19

Romance Series 66484

Flashback.

"Bella!..."

Nabilla yang baru melangkah keluar bangunan apartmentnya berhenti apabila mendengar namanya dilaung.

"...Fir... Kau .. aku ingat siapa lah tadi..."

Wajah malas layan ditayangkan. Nampak sangat dia tak minta akan kehadiran lelaki itu. Kalau Izz. Dah senyum sampai telinga dah.

"Bella jom kita breakfast... Aku belanja kau makan kat food court depan tu... Jom la..."

Nabilla memejam mata lama. Geram! Suka betul jantan ni paksa-paksa orang. Menyampah tahu tak!

"Aku dah makan la tadi... Aku nak cepat la Fir... Kau ajak lah orang lain ek... Aku pergi dulu..."

Baru nak melangkah tangannya ditarik kasar. Aduh! Setan lah mamat ni! Tak faham bahasa lah!

"Weh... Kau apa hal weh... Aku cakap tak nak kan... Tak nak lah... Kau pehal tarik-tarik aku..."

Cepat-cepat dia melepaskan pegangan pada tangan Nabilla. Tak sengaja!

"Sorry...sorry... Tak.. aku tak makan lagi saja nak ajak kau makan sama... Jom la teman aku... Kau tak makan tak apa.... Just teman je.."

Bahu Firdaus ditolak kuat. Sekuat dan sesakit hatinya. Susah kalau bercakap dengan orang tak ada otak. Tak pernah nak faham bahasa. Nak cakap bahasa apa lagi.

"Kau faham bahasa tak... Aku cakap aku tak nak kan... Kau boleh faham tak... Lagi satu... Aku nak kau tahu.. aku tak suka kau! Tak suka!..."

Suaranya naik menengking Firdaus. Jantan tu? Dah macam orang bodoh. Kena maki pun masih lagi tercegat macam balaci .

"... Aku tak minta kau suka aku... tapi aku nak kau tahu... Aku cintakan kau... Sangat... Sebab tu aku masih bertahan... Bertahan dengan sikap angkuh sombong kau tu... Tapi tak apa... Aku tunggu... Tunggu kau datang sendiri pada aku..."

Raut Firdaus berubah apabila Nabilla ketawa mengekek. Ketawa yang jelas dibuat-buat. Apa yang lawak?

"Aku?.. datang pada kau?.. come on Fir... Wake up... Kuat berangan kau ni kan... Kau pun tahu kan aku suka siapa?... Kau tak layak... Tak layak dengan aku..."

Penumbuk digenggam kuat. Menahan perasaan pedih dan terluka. Kata-kata Nabilla umpama belati. Sangat tajam.

"Aku atau kau yang kuat berangan Bella... Izz tak pernah pun nampak kau... Macam mana kau tak nampak aku... Sebab dia dah ada pilihan hati dia... Kau... Cumalah kawan biasa... Macam aku..."

Nabilla berdegus. Malas nak layan lama-lama. Kang ada yang naya kena tamparan wanita sulung darinya.

"Eh dah lah... Malas aku nak layan kau... Kau... Jangan nak tunjuk muka kau lagi... Me-nyam-pah!.."

Matanya hanya mengekor langkah Nabilla. Tak apa. Sabar. Dia pasti akan datang juga pada aku nanti. Aku masih cintakan Nabilla.

End Flashback.

"Hai... Daus... Jauh sangat termenung kau nih... Kau sihat ke tidak..."

Firdaus yang dari tadi termenung tersentak dengan teguran Haris. Cilake jantan ni.

"Terkejut aku... Kau apa hal datang sergah macam ni..."

Haris malas nak layan angin di Firdaus. Tiga tahun bekerja satu office. Lelaki itu tak nampak macam seorang yang friendly. Tak ramai yang nak berkawan dengan dia. Macam psyco pun ya juga.

"Sorry la... Dari tadi aku tengok kau termenung aku tegur lah... Kot la kau tak sihat..."

Firdaus mehentak meja kuat sehingga ternaik bahu Haris. Terkejut. Beberapa mata memandang kearah meraka. Malas nak ambil tahu. Masing-masing dah hadam perangai si Firdaus.

"Kau pehal!?... Tak payah nak masuk campur hal aku boleh tak!? Sial la!..."

Habis ditendangnya tong sampah. Habis bersepah. Beberapa orang yang memandang cepat-cepat buat tak tahu. Nanti ada pula yang lain kena sembur.

Firdaus kembali duduk dan termenung setelah semua tidak menghiraukannya. Kepalanya berserabut. Rasa marah membuak-buak dalam hatinya. Kepalanya sakit berdenyut denyut. Terkadang wajah Nabilla berselang seli wajah isteri Izz berlegar-legar dalam otaknya. Serabut! Tak tenang!

'kenapa Nabilla? Kenapa? Aku tak nak hidup macam ni!'

Kepalanya diramas-ramas. Habis berserabut rambutnya yang tadinya tersikat kemas. Dirinya tak tahu apa yang dia mahukan. Wajah Isteri Tengku Izzduddin berlegar-legar di ruang matanya. Air mata wanita itu mengusik nalurinya. Kesungguhan wanita itu mempertahankan 'hak'nya membuatkan hatinya terjentik rasa. Rasa apa? Tak tahu. Dia tak tahu!
------------------------------

"Abang... Termenung jauh sangat tu... Dah sampai mana dah..."

Izz hanya tersenyum sambil tangannya menggapai tangan Arissa di bahunya. Perlahan digosok tangan mulus putih itu. Parut yang sudah nampak makin pudar membuatkan hatinya terusik.

'sampai hati Arissa dicederakan sampai macam ni. Apa salah dia?'

"Tak ada apa lah... Abang cuma ambil angin... Sayang macam mana?... Okay rumah ni?.. sorry sebab rumah ni kecil sikit dari rumah lama... Tapi InsyaAllah... Keselamatan dia terjamin... "

Arissa hanya senyum kecil. Gigih suaminya ini mencari kediaman untuk mereka duduki. Rumah bersepah. Duit pun ada. Tapi keselamatan yang paling diutamakan. Bimbang jika pisang berbuah dua kali.

"Okay lah ni abang... Nak yang macam mana lagi... Asal abang ada... Riss kat mana pun okay je... Riss mintak maaf abang... Selalu susahkan abang..."

Tangan Arissa ditarik. Wanita itu hanya mengikut sahaja. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan Izz. Senyumannya makin melebar apabila Izz mendakap bahunya dan dibawa ke dalam pelukan hangat.

"Tak ada makna susahkan... Kita sama-sama lalui.... Apa yang terjadi ni Allah nak uji sekuat mana rasa kasih sayang kita.... Abang tak sanggup kelihangan isteri abang... Apa yang perlu abang lakukan... Abang akan lakukan demi sayang..... Selagi abang masih bernafas... Selagi tu abang akan lindungi sayang..."

Hatinya terasa pilu. Begitu sekali kah rasa cinta Izz padanya. Tak terbanding dengan dirinya yang hanya tahu menyusahkan. Izz sanggup melakukan apa saja deminya. Dia? Apa yang dia lakukan demi Izz?

Tiba-tiba dadanya terasa sebak. Perlahan tapak tangan beralih ke perut kempisnya. Sudah hampir setahun perkahwinan mereka namun dia masih belum berisi. Sepupunya yang baru berkahwin tiga bulan lepas sudah membawa khabar gembira. Dia?

"Why sayang... Kenapa nangis ni..hey... What's wrong baby?.."

Bibirnya diketap kuat. Tak tertahan rasa mahu menangis. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Sesak terasa dada. Tiba-tiba emosinya terganggu. Selama ini dibiarkan saja. Namun akhir-akhir ini terasa terbeban dengan soalan yang agak sensetif itu.

".... Abang... Riss mintak maaf... Abang buat macam-macam untuk Riss... Tapi Riss..."

Izz berkerut dahi. Apa masalah pulak ni? Tadi okay. Tiba-tiba mood swing.

"Hey... Kenapa ni... "

Cuak pulak dengan emosi Arissa yang tenggelam timbul. Kejap okay. Kejap tak okay.

"... Kita dah kawin nak dekat setahun dah... Masih berdua... Amira yang baru kawin tiga bulan dah ada isi dah... Entah-entah.... Riss ni.. ma...."

Terasa hangat bibir Izz melekap pada bibirnya. Izz menekan belakang leher Arissa mendalamkan ciuman mereka. Sengaja bibir Arissa digigit manja. Mulut tu laju sangat. Ini makan dia!

Lambat-lambat Izz melepaskan tautan bibir mereka. Geram mulut tu lancar sangat. Cakap benda tak elok. Tak elok lah Tuhan bagi!

"... Sekali lagi abang dengar sayang cakap merapu... Lebih dari ni abang buat... Abang cakap abang buat... Jangan sampai tak berjalan sayang abang bantai...."

Memerah pipi Arissa. Malu! Izz pun cakap langsung tak ada filter. Nasib berdua. Kalau ada budak bawah umur macam mana? Kan dah tak suci otak dia!

"... Abang ni... Cakap tu jangan nak kotor sangat... Kot ya pun bertapis lah sikit..."

Hai lah suami. Macam-macam akal dia ni. Macam mana Riss nak teruskan hidup kalau abang tak ada di sisi Riss.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience