17

Romance Series 66484

"sayang.... sayang.." panggilan itu seakan bergema ditelingaku. Sayup-sayup namun jelas perkataannya. Izz?

Aku membuka mata perlahan-lahan, namun aku kembali pejam apabila ada cahaya terang menyilaukan mata. Perit.

"sayang... syukur Alhamdulillah... sayang dah sedar... syukur Ya Allah.." Izz meraup-raup wajahnya. Senyuman gembira terukir di bibirnya.

Bagai mahu pecah jantungnya apabila melihat Arissa terbaring kaku dengan keadaan berlumuran darah, apalagi melihat darah segar masih mengalir dari sisi kiri perut isterinya.

Siapa yang berani memperlakukan Arissa seperti itu? Yang dia pasti itu bukan kerana seorang pencuri. Tapi siapa? Dia harus mencari tahu.

"abang...." suara serak Arissa mengalih perhatian Izz. Senyuman kecil dihadiahkan buat isteri tercinta.

"ya sayang..." Izz mengenggam erat tangan Arissa. Kemas, kejap. Segala kekuatan dan semangat cuba disalurkan buat wanita itu.

"sakit lagi?..." belakang tapak tangan Arissa dikucup sekilas. Gelengan Arissa melegakan sedikit hatinya yang sedang galau.

"sikit..." jelasku dengan segaris senyuman nipis. Bohong jika aku katakan tidak merasa sakit. Rasa nyilu dan nyeri masih lagi bersisa.

"cerita kat abang... kenapa jadi macam ni..hmmm... siapa buat?.." suara Izz seakan berbisik, nadanya lembut membuatkan aku rasa terbuai dengan bisikannya yang kedengaran seakan mengodaku. Sakit pun masih sempat fikiran aku menggatal sendiri.

Aku hanya menggeleng lemah. Aku mengangkat sepuluh jariku, ingin melihat apa yang kurang di situ. Luka di pangkal jari dan pergelangan tanganku sudah dibalut kemas.

Cincin!? Mana cincin kawin aku?

"sayang kenapa?..." Izz menegur apabila melihat mata Arissa seakan mencari-cari sesuatu.

"cincin!... mana cincin Riss..." aku risau jika cincin itu hilang.

"ada.... abang tolong simpankan untuk sayang... nanti bila tangan dengan jari sayang dah elok... sayang pakai lah balik..." aku melepaskan nafas lega. Risau jika benda berharga itu diambil pencuri psycho.

"sayang...." Izz mengelus pipi gebu Arissa. Dibelai dengan lembut dan penuh kasih.

"hmmm.." aku memandang Izz dengan senyuman di bibir. Suka dibelai seperti ini. Rasa disayangi dan dicintai.

"apa yang terjadi sebenarnya?...." Izz masih membelai pipiku. Wajah Izz aku pandang. Wajah yang mengharapkan akan jawapan benar dan jujur dari aku.

Bagaimana ingin aku luahkan ceritaku padanya, sedangkan apa yang berlaku adalah kerana lelaki itu berdendam dengannya. Semestinya Izz akan terasa sangat bersalah nanti.

"abang... please... tak nak lah ungkit cerita tu... Riss tak nak ingat langsung... abag fahamkan.." rayuku, namun hati aku bagai terdetik mahu mengetahui siapakah Nabilla yang disebut lelaki psycho itu.

"okay... I'm sorry... sayang rehat okay..." aku hanya mengangguk.

"nak tidur..." kataku pada Izz. Suamiku hanya mengangguk dan segaris senyuman dihadiahkan buatku.

"dah... tido, abang teman sayang kat sini okay...." dahiku dikucup, selimut ditarik menutup dadaku. Senyuman aku berikan buat Izz sebelum mata aku pejam dan terus saja terlena.

"Kau dah buat laporan polis dah?..." Izz memandang Zarif disertakan dengan anggukan kecil.

"baguslah... so how's Arissa?... dah elok ke luka dia tu?" air kopi o ais disedut membasahkan tekak yang kekeringan.

"Alhamdulillah... kalau tak ada masalah... mungkin esok dah boleh discharge..." Lega hatinya apabila luka Arissa tidak terlalu serius, cuma kehilangan banyak darah membuatkan tubuh isterinya itu lemah.

"kau tak terfikir ke siapa yang buat?..." soalan Zarif membuatkan Izz melepaskan nafas berat. Dia buntu sebenarnya. Arissa tiada musuh mahupun dirinya sendiri. Jika ada tidaklah sampai sanggup berbunuhan.

"tak.... aku betul-betul buntu.. tak tahu nak syak siapa.." jawab Izz. Stress memikirkan
jawapannya.

"Jasmine?..." Nama wanita itu meniti bibir Zarif membuatkan Izz mengerutkan dahi.

"dah kenapa dengan dia?.." tanya Izz. Zarif sudah menggeleng kepala. Blurr yang teramat sangat. Bengap! Lembab!

"maksud aku... kau tak syak Jasmine?..." Zarif memandang serius waja Izz.

Izz Menggeleng lemah. Macam-macam yang bermain dalam benaknya. Salah satunya. Yang inilah.

"aku tak rasa Jasmine berani buat macam tu...." Izz juga ragu-ragu sebenarnya. Takut juga kata-kata Zarif ada betulnya.

"apa pun aku nak kau hati-hati dengan perempuan tu..." Izz hanya mengangguk. Tak mahu memberatkan fikiran. Buat masa ini Arissa yang perlu diutamakan.

"abang.... lambatnya datang..." aku dah mula muncung empat belas. Sakit pula hati apabila dia buat muka seposen.

"abang ada kerja la..." Malas nak melayan rajuk Arissa. Dah tahu dah, lagi di layan lagi naik lemak.

"sakit hati!..." aku memeluk tubuh dengan wajam masam dan bibir aku muncungkan. Nak perhatian lebih!

"tak payah nak buat muka macam tu... ingat cantik?..." What?! Ini dah lebih! Aku bini dia kot, bukan best friend forever dia okay.

"owh... okay... so siapa yang lagi cantik?..." Izz memandang aku sinis. Oh my gosh! That smile, dah lama tak tengok senyuman tu sejak aku jadi bini dia.

"adalah... someone that I call her best friend..." Aku pandang wajah Izz. So, dia ada kawan perempuan yang aku tak kenal. Sampai hati!

"owh... I see..." aku memasukkan baju ke dalam beg. Dalam hati aku dah ada macam-macam rasa.

Luka kena tikam tempoh hari masih lagi terasa. Namun rasa sakit hati lebih sakit dari itu.

"tak nak tanya siapa dia?..." Izz ni dah kenapa! Tak tahu ke hati aku tengahm membengkak sekarang ni?!

Izz cuba menyentuh bahu aku. Dah ada perempuan lain ada hati lagi nak sentuh-sentuh aku! Laju aku menepis tangan kekar itu.

"sayang..." suara Izz yang sedang memujuk lansung tak mententeramkan aku. Benci adalah.

"jangan kacau boleh tak... tak nampak orang tengah kemas baju ni..."

Aku menyumbat-nyumbat baju kedalam beg dengan kasar.

"you know what sayang.... dulu abang ada kawan perempuan... cantik sangat... sekali pandang boleh pecah jantung abang..."

Izz berjeda membuat aku lagi sakit hati. Tangan dah menggeletar rasa nak cakar-cakar muka bajet hensem dia tu!

"semua orang cuba nak ngorat dia... tapi... nasib abang baik... abang yang dapat dia..."

Ya Allah! Izz ni dah kenapa? Kot ya pon nak buat aku cemburu tak payah la over sangat. Ini bukan cemburu dah macam rasa nak membunuh.

"dah tu... mana perginya dia kalau awak yang dapat?..."

Izz ketawa senang. Beginikah lelaki? Menganggap wanita permainan dan trophy tanda kemenangan.

Izz memeluk aku dari belakang. Bahuku dicium sekilas.

"she's here... with me right now... dia jadi segalanya buat abang... best friend, sahabat, musuh pun dia... and yang paling penting... dia orang yang paling abang cinta dan sayang... dia Arissa Andra... isteri abang yang paliiiiiiing.... abang sayang..."

Dari muncung sedepa terus bertukar menjadi senyuman manis sampai telinga. Ouch! Romantik sungguh shuben aku ni! Saja nak buat hati aku dup dap dup dap.

Aku berpaling ke belakang. Masih dalam pelukan Izz. Leher Izz aku rangkul. Rambut belakangnya aku belai perlahan. Cuba menggoda perasaannya.

"bieeeee..."

Saja aku buat suara kucing mengawan. Aku tahu dia suka bila aku panggil dia 'Bie'. Tak selalu, bagi aku itu panggilan special. Masa-masa tertentu saja.

"sayang... jangan macam ni... kita tak hospital lagi ni tau... kot ya pun.. nanti balik rumah lah..."

Halkum Izz yang bergerak-gerak aku kucup penuh cinta. Aku rindu Izz sebenarnya. Rindu akan belaian cinta Izz.

"sayang...."

Desahan Izz kedengaran berat. Hebat menanggung perasaan dan nafsu. Aku suka melihat Izz merayu. Rasa seronok.

Izz ingin mengucup bibirku, namun aku cepat-cepat melarikan wajahku. Lalu aku ketawa manja.

"ish!... sayang dont tease me like this..." Rajuk Izz. Geram dengan usikan nakalku.

"uhuh... no no no.... not here... " rasa dia, tadi kenakan aku kan, sekarang aku kenakan dia lagi teruk. Mengeras la kau sampai rumah. Itu pun kalau aku larat la.

Gambar-gambar yang bertaburan di lantai kayu itu dipijak-pijak dengan penuh sakit hati dan dendam. Tidak cukup dengan itu gambar ditampal di dinding. Lalu pisau belati Rambo di baling tepat ke arah gambar sepasang suami isteri yang sedang tersenyum bahagia.

Kedengaran bergema ketawa jahat di ruang rumah usang tanpa penghuni. Selang beberapa minit terdengar pula tangisan memanggil-manggil nama seseorang.

"Nabilla... Nabilla... kenapa kau tinggalkan aku?... kenapa?... tak cukup perhatian yang aku beri pada kau?... tak cukup lagi duit yang aku tabur pada kau!!... argh!.."

Tangannya menghentak-hentak kepala sendiri. Terasa ada sesuatu di dalam kepalanya. Membisikkan kata-kata sinis. Mengejek, dan mentertawakannya.

"argh!... diam lah!. diam! Korang semua tak guna!... tak guna!"

Rizal menekup telinganya rapat. Pelbagai suara seakan bercampur sehingga tidak tahu mana satu harus dituruti.

"Tengku Izzuddin! Aku akan balas balik apa yang kau dah rampas dari aku..."

Lalu wajah Arissa ditilik penuh minat. Perlahan dia mengukir senyuman jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience