8

Romance Series 66484

"Izz... Izz... woi! Izz!.." terpana lelaki itu seketika sebelum kembali bersandar tenang pada kerusi.

"Apa..." tanya nya malas.

"Kau apa hal.. dua tiga hari ni aku tengok termenung sana... termenung sini... kau ada masalah ke... story lah wei..." Zarif memandang Izz dengan pandangan pelik. Sungguh pelik perangai rakannya ini. Sekejap termenung. Sekejap mengeluh.

"Tak ada apa... kau tak payah risau... aku okay je..." kata Izz sambil menyisip kopi o ais nya.

"Iya ke... kalau kau tak nak bagitahu tak apa... aku faham... tapi kalau kau dah sedia nak story... cari aku okay... anytime untuk kau bro..." luah Zarif sambil menepuk lembut bahu Izz.

Izz hanya mengangguk. Izz dan Zarif hanya diam membisu. Masing-masing sibuk dengan hal diri sendiri. Izz masih dengan lamunan dan Zarif sudah kusyuk dengan laman intagram nya.

"Eh hai... Tengku Izzuddin right?...." terus kedua-dua jejaka itu mengangkat wajah mereka. Memandang gerangan siapa yang tiba-tiba datang menegur.

"Oh my gosh... long time no see... tak sangka kecik dunia ni..." katanya dalam nada gedik dan mengada.

"You ni siapa.." tanya Zarif apabila melihat Izz yang hanya buat tak endah.

Gadis itu hanya senyum. Gedik benar lagaknya.

"By the way... I Jasmine... kawan Lizzara remember me now?..." sambil menghulurkan tangan mahu bersalam dengan Izz.

Izz tidak berkutik. Zarif pula sudah membuat mulut o. Tindakan mereka berdua membuatkan Jasmine terkulat-kulat seorang diri.

"Okay....we need to go first... nice to meet you cik Jasmine..." Baru beberapa tapak berjalan kedengaran suara Jasmine memanggil Izz.
.........................................

Di dalam kereta mereka hanya membisu. Hanya bunyi radio menemani mereka.

"Kau kenal ke perempuan tadi tu...." tanya Zarif setelah hatinya tidak dapat bertahan untuk ambil tahu. Penyibuk betul!

"Hurm... kenal gitu-gitu je... tak adalah kenal sangat... kan di ada mention dia kawan Lizz..." kata Izz malas.

"Aku macam rasa insecure lah dengan perempuan tadi tu..." ujar Zarif ragu-ragu.

"Kenapa.... nampak dia macam pembunuh bersiri ke.." perli Izz pelik dengan kata-kata Zarif.

"Huh... perli lah lagi.... instinct aku ni kuat tau... dia macam pembawa masalah pada kau nanti.... hindari dia Izz..." ujar Zarif dengan wajah serius.

Izz juga dapat merasakan hal yang sama namun dia tidak mahu berburuk sangka pada orang.

"As your wish bro.... " kata Izz.
...................................

Aku duduk di tepi kolam renang sambil kaki aku rendam kedalam kolam. Aku mengeluh perlahan, aku sudah berhari-hari memikirkan akan sikap Izz terhadap aku. Lelaki itu tiba-tiba jadi pendiam dan dingin sejak sesi luahan hati tempoh hari. Sepatutnya aku yang merajuk dan dingin sebab dia main-mainkan hati aku. Ini dah terbalik pulak. Kadang aku ada juga terfikir yang aku ni kejam sangat pada Izz. Patut ke aku bagi dia peluang? Tak ke nanti dia akan sakiti aku atau dia akan pergi tinggalkan aku! Urgh! Aku tak suka hal melibatkan perasaan. Penat sangat nak pikir!

Bunyi deruman enjin kereta masuk ke ruang parking. Okay, orang merajuk dah balik. Nak pujuk atau tak nak? Perlu ke aku bagi dia peluang? Arissa dia suami kau! Allah dah tetapkan dia untuk kau. Rissa fikir dalam-dalam kalau kau bagi peluang, buatnya nanti dia tinggalkan kau macam mana? Otak dan hati aku sedang berperang sesama sendiri. Nak ikut kata hati atau nak ikut kata otak. Tak! Dua-dua tak. Ikut apa kau rasa Rissa. Kau sayang dia? Kau cinta dia? Just go ahead! Tell him everything. Jangan nanti dah melepas baru nak confess tak guna Rissa. Masa tu duduk lah kau tercongok sorang-sorang. No,no,no aku tak nak tangguh dah everything needs to be resolved tonight. By hook or by crook everything should be settled.

Izz melipat sejadah yang digunakan lalu di sangkut pada penyidai. Sudah tiga hari dia dan Riss tidak solat bersama. Dia rindu sebenarnya tapi isterinya itu perlu di ajar sedikit supaya runtuh dinding egonya itu. Bunyi pintu ditutup. Izz sudah mengagak siapa yang masuk. Siapa lagi yang ada di Dalam rumah ini selain dia dan Riss.

"Izz..... k-kau dah makan? Nak aku panaskan lauk?.." wow! Ada improvement. Dia tegur dulu.

"Tak nak..." Izz menjawab dingin. Sengaja!

"Aku belum makan lagi.... jom makan sekali.." aku masih mencuba. Keras betul hati mamat ni.

Izz hanya diam tanpa suara. Hanya tangannya saja lincah menyikat rambut. Riss mendekati Izz, tangan kekar itu di sentuh lembut. Kali pertama dia menyentuh Izz dengan sentuhan kasih sayang.

"Izz maafkan aku... aku tahu aku salah.... kau marah lah aku... kau pukul lah aku... tapi jangan bisu macam ni.....hati aku sakit sangat..." aku memujuk Izz. Minta-mintalah dia cair.

"Kau nak apa..." kasar sungguh suaranya. Macam menengking pun ada. Terasa hati aku. Tak apa tahan dulu.

"Aku nak mintak maaf...." kataku perlahan.

"Kau ada buat salah dengan aku ke?... tak rasanya..." sinisnya perlian Izz menusuk hati aku.

"Aku mengaku aku ego... aku mengaku aku degil dan derhaka pada kau... please Izz... jangan siksa aku macam ni... jiwa aku tak tenteram... aku nak Izz yang dulu.." aku meluahkan rasa hati.

"Aku tak nak dengar semua tu..." kata Izz dengan suara mendatar.

"Habis kau nak apa... nak aku melutut... nak aku merayu... okay aku sanggup.." lalu aku melutut di kaki Izz. Kedua tanganku memeluk lututnya.

"I'm so sorry... aku isteri yang teruk... please forgive me..." aku hampir menangis. Kesal sungguh dengan perbuatan aku.

Izz mengeluh bukan ini yang dia mahukan. Izz melutut. Menyamakan ketinggian mereka.

"Aku tak nak semua ni... yang aku nak... hanya rasa cinta kau untuk aku... I love you with all my heart... satu je yang aku nak tahu... do you love me too?...hmm" lembut kata Izz. Jari jemari kasar Izz mengusap pipi Riss.

Aku menatap ke dalam mata Izz. Adakah aku mencintainya? Tanpa sedar aku mengangguk perlahan.

"Say it...." pinta Izz.

"Say what?.." tanya aku blur.

"Say you love me.... baby.." ucap Izz sambil mengucup pipiku.

Aduh! Izz jangan buat macam ni. Nak pecah dah dada aku ni! Lepas ni kerap lah aku ke IJN jantung aku dah parah ni.

Aku menunduk malu. Muka aku dah membahang. Nak je aku sembunyi dalam almari sekarang ni. Atas lantai pun boleh Izz ni buat aksi romantik. Aku mengangkat wajah memandang Izz semula. Pipinya aku pengang. Menggeletar jari jemari aku. Tanpa segan silu bibir seksi Izz aku kucup lama.

"I love you... hubby..." ucapku selepas tautan bibir kami terlerai.

Izz kelihatan tergamam menerima kejutan dari aku. Jangan di cabar Arissa Andra, itu makan dia!

"Baby... I'm speechless..." kata Izz tak percaya dengan tindakan aku.

"Kan... me too.." kataku sambil ketawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience