Aku menggagau tilam sebelah mencari susuk tubuh Izz. Sakit di kepala membuatkan aku melupakan apa yang sedang terjadi di antara kami.
"Izz...." aku memanggil perlahan namun masih tiada balasan.
Aku mengiring ke kiri. Dalam samar cahaya meja di sisi katil aku raba mencari laci. Tanpa aku sengaja gelas yang elok terletak di atas meja, aku tepis lalu jatuh dan pecah berderai.
"Argh!..."aku memegang kepalaku, sakit di kepala membuatkan pergerakkan aku terhenti. Aku mengeraskan badan menahan sakit yang menyucuk.
"Sayang... sayang kenapa ni ... Ya Allah... kenapa tak panggil abang.." Izz yang entah dari mana datangnya memeluk aku dari belakang.
"Sakit... sakit.." hanya itu yang keluar dari mulutku. Aku masih mengeras dalam pelukan Izz.
"Okay... kejap.. abang turun bawah ambil air... sayang tahan kejap ya..." sempat dia mengucup dahiku yang berpeluh.
Selang beberapa minit Izz kembali dengan sebotol mineral water. Pill di dalam laci meja di ambil.
"Sayang telan ubat ni dulu... nanti sakit hilang pelan-pelan... " Izz menyuap ubat ke mulutku dan di ikuti dengan mineral water.
Izz memicit-micit perlahan pelipis dan menjalar ke sekitar ubun-ubun dan belakang kepala. Urutan Izz membuatkan aku sedikit selesa.
"Thanks..." ucapku setelah rasa sakit sedikit reda.
"You're welcome..." balas Izz sedikit berbisik.
"Dah pukul berapa?..." tanyaku juga berbisik.
"Almost 3 am..." balas Izz seraya itu dahi dan pipiku dicium kasih.
"I can't sleep... the night is still long..." entah mengapa tiba-tiba datang mood nak bermanja. Sedangkan aku masih marah dengannya.
"Just sleep... I'm here with you... always with you... baby.." satu kucupan singgah ke bahuku.
Aku dan Izz sama-sama diam. Hanya bunyi cengkerik yang bergema. Entah! Nak buka topik apa pun aku tak tahu. Aku jadi kekok dengan Izz. Rasa seperti dia bukan orang yang aku kenali. Rasa macam orang lain. Kekok habis.
"Do you love me?..." entah macam mana boleh terlepas pulak ni! Aduh habis.
Izz hanya diam. Ciumannya kini menyinggah ke leher pula. Aku memejam mata menahan rasa sakit hati. Jawapan lansung tidak keluar dari mulutnya. Hanya bibir yang gatal berjalan cium orang!
"Do you love me..." sekali lagi soalan aku ajukan. Izz memeluk aku dari belakang membuatkan aku sukar memerhati riak wajahnya.
"you know the answer sayang... ask me what you don't know.." balas Izz bersahaja senada.
"do you love Lizz?... jujur Izz.." tanyaku Air mata sudah mula bertakung.
"No... I don't love Lizz ... I just love you ... believe me? I swear..." sudah berapa kali dia bersumpah pun dia tidak tahu. Biarlah! Asalkan Riss percaya padanya. Dia benar-benar jujur.
Aku memusingkan badanku menghadap Izz. Aku melawan pandangan anak matanya.
"Prove it.." aku mencabar Izz. Aku mahu bukti yang kukuh. Aku tidak mahu jadi bodoh dan di bodohkan.
Izz tidak berkata apa. Lalu handphone yang diletakkan di atas meja sisi di capai. Nombor Lizz di tekan. Bunyi talian disambung kedengaran apabila Izz menekan butang Loud speaker.
"Assalamualaikum... Izz kenapa telefon pagi buta ni..." suara Lizz kedengaran agak serak di talian.
"Lizz... dengar apa yang saya nak cakap... " Izz berjeda. Aku, Izz dan Lizz masing-masing diam.
"..... Lizz saya seorang lelaki yang teruk... jangan pernah maafkan saya... Lizz... dulu sewaktu kita masih bersama... saya hanya gunakan awak hanya untuk melupakan Riss... tapi saya tak boleh... saya terlalu cintakan Arissa sehingga saya tak boleh nak mencintai orang lain.... I'm sorry for hurting you... sewaktu awak pergi tinggalkan saya seorang dan majlis dah hampir sangat... membuatkan saya tak boleh nak berpatah balik... waktu tu... sayalah orang yang paling happy... nak-nak lagi... Arissa sudi terima lamaran saya untuk menggantikan awak..." Izz berhenti seketika. Aku terlopong dengan pengakuannya. Aku memandang Izz dan handphone silih berganti. Aku mendengar ada esakkan kecil di talian. Lizz menangis? Adakah dia terluka? Sebab aku. Bodohnya aku membuat onar. Sehingga dua hati Teruk terluka
"... Lizz.... I'm sorry... saya tak boleh mencintai sesiapa pun kecuali isteri saya Arissa... dan apabila awak balik ke sini... dan dengan keadaan awak yang dah tak ada peluang.... membuatkan simpati saya tumpah pada awak... saya keliru... sehingga saya menyakiti Riss... saya tak endahkan dia... saya terlalu risaukan awak sehingga hilang rasa risau saya pada Riss... saya nak beri awak semangat... sehingga saya lupa untuk memberi kasih sayang kepada Riss... sehingga dia rasa terabai... Lizz maafkan saya sekali lagi... kita tetap kawan sampai bila-bila..." Izz memejam matanya. Entah mengapa aku merasakan, akulah si jahat yang memecah belahkan hubungan mereka. Akulah perempuan perampas yang telah merampas kebahagiaan mereka. Adakah yang salah aku? Atau Lizz yang meninggalkan Izz. Atau Izz yang terburu-buru membuat keputusan.
"Izz... awak ni kelakar lah... malam-malam buta buat saya nangis..." Lizz ketawa kecil. Membuatkan aku rasa lagi bersalah.
".... awak tak salah Izz... cinta tak boleh di paksa... saya faham... lagi pun masa saya dah tak lama Izz... saya redha... saya doakan awak dan Riss bahagia sehingga jannah... jaga Riss elok-elok... hargai dia sebaiknya... sayang dia dan cintai dia... jangan pernah tinggalkan dia Izz... itu amanah saya sebagai seorang sahabat..." suaranya kedengaran tenang. Aku pun agak lega. Tak silap aku, Lizz ada sebut masanya dah tak lama. Kenapa? Sakitkah dia? Atau dia mahu kemana-mana? Hatiku gelisah. Rahsia apa yang mereka berdua simpan.
Izz masih berbual dengan Lizz di talian. Aku pula tidak melayan mereka. Hanya rasa bersalah yang menggunung. Jahatkah aku? Hati Lizz pasti sudah terluka. Semuanya gara-gara aku. Hati Izz mungkin juga sedang terluka. Allahhu Akhbar! Kenapa aku tega buat begini. Lizz! Saya minta maaf.
Aku sedikit terkejut apabila Izz memeluk bahuku. Aku tidak tahu mahu membuat riaksi apa.
"Puas hati... atau nak abang buat apa lagi?...." lembut Izz bertanya namun penuh kesinisan. Aku hanya diam tak berkata apa. Air mataku yang masih mengalir aku seka dengan belakang tapak tangan.
"Abang.... Riss... mintak maaf... Riss jahat... Riss tak percaya Abang... Riss jahat.." aku kembali menangis. Tersedu-sedan sehingga rasa sesak nafasku. Hingus yang mengalir aku pedulikan.
Izz menarik aku kedalam pelukannya. Dahiku dikucup beberapa kali. Belakang badanku digosok menyalurkan rasa kasihnya. Sungguh aku bodoh. Ego aku yang meninggi telah menyakitkan banyak hati.
"Shhhh... abang tak kisah... abang sayang kan isteri abang... cuma tindakkan abang yang tidak betul... abang nak jaga banyak hati... tapi hati sayang abang ni yang terluka teruk... I'm sorry baby..." lalu bibirku dikucup sikilas. Aku hanya membiarkan.
"Sayang... esok kita lawat Lizz ya..." aku mendongak. Melawat?
"Kenapa Lizz tak datang sini... boleh Riss masak... jamu Lizz..." kataku memberi pendapat.
"Sayang abang... Lizz tu sakit... tak boleh nak jalan lama-lama... tak boleh naik kereta lama-lama...." aku melopong. Lizz sakit?
"Lizz sakit?... sakit apa..." aku rasa bersalah. Bersalah kerana menjadi punca Izz meluahkan rasa hatinya pada Lizz. Pasti gadis itu terluka. Apa lagi dia sedang menderita sakit. Teruknya aku rasa.
"Barah... barah hati tahap 4..." aku terus menangis. Ya Allah! Kasihan Lizz. Aku adalah kawan paling bodoh. Kawan paling teruk. Aku gembira atas derita orang lain.
"Kenapa tak bawa pergi berubat?..." tanyaku dalam tangis yang masih ada.
"Dah tak boleh buat apa-apa sayang... barah tu dah merebak ke seluruh badan Lizz... dia tahu pun dah stage 3... chemotherapy pun dah tak jalan... hanya tunggu masa saja sayang...." aku hanya menangis. Menyesali akan khilaf aku.
"Kasihan Lizz... maknanya waktu dia tinggalkan abang dulu dia dah tahu dia ada cancer?" Tanya ku. Izz hanya mengangguk.
Izz mengelus pipiku yang basah dengan air mata. Dahiku dikucup lama.
"Dia tahu... abang tak ada perasaan pada dia... dia nak abang bahagia dengan orang yang abang sayang.. yang abang cinta
.. it's you... baby.. " luah Izz. Malam ini hanya menangis menjadi aktiviti aku. Kata-kata Izz. Luahan hati Izz. Perbuatannya padaku pada malam ini membuatkan aku terharu. Menangis dan terus menangis.
Share this novel