aku sudah tidak mendengar suaranya.

Aku hanya mengeluh. Maafkan aku Izz! Aku hanya isteri ganti buat Lizz. Aku akan pulangkan kau pada dia nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience