Aku balik lewat hari ini. Izz sudah aku maklumkan, saja nak keluar berdua dengan Farhana. Makan-makan, lepak, tengok wayang. Macam dulu-dulu.
Tapi sampai je rumah, kenapa gelap semacam? Izz tak bagitahu yang dia pun keluar.
"Assalamualaikum.." walaupun tak ada orang. Salam tetap aku bagi. Kata orang malaikat ada dalam rumah. Tak tahu lah betul ke tak.
Pintu aku kunci. Tangan meraba mencari suis lampu. Dalam seronok meraba dinding tarasa ada tangan memeluk aku dari belakang.
"aahhrrrgggg!... " aku menjerit sekuat hati. Tidak aku tahu siapa gerangan yang memeluk aku sekarang ini. Izz? Ataukah perompak, perogol, pembunuh mahupun mencuri.
"diam!..."terasa ada benda tajam di leherku. Allah! Adakah masa aku sudah sampai?
"s-s-siapa kau?... kau nak apa?... lepaskan aku..." peluh sejuk membasahi tubuhku. Takut? Siapa yang tak takut apabila dalam keadaan kecemasan begini.
"cincin... aku nak cincin tu..." aku menggeleng laju mambuatkan benda tajam itu menghiris kulit leherku lantas mengonyakkan tudung yang aku pakai.
"tak boleh!... ini cincin kawin aku!.." Aku menggenggam tanganku sekuat yang mungkin. Tidak mahu pencuri itu merampas cincin paling bermakna buat aku.
"bagi aku kata!..." benda tajam itu dialih dari leher ke pergelangan tanganku.
"argh!..." pedih! Empat pangkal jariku di kelar. Aku masih menggenggam sedaya aku. Wajah Izz terbayang di fikiran aku.
Sekuat hati aku menolak lelaki itu supaya aku boleh lari darinya. Namun usahaku sia-sia saja. Lemah! Badanku sangat lemah.
"kau tak layak pakai cincin ni... bagi aku..." aku dan lelaki itu masih bergelut. Sekali lagi pergelangan tangan aku dikelar sehingga genggaman aku terlepas.
"cincin kawin aku!..." aku menjerit kuat. Entah dari mana semangat aku datang. Aku cuba merampas cincin itu sekali lagi.
Tak boleh! Itu tanda ikatan aku dengan Izz, tanda cinta aku padanya. Jika hilang pastinya Izz akan menganggap aku tidak serius. Aku kena pertahankan!
Puas aku bergelut tanpa sengaja atau tidak pisau di tangan lelaki itu tertusuk ke perutku. Argghh! Peritnya Allah yang tahu. Namun aku lega, cincin sudah dalam genggaman aku. Tusukan yang mengeluarkan darah itu aku tekup dengan tapak tangan.
"apa yang kau dapat?..." lelaki itu bersuara.
Aku tidak bersuara, cuma mengawal nafas cuba menahan kesakitan.
"Tengku Izzuddin mampu membeli sepuluh cincin macam ni untuk kau... tapi kenapa
perlu gadaikan nyawa hanya untuk sebebentuk cincin.." Suaranya seperti tidak menyangka aku sanggup gadaikan nyawa untuk benda sekecil itu.
Aku masih berdiam. Tiada daya untuk berbicara. Jika Allah maha kuasa mahu menjemput aku waktu ini aku redha.
Perlahan syahadah aku ucapkan di bibir.. Bersedia dengan segala kemungkinan.
"aku hanya pertahankan hak aku... pencuri!" Aku membalas lemah. Degusan nafasku semakin deras, kekurangan oksigen membuatkan jantungku mengepam darah dua kali ganda lebih laju.
"Tengku Izzuddin tak layak bahagia... macam dia rampas kebahagiaan aku!..." dalam kesakitan aku tengadah memandang si pencuri yang sedang berdiri di hadapan aku.
".... kerana dia... Nabilla tinggalkan aku!... Argh!!... celaka! Sial!..." tanganya menghentak-hentak kepala sendiri. Psycho!
"dia mampu dapat segalanya... duit, kehidupan sempurna, perempuan... aku? Apa yang aku dapat? huh?!... sekarang kau yang akan menebus semua yang dia lakukan... hahahaha.." gila! Itu yang boleh aku lihat pada diri si pencuri walaupun cahayanya samar-samar.
Apakah yang pernah Izz lalukan pada lelaki ini sehingga menjadi seperti ini. Apa lagi rahsia yang disimpan Izz?
Rasa sakit semakin menyucuk-nyucuk, peluh dingin semakin merecik keluar. Nafasku semakin sesak. Penglihatan aku semakin kabur dan terus kelam.
Share this novel