Chapter 17

Romance Completed 23170

(BAB 17)

5 bulan berlalu...

Pengumuman pendaratan pesawat dari London bergema di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.Arnani mengelap cermin matanya yang berwap kerana aircond dalam pesawat tadi.Dia memakai kembali dan tercari - cari insan yang dia tunggu.Dia melebarkan senyuman.Akhirnya!Dia ternampak kelibat abang longnya dan isterinya yang sedang sarat hamil anak kedua bersama anaknya.Turut hadir adiknya,Armanina dan suaminya,Syarif.Mereka menyambut kepulangan Arnani dengan keseronokkan.

"Akak Ngah,rindunyaaaaaaa,"peluk Armanina.Perutnya sedikit membuncit kerana mengandung 2 bulan.Syarif mengangguk tanda hormat.

"Wah,ibu muda kita ni nampak semakin berserilah.Syarif sihat?,"tanya Arnani gembira.Syarif membalas mengatakan dia turut sihat.

"Ehem ehem,yang dekat sini tak berseri jugak ke?,"soal Nurul.Dia mencebik sedikit.Arnani gelak kecil.

"Yang ni,makin besar perut makin cantiklah.Sebab tu tiap -tiap abang long sayang,"Arnani mencubit pipi tembam Nurul.Dia memeluk erat meluahkan rindu.

"Eh eh,libatkan abang je,Syarif tak kena pulak,"ujar Rizal.Syarif mengangkat kedua tangan,tidak mahu masuk campur.Armanina mencubit kecil lengan suaminya.Syarif gelak dan memeluk bahu isterinya.

"Amboi,bukan main romatik.Dah dah,Kak Ngah dah lapar.Hari ni abang long belanja.Jangan nak membantah,"Arnani menarik bagasinya.Rizal mengaru - garu kepala menimbulkan tawa bahagia keluarga.Tangan anaknya digenggam erat.Bagasinya bertukar tangan dengan Rizal.Arnani mendukung anak buahnya yang semakin montel itu lalu mencium pipinya.

"Cepatlah,"gesa Arnani.Sekali lagi keluarga itu ketawa kerana kekalutan Arnani.Mereka melangkah bersama.Sepasang mata memerhati tidak jauh,Ziyad menyorok antara ribuan manusia.

"Kau masih tak berubah Arnani.Kau semakin cantik.Sedikit masa kita akan berjumpa Arnani,"perlahan Ziyad berkata.Fahmi yang memberitahu padanya Arnani balik pada hari ini.Fahmilah sumber dia untuk mengorek tahu perihal Arnani.Kerana sejak berlakunya pertelingkahan dulu,Arnani tidak lagi menghubunginya begitu juga dirinya.Tidak lama selepas itu,dia turut beredar.

●●●●●●●●●●●●

Arnani mengemas barang - barang.Lagi 2 hari dia bakal bekerja kembali di office lamanya.Dia tak sabar nak jumpa kawan - kawan di office.Laila yang menelefonnya pun mengatakan tempatnya sudah disediakan seperti sedia kala.Alhamdullilah,projek di London sudah 40 peratus siap.Dia menyerahkan pada kakitangan disana untuk memantau dan melaporkan setiap butir perkara yang berlaku di tapak pembinaan.

Sedang dia mengemas,telefon dia berkelip - kelip.Lagu Burns dari Ellie Goulding bergema.Nama Fahmi tertera.Arnani tersenyum dan segera menjawab.Fahmi memanggil salam dan dia membalas.

"Awak sihat ke?Dah makan?,"tanya Fahmi.Dia bersyukur walaupun Arnani pernah menolak cintanya dulu,mereka masih bersahabat.Malah,Fahmi sudah bertemu pilihan hatinya sendiri,Aina persis Arnani.Sikap Aina yang sama seperti Arnani menambat hatinya.

"Sudah,saya tengah kemas barang ni hah.Awak ni tanya saya,awak pulak buat apa?,"tanya Arnani.

"Saya tengah dating dengan Aina ni hah.Dia kirim salam dekat awak,"balas Fahmi.Dia mengerling Aina disebelahnya yang sedang menjamu selera.

"Walaikumussalam,kirim salam dekat dia balik.Dahlah pergi sambung dating balik.Saya ada kerja nak buat,taknaklah kacau pasangan bahagia tu,"ujar Arnani mengundang tawa Fahmi.Dia menjarakkan sedikit telefonnya dari telinga kerana ketawa kuat Fahmi.

"Yelah,oh ya sebelum saya lupa Aunty Jie kirim salam dekat awak masa saya pergi rumah Ziyad haritu.Dia rindukan awak,dia kata kalau awak ada masa pergilah ke sana.Sebab awak pergi London pun awak tak beritahu Aunty Jie,"Fahmi saja menyebut nama Ziyad.Saja ingin menduga dan ternyata Arnani terdiam.Dia pasti Arnani rindu pada Ziyad namun masih tidak mampu meluahkan.

"Arnani,are you there?,"tanya Fahmi.

"Yes,I'm still here.Walaikumussalam,okaylah Fahmi,saya nak kemas barang sikit.Assalamualaikum,"tamat Arnani.Fahmi menjawab salam Arnani.

'Ziyad?Apakah khabar dia?Masih bencikah dia pada aku?Rindukah dia pada aku seperti aku rindukan dia sekarang ni?'tanya Arnani.

●●●●●●●●●●●●●

"Masuk,"arah Ziyad.Dia memanggil setiausahanya,Anas untuk mengetahui jadualnya hari ini.Dia menyisip kopi seketika.Anas melangkah masuk bersama ipad mini ditangannya.

"Selamat pagi Tuan,"ucap Anas.Ziyad mengangguk sedikit sambil menandatangani dokumen - dokumen yang memerlukan pengesahan darinya.Dia bertanya jadualnya.

"Hari ni tuan ada 3 meeting.Pada pukul 11 ni dengan Sighar Sdn.Bhd untuk membincangkan mengenai projek resort di Pulau Tioman.Selain itu,pada pukul 2 dengan Dato' Mustafa mengenai kontrak resort di Sipadan and lastly dengan pekerja - pekerja di tapak pembinaan di Putrajaya,"senarai Anas.Ziyad berfikir dan menyuruh Anas keluar.

"Oh ya tuan,esok ada meeting dengan Dato' Syakir disyarikatnya,Adventure Sdn.Bhd mengenai projek mereka bersama mereka.Dato' Syakir menjemput tuan ke pejabatnya,"ujar Anas.Dia melangkah keluar setelah mendapat keizinan dari Ziyad.Ziyad menyandarkan badannya ke kerusi empuk itu.Dia bangun dan menghadap jendela biliknya.Kota raya masih lagi sibuk walaupun jam sudah menginjak ke angka 10.

"Adventure Sdn.Bhd,"sebut Ziyad perlahan.Dia menyeluk tangan ke saku seluarnya.Sebelah tangannya pula membetulkan tali leher.

"Esok adalah harinya.Hari kita akan bertemu Arnani,aku makin rindu pada kau,"kata Ziyad perlahan.Kerinduan dia terhadap Arnani tidak tertanggung.Cintanya buat gadis itu semakin memekar dari hari ke hari.Dia rindu akan gelak tawa Arnani.

Masih dia ingat sebulan lalu Nisha memohon maaf atas perbuatannya sehingga menyebabkan dia dan Arnani bergaduh.Nisha amat menyesali perbuatannya setelah disedar oleh bakal suaminya.Ziyad memaafkan Nisha kerana baginya Nisha sudah berubah malah sudah bertudung kini.

Cuma dia saja masih menunggu.Kini setelah kembalinya Arnani di Malaysia,peluangnya semakin hampir.Dia masih memandang luar jendela biliknya bersama cinta yang semakin mengharum hanya buat Arnani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience