5
Petang itu Izz menjemput aku balik dari sekolah, memandangkan dia yang bersungguh menghantar aku pagi tadi. Entah apa anginnya hari ini.
"Eh... ni bukan jalan balik rumah mama.... nak kata rumah mummy pun bukan... nak pergi mana ni..." aku bertanya padanya. Izz yang sedang memandu hanya tersenyum melihat sikap gelabah aku.
"Gelabah lah kau ni... relax sudah.." dia memandang aku sekejap sebelum kembali fokus ke jalan.
"Alah... bagi tahu lah aku... kau buat aku fikir bukan-bukan lah..." suara aku kini kedengaran seperti merengek. Sejak bila aku pandai merengek dengan si Izz ni. bahaya-bahaya, jaga wahai hati jangan sampai terjatuh nanti diri sendiri sakit menerima padah.
"Sayang... jangan bagi abang high boleh tak... ada jugak menjadi dalam kereta ni kang.." dia sudah keluarkan ayat miangnya. Sambil mengetuk-ngetuk lututnya. Dah kenapa pulak?
"Eee... tak kuasa tau nak bagi kau high ke low ke.... yang aku nak tahu sekarang...kemana kau nak bawak aku ni...." aku geram betul dengan si Izz ni. Jangan aku pulak yang high sudah. Ada yang aku humban keluar nanti.
"Alah.... kau ni usik sikit nak melenting... cuba cakap elok-elok sikit. Mungkin beberapa minggu yang lepas aku kawan kau. Tapi sekarang, waktu ini,masa ini, aku suami kau, syurga kau bawah tapak kaki aku tau... kalau aku tak redha, Allah takkan redha tau tak?.." melampau si Izz ni. Nak kenakan aku dengan hukum agama pulak.
"Kau nak menang sangat kan... hah hambek.... kau menang... malas aku layan kau...huh!" aku menghemburkan amarahku. Ada saja ulahnya yang menyakitkan hati aku. Kedua tanganku aku silangkan ke dada. Mata aku pejam malas nak layan.
"Riss kau marah ke..." Izz bertanya lembut. Nak pujuk lah tu. Malas layan. Pujuk lepas tu gaduh lagi. Baik tak payah pujuk sama aje.
Aku hanya membetukan diri. Pura-pura tidur. Berdosa? Dah bertan-tan dosa aku dengan si Izz ni. Biarlah!
Hampir setengah jam Izz memandu, kami sampai ke destinasi. Entah kat mana aku tak tahu.
"Kita kat mana ni..." aku bertanya sambil memandang Izz.
"Kita turun dulu.... jom.." kata Izz. Seatbelt di tanggalkan. Pintu di buka. Aku turun. Mata aku memandang ke semua arah cuba mengenal pasti di mana kami berada.
Izz menarik tanganku perlahan. Mulanya hatiku ingin memprotes, namun dia cuba berlembut denganku, aku hanya membiarkan saja bimbang jika dia terasa.
"Rumah siapa ni Izz..." aku bertanya sejurus saja masuk ke ruang dalam rumah.
Aku memerhati segenap ruang banglo dua tingkat itu. Cantik! Hiasanya juga menepati citarasa zaman sekarang. Hiasan modern dan contemporary. Siap ada swimming pool lagi.
"Kau suka rumah ni..." dia tidak menjawab malah kembali bertanya kepada aku.
"Suka... cantik... pandai tuan rumah ni deko.." aku memuji sambil mataku memandang sekeliling.
Izz tersenyum. Tangan aku yang masih di dalam genggamannya dia usap perlahan. Seram pulak aku rasa!
"Ini rumah kita... kau, aku... kita akan duduk sini nanti..." sambil jari telunjuknya menunjukkan dirinya dan diriku.
"Rumah kita... bila kau beli rumah ni... aku tak tahu pun..." aku terkejut dengan jawapannya. Rumah kami?
"Ye lah rumah kita lah... aku beli dah lama...cuma tak pernah duduk sini... asyik balik rumah mummy je..." dia memandang aku sambil tersenyum.
"Jadi... ni lah rumah kau beli untuk Lizz kan... hari tu Lizz ada bagitahu aku... yang kau beli rumah untuk dia... bertuah Lizz... tapi sayang tak sempat duduk pun... " aku memandang wajah Izz. Senyuman yang meniti bibir tiba-tiba hilang. Dia mengeluh.
"Riss.... boleh tak jangan kaitkan perempuan tu dalam hal kita... ini bukan rumah Lizz atau sesiapa pun... rumah ni atas nama aku... dan bakal jadi milik kau...bakal jadi milik anak-anak kita nanti... bukan orang lain...faham?" Suara Izz naik seoktaf. Marah benar nampaknya bila hal berkaitan Lizz meniti bibirku.
"Izz aku ni cuma ganti tempat Lizz sekejap je... nanti Lizz balik, dia akan ambil semula tempat dia... kau jugak yang cakap aku hanya isteri ganti untuk majlis tu aja... kita cuma tak nak mummy dengan daddy malu... tak perlu kau layan aku seumpama kita ni saling sayang... saling cinta... aku tak nak kecewa Kemudian hari.... aku kenal kau Izz... dari kecik sampai sekarang... kau tak mudah jatuh cinta... kau kalau sayang orang tu, kau akan sayang sungguh-sungguh..." aku berjeda seketika. Kenapa hati aku terasa sakit dengan layanan Izz yang seakan berpura-pura dengan diriku. Seolah-olah dia berusaha keras untuk memberi aku kebahagiaan, sedangkan hatinya jauh terbang mengingati Lizz cinta matinya.
".....Izz, kau bukan benci Lizz sebenarnya kan..... kau cuma marah... marah sebab Lizz pergi macam tu je... percayalah cakap aku... bila Lizz balik nanti... marah tu akan hilang sendiri... percayalah cakap aku Izz.... kau tak perlu ambil hati aku pun... aku tak kisah, sebab aku tahu macam mana percintaan korang... aku sayang kau Izz... aku pun sayang Lizz... korang berdua kawan aku... rumah ni, kau simpan dulu... tunggu Lizz balik... kita cerai...." belum sempat aku habiskan ayatku. Izz sudah menengking aku.
"Arissa Andra binti Hamdan!... aku tak akan ceraikan kau sampai aku mati.... kalau nak sangat cerai... bunuh aku dulu... cepatlah!!... bunuh aku... kau nak sangat aku lepaskan kau kan... then what the hell you waiting for... kill me!... kill me now!!.." seluruh tubuh aku menggeletar hebat. Ini kali pertama aku melihat Izz semarah ini. Kenapa? Aku sendiri tidak tahu.
Badanku ditolak ke dinding. Bahuku dicengkam kuat. Argh! Sakit!
"Izz...." suaraku hanya separa kerongkong saja. Hampir tidak keluar.
Bahuku di goncang-goncang. Dari wajah Izz, aku tahu dia sedang bercakap melalui hatinya.
"Arissa... kill me... kill me then you'll be free to go..." suaranya perlahan dan lemah. Aku terpana! Ada titisan jernih di tubir matanya. Air matakah itu.
"Arissa sayang... jangan tinggalkan aku... please... jangan sebut lagi perkataan cerai... atau...." aku menekup mulutnya dengan tapak tanganku. Kepala aku geleng isyarat jangan teruskan kata-katanya. Tidak sanggup aku mendengar ucapan selepas itu.
"Mulai saat ini... selain kau dengan aku... tiada nama lain yang akan terselit diantara hubungan kita... dan aku nak kau hormat aku... sebagai suami kau... faham?.." aku hanya mengangguk tanpa suara. Takut pula aku dengan sikap Izz yang seakan baru semalam aku mengenalinya. Cengkaman dibahuku dilepas. Lantas dia membawa aku ke dalam pelukkan eratnya.
"Izz... lepaslah... rimas tau tak..." aku yang lemas dalam pelukkannya menolak-nolak dada bidang Izz.
"Nop... I like your smell.... I miss you.." aku mengetap bibir apabila terasa ada ciuman dileherku. Walaupun aku memakai tudung, tapi aku masih boleh merasa bibir Izz menyentuh leher aku.
"Urm...Izz... jom balik.." aku menolak dadanya kuat agar kami terpisah. Namun seperti biasa sia-sia.
"5 minutes please... separuh hari aku tak jumpa kau... aku macam tak sabar nak balik... nak jumpa kau... aku tak tahu kenapa... but its makes me feel happy.." bisikan Izz membuatkan hati aku berbunga. Merah wajahku. Aduh! Hati tolonglah jangan buat hal.
"Izz!..." suara sengaja aku kuatkan agar si Izz yang tengah khayal ni tersedar. Belakang badannya aku tepuk kuat. Padan muka! Buat hati aku tak senang lagi.
"Okay.... okay jom... eh! Tak nak tengok seluruh rumah ni ke..." tanya Izz.
"Tak nak... baru masuk ruang tamu kau dah buat drama... kalau tengok keliling entah apa pulak nanti..." balas aku sambil berjalan menuju ke pintu rumah.
"Ish! Ke situ pulak... dah lah... jom.." rajuk Izz. Macam budak-budak.
Share this novel