Chapter 13

Romance Completed 23170

(BAB 13)

Sudah lima hari berkursus,selama lima harilah dia menyepi.Dia hanya menumpukan pada kursus yang diadakan sebelum projek besar syarikatnya dijalankan.Kali ini,syarikat itu bekerjasama dengan pelabur dari Mexico.Jadi,projek ini sudah tentu amat pemting dan nilainya umum tahu,jutaan ringgit.Hari ini,hari terakhir dia disini,esok dia akan pulang dan cuti dua hari.Yahoo.Arnani balik ke bilik untuk mengemas barang.

Sambil itu,dia memeriksa telefonnya.45 mesej Whatsapp dari Ziyad.'Ada apa - apa jadi ke,'Arnani membuka untuk membaca.
Hatinya lega kerana Ziyad seperti biasa cuma bertanyakan khabar pada dirinya.

Nani,nanti kursus kau dah habis bagitahu aku.Kita keluar nak,aku dah lama tak keluar dengan kau.Aku nak buat kau happy,lepas bekerja.Bagitahu,♡♡♡.

Arnani pelik,tak pernah - pernah menghantar emotikon berbentuk love pada dia.Hati Arnani berbunga.Tiba - tiba badannya tidak lagi berasa letih.

Arnani mematikan telefon,tiba - tiba dia ubah keputusan nak balik hari ini.Arnani berlalu ke bilik air untuk mandi dan solat Asar.

●●●●●●●●●●●●

Sebelum pulang,Arnani membeli barang dapur untuk rumahnya.Dia berhenti di bahagian rak yang mengisi gula dan tepung.Sebaik saja ingin beredar,dia terlanggar troli dihadapannya.Dia ingin meminta maaf namun tidak jadi.

"Lah awak Fahmi,saya minta maaf.Saya betul - betul tak nampak,"kata Arnani.Fahmi hanya tersenyum.

"It'okay and doesn't matter.Lagipun,awak bukannya sengaja,"balas Fahmi.Dia berasa seronok berjumpa Arnani disitu.

"Terima kasih,kalau macam tu saya pergi dulu ya,"Arnani minta diri untuk pergi.Fahmi mengangguk.Namun,beberapa saat Fahmi memanggil Arnani kembali dan ditoleh olehnya.

"Boleh kita pergi minum,saya ada benda nak cakap dengan awak,"Fahmi mengajak.Arnani diam sekejap.Dia mengangguk.Mereka pergi ke kaunter pembayaran sebelum bergerak ke Restoran Chicken Rice Shop di dalam pasaraya itu juga.

Fahmi mengambil tempat yang tersorok.Dia menarik kerusi untuk Arnani dan Arnani mengucap terima kasih.Mereka memesan nasi ayam dan jus oren.Pelayan beredar setelah siap mengambil pesanan.

"Ada hal apa yang awak nak cakap,"mula Arnani.Dia memandang ke laman wajah Fahmi.Fahmi dilihat sedikit gementar.Tetapi,tak lama itu dia kembali normal.

"Saya tahu apa yang saya cakap ni mungkin akan terkejutkan awak dan saya tak marah kalau awak marah nanti,"Fahmi berbahasa dulu.Arnani sudah cukup tahu apa yang bakal diperkata oleh Fahmi.Arnani memberi ruang pada Fahmi.

"Saya sukakan awak.Sejak kita sekolah lagi.Dan,sehingga kini saya masih sukakan awak,Arnani,"jujur Fahmi.Sungguh,dia tidak menipu.Walaupun dia seorangnya playboy,tetapi dia tidak pernah menipu dari segi perasaan.

Arnani menghela nafasnya.Dia sudah tahu pada hari kenduri hari itu lagi,tetapi dia tidak menjangkakan yang Fahmi menaruh perasaan untuk dia dari dulu lagi.

"Saya tahu,pasti awak tahu yang saya ni kaki perempuan.Yes,I am.Tapi,saya tak pernah menipu dan tidak berniat ingin mempermainkan awak.Hati saya ikhlas sejak hari pertama saya kenal awak dari dulu.Saya tahu awak pasti rasa ini lawak tapi itulah kenyataannya,"luah lagi.Fahmi menundukkan mukanya.Dia sedia jika Arnani ingin menghamburkan marahnya.

Arnani tidak menunjukkan sebarang ekspresi.Dia tenang.Pesanan mereka telah tiba dia tersenyum kepada pelayan mereka sebagai tanda terima kasih.

"Saya tahu Fahmi.Saya boleh baca gerak geri awak.Tapi,saya minta maaf saya terpaksa tolak.Saya hanya anggap awak tidak lebih dari seorang kawan,"tolak Arnani berhemah.Fahmi memandangnya.Dia mengerti.

"Saya tak marah Fahmi.Kenapa saya nak marah awak,sedangkan perasaan yang awak rasa itupun manusia lain rasa.Awak bukan membuat dosa.Tetapi,saya tak mahu terima awak sebab saya simpati.Jadi,jalan terbaik biarlah saya tolak awak agar awak dipertemukan orang yang jauh lebih baik dari saya.Saya yakin,jodoh awak menanti awak.Biarlah kita berkawan itu lebih baik.Saya bersyukur dan gembira mengenali awak,"Arnani memujuk Fahmi.Arnani tidak mahu ada hati kecewa tambah hati itu sahabatnya.

"Awak sukakan Ziyadkan Arnani?,"tanya Fahmi tiba - tiba.Arnani terkaku.

"Ketara sangat ke?,"Arnani menyoal pula.Fahmi menggeleng.

"Saya ni lelaki,Arnani.Malah saya tahu,awak pendam perasaan awak buat Ziyad sejak dibangku sekolah lagi.Semenjak arwah Lisa muncul lagi,"terang Fahmi.

"Saya minta maaf Fahmi,sebab itu saya terpaksa tolak awak.Sebab hati saya tidak pada awak,"Arnani tidak mampu menipu.

"Tidak mengapa Arnani.Saya bersyukur walaupun awak tolak saya,awak tidak membuang saya.Malah,masih berkawan dengan saya walau aku tahu buruknya diri.Beruntung Ziyad,mempunyai sahabat seperti awak,"puji Fahmi.Ikhlas.

"Terima kasih,kita kawan sampai bila - bila,"Arnani setuju.'Tapi sayang Fahmi,sedara awak takkan tahu hati saya,'sambung Arnani.Kata - kata itu tidak terluah.

"Jom kita makan,nanti sejuk.Tak sedap,"jemput Fahmi.Dia tidak memusuhi Arnani kerana dia sedar,perancangan Allah s.w.t lebih baik.Dia memandang Arnani sekejap sebelum meneruskan suapannya.

●●●●●●●●●●●●●●

Nisha menunggu di luar keretanya.Dia ternampak Puan Sri Jie menuju ke pagar apabila ada seorang pekerja pos laju menghantar bungkusan.Nisha tersenyum sinis,dia masih sakit hati dengan kata - kata Ziyad tempoh hari.

"Kau tunggu Ziyad.Kau fikir aku hadap sangat dengan kau,tapi aku sakit hati.Jadi,aku terpaksa guna cara kasar kalau kaupun guna kekasaran.Kau pasti menyesal,"gelak Nisha dalam kereta.Lima minit kemudian,enjin deruman keretanya meluncur laju pergi.

"Ziyad,ouh Ziyad?,"panggil Puan Sri Jie.Ziyad segera turun.Hari ini hari minggu so dia berehat di rumah.Petang nanti dia akan pergi keluar berjumpa dengan Arnani.Mengingati saat itu,Ziyad semakin gembira,perancangannya berjalan lancar.Arnani akan dia sunting menjadi miliknya.

"Ni hah,ada bungkusan untuk Ziyad.Dari siapa pun mama tak tahu,"hulur Puan Sri Jie.Setelah itu dia,dia berlalu ke dapur.Ziyad mengerut dahi,bumgkusan segi empat tepat itu untuknya?Dia memeriksa butiran pada bungkusan itu.

CARL ZIYAD BIN TAN SRI ZULKIRAN
BANGLO VINTAGE,JALAN 3/1
BUKIT ANGKASA,KUALA LUMPUR.

"Betul,tapi apa ya isinya,"Ziyad membawa ke atas dalam biliknya.Dia mengoyak pembalut pembungkus itu,sebuah diari?Tapi siapa punya?Dia membaca helaian pertama,tertulis nama Arnani.Dia membaca helaian seterusnya.

Tiba - tiba diari itu,terhempas jatuh ke lantai.Matanya membuntang.Nafasnya seakan tersekat - sekat.Tak lama selepas itu,dia mengambil diari itu dan membaling jauh darinya.Matanya berkaca - kaca,hatinya sakit.Kemarahannya memuncak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience