Chapter 20

Romance Completed 23170

(BAB 20)

Pagi itu selesai bersarapan bersama,mereka pergi ke kawasan tapak pembinaan projek.Mereka ditemani dengan beberapa orang pekerja melawat tempat yang ingin dibangunkan sebagai resort disitu.Tempat yang dipilih begitu sesuai dan cantik kerana berhadapan laut.

Arnani menerangkan segala rangka kerja yang sudah diatur oleh dia kepada Ziyad dan pekerja lain.Ziyad mengangguk setuju.Dia mengakui sememangnya Arnani seorang yang bijak dan berkeyakinan dalam kerja yang dilakukan.Pekerja lain juga bersetuju dengan rangka kerja dibuat oleh Arnani sendiri.

Selesai saja perbincangan,mereka bersurai.Awan mula bertukar mendung.Waktu menginjak pukul 2.Ziyad dan Arnani singgah di surau yang berdekatan untuk menunaikan solat fardu Zuhur.Selesai saja solat,Arnani kembali ke kereta kerana Ziyad telah berpesan yamg dia tunggu dikereta.Arnani ternampak Ziyad disitu dan kalbu wanitanya tergugat.

Ziyad tampak santai dengan tali leher dilonggarkan dan dilipat lengan baju ke siku.Rambutnya pula dibiar berjuntai beberapa anak rambut ke dahi.Ziyad bersandar ke keretanya menunggu Arnani.Angin bertiup sepoi bahasa membuat hati Arnani tenang memerhati gelahat Ziyad.Dia melangkah ke arah Ziyad dan buat pertama kali dia melemparkan senyuman buat Ziyad.Ziyad sedikit terpana.

"Nani,kita pergi laut.Teman aku berjalan dekat situ kejap,"ajak Ziyad.Kali ini dengan mudah Arnani menerima.Entah apa yang merasuk mindanya,dia hanya menuruti permintaan Ziyad.Ziyad berasa teramat gembira.Dia tidak ingin melepaskan saat - saat tepenting ini.Keretanya dia parkir di surau.Mereka berjalan bersama menuju ke laut.

Sepanjang perjalanan mereka terisi dengan gelak tawa mereka berdua.Pelbagai aktiviti yang dilakukan mereka antaranya menikmati aiskrim disitu,berjalan di gerai - gerai menjual cenderahati.Gelagat Ziyad yang selamba mengundang tawa Arnani tanpa henti.Tika itu,seolah - olah tiada sempadan antara mereka.

Jam menunjukkan pukul 5.Mereka berjalan dan duduk di pasir pantai tersebut.Mereka menikmati angin petang bersama teduhan awan yang berarak sedikit mendung.Ziyad memandang Arnani dan Arnani memberikan senyuman manis.

"Dah lama kita tak macam ni,"kata Ziyad perlahan.Dia amat merindui saat bahagia mereka ketika bersahabat dulu.Pelbagai kenangan menempa satu persatu dalam kotak ingatannya.

"A'ah,"akui Arnani.Tudung yang ditiup angin dibetulkan.Ziyad memandangnya seolah - olah tidak mahu lepas.Dia merasakan Arnani sangat cantik.Arnani berasa sedikit tidak selesa dengan cara Ziyad memandangnya.

"Hari dah petang.Jom kita balik hotel,"Arnani mula bangun.Namun,saat dia ingin bangun tangannya dipegang Ziyad.Arnani memandang pelik.Ziyad bangun dan menghampiri Arnani.Pegangan tangannya pada Arnani tidak dilepaskan walau Arnani cuba melepaskan.

"Maaf Encik Ziyad tapi tolong lepaskan tangan saya,"pinta Arnani.Dia takut dia semakin kalah dengan tindakan Ziyad.

"Aku cintakan kau Nani.Kahwin dengan aku,"lamar Ziyad.Matanya bertentang mata dengan Arnani.Matahari mula terbenam sedikit.Dia mahu dibawah cahaya matahari dan laut ini menjadi saksi lafaz cintanya pada Arnani.

Arnani tergamam.Hatinya tersentuh dengan pengakuan cinta Ziyad.Tetapi hatinya berasa sedih.Peristiwa 5 bulan lalu,menggamit mindanya.Dia merentap tangannya.Dia menggeleng dan menjauh dari Ziyad.Sejurus itu,dia berpaling dan berjalan laju.

Ziyad tidak tunggu lama,dia mencapai tangan Arnani dan berusaha agar Arnani menghadap dia.Arnani memukul bahu Ziyad agar dia dilepaskan.

"Aku cintakan kau Arnani bt Johari.Tolong dengar penjelasan aku,"teriak Ziyad.Dia melepaskan Arnani.Arnani mendengar setelah dipaksa oleh Ziyad.

"Aku betul - betul mencintai kau.Selama kau pergi dulu,aku menunggu kau lamanya.Rindu aku pada kau aku pendam.Jadi,aku ambil keputusan hari ni untuk melafazkan pada kau kerana aku tidak mahu lagi kehilangan kau Nani.Aku menyesal dulu kerana menuduh kau bukan - bukan.Fahmi dia berjaya menyedarkan aku perkara yang sebenar.Sebelum,aku marah pada kau dulu,aku sebenarnya sudah jatuh cinta pada kau tapi aku tak yakin dengan hati aku.Aku masih terbayang arwah Lisa dulu.Jadi,aku hanya biarkan perasaan aku pada kau,"tutur Ziyad jujur.Dia menarik lafaz sebelum meneruskan bicaranya.

"Hari demi hari aku makin tidak mampu menipu.Aku akhirnya sedar yang aku semakin cinta dan perlukan kau dalam hidup aku.Bila Fahmi muncul aku merasa sangat cemburu dan marah sehinggalah Nisha yang menghantar diari tu pada aku.Aku jadi tidak tentu hala bila dalam diari tu kau tulis kau cemburu pada arwah Lisa dan tidak suka melihat aku dengan dia.Aku ingat kau tidak ikhlas berkawan dengan dia.Dan,aku melafazkan kemarahan aku pada kau tanpa usul periksa.Akibat terlalu ikut kata hati,aku tak sedar dah lukakan hati kau.Aku biar kau keseorangan disaat kau memerlukan aku bila arwah mak kau meninggal.Aku nak jumpa kau,tapi hati aku melarang keras.Tapi,bila kau pergi baru aku sedar aku terlalu bodoh dan lemah tanpa kau disisi aku.Aku membuat keputusan ingin menebus salah aku pada kau,"panjang Ziyad mengucapkan.

Arnani sudah menitiskan airmata.Entah mengapa hatinya semakin rawan.Bukankah saat ini dia tunggu,tapi mengapa hatinya seakan kembali luka berdarah.

"Aku tak pernah berhenti mencintai kau Ziyad.Walaupun kau tak sedar,aku masih tetap mencintai kau dan memilih kau walau apapun yang terjadi.Sehinggakan aku tolak cinta Fahmi hanya kerana kau.Bila hari ni kau mengaku perasaan aku sepatutnya aku gembira,tapi kenapa aku rasa semakin terluka.Kenapa?,"tanya Arnani.Ziyad cuba mengelap airmatanya namun ditepis perlahan oleh Arnani.

"Bila arwah Lisa muncul,aku makan hati sebab kau menjauh pada aku.Tapi,aku berasa gembira bila kau perlukan aku saat kau jatuh dan aku rela menunggu kau.Tapi,bila dulu kau tidak mahu mendengar penjelasan aku,aku rasa aku dah hilang semua.Tahu tak,bila kau datang dalam hidup aku tak pernah ada lelaki lain aku layan berbeza selain arwah bapa aku dan abang long aku,kehadiran kau melengkapi aku yang serba kekurangan.Tapi,bila kau buang aku,hati aku betul - betul terluka.Jadi,minta maaf hati aku masih terluka.Aku tidak mampu menerima kau buat masa sekarang.Dan seandainya ada jodoh antara kita,biarlah dia datang sendiri,"Arnani sudah tidak sanggup.Setelah meluah segala yang terbuku dia melangkah pergi.Airmatanya tidak henti - henti menitis.

Ziyad berdiri membiarkan Arnani pergi.Hujan mula merintik dan semakin lebat.Dia kebasahan,dan dia masih berdiri disitu.Berharap agar Arnani kembali datang kepadanya walaupun dia tahu tidak akan mungkin

●●●●●●●●●●●

Arnani segera mengemas barangnya setelah sampai ke bilik hotelnya.Dia tidak sanggup lagi menunggu hari esok.Jadi dia mengambil keputusan untuk balik ke Kuala Lumpur sendiri.Setelah selesai menukar pakaian,dia mencapai beg untuk daftar keluar.Dia memandang tingkap bilik hotel Ziyad disebelahnya,masih gelap.Dia segera keluar.Dia tidak mahu Ziyad mengetahui dia balik sendiri.

Sesampai di tingkat bawah,dia menyerahkan kunci dan berpesan kepada pekerja jika Ziyad mencarinya supaya mengatakan padanya bahawa dia sudah pulang kerana urusan peribadi.Setelah selesai urusan,dia berjalan pergi.Hampir saja dia bertembung dengan Ziyad namun dia lekas bersembunyi di tiang besar hotel itu.Ziyad kelihatan lembap dan muram.Ingin saja dia meluru kepada Ziyad kerana kasihan namun dia tidak mampu.Apabila kelibat Ziyad sudah tiada,dia cepat - cepat pergi menahan teksi dan berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience