Chapter 1

Romance Completed 23170

(BAB 1)

Dia sahabatku.Dia selalu disisiku,namun aku tidak tahu sejak bila perasaan lebih sekadar sahabat ini melebihi batasnya.Aku ingin meluahkan hasrat hatiku namun aku gusar dia pasti menolakku.Dia pernah bercinta sepenuh hati pada seseorang namun kehilangan juga oleh orang yang dia sayangi.Semenjak itu dia semakin tidak lagi membuka hatinya untuk menerima mana mana perempuan kecuali diriku yang dianggap sahabat dan ibunya.Apa yang harus aku lakukan kerana rasa ini sudah menjadi separuh aku...

Arnani berpeluk tubuh.Sesekali dia melirik jam ditangannya.12.40 p.m?!Terik mentari semakin membahang menimbulkan warna merah jambu dipipinya.Geram hatinya semakin menjadi sehingga dia mengetap gigi atas bawahnya.Jika sesiapa yang berdiri disebelahnya pasti mendengar seperti tanah digerudi kasar.

'Manalah mamat ni.Dahlah lambat,panas lagi ni.Janji pukul 12.Ni dah nak 1 jam aku dok tunggu.Tak timbul jugak.Ada yang makan buku lima padu aku ni kang,' desis hati Arnani.Matanya di kerling apabila melihat susuk tubuh orang yang dinanti kunjung tiba.Sejurus itu,kedua tangannya dicekak ke pinggang.

"Apasal tak datang subuh esok je.Tak pun maghrib tahun depan.At least berhasil jugak janggut atau misai kat muka aku ni.Kot - kot boleh jugak aku ubah jantina,"sergah Arnani.Peluh di dahi tidak dia kesat malah tidak lagi menghirau samaada tudungnya elok atau tidak.Namun,jelinganya semakin tajam.

"Sorrylah,Nani.Aku ada meeting dengan board of director tadi.Kau pahamlah Uncle Zul kau.Dia mana bagi aku keluar tambah - tambah benda penting macam ni.Sorry ya Nani," akhirnya susuk tubuh itu bersuara.

Ya, Carl Ziyad.Carl Ziyad bin Tan Sri Zulkiran.Jejaka ini yang mencuri tumpuanku selama ini.Dialah sahabatku.Dialah racun dan maduku.10 tahun,dia memendam hasrat hati tanpa memberitahu padanya kerana takut kehilangan Ziyad.Lantas,dia hanya membiarkan saja rasa itu tertinggal sendiri.

"Hoi,termenung pulak.Aku bercakap kau termenung eh.Aku tahu aku handsome,tak payah tenung aku macam nampak artis ler," kejut Ziyad mematikan lamunannya.Bibirnya menguntum senyuman sinis.

"Uwerkk,perasan.Uncle Zul aku tu ayah kau jugak.Kau jangan tukar topik eh,aku masih marah ni.Kau janji pukul 12.Ni dah 1.10 p.m.," balas Arnani sambil menyua jam ditangannya ke muka Ziyad.

"Hehe,sorrylah sekali beribu sorry.Okaylah,sebagai tanda maaf aku,aku belanja kau makan hari ni,okay?, tanya Ziyad.Dia membuka cermin mata hitamnya.Senyuman dibibir Ziyad makin melebar.Cuba mengambil hati Arnani kembali.

Arnani yang tersentak dengan renungan dan senyuman Ziyad sedikit cair dengan pujukan Ziyad.Lama dia berfikir,akhirnya dia tersenyum kecil.

"Okay,aku nak makanan yang paling mahal dan ekslusif yang pernah ada kat Malaysia ni," pinta Arnani.Sebenarnya dia tidak marah pun,saja berpura merajuk.Entahlah,dengan Ziyad dia berani merajuk.Kalau perempuan atau lelaki lain nampak mesti fikir dia ini gedik dan mengada - ada.Tapi,itulah hakikatnya.Dia tidak berpura dan Ziyad sendiri tidak mengkritik dia.

"Cun,kau mintak je.Nak kayu dengan batu pun boleh.So,settlelah ya masalah kita,"gurau Ziyad.

"Orait settle.Dah jom,aku lapar.Hari ni naik kereta kau.Kereta aku dia nak rehat pulak," putus Arnani.Ziyad tersengih dan masuk ke dalam kereta.

Dengan lafaz bismillah,Ziyad memanaskan enjin BMW iv8 miliknya. "Here we go," jerit Ziyad dan Arnani.Kereta itu bergerak menuju destinasi yang dituju.Namun,akan tertujukah hati Ziyad buat Arnani?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience