Chapter 12

Romance Completed 23170


(BAB 12)

Hari ini Ziyad hanya duduk dirumah.Dia terasa malas hendak pergi ke pejabat.Sesudah sarapan,dia pergi ke kolam renang.Ingin mengambil angin.Dia berjalan sekeliling.Dan duduk serta melunjurkan kaki ke dalam kolam.Dia berfikir.

'Aku dan Arnani?Ah,kusutnya.Betul ke aku suka dia?,haih.Hati dia betul - betul tak keruan.Sudah tiga hari dia berfikir.Tapi dia masih tidak dapat jawapan.Sedang dia berfikir,dia rasa dia dipeluk seseorang dari belakang.Dia menoleh,Nisha.Terus mati moodnya.Ziyad segera bangun dan melepaskan pelukan Nisha.

"You ni takde adab ke?Peluk - peluk orang?Datang rumah orang tak boleh sopan ke?Ni pakai macam tak cukup kain ni,dah cukup pahala ke?,"marah Ziyad.Dia cukup geli dengan sepupu dia yamh seorang ni.Bukan dia tak cakap yang dia tak suka namun lagi dia mengelak lagi si Nisha ni ikut.Naik rimas Ziyad.

"Ala baby,I pakai lawa - lawa ni untuk you tau.I peluk you je pun.Bukan orang lain,"balas Nisha gedik.Dia membetul - betulkan rambut karat dia.Dah serupa teh tarik dah warnanya.Perempuan macam nilah merendahkan martabat perempuan lain.Datang tak dijemput,berpakaian tak senonoh dan berpeluk bukan mahram tanpa izin.

Ziyad mendengus.'Ada jugak makan kaki kang.Aku cakap ada je jawapan dia.Nasib kau ni perempuan lepastu anak buah mama.Kalau tak lama aku campak luar,'marah Ziyad.

"Baby,jom shopping.I nak keluar dengan you.Lagipun kita boleh cari barang kahwin kita,"gelak Nisha bersama kegedikan yang seperti 18SX gitu.Dia memegang lengan Ziyad.Ziyad merentap kasar.'Berangan je lebih,perempuan macam kau nak buat bini,minta maaflah.Baik aku kahwin dengan Arnani,'eh tiba - tiba Arnani dipetik.

"You dengar sini Nisha.I takkan kahwin dengan you.Jadi,janganlah berharap yang I akan pilih you.Sorry to say,but I never love you for just one second until last my breathe.You bukan pilihan I,"jelas Ziyad mengundang kemarahan Nisha.Nisha menghentak kakinya.

"You memang kurang ajarkan Ziyad.You jangan menyesal,"jari Nisha menunding kepada Ziyad.Dia sedang dalam kemarahan.Dia rasa tercabar sangat.Selama ini tiada siapa pernah menolak dia yang cantik.Sebut je mana mana lelaki,pasti datang melutut pada dia.Tapi,Ziyad lain.Dia tidak tunduk padanya.Itu sebab dia inginkan Ziyad.

"I takkan menyesallah.Buang masa I je.You jangan ingat I tak tahu you keluar masuk clubbing macam rumah you then berpura baik dengan family I hanya untuk raih cinta I.Eww,please k.Don't be such a hypocrite woman,"Ziyad membidas balik.

"Oh you ingat Arnani tu baik sangatlah.Hey,dia dengan I pun lebih kurang sama jelah.Sahabat yang you agung - agungkan tu pun hipokritlah.Jangan nak suka dia sangatlah"tuduh Nisha.

"You jangan libatkan Arnani.She is innocent and yes,better than you.And one more thing,I really liked her and of course I really do love her now.Now,you get my explainations so go back to your home,"Ziyad akhirnya mengaku.Nisha tergamam.Hatinya benar - benar perit.Ziyad meninggalkan Nisha sendirian dan menanggung malu.

"Takpe Ziyad.Aku tak dapat kau pun aku tak rugi sebab ramai lagi yang nak aku.Tapi,sebelum tu biar aku balas dendam dulu.You wait and see,"kata Nisha perlahan sebelum melangkah keluar dari banglo itu.

●●●●●●●●●●●●●

Arnani check in hotel dia.Setelah mendapatkan kunci dia menuju ke bilik.Dia membuka tudung dan kot yang dia pakai.Aircond bilik dinaikkan sedikit suhu.Hari ini benar - benar panas.Harap petang hujanlah.Sudah lima hari dia kursus.Dan selama lima harilah si Fahmi tu asyik menelefon,bersmslah,berwhatsapplah.Jenuh juga dia melayan sehinggakan ada antaranya dia tak jawab langsung.

Mood Arnani untuk menulis diari timbul.Dia mengambil tas tangannya untuk mengambil.Namun,tiada.Dia menyelongkar lagi.Masih tiada.Katilnya sudah penuh dengan barang - barang yang diletakkan bersama dalam tasnya.Arnani mencari dalam beg bajunya.Tiada.Arnani sudah mundar - mandir.Sekejap itu dia duduk.Dia cuba mengingati kali terakhir diarinya berada di mana.Tetapi dia yakin,diarinya selalu ada dalam tasnya.Dia memicit kepalanya yang tiba - tiba pening.

"Kali terakhir aku nampak buku diari tu masa aku kat rumah Aunty Jie.Masih lagi dalan beg tu.Takkan tertinggal kut.No,tak mungkin sebab tas berzip dan berada di dalam bilik tetamu.Aduh,kalaulah aku check masa balik tu tentu tak hilang.Macam mana ni dalam tu banyak isi penting.And macam mana kalau betul - betul tertinggal kat rumah tu,Ya Allah,rahsia aku.Ziyad tak boleh tahu.Ya Allah,macam mana ni.Nak telefon Ziyad ke?Tak boleh nanti kalau Ziyad cari and betul kat situ mesti Ziyad baca.Ya Allah,janganlah ada dekat situ,"Arnani cuak.

Ziyad tidak boleh tahu isi kandungan diari tu.Atau Ziyad akan benci akan dirinya.Tidak,dia tidak mahu hilang Ziyad hanya kerana perasaan bodohnya.

Arnani berdoa agar diari itu tiada dirumah Ziyad.Dia berharap sangat!

●●●●●●●●●●●●●

Ziyad terduduk di kerusi.Dia memegang dadanya.Berdegup pantas setelah pengakuan dibuat walaupun bukan didepan Arnani.Malah lagi maha hebat degupan ini berbanding lafaz cinta pada arwah Lisa dulu.Bibir Ziyad menguntum senyuman kecil.Keputusan sudah dilakukan.

Dia cintakan Arnani!Ya,dia cintakan Arnani,sahabatnya.Dan,dia akan melakukan apa saja untuk mendapatkan Arnani.Cukuplah sekadar sekali cintanya tidak kesampaian.Dia yakin dia mampu buat Arnani jatuh cinta pada dia.Bukan pada Fahmi,tidak sesekali pada buaya darat itu.

Kini azamnya makin kuat.Tunggulah selepas Arnani pulang dari kursus dia akan menyunting Arnani sebagai suri hidupnya.Buat masa sekarang dia tidak mahu Arnani terjejas kerjanya dengan pengkuannya kelak.Dia akan menggunakan waktu ini untuk merangka rancangan sebaik mungkin.Rancangan untuk menawan hati Arnani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience