9

Romance Series 66484

Pagi itu aku bangun dengan perasaan berbunga-bunga. Izz disebelahku sedang tidur pulas aku pandang. Ya Allah, semoga Engkau lindungi hubungan kami dan berikan kami kebahagiaan dunia dan akhirat. Tanpa lengah aku bangun untuk ke bilik air. Tuala di penyidai aku ambil lalu menghilangkan diri di sebalik pintu bilik air.

Setelah beberapa minit di dalam bilik air. Aku keluar dengan siap berpakaian lengkap. Izz yang sedang lena aku kejut.

"Izz... Izz bangun... bangun solat subuh... " ish! Tidur mati betul dia ni.

"Izz... bangun... kenapa liat sangat ni...Izz!.." suaraku sudah meninggi.

"Sayanggggg... please... 5 minit... abang ngantuk lagi ni..." aku menaikkan kening sebelah. Aik? Sejak bila berabang abang ni.

"Izz... sebelum aku simbah kau dengan air baik kau...." belum sempat aku menghabiskan ayat Izz menarik aku kedalam dakapannya. Kini dia di atas aku di bawah!

"Tak baik cakap macam tu dengan suami tau... dosa.." kata Izz sambil mencuit hidung aku.

"Urm ma-mana ada... dah kejut elok-elok... kau yang tak nak bangun.." kataku sambil membuat muka cemberut.

"Haaa... tu.. kau... kau.. siapa kau..." tanya Izz sambil memicit kedua belah pipi aku. Sakitlah!

"Kau... lembu" kataku sambil tersengih main-main.

"Mulai hari ni abang tak nak dengar dah panggilan kasar-kasar... kalau tak nanti abang denda.." kata Izz.

"Kalau tak nak jugak nak buat apa.." tanya ku. Eee nakal pulak aku pagi-pagi buta ni.

"Owh.... nakal nya dia... saja kan meh sini.." lalu Izz menggomol muka dan leher aku.

"Izzz!.... stop..." aku menolak-nolak mukanya. Rimas!

Izz masih tidak berhenti. Sesekali leher aku digigit manja. Ish! Tak suka tau. Tercemar leher aku!

"Okay... okay... abang please... stop... subuh dah nak habis dah... nanti tak solat kita..." lalu Izz mengangkat wajah. Ada senyuman nakal di bibirnya.

"That's my wife... okay lah.. abang nak mandi.. sayang bentang sejadah dulu okay.." seraya bangun dari menindih aku.

"Eh... kejap.. bagi Riss ambil wudhuk dulu..." aku pula bangun dari pembaringan.

Baru saja kaki aku ingin melangkah tangan aku ditarik menghalang aku ke bilik air.

"Kenapa?.." tanyaku

"Jom sayang teman abang mandi..." dia sudah tersengih nakal. Eee suami! Lagi diberi muka lagi dia ambil kesempatan.

"Eh eh... Riss dah mandi okay... don't you dare abang... Riss tumbuk nanti.." aku sudah kepalkan tanganku ke depan mukanya. Menandakan aku tidak main-main.

"Oooo... takut nya abang..." Izz sudah menggigit hujung jarinya. Itu takut ke gedik?

"Tau pun takut... dah Riss nak ambil wudhuk dulu... lepas tu abang pulak mandi... cepat sikit.." bebelku gaya mak-mak marah anak.
......................................

Aku membelek-belek buku latihan pelajar kelas 5 Alfa. Tak banyak kesalahan yang dibuat namun masih ada beberapa kesalahan kecil yang masih boleh diperbaikki.

"Amboi... macam nak tembus buku tu... nasib baik mata tak ada laser.." usik Farhana atau boleh dipanggil BFF.

"Tak adalah... aku nak tengok ada kesalahan tak... dah lah masing-masing tulisan macam doktor... pening kepala aku..." rungutku memang budak-budak sekarang tulisan tak macam aku dulu sebiji-sebiji huruf boleh baca.

Farhana hanya ketawa kecil. Kerusi berdekatanku ditarik.

Aku hanya memandang gelagat Farhana dengan ekor mata. huh! Adalah tu nak gosip tu. Tak habis-habis perangai kepochi dia tu.

"Eh... kau dengan si Izz tu macam mana..." haaa kan aku dah agak dah. Mesti dia nak membawang lah ni. Ish! sibuk betul.

"Kau ni dah kenapa nak sibuk-sibuk tanya... kepochi betul.." kata-kata aku membuatkan Farhana buat muka. Eee buruk! Aku banyak kerja lagi mahu layan perangai kepoh dia ni.

"Okay... aku kepoh ya... lain kali kalau ada masalah jangan cari aku tau..." rajuk Farhana seraya bangun dari duduknya.

"Ish! Kau ni apa hal nak sentap sangat ni..." marahku perlahan bimbang cikgu-cikgu lain terganggu dengan suara aku. Huh! Nasib kawan kalau tak dah lama aku bagi penampo sebijik!

"Huh! Kau lah time ada masalah cari aku... bila aku tanya sikit dah kata aku kepoh... ini lah kawan.." rajuknya lagi. Urgh! Drama sangat!

"Aku dengan Izz okay lah... kitorang boleh lah terima each other.. so far everything going smoothly.... itu aje tak lebih okay... " Farhana kelihatan terangguk-angguk. Namun setalah beberapa saat senyuman tersungging di bibirnya.

"Kau apahal pulak senyum-senyum.." tanyaku buku latihan lain aku capai.

"Kau dengan Izz dah......." sambil jari telunjuk kiri dan kanan di satukan berkali-kali.

"Apa?..." aku mengerutkan dahi.

"Ish nak kata bodoh cikgu... nak kata cerdik tak adalah cerdik sangat kau ni... bangang yang banyak..." amboi mulut bau macam loji indah water aje dia ni. Suka hati dia cakap aku bangang.

"Hoi... benda kat bilik tidur takkan aku nak cerita... aku bangang ke kau yang bangang?...." marahku beberapa orang cikgu melihat kami Mungkin agak terganggu dengan suara aku dan Farhana. Geram aku ada ke patut tanya hal yang itu. Hal bilik tidur haram kita sebarkan. Itukan hak privacy pasangan.

"Ish.... tanya sikit pun kedekut..." kata Farhana. Aku hanya menjeling tajam padanya. Menyampah tau tak!

"Tapi kan.. " huh kali apa lagi yang dia pikir.

"... cikgu Yusoff tu macam syok kat kau kan... aku boleh nampak dari pandangan mata dia... cara dia layan kau... cakap dengan kau... dari zaman universiti lagi... kau tak perasan ek?.." ish! Banyak pulak mulut minah ni. Buat kerja tak nak.

Aku mengeluh tadi pasal Izz sekarang si Cikgu Yusoff pulak. Memang tak ada kerja ke apa minah sorang ni.

Aku berhenti mananda buku latihan. Aku memberi sepenuh perhatian kepada Farhana. Geram pulak aku dengan dia ni!

"Ana... kau boleh tak jangan kepoh sangat... dia nak suka aku ke... dia nak apa ke... itu dia punya hal... aku tak perasan dan tak nak perasan pun...aku anggap dia kawan sama macam kau.... aku dah kawin Ana... dan aku sayang sangat dekat suami aku... aku cuma nak bahagia dengan dia je... tak nak orang lain... sekarang kau faham tak Farhana?.." aku bukan marah cuma aku takut mulut bising Farhana menimbulkan fitnah di sekolah. Apalagi aku isteri orang. Hubungan pula baru saja nak bermula. Takut nanti layunya sebelum berkembang.

"Weh... kau marah aku ke?... " tanya Farhana.

"Tak...aku tak marah kau... aku cuma explain kat kau... supaya kau faham... aku tak nak timbul fitnah.. kalau tak faham lagi... tuh... ustazah Amirah ada sana... pergi tanya.. apa yang kau tak faham.." jelasku. Aku dengan Farhana mengamalkan sikap berterus terang. Supaya tiada yang meyimpan rasa diantara kami. Sebab itu hubungan sahabat aku dengan Farhana bertahan lama berbanding kawan-kawan aku yang lain.

"Uish... tak nak lah.. aku faham.. dan aku tak terasa hati pun.... " dia memandang jam yang melekap di tangannya.

"aku ada kelas ni.. okay lah... aku pergi dulu... kau dengan Izz tu jangan lama-lama. Dah senja baru nak beranak tak guna dah... time sihat ni lah nak buat anak ramai-ramai... okay lah... pandai-pandai lah kau pikir... bye cikgu.." aku hanya menggeleng kecil. Celupar sungguh mulut dia! Nak aja aku ganyang guna cili giling kat kantin tu. Padan muka kau!
.........................................

Zarif mengetuk-ngetuk meja dengan jari telunjuknya. Pandangan tajam di lepaskan menikam anak mata figura didepannya. Sungguh dia tidak percaya apa yang sedang dia lihat kini.

"Apa masalah kau ni sebenarnya?... tak paham aku.." ujar Zarif sambil mengusap dagunya dengan jari telunjuk.

"Aku mintak maaf susahkan kau... aku mohon jangan bagi tahu sesiapa aku kat sini... terutama Izz dan Riss..." Zarif menghela nafas berat.

"Apa motif kau sebenarnya... kau tinggalkan Izz sampai kelam kabut mamat tu... kau dah babitkan Riss sekali... apa masalah kau ni..." tanya Zarif sekali lagi. Kali ini kedengaran lebih tegas.

"Zarif... tahu Izz hanya gunakan aku untuk dekat dengan Riss.. aku tahu perasaan Izz pada Riss... memang aku mengaku aku sayangkan Izz... tapi aku lebih sayangkan Riss... dia dah banyak tolong aku... aku tak sampai hati... sebab tu aku lari.. aku tahu kalau Izz kawin dengan aku... dia takkan bahagia... aku pun akan tersiksa jugak... aku tak nak pertaruhkan kebahagian aku hanya kerana nak memiliki Izz.." luah Lizz. Zarif keliru mahu percaya atau tidak. Namun dia tahu ada hal lain yang gadis itu sorokkan.

"Okay... aku percaya... tapi bukan sebab tu kau lari kan... naluri aku kuat Lizz... bukan sebab tu kau balik kan..." duga Zarif cuba mengorek rahsia Lizz.

Tiba-tiba gadis itu menangis tersedu sedan. Zarif kaget dia bimbang jika orang sekeliling menganggap dia punca masalah.

"Aku ada barah hati... dah stage 4... dah tak boleh buat apa dah... sebab tu aku lari... aku tak sanggup nak berterus terang... aku kesian dekat Izz... aku tak boleh..." tangisnya lagi. Dia balik ke sini dengan harapan untuk bersama keluarganya di saat akhir. Dia tidak mahu keseorangan.

"I'm sorry Lizz... tapi aku rasa kau patut jumpa dengan Izz... terangkan semuanya... biar dia tahu hal sebenar... tak lah dia salahkan kau seumur hidup.." kata Zarif ada benarnya. Dia perlu minta maaf dari Izz dan Riss.

"Boleh bawa aku jumpa Izz?...." tanya Lizz lalu disambut dengan anggukan Zarif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience