Izz tersenyum sambil memutar-mutar pen di celah jarinya. Adengan pagi tadi tidak lupus dari ingatannya. Begitu mengasyikkan. Mengingatkan itu badannya lemah. Seluruh sendi tidak berfungsi. Arissa benar-benar buat Izz gila bayang.
Terbayang bagaiman gilanya dia membaham tubuh isterinya. Puas? Sudah semestinya. Tapi seperti selalu nak lagi.
"Oi! Kau tersengih-sengih macam beruk kenapa?.." serta merta tubuh seksi isterinya hilang melayang.
"Kau dah kenapa?... tak reti nak ketuk ke apa... dengan salam tak bagi... main serbu je..." marah Izz. Tengah sedap membayangkan bini. Dia pulak datang menyibuk.
"Aku dah ketuk macam nak runtuh pintu... salam tak payah cakap lah... aku masuk je lah... masuk-masuk.. kau pulak duk tersengih-sengih. Muka macam syok je... kau tengok porno ek..." tanya Zarif yang sudah membuat muka pelik.
"Hoi!.. kau jangan nak kutuk aku yang beriman lagi soleh ni... aku tak main lah porno-porno ni... aku masjid punya orang tau..." marah Izz. Ada pulak muka hensem lagi macho ni dituduh tengok porno.
"Tuih! Bernanah telinga aku dengar kau puji diri sendiri.... Izz... nak tanya sikit boleh..." kerusi di tarik lalu dilabuhkan punggungnya disitu.
Izz mengangkat kening. Pelik benar perangai si Zarif. Selama ni nak tanya tak mintak izin dulu main redah aje. Hari ni dia dapat hidayah ke apa?
"Apa hal kau... tanya aja lah... nak minta izin bagai... dah kenapa kau ni?" Perlian Izz hanya dibalas dengan jelingan dan cabikkan dari Zarif.
"Kau lunch dengan siapa kelmarin?..." oh! Itu nak ditanya nya. Dia ada nampak lah tu. Izz memicit batang hidungnya. Lenguh!
"Aku lunch dengan client.... kenapa?" Saja acah-acah tak nak bagi tahu. Nak tengok akal mamat sorang ni.
"Kau jangan nak membongak aku... aku nampak... aku tak buta lagi tau... elok je kau keluar dengan minah gedik liuk lentok tu kan?.." suara lelaki itu naik seoktaf.
"personal matters have nothing to do with business bro... aku keluar dengan minah sotong tu sebab hal bisnes... dia ganti Dato Azim.. so nak tak nak... terpaksa bro.." Izz menjawab tenang. Tidak mahu kerana hal peribadi kerjanya tak menjadi.
"Okay... aku faham... tapi bro... hati-hati... perempuan tu nampak bahaya... cepat-cepat habiskan projek ni... then keep away from her.." Izz berbangga dengan Zarif. Susah setara mana pun lelaki itu tetap akan setia bersamanya. Ini lah di panggil brotherhood!
"Tak apa Rif... InsyaAllah aku tak apa-apa.... Jasmine tak akan melampaui batasnya...." namun dalam hatinya turut mengiyakan kata-kata Zarif.
"Aku harap macam tu jugak... tapi macam aku cakap lah... hati-hati dengan dia..." Izz hanya mengangguk perlahan. Perempuan seperti Jasmine umpama ular. Licik! Sekali membelit dia tak akan lepas.
....................................................
Haikal bersandar pada pintu keretanya. Puas dia mengekori dan memerhati perempuan yang dinyatakan Jasmine. Tiada apa yang best tentang itu.
Sudah seminggu Arissa di intipnya. Dari rumah ke sekolah. Dari sekolah ke rumah. Boringnya hidup perempuan ni. Tak ada life ke? Susah nak nampak salahnya. Macam mana nak buat plan hancurkan rumah tangga Tengku Izzduddin.
Hari ini dia tekad. Tekad untuk mendekati Arissa. Kenapa tidak. Perempuan itu tidak kalah cantiknya. Putih gebunya yang asli. Tanpa make up pun sudah nampak berseri. Apalagi kalau besolek. Tapi sayang! Cikgu sekolah. Kalau mak datin banyak duit. Dah lama di godanya si Arissa. Dia bukan perogol tapi Gigolo.
"Hai... puan Arissa right?...." aku yang sedang memasukkan barang ke dalam bonet kereta termagu sebentar.
"Ya saya.... encik ni siapa ya..." aku mempamirkan senyum segaris. Cuba beramah. Pelik bila dipanggil puan bukan cikgu. Kerana aku masih dalam kawasan sekolah.
"Owh... saya Haikal..." dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan ku. Namun aku tolak dengan meletakkan tangan di dada dan sedikit mengangguk tanda salam perkenalan.
Haikal yang tahu maksud aku terus menarik tangannya kembali. Bukan maksud aku malukan dia. Tapi hakikatnya dia dan aku tidak ada hak Untuk bersentuhan. Haram!
"Ya encik Haikal... ada apa-apa yang boleh saya bantu... dan macam mana encik kenal saya?..." pelik benar aku dengan si Haikal ni. Macam ada something wrong somewhere je. So be careful!
"Owh... saya memang kenal dengan puan... cuma puan tak kenal saya... saja saya datang jumpa puan..." aku menaikkan kening sebelah. Aku terasa diekori beberapa hari lepas. Aku yakin si Haikal ni lah punya angkara.
"So... encik Haikal....saya tak rasa yang encik saja-saja datang jumpa saya... " duga ku. Aku sangat pasti dia ada agendanya.
"Wow... tak sangka puan sangat bijak dalam memproses keadaan semasa... nampaknya bos saya tak setanding puan...." aku mengerut dahi. Bos? Siapa bos nya. Kenapa cari hal dengan aku.
"Maksud encik Haikal?...." lelaki di depanku ini hanya tersenyum. Nampak tak lah bahaya. Tapi aku perlu berhati-hati.
"life is easy..... but some people are hard on getting it... susah orang macam tu... tapi saya hanya menghantar pesanan... dia nakkan suami puan..." now aku tahu siapa bosnya.
"So... if i'm not wrong..... Jasmine who sent you to meet me right?.." Haikal menepuk tangannya beberapa kali. Mungkin betul apa yang aku duga. Perempuan seperti Jasmine sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kemahuannya. Sungguh menakutkan.
"Saya hanya memberi pesanan... siapa yang mengupah saya... saya rasa puan tak perlu tahu... atau senang saya cakap... puan dah boleh agak... puan jangan takut... I'm a carrier of an order.... not a killer or a criminal." Lalu lelaki itu pergi tinggalkan aku. Fuh! life is hard. Entah mana dia rasa senang pun aku tak tahu.
.....................................................
"Kau dah jumpa perempuan tu?..." Haikal yang sedang meneguk coke memandang Jasmine sekilas dan kembali meneguk bakinya.
"Relax.... tenang... buat kerja macam ni... tak boleh gelojoh... nanti apa tak dapat... bala yang datang.." tenang Haikal membalas. Dia sebenarnya tidak menyangka isteri Tengku Izzuddin sangat cantik. Cantik bukan cantik fake! Tapi cantik asli.
"Kau kalau buat kerja cepat sikit boleh tak?... kalau kau rasa tak boleh... aku akan upah orang lain.." wajah masam mencuka Jasmine dipandang lama. Keluhan kecil dilepas perlahan.
"Okay-okay... aku akan buat secepat yang boleh... tapi..." Jasmine mengerut dahi. Dah kenapa pulak mamat ni tersengih-sengih?
".... upahnya kenalah lumayan sikit... huh..huh.." kata Haikal sambil menyondol bahunya ke bahu Jasmine yang agak terdedah.
"Huh!... kau ni... dasar kaki kikis betul lah... nanti aku bank in suku kat kau... lagi kau tak buat kerja kau sampai habis.. jangan harap aku nak bagi full payment.." kata Jasmine sambil menunjal kepala Haikal dengan jari telunjuknya. Menyampah betul!
"Alah... zaman sekarang semua duit... nak kencing pun kena bayar tau..." jawab Haikal sambil memberi sengihan gatal pada Jasmine.
"Whatever... what i know... your job needs to be done quickly.... aku tak nak rancangan aku tergendala dan tak jadi sebab kau lembab!..." marah Jasmine sambil mencapai LV nya lantas berlalu pergi.
.................................................
Aku mengambil angin di gazebo berdekatan kolam ikan. Bunyi air terjun buatan sesikit menteteramkan jiwa aku yang sedang kacau bilau.
Nama Jasmine berlegar dalam kotak fikiran aku. Hai! Kenapalah bila nak bahagia ada saja orang yang datang nak mengacau. Dugaan betul.
Bunyi derapan tapak kaki mengganggu aku yang sedang berfikir secara mendalam lagi mengkaji selidik. Merepek!
"Hai baby... kenapa duduk sini sorang-sorang... macam orang putus cinta ni... hurm..." datang dah dia! Suami aku sorang ni dah tak reti bagi salam agaknya.
"Apa hai-hai... dah tak reti nak bagi salam dah... ke dah tukar agama ke apa?.." Entah lah kenapa aku marah sangat. Yang aku tahu aku tak suka di ganggu buat masa sekarang.
"Ish... nauzubillah... apa ni... tiba-tiba nak marah ni... period ke apa?..." Izz yang tadi berwajah ceria terus berubah serius. Sentap dengan ulahku.
"Sorry... Riss tak sengaja... bukan niat Riss nak Tengking-tengking abang... otak Riss berserabut sangat..." aku merasa kesal. Bukan salah Izz jika ada orang lain yang menginginkannya.
"what annoys you my dear.... do you want to tell me?... hmmm" Izz memelukku dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahuku. Selesa rasanya berada dalam pelukan Izz.
"nothing is bothering me...... i'm just a little tired... pardon me abang..." aku menggosok belakang tapak tangannya. Kepalaku aku sandar ke kepalanya.
"Abang maafkan... dah lah.. jom kita masuk.. sejuk ni nanti demam susah..." pelukan dilepaskan. Tangan aku ditarik agar aku mengikuti langkahnya.
..................................................
"..... Izz... after lunch you have any plans...." tanya Jasmine sambil tangannya ligat mengemas kertas kerja yang bersepah di atas meja.
"i do not know yet, maybe there or maybe not... why?" Dalam hati Izz dia sudah mengagak apa yang akan ditanya Jasmine.
"nothing... but if you're free...i want to invite you to dinner with me..." ajak Jasmine tanpa segan silu. Tidak tahu ke dia yang si Izz ni suami orang. Menyampah betul!
"Err... sorry la Jasmine... I dah janji dengan my wife nak dinner together... kalau I mungkir janji mau merajuk seminggu... tak larat I nak pujuk..." sengaja Izz mempamir kan muka takut bini.
"Ish... teruk betul wife you... takkan tak faham suami kerja macam mana... dinner, lunch dengan client biasa lah tu..." ujar Jasmine dengan wajah menyampah. Tak guna betul si Arissa tu!
"Well... itu apa yang you fikir... bagi I pulak... she's the best woman i've ever met... dan I bertuah sangat sebab memiliki dia.... she's perfect..." ucap Izz sambil tersenyum manis. Wajah Arissa terbayang di ruang matanya rindu sangat.
"Huh... okay... I pergi dulu... kirim salam I buat your wife...bye..." lalu wanita itu berjalan keluar dengan lenggok yang bergaya. Naik lenguh pinggang Izz melihat gaya Jasmine berjalan. Meliuk lintuk habis.
Izz hanya menggeleng kepala. Saja nak goda aku lah tu. Ingat aku heran. Si Riss walaupun jalan macam kongkang tetap bergaya pada mata aku. Sebab? Sebab dia jadi diri sendiri. Tak fake!
Share this novel