Chapter 10

Romance Completed 23170

(BAB 10)

Rumah banglo milik Tan Sri Zulkiran dan Puan Sri Jie meriah dengan sanak saudara mereka.Majlis kesyukuran sudah selamat selesai.Anak - anak yatim yang dijemput oleh Puan Sri Jie sedang menjamu selera di bawah kanopi yang disediakan.Pelbagai juadah disediakan antaranya rebung masak lemak cili padi,udang masak sambal petai dan lain - lain.

Arnani duduk dibawah kanopi setelah sibuk melayan tetamu yang hadir.Walaupun dia ialah tetamu juga namun sebagai manusia seharusnya dia turut memberi pertolongan,dia selalu ingat pesanan maknya.Dia tahu Puan Sri Jie sekeluarga memerlukan orang bagi memastikan majlis kebaikan ini berjalan lancar.

Begitu juga,Arnani tersentuh hati melihat anak -anak yatim yang sudah kehilangan ibu bapa mereka.Dia amat memahami betapa peritnya kehilangan orang yang sudah mendidik dan menjaga kita.Arnina terkenang pada arwah ayahnya yang meninggal ketika dia berumur 10 tahun.Waktu itu,dia tidak mengenali Ziyad lagi.Dia hampir berputus asa apabila mendapat tahu ayahnya sudah tiada akibat serangan jantung.Mungkin ayahnya kuat bekerja sehingga tidak menjaga kesihatan.Entahlah,yang pasti itu sudah ketentuan Allah.

"Bah,termenung apa?,"kejut Ziyad.Ziyad kelihatan kacak dengan persalinan baju melayu yang berwarna biru cair.'Aik,sama warna dengan baju kurung dan tudung akulah,' detik hati Arnani.

"Kau ni kalau tak terkejutkan aku tak bolehkan?Nak suruh aku mati cepat?,"balas Arnani.Tiba - tiba,riak wajah Ziyad berubah.Dia tak suka dengar perkataan 'mati'.Dia cukup trauma.Cukuplah sekali,tidak untuk kali ini.

"Hah ni dah kenapa pandang aku macam tu?,"tanya Arnani.Tajam mata Ziyad seolah - olah menembus wajahnya.

"Aku tak suka kau sebut pasal mati.Don't say it again,I don't like it if you say once again,"keras suara Ziyad.Arnani diam.

"I'm sorry.Tunggu jap aku ambik makanan.Jangan pergi mana - mana?,Ziyad bangun serta - merta dan cepat pergi mengambil makanan.Arnani hanya senyum nipis.Dia mengambil telefon dan melayari internet.

"Are you Arnani?Arnani binti Johari?",tanya suara itu lagi.Arnani mengangkat kepala dan mengangguk.Namun,dia mengerutkan dahi.Cuba mengingati susuk tubuh dihadapannya ini.Arnani tersenyum lebar,dia sudah mengingati.

"Fahmi?Fahmi Kamal?,"jari Arnani tuju ke arah insan bernama Fahmi dan terjerit kecil.Fahmi ialah dua pupu kepada Ziyad,dan kawan sekolah Arnani kerana satu kelas dahulu.Fahmi seorang yang pendiam,hanya beberapa kali saja dia bercakap dengan Arnani.Dengan Ziyad pun dia kurang walaupun mempunyai pertalian saudara.

Arnani tak jangka Fahmi berada di Malaysia.Yelah,Fahmi pun sama taraf dengan Ziyad.Anak kenamaan.Dulu,Fahmi dia melanjutkan pelajaran di UK,mungkin sudah balik ke sini barangkali.

"Yes,I'am.How are you?,"tanya Fahmi.Dia duduk dikerusi hadapan Arnani.

'Wow,makin handsome,tegap.Memang keturunan keluarga Ziyad ni lawa baka eh,' sempat lagi hati Arnani berkata bukan - bukan.

"Saya sihat,alhamdullilah.Awak?,"soalan berbalas soalan.Bila mahu habis daa.

"Saya pun sihat.Awak dah makan,kalau belum jom sekali.At least,saya makan berteman,"Fahmi mengajak.Arnani setuju dan bangun.Mereka menuju ke tempat makanan dan mengambil makanan masing - masing.

"Hai Ziyad,you nak makan ke,jom makan dengan I lah.I tak sempat nak borak - borak dengan U.I lapar tau,"tiba - tiba ulat bulu datang hinggap.Nisha!Dia ni sepupu gedik tahap gaban plus dewa.Dia dah lama menaruh hati dengan Ziyad,kira macam pesaing Arnanilah,hehe.Tapi,Ziyad tak layan sebab gedik mengalahkan sotong.Tangan tu kalau bercakap mesti merayap dekat tanganlah,bahulah.

"Nak makan,makanlah.Tak payah nak borak - borak,nak makan dengan syaitonnirajin ke?,"sinis Ziyad membalas dan menjeling pada Nisha.Dia panas hati tengok Fahmi tiba - tiba mencelah dekat Arnani.

'Semak betullah Fahmi,aku yang duduk dengan Arnani dulu sudahnya dia yang tarik Arnani,'Ziyad kegeraman dalam hati.Dia menuju ke meja Arnani dan Fahmi.

"Wah,rancak berborak.Sampai tak sedar aku dekat sini,"perli Ziyad.Makanan dipinggan dikuis kasar.Dia tak tahu kenapa dia rasa sakit hati sangat melihat kemesraan Fahmi dan Arnani.Dia tahu mereka hanya berkawan.

"Hehe,biasalah Yad.Dah lama tak jumpa,mestilah ada banyak benda nak diborakkan.Sampai rasa nak ajak je Arnani ni keluar dating,"balas Fahmi.Arnani tersedak.Dia segera mencapai gelasnya dan meneguk perlahan.Arnani tersenyum paksa.

"Guys,I duduk sini eh.I takde kawan,lagipun Ziyad I ada kat sini,so taklah boring sangat makan sensorang,"muncul Nisha dengan gediknya.Dia merapatkan kerusinya dengan kerusi Ziyad.

Kali ini Arnani pula yang panas hati.Dia cemburu dengan sketsa hadapannya.Dia mengetap giginya rapat - rapat.'Merenyam betul perempuan,nasib Ziyad bukan suami aku,kalau tak aku ganyang kau.Sabar Nani,sabar,'Arnani menenangkan hati yang membara

"Sambung balik,kita nanti keluar dating eh.Boleh cerita panjang.Saya pun nak kenal awak lebih,"jujur Fahmi.Dia sudah benar - benar tertarik dengan Arnani walhal dulu dia menganggap Arnani dulu perempuan kolot sebab bertudung dan berkawan dengan Ziyad yang kaya.Tapi,kini dia yang mula mengejar.

"Ouh,eh.In shaa Allah,kalau ada masa kita keluar ya,"tutur Arnani.Dia tidak mahu malukan Fahmi dihadapan saudaranya yang lain.Semakin geramlah hati Ziyad,makin tajamlah matanya dan makin kasar nasi dikuisnya.

"Eloklah tu,you oulls sesuai sangat.Nanti bila Nani dah dengan Fahmi,Ziyad I taklah asyik dengan you.Rimas I tengok korang dua asyik berkepit je,"Nisha menyakitkan hati Arnani.Nisha tahu Arnani ada hati dengan Ziyad kerana dia juga wanita.Tambah - tambah mereka menaruh hati pada orang yang sama.Namun,Nisha yakin Ziyad akan menjadi miliknya kerana status mereka yang setaraf.

"Terima kasih,Nisha.Doa - doakanlah I,ya,"kenyit mata Fahmi pada Nisha.

"I will,"gelak Nisha.Gediknya naik satu oktaf.Yang berbual dimeja itu hanya Fahmi dan Nisha.Arnani dan Ziyad hanya mendiamkan diri.Ziyad masih lagi panas hati,Arnani masih lagi cemburu.Entah bila nak selesai pun tak tahulah.Ego masing - masing ni.

●●●●●●●●●●●●●●

"Nani tidurlah kat sini.Aunty dah lama tak borak - borak dengan Nani.Aunty rindu tau," pinta Puan Sri Jie.Dia memang betul - betul berkenan dengan Arnani dan alangkah indah kalau Arnani menantu dia,pasti dia akan menyayangi Arnani sepenuh hati seperti anak sendiri.

Arnani mempamerkan riak sedih.Dia tidak mampu menunaikan hasrat Puan Sri Jie memandangkan esok dia pergi kursus di Putrajaya.

"Minta maaf aunty,Tapi esok Nani ada kursus kat Putrajaya untuk projek baru,"balas Arnani.Puan Sri Jie terpaksa akur walaupun dua tidak ingin.

"Nani balik dulu ya aunty,"Arnani ingin pulang.Namun ditahan oleh Puan Sri Jie.Arnani pelik!

"Tadi datang dengan teksi.Ni nak balik naik apa?,"tanya Puan Sri Jie.Arnani tersengih.

"Teksilah,"Arnanj tersengih lagi.Puan Sri Jie ingin menegah dan ingin menyuruh Ziyad hantar namun Arnani menolak.Tiba - tiba Fahmi muncul.

"It's okay Mak Uda.Fahmi hantarkan,jom Nani,"tawar Fahmi.Arnani serba salah.Dia berfikir sekejap.

"No,biar aku hantar Nani.Lagipun Nani guest aku,keselamatan Nani aku yang bertanggungjawab,"serius wajah Ziyad sebelum dia pergi memanaskan enjin keretanya.Arnani tersenyum lebar.Akhirnya,Ziyad datang selamatkan dia dari Fahmi.Ini kerana,dari tadi Fahmi asyik berkepit dengan dia.

"Sorry Fahmi.I got to go.See you again.Bye aunty,take care.Bye Fahmi,"lambai Arnani dan dia masuk ke dalam kereta Ziyad.Fahmi terpaksa mengalah.Puan Sri Jie sudah tersenyum leret.

'Anak aku jatuh cinta lagi.Sayang,dia tidak sedar.Tapi takpe,satu hari nanti dia pasti terima Nani.Nani pun suka Ziyad.Macamlah aku tak tahu,'bisik hati Puan Sri Jie sebelum melangkah masuk kedalam banglo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience