18

Romance Series 66484

Firdaus bersandar pada seat kereta. Sudah tiga hari dia mengintai rumah banglo mewah itu. Semalam kelihatan Tengku Izzuddin sudah membawa isterinya pulang kerumah. Bodoh!

Senyuman sinis penuh psyco terukir di bibirnya. Nabilla sayang! Gambar gadis cantik tersenyum gembira di bawa ke dada. Dibawa pula ke bibir. Dicium beberapa kali.

'sayang! I bawakan you apa yang you nak sangat sampai you pergi tinggalkan i. Tak lama sayang i akan kuburkan jantan tak guna tu dengan you!'

Gelakan jahatnya bergema dalam kereta. Puas ? Belum. Dia belum puas! Izz tak layak bahagia langsung sebab? Sebab aku pun nak jantan tu rasa apa yang aku rasa!

"Sayang.... Kenapa duduk sini.. tubuh tak kebah elok.. berembun pulak dia..."

Arissa hanya tersenyum kecil. Nampak macam okay tapi tak sebenarnya. Masih terbayang-bayang kejadian tempoh hari. Tak sampai sebulan dia kembali lagi kerumah ini. Takut? Ya! Itu yang dia rasakan saat Izz tiada di sisinya

"Panas kat dalam... Rasa macam tak selesa..."

Rasanya satu rumah kot dia pasang aircon tak cukup sejuk ke?

"Why sayang..."

Dahi Arissa berkerut. Apa tiba-tiba why dia ni?

"Hurm?..."

Izz duduk di kerusi rehat sebelah kolam. Tangan Arissa ditarik kearahnya. Paha ditepuk meminta Arissa duduk disitu. Isterinya hanya mengikut tak ada masa nak acah-acah malu semua.

"...what's in your mind my dear... tell me..."

Senyuman masih terukir dibibir. Arissa menyandarkan badan ke dada kekar Izz. Arissa pejam mata. Adakah esok masih lagi ada peluang untuk dia mendegar irama detak jantung lelaki yang sangat dicintai ini. Bayangan itu datang lagi dan lagi. Menakutkan!

"Tak ada apa lah abang... i''m fine ... don''t worry my husband..."

Puncak hidung Izz dicuit manja. Senyuman manja diberikan. Tak mahu Izz tahu apa yang terbuku dihatinya. Takut nanti lelaki itu bertambah banyak masalahnya.

"... jom kita pindah sayang... Rumah ni nanti abang cari property agent kita jual..."

Raut Izz yang selamba dipandang dengan wajah yang berkerut. Kenapa nak jual? Tak sampai setahun duduk sini. Takkan dah nak cari rumah baru?

"Kenapa abang? Sayang kalau jual rumah ni..."

Rambut separa pinggang Arissa diusap sayang. Beberapa helai rambut yang terjuntai diselitkan ke belakang telinga. Wajah cantik isterinya dipandang lama dengan senyuman masih bergayut di bibir.

"i can feel you dear ... some bad memories need to be forgotten.... we will create beautiful memories somewhere else... Abang tahu sayang takut duduk rumah ni..."

Arissa kemam bibir. Izz menatap wajah Arissa yang elok tersembam di dadanya. Bertahun-tahun dia kenal Arissa. Tak mudah dia tertipu dengan lakonan tak menjadi isterinya. Segala riak wajah Arissa dia sudah hadam dan khatam. Nak tipu? Lambat lagi!

"... I'm sorry... Abang... Riss tak boleh nak senangkan hati abang walaupun sekejap... Riss cuba nak nampak kuat... Tapi Riss tak boleh abang... Bayangan tu... Dia selalu datang ganggu tidur Riss..."

Bibir cantik itu ditekan dengan jari telunjuk. Tak mahu lagi wanita itu berbicara yang bukan-bukan. Air mata saja sudah melemahkan jiwa Izz. Apalagi kalau kata-kata yang membuatkan hatinya lara bila mendengarnya. Arissa sudah menggogoi dalam pelukannya.

Dia masih memikir siapa yang berani menganggu wanita kesayangannya ini. Berani sungguh dia bermain api!

".... it's okay sayang... i love you more than myself... Kalau sayang pendam seorang masalah... Sayang akan sakit... Tapi abang... Abang akan lebih sakit sayang... i can't bear to see you suffer sayang... Please... Kita lalui semua ni sama-sama..."

Mereka saling berpelukan erat dan semakin erat. Arissa terasa selamat dalam dakapan hangat Izz. Tak tergambar rasa bahagia bila masing-masing saling cinta dan sayang. Tuhan! Jadikan kebahagiaan ini berkekalan sampai syurga mu.

"Argh!!.... Sial!... Sial!... Kau kenapa tak mampus saja! Kenapa?!"

Pisau belati tumpul berkarat itu ditoreh-toreh pada gambar yang dilekatkan pada dinding. Sakit hati apabila mengetahui Tengku Izzuddin dan isterinya berpindah. Baru semalam dia tidak mengintip. Semua dah jadi kucar kacir. Di mana mahu dicari pasangan celaka itu.

Pisau dibuang. Dia mundar mandir tak tentu arah. Ke kiri salah. Kanan pun salah. Tak tahu nak gambarkan rasa hatinya waktu ini. Menggelegak! Panas!

"Kau tak akan terlepas... Tak akan! Aku akan hancurkan hidup kau... Macam mana kau hancurkan hidup aku! Hahahahaha .."

Macam orang gila. Hakikatnya dia nyata belum gila. Dia hanya sakit. Sakit hati terlampau sehingga otak pun bercelaru tak betul. Impak terlalu obses. Obses dengan Nabilla. Padahal gadis itu hanya menganggap dia cuma kawan biasa.
--------------------------------

Auckland, Flashback.

"...weh penat lar.... Otak aku aku dah tepu sangat... Dah jam tak boleh nak sumbat dah... Surrender..."

Rengekan Nabilla hanya disambut sengihan dan senyuman dua lelaki di depannya. Bibir dimuncungkan. Ingat lawa?

"Izzzzz... Jom kita pergi makan dulu... Perut aku dah macam dah macam disco dah ni... Jom la..."

Izz melepaskan nafas kasar. Menyampah dengan Nabilla. Nak maki pun kawan. Mata dan tangqn masih lagi sibuk menelaah dan menulis. Malas layan.

"Jom la... Aku temankan kau... Izz kalau dah pandang buku tak berganjak punya... Jom la.."

Nabilla hanya buat don't know. Suara Firdaus hanya dibiar berlalu umpama angin. Kurang ajar jelas lagi nyata. Namun kalau sudah cinta semuanya nampak indah. Buta!

Firdaus mengajak lembut. Suka tengok tingkah Nabilla manja dan comel. Walaupun sudah terangan nampak mengada yang lebih. Menyampah!

Sengaja dia buat tak dengar suara Firdaus. Menyampah! Orang cakap dengan dengan Izz dia pula yang menyampuk. Tak suka dia ni. Obvious sangat perasaan tu.

" Ala Izz jom la-jom la.... Lapar ni...”

Mahu saja dia menengking perempuan tak faham bahasa seperti Nabilla. Sudah orang katakan tak nak dipaksanya juga. Kalau lelaki sudah lama diterajangnya.

"Nabilla apa kata kau pergi makan dengan Fir... Aku sibuk tahu tak... Exam dah dekat... Mak bapak aku hantar aku kesini pakai duit... Bukan pakai daun"

Senyap sekejap! Sentap sampai dalam sangat!

" Erk... Tak apa lah.. aku teman je lah kau study... Makan sorang pun tak best jugak..."

Firdaus memandang Nabilla tanpa gadis itu sedar. Dia tak nampak ke effort aku? Aku dah tunjukkan semua. Duit? Tak payah cerita lah. Apa saja yang keluar dari mulut semua dilayan. Pantang sebut hari ni. Esok mesti dapat. Apa lagi?

"Urmmm... Kalau dapat makan fish and chip kat restoran mahal tu kan best... Tapi... Tak ada duit lah..."

Seperti bersinar mata Firdaus memandang raut wajah cemberut Nabilla. Peluang nak berdua ni!

"Eh! Nak ke?... Kalau nak jom la... Aku belanja kau... Jom la ."

Nabilla tanyang senyum. Bodoh! Tapi tak apa ada juga lubang emas dia. Lelaki ni tak nampak lagi ke betapa menyampahnya pandang Nabilla pada dia. Buta agaknya.

"Eh... Tak apa ke.... Kau selalu belanja aku... Nanti apa pulak kata orang... Nanti mesti orang kata aku kikis kau..."

Muka sehabis innocent ditayangkan. Tanpa sedar ada senyuman sinis di bibir Izz. Betina tak guna!

"...Fir... Kau cukup duit ke... Biasiswa kau cukup ke.. memboros je kau ni... Jimat sikit... Dari kau belanja minah ni.. baik kau simpan... Kalau kau susah tak ada orang lain nak tolong dah... Aku jugak..."

Wajah Nabilla dah memerah. Tak tahu lah malu atau marah. Ayat deep kot. Kalau tak sampai tikam hati tak tahu lah hati jenis apa kau ni.

"Eh... Cukup lagi Izz.. tak apa lah... Kesian Bella nak makan... Aku ngan Bella pergi makan eh... Ke kau nak join..."

Mata Izz mencerlung Nabilla. Macam mana dia boleh berkawan dengan betina jahanam ni? Nasib baik hati dah tertinggal kat Malaysia. Bibir Izz menguntum senyuman tanpa sedar. Rindu kau!

" Tak nak aku..."

End flashback

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience