Chapter 16

Romance Completed 23170

(BAB 16)

Ziyad menunggu Fahmi.Dia mengambil keputusan untuk mengambil hati Arnani kembali.Pagi itu,selepas sarapan dia segera bersiap ingin ke rumah Arnani untuk meminta maaf.Mama dan papanya turut meminta dia buat benda yang sama.Cincin di dalam kotak baldu direnung.Sepatutnya,rancangan dia aturkan menjadi.Namun,kerana kebodohan dia menurut kata hati dia terlepas peluang.

Ziyad nampak kereta Mitsubishi milik Fahmi.Dia mengambil tempat duduk penumpang dan memakai tali pinggang.Muka Fahmi sedikit cemas.

"Kita kena pergi airport sekarang.Arnani baru whatsapp aku cakap dia akan ke London dipintu balai berlepas nombor 3.Ziyad bergegas ke situ.

Kosong.Itulah yang ada disitu.Pintu balai berlepas sudah tutup.Dia ternampak abang sulung Arnani dan melangkah ke arah mereka.

"Abang,mana Nani?,"tanya Ziyad.Tercungap - cungap namun tangannya masih erat memegang kotak baldu cincin tadi.

Rizal menggeleng."Dia dah berlepas,"pendek saja jawapan.Ziyad terduduk melutut ke lantai.Dia terdiam.Namun,setitik airmatanya jatuh.Fahmi yang baru tiba,berdiri disebelahnya.

Rizal tidak sanggup melihat keadaan Ziyad begitu.Dia memegang bahu Ziyad dan meminta dia bangun.Dia berdiri menghadap Ziyad.

"Abang tahu Ziyad pun cintakan Nani,dan Nani juga cintakan Ziyad.Tapi,sekarang ni hati Nani sedang terluka dalam sangat.Biar Nani tenangkan dirinya dulu.Ada masa 5 bulan dari sekarang,kalau betul Ziyad cintakan dan perlukan Nani,cari cara nak miliki hati dia balik.Itu saja abang mampu cakap,"ujar Rizal.Dia merestui cinta adiknya dan Ziyad.Ziyad mengangguk.

Rizal menepuk - nepuk bahu Ziyad sebelum pergi melangkah pergi.Ziyad turut mrngikuti bersama Fahmi.Di luar,Ziyad terpanggil untuk memandang langit biru,sebuah kapal terbang MAS melintasi awan.'Mungkin Nani ada dalam tu.Tunggu aku Arnani sayang,aku akan bahagiakan dirimu,'azam Ziyad.

●●●●●●●●●●●●●

Arnani merenung langit biru diluar tingkap kapal terbang.Tak lepas matanya memandang.Dia pergi dengan harapan dan dia kan pulang dengan kejayaan.Itulah semangatnya

Biarlah waktu merawat hatinya.Kalau benar ada jodoh diantara dia dan Ziyad,dia akan terima.Kalau tiada,dia pun tidak berhak menghalang takdirNya.Dia pergi bukan kerana kecewa tapi kerana dia ingin berehat sekejap.Sekejap saja sebelum meneruskan ekspedisi hidupnya lagi.

Selamat tinggal Malaysia!Kita jumpa lagi 5 bulan.

Akhirnya pesawat itu meninggalkan bumi Malaysia.

●●●●●●●●●●●●●●●●

Ziyad yang baru sampai rumah disambut oleh mamanya.Mamanya tidak berkata apa kerana memahami dari riak sugul wajahnya.Cuma mamanya memberikan dia sepucuk surat.Katanya dari adik arwah Lisa.Adik arwah Lisa terjumpa maa mengemas barang arwah Lisa dirumah lamanya.Ziyad membaca dalam biliknya.

Kehadapan cintaku,Carl Ziyad.
Maaf kerana menganggu hidupmu sayang.Tika awak membaca tinta ini,ini merupakan tinta saya yang paling ingin saya ucapkan pada awak tetapi tidak terluah.

Ziyad,mengenalimu adalah momen paling terindah pernah saya miliki.Mencintai awak adalah satu hal yang membuat saya bahagia.Ziyad,saya tahu awak masih teringatkan memori cinta kita.Saya juga mencintai awak Ziyad,sepenuh hati saya.
Seandai saya pergi dulu,maafkan segala kekurangan saya.Maafkan sekiranya saya tidak berjaya memenuhi setiap keinginan awak inginkan.

Ziyad,jangan menangis pemergiaan saya.Biarlah saya membawa kenangan kita.Jangan awak menutup hati awak untuk menerima yang lain.Arnani,dia yang paling sesuai untuk mengantikan saya.

Arnani,ya Arnani sudah lama menyimpan hatinya pada awak Ziyad.Malah dia mencintai awak lebih dari saya,dan saya merasa menyesal kerana hadir antara kalian berdua.Andai saja saya tidak hadir,pasti Arnani dan awak sudah bahagia.Tapi,saya bersyukur kerana Allah memberi waktu untuk saya merasa kasih seorang lelaki selain dari papa saya.

Sayang,
Jangan biarkan Arnani terluka lagi.Cukuplah selama ini dia menipu dan berlakon dihadapan kita.Dihadapan saya walau saya mengetahui hatinya luka berdarah.Jagalah dia sebaik mungkin kerana Arnani wanita yang baik.Bahagiakanlah Arnani,Ziyad.Terima dia bukan saja sebagai sahabat,malah sebagai bidadari syurga awak.

Saya melepaskan awak dengan hati yang gembira.Sekurangnya saya tahu awak akan bahagia dengan seorang yang sudah lama dan masih mencintai awak sebelum saya.

Ziyad,
Saya sayang awak selamanya.Sampaikan salam saya buat Arnani.

Yang ikhlas menyayangimu,
LISA.

Ziyad menyapu airmatanya.Dia memeluk warkah dari arwah Lisa erat ke dadanya.Dia sungguh menyesal,kini dia kehilangan kedua - dua sahabat dia.Airmata lelakinya menitis lagi.Dia menangis kerana dia juga manusia yang punya perasaan.

Ketukan dipintu dibiarkan.Puan Sri Jie masuk dan merenung sayu pada anaknya.Dia pergi ke anaknya dan menarik anaknya kedalam pelukan.Seorang ibu,walaupun marah bagaimana sekalipun pada anaknya,tetap juga menyayangi anak kerana dia masih seorang ibu.

"Mama,Ziyad hilang semua,"tangis Ziyad.Puan Sri Jie turut menitiskan airmata.Dia mengusap - usap belakang anaknya.

"Ziyad kalau betul - betul inginkan semua kembali,fight for it.Jangan mengalah,anak mama tak pernah mengalah.Mama tahu anak mama kuat,"dorong Puan Sri Jie.Dia mahu anaknya terus berusaha.Dia juga inginkan Arnani menjadi pilihan anaknya.

Ziyad hanya diam.Tangisnya sudah tiada,yang ada kini cuma semangat untuk bangkit.

'5 bulan,dan dalam masa 5 bulan,Arnani milik aku,'tekad Ziyad.Kali ini dia tidak mahu berbuat silap lagi.Itu janjinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience