3

Romance Series 66484

3
"Aku terima nikahnya Arissa Andra binti Hamdan dengan mas kahwinnya 350 ringgit tunai..." suara Husky milik Izz bergema di segenap pelusuk masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Aku yang tadinya hanya menunduk, mengangkat wajah apabila jemari runcingku yang kesejukan digenggam erat.

Tangan kekar milik Izz mengenggam erat tanganku, digosok-gosok belakang tanganku dengan ibu jari besarnya.

"Amboi nak pegang lama-lama nanti malam okay... sekarang kita sarung cincin dulu okay.." sepastinya itu suara mama. Huh! Sempat lagi kenakan aku.

Izz menyarungkan cincin yang aku sendiri pilih tempoh hari. Cantik sangat. Adakah aku teruja? Ya! Sebab aku melangkah satu tapak ke depan, yakni menjadi seorang isteri. Sedih? Mungkin juga, sebab lelaki itu tidak lansung cinta pada aku, dan mungkin juga dia akan ceraikan aku nanti.

"Along... salam lah tangan Izz tu..." sekali lagi mama masih mengenakan aku. Hampir semua yang ada di situ tergelak dengan ayat mama. Menyampah betul.

Aku menyalam tangan Izz lalu aku bawa ke bibirku. Dengan syahdu aku mengucup tangannya ikhlas. Dan Izz setelah itu dia bangun sedikit lalu mengucup dahiku. Lama sekali, seolah-olah hanya kami berdua saja yang ada disitu. Hatiku bergetar hebat, mataku terasa panas. Setelah kucupan itu terlerai, mata kami saling bertatapan. Ya Allah! Apakah perasaan yang sedang Engkau berikan kepada ku sekarang ini?

"Thanks sebab sudi terima aku sebagai suami kau... insyaAllah.. aku akan cuba menjadi suami terbaik untuk kau dunia dan akhirat..." aku terkedu mendengar ucapannya. Ikhlaskah dia?

Setelah siap bersalaman dengan kedua belah keluarga dan tetamu. Kami terus naik ke bilik. Penatnya Ya Rabbi. Sekali ini saja aku kawin, lepas ni tak nak dah!

Izz melihat isterinya yang sedang terkial-kial membuka tudung. Banyak sungguh jarum yang tersemat pada kepalanya.

Riss yang masih terkial-kial tidak perasan akan kehadiran suaminya. Tanpa sebarang kata tangan isterinya yang ralit mencari punca kepala pin di pegang.

"Banyak sangat pin ni... meh sini nak tolong bukak kan..." Riss hanya diam terkaku.

Setelah semua pin di cabut selendang yang masih menutupi kepala isterinya di buka. Ikatan rambut isterinya dilepaskan bebas. Terselah kecantikkan yang selama ini bertahun disimpan Riss, hanya untuk tatapan seorang lelaki bernama suami.

Rambut lembut beralun milik isterinya yang separa pinggang dibelai kasih.

"Cantik..." bisik Izz di telingan isterinya.

"Untung aku orang pertama yang pegang rambut kau... yang pertama memiliki kau... dan akan selamnya jadi yang pertama dalam hati kau..." meremang rasanya seluruh badan. Boleh jadi punca mati kejung ni. Menggigil dan peluh sejuk mula keluar.

"A-aku.... aku nak mandi..." tiba-tiba pulak gagap ni dah kenapa?

Izz yang masih lagi dibelakang hanya tersenyum senget. Senang benar nak tewaskan Arissa Andra.

"Sayang...." aduh! Dia main sayang-sayang pulak dah.

Tangan Izz yang tadi di bahu menjalar ke pinggang ramping isterinya. Dia tersenyum. Tanpa sempat bersuara, pinggang itu dipeluk erat.

"Jom..." ajaknya.

"Ke-ke-kemana..." gagap lagi, jika berterusan begini pasti esok terus bisu.

"Mandi.... jom sayang..."Izz masih lagi menguasai permainannya.

Hembusan nafas Izz menyapa cuping telingaku. Lututku sudah lembik untuk berdiri. Sekejap lagi bukan setakat bisu, lumpuh aku dibuatnya.

"Pffffffff....hahahahahahah" Izz sudah ketawa terbahak-bahak. Lawak sungguh wajah Riss sekarang ni. Dia menjauh beberapa tapak ke belakang.

"Kelakar lah kau ni Riss... takkan dengan aku pun kau boleh layu kot..." kata Izz masih dalam gelaknya.

Aku yang tadinya terpinga-pinga, kini sudah menangkap segala perbuatan Izz terhadapku. Tak guna punya jantan! Dia kenakan aku. Malunya.

"Kau apahal arh?... sengajakan kau nak buat aku macam ni... lepas tu kau nak cerita kat kawan-kawan kau tu... yang kau dah berjaya game aku... tak guna lah kau ni... kau tak hormat langsung hak aku... suka hati kau je nak sentuh-sentuh aku kan..."Air mata yang tadinya aku tahan mengalir keluar.

Marah! Malu! Benci, semua ada. Sampai hati dia main-main kan aku. Memang aku tak secantik Lizz, aku tak lemah-lembut macam Lizz. Tapi dia perlu hormatkan aku sebagai isteri. Aku capai tuala yang tersangkut di penyidai lalu masuk ke bilik air. Pintu bilik air aku hempas sekuat hati. Sesakit hatiku. Di dalam bilik air, aku menangis semahunya.

Izz yang masih terkedu di katil menghela nafas berat. Salah dia, tidak sedar yang dia sedang menyakiti hati gadis itu, isterinya kini. Baru tadi dia berjanji mahu menjaga Riss dunia akhirat, namun tak sampai sehari, hati gadis itu sudah dia lukai. Izz meraup kasar wajahnya. Ini kali pertama Riss menangis kerana dirinya.
.......................

Izz melihat isterinya yang lena di atas sofa. Riss masih lagi marah padanya. Ini juga kali pertama gadis itu merajuk dengannya.

Dia merapati Riss. Wajah putih gebu sedikit kemerah-merahan itu dipandang lama. Cantik! Kenapa selama ini dia tidak perasan semua ini. Kening hitam tersusun cantik, bulu mata lentik hitam dan lebat, hidung kecil yang agak mancung, bibir pula sangat menggoda, bibir mungil yang kelihatan basah dan warna pink.

Shit! Izz menyumpah dirinya. Nafasnya tidak terkawal, peluh jantan memecik di dahinya, terketar-ketar dirinya malawan perasaan sendiri. Wajahnya semakin mendekat dengan wajah isteri yang sedang lena. Semakin lama semakin dekat.

Terasa ada sesuatu merayap pada wajahku. Kasar, namun terasa seperti dibelai. Dari belaian berubah kepada usapan yang membuaikan perasaan. Sehinggalah terasa ada sesuatu yang lembut dan basah menyentuh bibirku. Mata yang tadi susah untuk terbuka kini terbuntang.

"Ermmmmm... ermmm" jeritan aku hanya bergema di kerongkong apabila bibir aku di tutup dengan bibir Izz. Aku berusaha menolak badan tegapnya, namun semacam menolak dinding saja gayanya.

Izz melepaskan tautan bibir kami. Berombak dadaku mencari nafas yang hampir putus. Izz juga kelihatan seperti kehilangan nafas.

"Hoi... apa yang kau buat ni..."tengkingku sekuat hati. Sakit hatiku apabila di 'cabul' ketika tidur.

"Hey... diamlah dengar dek mama dengan papa apa kata diorang nanti.." Izz menekup mulut Arissa rapat.

"Lantak lah.... biar diorang tahu.. apa yang kau buat kat aku..."ugutku, mana tahu insaf sikit.

Izz tersenyum nakal.

"Jeritlah.... kau rasa diorang fikir tak kau jerit sebab apa...." Izz mendekati aku, bibirnya membisikkan sesuatu padaku.

"Jerit sebab sakit malam pertama..." bisikkan itu membuatkan aku terkedu. Lucah sungguh otak lelaki di depanku ini.

"Ish!... menyampah lah kau ni... dah la... pergi tidur sana... jangan kacau aku lagi... kalau tak..." belum sempat aku menghabiskan kata, dia memotong.

"Kalau tak... apa?" Tanya Izz dengan wajah yang nakal.

Aku memandangnya dengan wajah yang penuh kegeraman. Mahu saja aku cekik-cekik leher Mamat ni, cepat sikit jalan.

"Dah lah jom.. tidur atas katil... kesian kau... sakit badan nanti..." ajak Izz lembut.

"Tak nak lah aku... aku tengah tidur nanti... kau rogol aku... " kata ku tanpa berlapik.

"Kau nak sangat ke kena rogol... meh sini..." lalu Izz mencepung badan aku ke katil.

"Wei... lepas lah... aku tak nak...please Izz... jangan buat aku macam ni..."aku mula menangis. Bimbang jika lelaki ini benar-benar merogol aku.

Izz mencampakkan aku ke katil. Lalu badan rampingku dipanjat. Kedua belah tanganku ditekan ke tilam. Pehanya mengunci peha ku. Lalu wajahnya disembam ke leherku.

"Please Izz jangan buat macam ni... please... please.." hanya itu yang keluar dari mulutku. Tidak aku sangka dia sanggup melakukan hal sebegini padaku.

Aku menjerit kecil apabila terasa ada gigitan di leherku. Namun entah mengapa aku jadi rela. Melayan rasa nikmat gigitan cinta Izz di leherku, aku mendesah perlahan. Lama, namun cepat aku tersedar.

"I-Izz... pl-please... ja-jangan... please.."aku merayu perlahan. Buat waktu sekarang aku masih belajar untuk menerimanya. Apabila tiba waktunya nanti. Dengan rela akan aku serahkan padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience