2
"Along... petang ni Izz nak ajak Along pergi butik pengantin..." Aku yang sedang mengunyah roti berhenti seketika. Aku mengangkat kening sebelah.
"Lah.... kan majlis tu lagi seminggu je... takkan hal-hal fitting ni tak settle lagi... orang lain lagi setahun nak kawin dah siap fitting dah.." okay itu jawapan melampau!
"Ish kamu ni... memang lah semua hal dah settle... yang dah fitting tu Lizz... yang nak kawinya kamu.. apa saiz Along dengan Lizz sama ke?" Amboi mama ayat sentap betul. Terkoyak hati aku.
"Urm... yelah-yelah..." malas aku nak membalas kata-kata mama. Last-last aku jugak yang sakit hati. Benci!
Aku menghadap pandanganku ke luar tingkap. Malas nak bercakap dengan lelaki 'desperate' sebelah aku ni. Entahlah, sejak dia lamar aku hari tu, hubungan sahabat dunia akhirat aku dengan dia terus berubah 100%. Mungkin lebih kepada awkward sebenarnya.
"Kau kenapa diam...?" Suara husky milik Izz memecah kebisuan antara kami.
"Huh..." blur sekejap.
"Aku tanya kenapa diam... selama ni kalau kita keluar... mulut kau macam murai.. pot-pet...pot-pet... sekarang dah bisu pulak..." amboi sedap bukan main kutuk aku.
"Aku tak ada modal lah nak bercakap... nanti salah cakap kau jugak yang merajuk bagai..." dia memandang aku seketika sebelum kembali memandang ke hadapan.
"Kau dah kenapa... kau marah aku pasal kat cafe hari tu?...." matanya masih memandang depan. Mungkin tidak mahu hilang fokus. Accident nanti naya je. Choi! Mulut lansung tak ada insuran.
"Tak lah... aku cuma rasa tak best.." aku memandang Izz sekejap sebelum kembali memandang keluar.
"Apa yang tak best.." banyak pulak tanya dia hari ni. Nak aja aku sellotape mulut dia ni.
"Kau tak rasa ke apa yang kita buat ni salah... kita kawan dari kecil kot... kongsi masalah... suka... sedih... membesar sama-sama.. ish... susah lah nak describes perasaan aku ni... aku rasa lagi baik kita jadi sahabat kot dari jadi laki bini..." aku mula nak berdrama lah ni. Aku tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni.
Signal diberi lalu Izz memberhetikan kereta di bahu jalan. Handbrake ditarik, seatbelt ditanggalkan. Lantas dia menghadap badannya ke arah ku.
"Hey... tak nak lah macam ni... listen here... aku tahu kau nak perkahwinan ni kekal... aku tahu juga lelaki yang kau suka macam mana... I know everything about you... tak ada lelaki dalam dunia ni... tahu segalanya tentang kau selain aku... aku tahu kau suka makan apa... minum apa... movie apa kau minat... paling teruk... cara kau tidur pun aku tahu... its not enough that it makes me the most perfect to be your husband...hmmm ..." lembut suara husky nya meresap masuk kedalam jiwa aku.
Aku terpana. Selama aku mengenalinya, Izz sangat kasar orangnya. Kadang-kadang menyakitkan hati. Ada juga dia akan menjadi pelawak tak diiktiraf. Namun menjadi seorang pemujuk dan juga lelaki romantik bukan dia orangnya. Aku tidak pernah nampak sisi Izz yang satu ini. Sangat jauh berbeza dengan Izz yang aku kenali. Siapa dia?
Aku menangkat wajah. Aku terpana sekali lagi. Hampir saja hidung kami bersentuhan. Jaraknya tidak sampai seinci. Aku memandang matanya. Ada satu perasaan di situ. Apakah perasaan itu aku tidak pasti. Jiwa aku terasa teringin menyelaminya. Namun aku tersedar apabila terasa ada jemari kasar mengusap pipi mulusku. Terasa nafas Izz kencang dan tidak teratur menyapa wajahku.
"Ehem.." aku terbatuk kecil. Nampak Izz seperti tersedar dari hasutan nafsunya. Dia berdehem beberapa kali. mukanya juga diraup-raup. Mungkin sengaja nak menteteramkan perasaan yang bercampur baur saat ini. Terdengar bibirnya mengalunkan zikrullah dan istirghfar, cuba menghalau pemikiran jahat.
"Sorry..." itu saja yang keluar dari mulutnya. Aku hanya mengangguk kecil. Betul kata orang. Bila lelaki dan perempuan berduaan pasti ada yang ketiga. Yakni syaitan!
...................................
Sejam di butik pengantin cukup meletihkan aku. Tak disangkal aku memang agak teruja dengan sesi fitting tadi. Mana tidaknya, pelbagai jenis rekaan baju terhidang diDepan mataku. Semuanya cantik-cantik belaka. Rambang mataku.
Selesai hal di butik Izz mengajak aku ke Tiffany & co, di pavilion. Aku hanya mengikut saja. Malas berbalas kata dengan si Izz. Alih-alih aku jugak yang sakit hati dengan mulut tajam berbisa miliknya.
"Kau pilihlah yang mana kau berkenan..."aku yang sedang menongkat kepala di atas meja kaca, mengangkat kening kepadanya.
"Alah... kau je lah pilih, aku tak kisah... mana-mana pun aku pakai je..." sebenarnya aku tiada mood sekarang ini. Sebab? Sebab dia bukan lelaki yang aku cintai. Tak payahlah nak teruja bagai.
"Pilih je lah... aku bayar... tak guna pun duit kau pun..." dia mula nak bertikam lidah dengan aku. Hish! Akak kat depan ni puna dah senyum-senyum. Malu tau!
"Ish!... okay... aku ambik yang paliiinggg... mahal.." sengaja aku panjangkan perkataan 'paling' disitu.
Aku mencari-cari rekaan cincin yang aku berkenan dan jangan lupa yang paling mahal.
"Akak... saya nak yang tu... " lantas gadis penjaga itu mengeluarkan cincin platinum bertatahkan satu permata besar ditengah dan dikelilingi dengan permata kecil di tepinya. Cantik!
"Yang ni ke cik..." tanya gadis itu.
"Haah... berapa ye harga untuk yang ni.." aku membelek-belek cincin itu sebelum menyarungnya ke jari manisku. Eh! Muat lah.
Gadis itu menekan-nekan kalkulator yang sedia ada di depannya. Aku pula masih lagi setia membelek cincin di jari manisku. Si Izz? Entah dia buat apa. Lantak lah.
"Total semua RM 12 999.99...." katanya sambil tersenyum manis.
Mulut aku sudah terlopong. Cincin bukan main simple. Mahal macam beli motor sebijik!
"Harga diamond yang besar kat tengah tu RM 2000, colorless diamond centre with round brilliant cut. Yang kecik tu RM 100 setiap butir, ada 6 butir, diamond colorless diamond centre sama juga with round brilliant cut, jadi RM 600, kita guna gred platinum terbaik iaitu gred 950. Diamond weight total 1.32 carat.. Sebab tu agak mahal." Gadis itu tersenyum manis.
"Ambik je lah..." air liur aku yang hampir meleleh aku lap dengan lengan blouse. Tak senonoh betul.
"Tak apa ke mahal sangat ni...."aku bertanya. Sedangkan tadi aku yang beria-riya.
"Eh eh... bukan tadi kau ke semangat sangat... nak yang mahal la... nak yang besar lah... apa lah... sekarang banyak pulak songeh kau kan..." Ish! Membebel pulak pak cik ni.
"Boleh lah kak... saya ambil yang ni, terima kasih.." aku melemparkan senyuman manis buat gadis didepanku ini.
"Drama je lebih..." aku hanya menjeling tanpa kata.
Share this novel