23

Romance Series 66484

Firdaus berjalan menyelusuri sungai buatan. Berjoging mengambil angin petang. Senang hati! Senyuman terukir di bibir. Wajah Arissa yang pasti ketakutan terbayang di benaknya. Rasa geli hati pun ada.

Terbayang patung barbie penuh dengan cat merah yang dikirim sekali gambar pasangan itu dengan kepala Arissa yang digunting membuatkan wanita itu menjerit tak tentu arah.

Dan pasti Izz juga akan jadi tak tentu hala. Rasakan!

Beberapa orang yang lalu lalang di situ memandang pelik melihat Firdaus ketawa terbahak-bahak seorang diri. Gila!

Dan!

Tanpa dia sedar. Dirinya di perhatikan sejak dari semalam.

".... Hai handsome... we meet again... Kuat sangat jodoh kita ni...."

Izz menghembus nafas kasar. Tak kuasa nak melayan. Izz memandang Jasmine dari atas sampai bawah. Nak merekah biji mata rasanya.

"... Hai.. have a sit..."

Senyuman Jasmine melebar apabila Izz menarik kerusi untuknya. So sweet! Bila boleh dapat lelaki ini? Tak sabar rasanya!

"... Thanks darl... "

Kekura tangan Izz di sentuh lembut. Senyuman dan mata yang menggoda melirik memandang Izz.

".... Welcome... i don't want to waste time ... let's start the discussion.."

Malas nak lama-lama. Banyak kerja lagi dia nak hadap kat office. Sebelum perempuan di depannya ini melalut panjang lebar biarlah dia potong dulu.

".. serius sangat lah you ni... You tak nak order dulu ke?..."

Izz hanya menayang senyuman kecil. Kalau tak dikira syarikat mereka bekerja sama, dah lama dia angkat kaki. Gelengan diberikan tanda menolak.

".... Cik Jasmine yang pilih tempat ni... Saya hanya mengikut keselesaan cik... Tapi hanya untuk bisnes bukan yang lain..."

Jasmine mencebik. Serius sangat tak seronok. Tqpi di sebabkan dia Tengku Izzuddin apa-apa pun tidak mengapa. Tak ada masalah walau memang bermasalah!

"... Okay... As your Wish... Handsome..."

Paha gebu putih itu diraba. Tuan punya badan hanya tersenyum manja. Terbayang wajah Izz yang kacak membuatkan nafsunya mencanak.

Firdaus tersenyum sinis. Murah!

Tak sangka perempuan yang boleh dikatakan ada semuanya boleh juga tersungkur begini. Perempuan dahagakan nafsu! Senang terjerat dek kerana janji bodoh lelaki.

"...so is it going well baby?..."

Bisikan halus di telinganya membuatkan Jasmine merengek kecil. Tak tahan dengan godaan Firdaus walau dalam otaknya membayangkan orang lain.

"... Urmmm... he's hard to seduce ... he's not like you sayang..."

Leher kekar Firdaus dielus lembut hingga ke dada. Suka melihat lelaki jatuh dalam godaannya. Rasa hebat.

"... really?... Cara banyak baby... You tak nak ke lelaki handsome dan kaya macam tu... Be smart baby..."

Jasmine memuncung.

".. easy sayang... I tak suka rushing... Nanti cepat terlepas... Be smart remember?..."

Senyuman bergayut di bibir Firdaus sebelum memagut bibir Jasmine penuh nafsu.

".... You're late again abang!... Sehari suntuk kat rumah mama tunggu abang... Tak ada nak call ke.. apa ke.. sibuk sangat agak nya.."

Baru sampai dah kena marah. Letih tak hilang lagi. Dilebarkan senyuman untuk Arissa. Rasa nak baring tak nak bangun. Lenguh seluruh tubuh.

"... Abang banyak kerja sayang... Esok abang balik awal okay... Spend time dengan sayang..."

Muka Arissa masam mencuka. Geram tak diberi perhatian. Mengandung ke tak sama saja. Sudahnya sendiri makan hati.

"... Hey sayang... Tak nak lah muka macam ni... Tak lawa... Meh nak sayang sikit..."

Arissa yang masih membatu di tarik merapat. Ditarik Arissa ke dalam pelukan. Di elus lembut rambut panjang Arissa.

"... Sayang.. abang nak tanya... Daddy ada berapa orang anak?.."

Arissa mengangkat kening. Dah kenapa pulak tanya berapa orang anak Daddy? Tak tak reti mengira ke si Izz ni? Atau ada terhantuk mana-mana sampai lupa ingatan!

"Kenapa?.. anak daddy abang sorang je lah... Atau abang ada adik lain yang Riss tak tahu?..."

Izz ketawa mengekek. Dengar dek Mummy nanti mahu mengamuk satu rumah baru tahu. Berani daddy nak kawin lain?

"... Tahu pun..."

Hidung Arissa dicuit.

Arissa memanggung kepala. Mendongak memandang Izz. Pelik pulak Izz hari ni.

"... Sebab tu abang kena kerja betul-betul.. daddy dah tak ada orang lain nak diharap... Abang satu-satunya yang akan meneruskan apa yang daddy ada sekarang... Sayang faham kan?"

Arissa mencebik. Rasa bersalah lah pulak. Perlahan kepala di angguk.

".... Abang tak nak daddy kecewa dengan abang... Abang pon tak nak sayang sedih... Jadi... Abang kena jaga dua-dua.. abang sayang semua... Ini tanggungjawab abang pada sayang .. pada daddy..mummy.. mama.. papa... Semua orang abang kena jaga... Jadi abang kena bahagikan masa.... Sayang faham kan?.."

Arissa dah teresak-esak. Penatnya jadi Izz. Penat nak sama ratakan semua benda. Dia? Tahu nak marah, merajuk saja. Tak pernah terfikir yang suaminya ini sangat terbeban. Tapi Izz pandai simpan. Tak pernah tunjuk.

"... Riss mintak maaf abang... Janji tak nak merajuk dah..."

Izz senyum lebar. Dahi Arissa di cium lama.

".... Dah kenapa pulak tu?.. dah start drama air mata... Tak habis-habis lah along ni... Kan abang Izz..."

Arissa menjeling tajam pemilik suara sumbang yang tercegat membuat muka meluat memandangnya. Bibir Arissa mengherot benci betul dengan mulut puaka si Arinna. Cili jap lagi baru tahu diam agaknya!

"... Engkau sibuk kenapa?... Dengki cakap... Elok lah aku ada laki... Dari kau tu bercinta bertahun ada ke nak masuk mintak kau?...kawin cepat-cepat... Tak ada lah cemburu tengok aku..."

Arinna membuat muka. Tangannya melentik ke bahu. Ada aku kesah? Perang mulut dengan Arissa dah jadi hobi. Dua-dua mulut macam puaka! Tapi bila tak jumpa rindu.

"... Lah... Mama tak bagitahu ke?... Lusa keluarga Azim nak masuk meminang... Jangan jelous majlis aku lagi grand okay!.."

Arissa buat muka tak heran.

Izz yang menjadi penonton dari tadi hanya menggeleng. Dua beradik ni dari dulu macam anjing dengan kucing! Bila masing-masing tak jumpa tahu pulak rindu.

"What are you doing here?...."

Izz yang baru saja mahu bangun terduduk semula. Pelik pulak kenapa Jasmine datang tanpa temu janji.

"... Owh... I going through this area... Ada kerja... Singgah sebab nak ajak you lunch..."

Izz angkat kirai. Lunch? With Jasmine?

"... Tapi saya rasa kita tak ada temu janji dalam jadual cik Jasmine..."

Jasmine ketawa tapi jelas nampak hanya dibuat-buat.

"... Izz... i'm just asking if you have time.."

"Tak ada!..."

Melopong mulut Jasmine.

"... Excuse me?.."

Izz melepaskan keluhan kasar. Masih menahan kesabaran. Rasa nak menengking. Tapi fikirkan Jasmine tetamu tak elok kalau tunjukkan sikap tidak professional.

".. you heard it right..."

Mana ada masa lepas lunch dengan daddy dia nak balik. Dah janji dengan Arissa nak balik awal hari ini.

Jasmine yang berdiri di depan meja Izz melangkah mendekati lelaki itu. Badan Jasmine mendekati Izz yang sedang duduk kaku di kerusi kerjanya. Senyuman sinis terbentuk di bibir.

"... Okay handsome... Next time i will redeem my lunch time with you..."

Tali leher Izz ditarik perlahan. Hampir bersentuhan muka Jasmine dengan puncak hidung Izz. Tak bernafas rasanya.

" Tengku Izzuddin!.."

Jasmine terdorong ke belakang terkejut dengan suara menggegar menengking kuat. Izz berdiri kaku tak tahu nak beriaksi macam mana. Kaku!

"... Daddy!.."

Terkelu melihat batang tubuh yang berdiri memandang mereka berdua. Muka daddynya nampak tegang dan memerah.

Dah berbini buat cara berbini. Gatal cari perempuan jalang di belakang. Kalau bertutup lain cerita. Ini sama naik dengan GRO.

"What are doing Tengku Izzuddin?... Where you're manners... Ini pejabat bukan tempat maksiat!..."

Suasa nampak tegang! Tengku Alaudin mencerlung Izz yang masih statik tak bergerak. Dia beralih pandangan memandang Jasmine yang terkulat-kulat takut barangkali.

"... come to my office now!..."

Hempasan pintu membuat Izz sedikit tersentak. Mampus! Lepas ni bersedia nak dengar soalan luar jangkaan.

Matanya mencerlung memandang Jasmine. Naik turun nafasnya menahan amarah. Nasib baik daddy kalau Arissa kau nak jawab apa?

Izz menapak perlahan mendekati Jasmine. Muka tegang Izz sedikit menakutkan wanita itu. Ditolak badan Jasmine ke dinding. Bahu Jasmine ditekan kuat sehingga Jasmine menyeringai.

"... you can't imagine ... how badly i can destroy you ... Slut!"

Bisikan di telinga Jasmine kedengaran sangat menakutkan. Bukan bayangan romatik yang terlintas dalam fikirannya, tapi ada sisi lain yang tak mampu dia bayangkan.

Izz meninggalkan Jasmine yang terkaku tak bergerak. Menggeletar seluruh badannya. Tak pernah dia melihat Tengku Izzuddin seperti ini. Jauh dari expectations! Dia bukan lelaki romantik yang dia gilakan.

"... Daddy tak suka kamu rapat dengan mana-mana perempuan... Jaga hati isteri kamu... Emosi dia tak tentu sekarang ni... Arissa tanggungjawab kamu Izz.. jangan lukakan dia.."

Tergiang bebelan Tengku Alaudin tengah hari tadi. Cair tahi telinga. Puas dia terangkan
Yang tadi hanya salah faham. Tapi daddy tak habis- habis menuduhnya menggatal.

"... Jauh menungnya... Dah sampai kemana?..."

Senyuman Arissa mencairkan hati. Wajah lembut Arissa nampak berseri-seri. Seri mak-mak orang lain macam sasau juga kadang-kadang. Macam mana nak curang kalau yang sorang pun tak boleh nak handle.

"... Mana ada menung... Abang fikirkan sayang... Rindu... Seharian sayang dalam fikiran abang..."

Arissa mencebik sambil menampar lembut pipi Izz. Ada je dia ni!

"... Iye lah tu... Entah-entah teringat awek seksi mana... Kalau Riss tahu siap abang tau..."

Alahai sayang bagi amaran pun macam nak menggoda je. Jatuh tergolek hati abang!

" Mana boleh ingat orang lain kalau dalam hati dan fikiran abang hanya ada sayang je... Tak ada ruang dah.."

Arissa senyum melebar. Saja si Izz ni nak bagi dia kembang sekembangnya. Arissa bersandar selesa pada dada bidang Izz. Degupan jantung Izz menenangkan. Mata dipejam dengan senyuman masih bergayut di bibir.

Ya Allah! Jangan kau pisahkan aku dengan dia. Melainkan kau yang mengambil aku terlebih dahulu. Kedengaran macam selfish! Tapi hakikatnya dia memang tidak sanggup hidup tanpa Izz disisi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience