Chapter 3

Romance Completed 23170

(BAB 3)

"Kau bila nak kahwin ni Arnani?,pertanyaan Mak Lijah itu menghentikan pekerjaan yang Arnani sedang lakukan.Bunga telur sempena majlis resepsi adiknya,Armanina untuk tengahari esok direnung kaku.

"Kau dengar tak ni Nani oi?Mak tanya kau ni?", tepukan di peha Arnani mematikan lamunan kosongnya.Dia mengigit bibir merangka jawapan namun dia tidak dapat berfikir.

"Apa mak ni?Apa kena mengena kahwin dengan Nani?," muncung Arnani.Acapkali dia diajukan soalan mengenai kahwin,kahwin dan kahwin.Mentang - mentanglah umur dia sudah 27 tahun,so kena kahwin jelah.Hish.

"Apa kena mengena kau tanya mak?Hey Nani,aku tanya kau soalan kau balas kat mak balik soalan?Bertuah punya budak.Sedarlah hoi,kau tu bukan makin muda,makin tua.Nanti dah umur 40 baru nak kahwin baik tak payah.Sepatutnya kau yang kahwin dulu,ni adik kau yang langsung pulak.Haih,tak paham aku dengan kau ni," bebel Mak Lijah pada anak gadisnya.

Dia bukan apa tetapi dia mahu anak - anaknya bukan saja berjaya dari segi cita - cita namun dalam kehidupan bekeluarga.Anak - anaknya yang lain semua sudah punya pasangan dan anak - anak sendiri.Cuma Arnani ini,sungguh susah dia nak dengar Arnani menyebut atau menyentuh soal perkahwinan.

"Ala mak ni.Biarlah adik kahwin dulu.Nak buat macam mana kalau jodoh dia dah sampai dulu.Lagipun,jodoh Nani Allah tak sampaikan lagi.Nanti esok lusa tu adalah," balas Arnani.Ini yang dia kurang gemar kalau pulang ke Pahang.Pasti ramai bertanya pasal bila nak kahwin,dah ada calon ke?.Haih,apalah nasib aku ni.

"Kau ni kalau aku bercakap suka benar melawan,ada je benda nak di bidasnya.Nani oi,bukaklah akal dan hati kau tu Nani.Kita sebagai hamba Allah bukan saja mengharapkan ketentuan dari dia malah kita kena usaha.Ini tidak,mak tengok kau asyik kerja, kerja je.Mak ni dah tua Nani,kalau arwah ayah kau ada tentu dia sedih tengok kau masih macam ni.Mak ni kalau boleh naklah kau tu kahwin jugak,ada suami,ada anak -anak sebelum mak mati.Kalau macam ni kempunanlah mak Nani oi," Mak Lijah berkata sambil tangannya masih ligat mengisi bunga telur berkotak - kotak.

"Mak,siapa taknak kahwin mak.Orang gila pun kalau dia waras,dia nak kahwin tau mak.Tapi Nani masih belum sedia", Arnani semakin jenuh memuaskan hati maknya mengenai soalan perkahwinan ini.

"Kau tak bersedia atau kau kau masih tunggu Ziyad?," tekaan Mak Lijah benar - benar mengusik tangkai hati Arnani.Arnani kehilangan kata - kata.Mak Lijah hanya tersenyum sinis.Sayu hatinya mengenakan nasib anak gadisnya itu.

"Kenapa kau tak terus terang Nani?Kau takut kau kena tolak ke?Nani,kalau suka,sayang cakap jangan dipendam.Kalau kau masih pendam,Ziyad takkan tahu hati kau Nani.10 tahun Nani,takkan lagi 10 tahun kau masih nak ikut dia?Silap - silap dia dah beranak pinak dah Nani." Mak Lijah tahu anakya itu sudah lama menyukai sahabat rapatnya.Bukan Mak Lijah tak kenal Ziyad,malah keluarga Ziyad turut dia kenali sebelum berpindah ke sini setelah kematian suami.

"Fikirlah Nani.Mak ni bukan mendesak kau,tapi mak sayangkan kau.Mak nak anak - anak mak bahagia dan gembira.Itu je mak minta.Fikirlah Nani.Dahlah,mak nak masuk tidur.Esok mesti sibuk nak masak bagai?Kau pulak jangan tidur lambat,esok resepsi adik," Mak Lijah mengakhiri perbualan mereka.

Arnani ditinggalkan keseorangan di ruang tamu itu.Mujurlah saudara maranya tidak tidur dirumahnya kerana menyewa hotel berdekatan.Arnani berfikir sejenak.

'Patut ke aku luah isi hati aku sebenar?Atau diam saja?Tapi hati Ziyad masih milik Lisa,' hatinya berperang sendirian.Sejenak matanya digenangi air lalu membasahi pipinya.

'Apa yang harus aku lakukan?,' bisik hati Arnani lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience