Chapter 15

Romance Completed 23170

(BAB 15)

Sampul putih berisi surat dari syarikatnya dipegang erat.Dia merenung pada surat itu.Pagi tadi,Laila pembantu projeknya datang melawat dia.Dia juga diberitahu bahawa pembentangan projek perancangannya masa kursus 3 minggu lalu telah menjadi pilihan syarikat Mexico itu.Tetapi,dia harus pergi ke London untuk menguruskan tapak pembangunan disana selama 5 bulan.Datuk Syakir memberi dia waktu untuk berfikir sama ada ingin menerima atau memberi orang lain yang menguruskan.

"Kalau Nani rasa Nani taknak lepaskan peluang,pergilah dik,"suara kakak iparnya,Nurul mematikan lamunannya.Anaknya berusia 10 bulan diagah sehingga terbit senyuman comel dibibir anak kecil itu.Arnani turut tersenyum kecil.

"Kalau akak,akak buat apa?,"tanya Arnani.Dia memerlukan pendapat supaya dia dapat menimbangkan kata hatinya.Nurul meletakkan anaknya dalam walker car.Anaknya duduk diam sambil bermain mainan yang terdapat di walker car itu.

"Kalau akak tak bekeluarga dan beranak time ni,akak pergi dik.Sebab tawaran tak datang lagi dah.Yelah,bayangkan adik yang penat - penat rangka projek tu sudahnya bagi dekat orang lain.Tak ke gila.Ala,lagipun 5 bulan dik,bukan 5 tahun,"cadang Nurul.Dia amat menyayangi adik iparnya ini.Walaupun adik iparnya ini tampak kuat namun dalamannya Nurul tahu,dia rapuh kerana Nurul juga seorang wanita.Dia memahami.

"Lagipun,inilah satu cara untuk Nani berehat dan tenangkan fikiran dari masalah.Pergilah rawat hati tu Nani,bila dah balik sini biar jadi kuat,seteguh batu,"saran Nurul.Arnani sudah mencerita apa yang terjadi.Dia berubah tempat dan mengusap belakang Arnani memberikan kekuatan.Arnani senyum dan menggengam tangan kakak ipar kesayangannya.

'Mungkin betul apa yang kak cakap.Aku patut rawat hati aku,'Arnani sudah mengambil keputusan.Yang pasti,dia tidak akan ubah dan menoleh belakang lagi.

●●●●●●●●●●●●●

"Ziyad,Ziyad,"jerit Fahmi.Selepas saja sampai di Kuala Lumpur,dia terus meluru ke banglo Tan Sri Zulkiran.Dia masuk tanpa memberi salam.Hatinya masih membengkak dengan sikap Ziyad terhadap Arnani.

"Kenapa ni Fahmi?," tanya Puan Sri Jie.Dia agak terkejut dengan pekikan dari ruang tamu.Segera dia kemari.

"Aunty,Fahmi minta maaf kalau kedatangan Fahmi ni menyusahkan aunty tengah hari.Tadi Fahmi pergi office Ziyad,secreatry dia cakap Ziyad tak masuk.Fahmi ada perhitungan perlu diselesaikan,"jelas Fahmi.

"Perhitungan apa yang kau nak hitung dengan aku?Hutang apa aku buat dengan kau?,"muncul Ziyad tiba - tiba.Dia melangkah turun.Dia berdiri depan Fahmi.Puan Sri Jie mula tidak sedap hati lalu menelefon suaminya.

"Memang kau ada hutang dengan aku.Ni hutangnya,"Fahmi melepaskan tumbukan ke muka Ziyad lalu Ziyad jatuh terduduk di tangga.Ziyad mengelap darah yang mengalir di celah bibirnya.Dia tidak membalas.

"Kau pahal hah?Datang rumah orang,terpekik terlolong,tuduh orang berhutang dengan kau?,"soal Ziyad.Dia amat bengang.Ingin saja dia menumbuk kembali,tetapi dia bukan manusia yang membalas tuba kembali.

"Kau ni memang lelaki tak gunakan.Kau tu Arnani tu macam sampahkan,"akhirnya terlerai pertanyaan Ziyad.Dia tersenyum sinis.

"Pasal Arnani rupanya,hah kenapa dengan perempuan tu.Lepas aku,kau pulak dia cekau,"serang Ziyad.Dia amat cemburu bila nama Arnani meniti di mulut Fahmi.

"Kurang ajar,"sekali tumbukan padu dari Fahmi mengena muka Ziyad.Kali ini,Ziyad membalas.Mereka bergomol di lantai rumah itu.Tan Sri Zulkiran mula sampai menjerit kecil.Puan Sri Jie terkocoh - kocoh mendapatkan suami dan anak - anaknya.Tan Sri Zulkiran meleraikan pergaduhan mereka.

"Sudah,jangan sampai aku bawa korang berdua ke balai,"ugut Tan Sri Zulkiran.Dia memandang tajam kepada Ziyad dan Fahmi.

"Kau tak tahu perkara sebenar Ziyad,kau bodoh,tuli dan buta.Selama 10 tahun,Arnani menyimpan perasaan pada kau.Tapi,kau ni buta,tidak pandai menilai mana permata.Ikutkan perasaan kau.Hey,kau sedar tak,Arnani banyak menangis untuk kau.Selama 10 tahun,Arnani menangis untuk kau hanya untuk mendapatkan hati kau yang angkuh dan keras.Tapi,Arnani tu sabar.Dia sanggup tunggu kau dengan harapan suatu hari nanti,hati kau terbuka untuk terima dia.Kalau kau nak tahu,dari dulu aku simpan perasaan aku buat Arnani,tapi aku lepaskan dia sebab apa?Sebab Arnani pilih kau dari aku.Aku tak tahu kau jenis manusia macam apa.Tak reti bersyukur.Kalau aku jadi kaulahkan,aku takkan buang dia macam mana kau buat sekarang.Aku tak sangka kau macam ni rupanya,lagi buruk dari aku,"panjang Fahmi berkata.Tan Sri Zulkiran dan Puan Sri Jie tergamam begitu juga Ziyad terkelu.

"Aunty,uncle,Fahmi nak balik.Minta maaflah buat 'drama' tapi inilah cara yang paling sesuai.Fahmi minta maaf cederakan anak aunty,uncle,"Fahmi menyalami Puan Sri Jie dan Tan Sri Zulkiran.Mereka tidak marah malah menyokong tindakan Fahmi.

"Mak Arnani dah meninggal.Arnani tak bagi aku pesan pada kau,tapi aku langgar janji aku.Aku harap kau tak sia - siakan pelanggaran janji aku.Jangan sampai Arnani jatuh ke tangan aku,"ucap Fahmi.Dia melangkah keluar dari banglo itu.

Ziyad tertunduk.Tan Sri Zulkiran sudah terduduk di sofa manakala Puan Sri Jie sudah menangis sedih.Dia meluru ke anaknya dan memukul - mukul bahu anaknya.Dia amat marah dengan tindakan terburu Ziyad.Ziyad hanya membiarkan.Sesungguh dia kesal kerana membiarkan Arnani terkapar dalam dukanya sendirian.

●●●●●●●●●●●●●●

Arnani memeriksa pakaiannya.Majlis tahlil sudah selesai dua hari lepas.Esok tengahari dia akan bertolak ke London.Dia memilih untuk pergi ke sana,dia sudah pun mengemas barang - barangnya yang lain.Malam itu,abang dan kakak ipar serta anak mereka tidur dirumahnya kerana esok pagi mereka yang akan menghantar dia ke lapangan terbang.

Dia mengambil keputusan ini dengan hati yang kuat dan tekad.Mulai esok dia akan meninggalkan bumi Malaysia ini untuk 5 bulan lamanya.Bila dia pulang,dia berharap dia akan menghadapi dugaannya dengan lebih kuat dan semangat.Dia juga lemah,tampak tabah namun hatinya seperti kertas yang terkena air akan terkoyak.

"Dah ready untuk esok?,"tanya abang Arnani,Rizal.Arnani tersenyum dan mengangguk.Abangnya duduk di katilnya.

"Pergi sana,jangan tinggal solat.Jangan ikut orang tak kenal,jaga diri,"pesan.Rizal agak risau kerana adiknya pergi tanpa berteman.Namun,dia yakin Arnani mampu menjaga batas - batas apabila disana kerana dia tahu Arnani mempunyai pedoman diri.

Arnani ketawa kecil,kerisauan abangnya mencuit hati.Dia menepuk - nepuk bahu abangnya dan melentokkan kepalanya.Melepaskan beban sekejap.

"Abang jangan risau,Nani selamat.Nani akan jaga diri Nani baik - baik," janji Arnani.

"Dahlah,tidur.Esok nak bangun awal,"suruh Rizal.Dia keluar dari bilik adiknya selepas menutup lampu siling.Rizal tahu masalah yang melanda Arnani dan Ziyad.Memang dia marah namun dia tahu Ziyad tidak tahu perkara sebenar.Arnani melihat abangnya keluar.Dia merebahkan diri.Lampu disisi katilnya menerangi gelap biliknya.

Mata Arnani mengerdip - gerdip.Dia menyedekahkan al - Fatihah buat mak dan ayahya kerana dia terasa rindu.Lirih membasahi pupuk matanya.

'Rupa - rupanya kau ni busuk dan tak sedar diri,'masih terngiang - ngiang Ziyad mengatakan ini padanya.Arnani memegang dadanya dan masih berdegup hanya untuk Ziyad.Ya,Ziyad.Walau 1000 kali dia membuang perasaan cinta itu,10000 kali perasaan itu menjadi kuat.

Namun,Arnani tahu dia harus pergi bila dia tidak lagi diperlukan lagi.Supaya kebencian Ziyad tidak lagi mencambah selain memberi pengajaran pada dia agar tahu diri.

Malam merangkak pergi,semoga esok lebih baik.Harapan Arnani masih ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience