Chapter 18

Romance Completed 23170

(BAB 18)

Arnani memilih baju kurung moden longgar berwarna hijau pucuk muda bersama tudung bawal bidang 55 yang warna senada dengan bajunya.Dia memang gemar memakai tudung labuh kerana dia berasa selamat dari pandangan mata - mata manusia lain selain jauh dari fitnah dunia.Dia hanya memakai bedak bayi kerana kulitnya sudah sedia putih,manakala bibirnya dioles dengan lip balm merah jambu.Mukanya nampak segar dan muda padahal umur dia ingin mencecah 28 tahun.

Dia menuju ke keretanya untuk pergi ke pejabat.Hari ini dia memulakan kerjanya kembali dipejabat yang dirinduinya.Jalan tidak sesak lagi kerana dia keluar seawal pukul 7.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.Dia membuka radio keretanya,dan suara celoteh dari Krew Sinar Pagi iaitu Kak Engku,Salih Yaacob dan Khairil memecahkan sunyi paginya.Lawak - lawak mereka membuatkan Arnani tergelak sendiri.

45 minit kemudian,Arnani sampai dipejabatnya.Dia memakir kereta dan melangkah masuk ke bangunan menuju ke lif.Butang 5 dia tekan dan keluar saja dia dari lif,kehadirannya disambut meriah.Ramai pekerja - pekerja lama menghampiri dia dan mengucapkan selamat kembali.Dia berasa seronok.

Arnani mengucapkan terima kasih dan berlalu ke biliknya.Laila menunggu dia didepan pintu.Arnani memeluk Laila.Mereka masuk kebilik itu.Arnani segera pergi ke kerusi dan meja yang sudah lama ditinggalkan.Laila hanya tersengih melihat telatah Arnani persis anak kecil mendapat gula - gula.

"Selamat kembali dan seperti yang saya cakap saya menjaga bilik cik.Sebagai tanda balasan,hari ni Cik Nani ada meeting bersama dengan Dato' Syakir bersama salah seorang rakannya untuk projek baru,"Laila menerangkan jadual Arnani kepada pemilik tubuh.

"Haih,baru masuk dah ada meeting.Hmm,"muncung Arnani.Laila hanya mengangkat bahu.Arnani masih lagi muncung, dia menyuruh Laila keluar.

"Ingat Nani,ini kerja.Jangan malas,jangan makan gaji buta.Haram.Ingat pesan arwah mak suruh kau kerja elok - elok.Jangan hampakan mereka,"Arnani menguatkan semangatnya.Cakap pasal arwah maknya,dia berasa sedikit pelik kerana baru - baru ini dia menziarahi kubur arwah mak dan ayahnya dikampung terdapat bunga mawar segar yang masih baru dikubur mereka.Dia cuba bertanya pada penjaga kubur disitu,tetapi mereka tidak mengetahui.

'Haih,siapalah agaknya eh.Fahmi ke?Kalau Fahmi mesti orang kat situ kenal,' dia masih berteka - teki.Sudahnya dia yang kusut.

●●●●●●●●●●●●

Tengahari menjelang,Arnani segera menuju ke bilik mesyuarat bersama Dato' Syakir.Fail - fail yang berkaitan sudah dia meminta Laila untuk membantu dia sediakan.Dato' Syakir berbual dengan dia sementara menunggu rakan yang ingin bekerjasama dengan syarikatnya.Oleh kerana kesejukkan penghawa dingin,Arnani meminta pergi ke ladies.

Sesudah melepaskan hajatnya,Arnani membetulkan tudung dan bajunya sedikit.Semestinya penampilan harus dititikberatkan kerana setiap projek yang berhasil dengan jayanya bergantung pada siapa pengurus projek.Arnani melangkah keluar dengan penuh keyakinan dan kekentalan sebagai seorang wanita.Arnani melihat bilik mesyuarat sudah bertambah bilangan penghuni.Namun,tetamu itu membelakanginya.

"Hah,datang pun awak Arnani.Tetamu kita dah sampai,"jemput bosnya.Tetamu itu masih dikedudukannya.Arnani tersenyum yakin namun senyuman sedikit kendur melihat gerangan tetamu di hadapannya kini.Hampir mati denyutan jantung dia.Ziyad!

"Saya kenalkan Carl Ziyad bin Tan Sri Zulkiran.Dia ini CEO Megah Holding dan anak kepada sahabat saya.Dan,syarikat kita akan bekerjasama dengan syarikat Encik Ziyad.Ziyad,uncle kenalkan pengurus projek paling bagus,Arnani bt Johari,"Dato' Syakir memperkenalkan.Mata Ziyad dan Arnani masih lagi bertembung.Bezanya pandangan Ziyad sarat dengan cinta dan rindu manakala Arnani penuh dengan pertanyaan.

Arnani melarikan matanya dari memandang Ziyad.Debaran di hatinya bagaikan memakan dirinya.Dia menarik nafas perlahan dan senyum pada Ziyad.Dia sedar dia harus profesional dalam menjalankan tugas.

"Saya Arnani bt Johari.Pengurus projek syarikat Adventure Sdn.Bhd.Selamat berkenalan,"Arnani menundukkan pandangan.Dia kembali mengambil tempatnya dan duduk.Mata Ziyad masih tidak lepas dari memandang laman wajah Arnani.Arnani berpura - pura dia tidak mengenali Ziyad dan cuba menumpukan sepenuh perhatian pada perbincangan yang sudah dimulainya.

Dari mula perbincangan lagi mata Ziyad kadang - kadang mengerling padanya.Pandangan Ziyad yang penuh pesona itu sedikit sebanyak menganggu fokus Arnani.Dia berharap perbincangan itu segera habis dan dia boleh terus beredar.

Akhirnya perbincangan itu tamat setelah 1 jam 30 minit berlalu.Tandatangan antara kedua - dua pihak selesai dilakukan.Arnani berdoa agar dia boleh keluar sekarang.

"So Ziyad,uncle harap projek kita rancang dengan berjaya.And yes,Arnani will be the manager of this project.She is very briliant and super woman.Anything else,you can refer to her,"puji Dato' Syakir.Namun,pujian itu malang bagi Arnani kerana dia akan selalu berjumpa dengan Ziyad.Oh tidak mungkin,dia masih belum bersedia.

Arnani meminta diri.Kononnya dia perlu menjawab telefon.Dato' Syakir mengizinkan.Arnani keluar dengan segera.Dia tidak betah duduk disitu lama - lama atau dia akan pengsan disitu juga.Dia perlukan udara,kakinya melangkah menuju ke lif.Namun,pergelangan dia direntap dari arah belakang.Dia terdorong,hampir saja tersungkur namun disambut oleh Ziyad.

Arnanj segera menolak tubuh Ziyad menjauh darinya.Matanya begitu tajam menikam muka Ziyad namun Ziyad hanya membalas tenang.Dia ingin melangkah pergi namun ditahan oleh Ziyad.

"Encik Ziyad nak apa?Saya rasa perbincangan kita dah habis.Kalau ada apa - apa Encik Ziyad boleh jumpa saya pada waktu yang dijadualkan,"elak Arnani.Ziyad tersenyum leret.Kekalutan gadis itu menawan hatinya.Sungguh,dia jatuh hati.

"Tak payahlah formal sangat.Lagipun,dah lama kita tak jumpakan.Kau apa khabar?Aku rindukan kau,jom keluar minum,"ramah Ziyad.Arnani tidak langsung memandang wajah Ziyad.

"Minta maaflah,saya hubungan had kita hanya atas dasar kerja.Jadi,saya harus hormati Encik Ziyad dan bersikap profesional.Jadi,saya minta diri,"Arnani berpusing ke belakang.Namun,kawasan situ sunyi.Kalau kakitangan nampak apa pula kata mereka melihat mereka dalam keadaan mencurigakan.

"Aku rindu kau,Arnani.Rindu sangat sampai aku rasa nak mati,"laung Ziyad.Terus mati langkah kaki Arnani.Dia berhenti disitu.Tergamam dia mendengar laungan separuh kuat Ziyad.

"Aku minta maaf sebab salah faham yang jadi,aku tak dengar penjelasan kau.Bila kau pergi,aku rasa rindu.Dan bila aku soal hati aku,aku cintakan kau,"Ziyad meluahkan rasa cintanya.Arnani semakin tergamam.Airmata kembali bertakung namun segera dia menahan dari jatuh.Dia harus kuat.Arnani menoleh,Ziyad memandang dia penuh pengharapan.

"Awak yang buang saya,Encik Ziyad.5 bulan lepas,dekat Tasik Titiwangsa awak yang cakap awak tak mahu lihat muka perempuan tidak sedar diri seperti saya ni.Tapi kenapa sekarang,dengan mudah awak lafazkan sesuatu yang awak rasa boleh dimainkan?Kenapa awak masih menduga hati saya,sedangkan awak yang menghalau saya pergi tanpa mendengar keadaan yang sebenar?Kenapa?,"luah Arnani.Hatinya memang rindu pada Ziyad tetapi dia tidak sewenangnya terus layu.

"Sebab aku buta dan tuli,aku tak pernah memahami hati kau seperti mana kau buat pada aku.Dan,aku kesal.Aku ingin kau kembali dalam hidup aku,warnakan hidup aku,"pinta Ziyad.Wajah suram gadis kesayangan ditatap sayu.Dia merasa bersalah dengan apa yang telah dia lakukan dulu.

"Sudahlah Encik Ziyad.Saya harap kita hanya lakukan atas dasar kerja dan for seek our works,we must take of it.Saya pergi dulu,"pergi Arnani jauh.Dia bimbang sekiranya makin lama dia disitu,makin runtuhlah tugu pertahannya.Jadi,lebih baik dia pergi dulu.Jeritan Ziyad memanggil nama dia,dia tidak menyahut.Ziyad mengeluh hampa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience