Chapter 9

Romance Completed 23170

(BAB 9)

Tahun 2008

Ziyad duduk di kerusi hospital.Dia masih terkejut dengan apa sudah jadi.Bajunya yang berlumuran darah tidak diendahkannya.Orang yang lalu lalang memandang dia pelik namun dia masih juga membiarkan.Dia masih menunggu di menunggu di wad kecemasan.

Arnani yang berlari - lari tercungap - cungap.Dia segera ke Hospital Ampang setelah ditelefon oleh Aunty Jie mengatakan Ziyad dihospital kerana Lisa dilanggar.Dia meneruskan langkah menuju ke wad kecemasan dan memperlahankan langkahnya apabila ternampak Ziyad di suatu sudut.Dia kembali mempercepatkan langkah ke arah Ziyad.

"Ziyad,"Arnani menegur.Namun,tiada reaksi dari Ziyad.Ziyad masih lagi tidak menyahut atau bergerak,masih membisu seperti patung.

"Carl Ziyad,"panggil Arnani sedikit kuat.Kali ini,Ziyad tersedar.Ziyad mengangkat kepalanya dan memandang Arnani dengan pandangan kosong.Ziyad kembali termenung.

"Are you okay?What about Lisa?Is she okay?,"tanya Arnani bertalu - talu setelah duduk di sebelah Ziyad.Ziyad masih begitu.

"Carl Ziyad bin Zulkiran,I'm talking to you and please answer me!," gesa Arnani sedikit marah.Dia kerisauan melihat Ziyad terus kaku.Tiba - tiba suara tangisan dari Ziyad kedengaran.Arnani mula tidak senang duduk.

"Lisa,Nani.Lisa dia..,"Ziyad berkata dalam tangis namun terhenti.Arnani mengangguk menyuruh Ziyad meneruskan percakapannya.

"Lisa,dia dah meninggal.Dia dah meninggal," Ziyad meneruskan percakapannya.Arnani tersandar lesu.Dia mengucap panjang.

"Ini semua salah aku,ini semua salah aku.Kalau aku tak suruh Lisa melintas time tu,mesti tak jadi macam ni.Sepatutnya aku yang melintas,biar aku yang kena,"raung Ziyad.Ziyad mula bertindak agresif dengan menghantuk kepalanya berkali - kali di dinding.Arnani terkejut lalu menahan Ziyad dari meneruskan.

Orang mula melihat.Namun,Arnani tidak kisah.Apa yang penting baginya ialah Ziyad.Ziyad memerlukan dia,dan dia mesti sentiasa di sisi Ziyad.

Arnani mengusap belakang Ziyad.Ziyad sudah menghentikan perlakuannya tadi namun esak tangisnya masih berlagu.

"Sabar Ziyad.Bukan salah kau,dan berdosa kau salahkan qada dan qada' Allah.Allah yang sudah merancang semuanya.Sudah,aku ada teman kau ya,sabar,"Arnani memberi sokongan.Dia mengusap belakang Ziyad.

Tiba - tiba Ziyad menarik Arnani dan memeluk Arnani.Erat.Ziyad menghamburkan tangisannya di bahu Arnani.Sungguh,hatinya terasa sakit dan rawan yang teramat sangat.Arnani terkejut,namun dia sedar Ziyad memerlukan bahu.Jadi,dia hanya membiarkan seketika agar Ziyad tenang sedikit.

"Lisa dah takde,Lisa dah tinggalkan aku,"Ziyad mengongoi seperti anak kecil.Arnani turut menitiskan airmatanya kerana Ziyad tidak berhenti menangis.Dia terasa hatinya dicengkam ketat melihat kesakitan Ziyad.Arnani membalas pelukan Ziyad,erat.Berharap Ziyad kembali senyum dan tabah.

●●●●●●●●●●●●

Arnani menekan loceng rumah banglo milik Tan Sri Zulkiran.Kelihatan Bibik Suri yang membuka.Bibik Suri tersenyum dan menjemput Arnani masuk.

"Siapa tu bik,"tanya Puan Sri Jie.Dia melangkah ke depan pintu dan melihat Arnani.Bibik Suri kembali ke dapur setelah di arah oleh Puan Sri Jie.

"Datang pun Nani.Tolonglah Aunty Jie,Nani.Ziyad masih macam tu.Tak mahu keluar rumah,asyik terperuk dalam bilik.Puas aunty pujuk,tak jalan,"adu Puan Sri Jie.Puan Sri Jie memegang tangan Arnani agar membantunya.Arnani membalas dan senyum kecil.

"Aunty jangan risau,nanti Nani cuba cakap dengan Ziyad.Arnani naik atas untuk jenguk dia," Arnani meminta izin.Puan Sri Jie mengizinkan.

Arnani melangkah setapak demi setapak anak tangga banglo itu.Sesampai saja di depan bilik Ziyad,Arnani kembali berhenti.Arnani mengambil nafas sedalam - dalamnya dan melepaskan.Dia memerlu kekuatan.Setelah bersedia,Arnani memulas tombol pintu bilik Ziyad.

Arnani melangkah masuk.Kelam seperti malam padahal luar siang memerik tengaharinya.Berbau hapak bilik Ziyad.Arnani hampir memuntahkan isi perutnya.Dia segera menyelak langsir bilik dan membuka pintu gelongsor.Akhirnya cahaya mentari masuk dan menganggu lena tidur Ziyad.Ziyad mendengus dan mengambik bantal lalu menutup mukanya.Cahaya mentari masih ada.

"Ma,please ma.Ziyad nak tidur.Shut down the curtains,"arah tegas Ziyad.Ziyad masih tidak mengetahu siapa yang melakukan perbuatan itu sebenar.Arnani segera melangkah ke arah Ziyad.

"Bangun Ziyad.Bangun,aku dapat tahu kau dah lama tak masuk office," Arnani merampas bantal dan menarik kasar blanket Ziyad.Dia tidak peduli pandangan tajam Ziyad.Ziyad menolak kasar Arnani sehingga terkena bucu meja kecil sebelah katil.Arnani mengeluh perlahan,dia melihat tapak tangannya,sedikit luka.Arnani kembali menarik kasar lagi tilam Ziyad.

"Just get out,I dont need you to wake me up!Kau bukan sesiapa yang nak arah aku sesuka hati.I not a child anymore and I can do it by myself.Get out!,"Ziyad menjerit kuat pada Arnani.Arnani tersentap!Arnani tidak lagi menarik tilam Ziyad.

"Fine,I will go.Tapi aku tak sangka kau bodoh Ziyad.Aku datang sebab mama kau suruh,dan ini aku dapat.Kau tak anggap aku kawan kau pun Ziyad,selama ni aku terhegeh - hegeh.Dahlah Ziyad,aku dah malas dengan kau.Aku call kau berangkat,sms tak berbalas.Sia - sia je aku risaukan manusia macam kau ni.Aku kecewa dengan kau Ziyad," panjang Arnani membalas.Dia benar - benar putus asa.Dia kehilangan Ziyad!Arnani mengambil tas tangannya dan melangkah keluar.Namun,belum sempat dia melangkah keluar,tangannya direntap oleh Ziyad.

Arnani terduduk di katil.Ziyad masih menunduk.Arnani menggeleng.Dia bangun lagi namun ditarik tangan oleh Ziyad.Ziyad memandangnya dengan pandangan yang berkaca jernih.Arnani mengalah.

"Maafkan aku,Nani.Aku kasar dengan kau.Aku salah.Aku tak mampu Nani,Lisa dah tinggalkan aku.Aku rindu dia.3 tahun Nani,aku cuma nak melamar dia Nani.Tapi,tak kesampaian.Hati aku hancur Nani,dia meninggal depan mata aku.Aku yang sambut dia dengan berdarah - darah,"luah Ziyad.Dia meraung.Sekali lagi Arnani melihat Ziyad menangis.

Arnani memberanikan diri memegang kedua - dua belah muka Ziyad.Dia merenung sekejap.Arnani mengambil nafas sedikit.

"Kau tak boleh macam ni Ziyad.Ya aku faham kau sedih,tapi kau tak boleh macam ni.Meratapi sehingga mudaratkan diri.Berdosa dan bukan ini keputusan yang tepat.Kalau arwah Lisa ada lagi pasti dia sedih tengok kau macam ni.Lagi dia terseksa.Kalau rindu sedekah surah Yassin dan al - Fatihah.In shaa Allah,arwah Lisa mesti gembira tengok kau mampu hidup walau tanpa dia,"dorong Arnani.Ziyad sudah kembali reda.

"Dah,kau jangan sedih.Aku taknak hilang Ziyad,cukup aku hilang Lisa.Pergi bersiap,mama kau tunggu kau kat bawah.Cukur janggut dan misai kau ni,dah macam tapai busuk,"gurau Arnani mengundang tawa kecil Ziyad.Arnani terus tersenyum.Ziyad bangun dan menuju ke bilik air.Arnani tolong mengemas sedikit katil Ziyad dan mengutip sampah - sampah yang bertaburan.

25 minit berlalu,Arnani menunggu diluar bilik Ziyad.Dia terdengar derap kaki seseorang dibelakangnya.Dia menoleh dan berdiri tegak.Ziyad sudah selesai dan akhirnya Ziyad yang dulu sudah kembali.Arnani mengerlip - gerlipkan matanya dan dia tidak bermimpi.

"Shall we?,"ajak Ziyad.Arnani mengangguk dan mengekori Ziyad dari belakang.

Puan Sri Jie yang sedang menggubah bunga di pasu terlepas gunting ditangannya.Puan Sri Jie ternganga dan meluru ke arah Ziyad.Dia mengusap wajah Ziyad lalu memeluk anaknya.

"Anak mama dah kembali.Ya Allah,syukur Ya Allah,"ucap Puan Sri Jie.Arnani dibelakang turut mengesat airmatanya.

"Terima kasih Nani,terima kasih banyak," Puan Sri Jie mencium pipi Arnani.Arnani tersenyum kecil.

"Jom kita makan,mama dah masak.Jom Nani," ajak Puan Sri Jie dan meluru ke dapur.Arnani memandang Ziyad,Ziyad masih yang dulu.Alhamdullilah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience