Chapter 19

Romance Completed 23170

(BAB 19)

Hujung minggu,Arnani pergi ke pasar raya membeli barang rumah di Tesco Ampang.Dia menilik senarai barang yang ditulis semasa dia dirumah.Dia membaca sambil menolak troli.Namun,perbuatannya itu mengundang musibah apabila dia terlanggar seorang wanita separuh abad dihadapannya.Dia segera meluru dan mengutip kembali barang yang terjatuh.

"Saya minta maaf puan.Saya leka membaca sampai terlanggar puan.Puan tidak apa - apakah?Ada yang tercedera?,"risau Arnani.Dia masih tidak memandang siapa yang dia langgar kerana takut dimaki oleh pemilik tubuh itu.Namun,masih tiada apa - apa sebarang suara.Dengan sisa kekuatan dia memandang.Mulutnya melopong.

"Arnani,"panggil Puan Sri Jie.Arnani mula merasakan bahunya dihempap batu.Hari itu Ziyad kini mamanya pula.Tapi melihat Puan Sri Jie lagi seronok.

"Aunty Jie,Ya Allah tak sangka jumpa dekat sini.Nani minta maaf sebab langgar aunty.Aunty ada sakit dekat mana - mana?," ulang Arnani lagi.Puan Sri Jie menggeleng.Dia memeluk Arnani dan Arnani membalas.

"Takpe,tapi sebagai tanda balasan Arnani mesti teman aunty pergi minum.Aunty dah lama tak borak - borak dengan anak aunty ni,"pinta Puan Sri Jie.Arnani agak teragak - agak.Akhirnya,dia menerima pelawaan Puan Sri Jie.Dia pergi membuat pembayaran.Begitu juga Puan Sri Jie.

Mereka memilih restoran Jepun yang berada dalam Tesco itu.Tempat yang tersorok di dalam restoran itu membuatkan mereka lebih senang berbual dengan tenang tanpa diperhati oleh manusia.Puan Sri Jie dan Arnani selesai membuat pesanan.

"Nani apa khabar?,"Puan Sri Jie memulakan perbualan.Dia merenung Arnani.Baginya,Arnani masih seperti dulu namun wajah itu sedikit matang.Mungkin kenangan dulu membuat dia semakin tenang dan tabah menghadapi hidup.

"Nani baik,alhamdullilah.Aunty?Uncle?,"tanya Arnani pula.Pesanan mereka akhirnya tiba,Arnani mengucapkan terima kasih.

"Aunth sihat.Uncle pun sama je.Cuma aunty rindukan Nani.Nani pergi tak bagitahu pun.Aunty minta maaf sebab tak datang masa arwah mak Nani meninggal,aunty tak tahu,"jelas Puan Sri Jie.Arnani menggeleng tanda tidak mengapa.

"Ziyad ada bagitahu aunty yang dia jumpa Nani.Dia bagitahu Nani bekerjasama dengan dia untuk projek akan datang,"kata Puan Sri Jie.Arnani hanya mendengar patah bicara wanita yang sudah dia anggap seperti ibunya.

"Aunty tahu apa yang aunty cakap ni sukar buat Nani.Tapi,selagi aunty tak beritahu kebenaran takkan terbukti.Arnani sayang,semenjak kepergian Nani,Ziyad semakin jadi pendiam.Dia hanya memendam perasaan dia je.Dia selalu pergi rumah Arnani.Fahmi yang beritahu aunty.Dia kata Ziyad selalu berhenti ke rumah Arnani dan dia amat rindu pada Arnani.Dia menyesal atas apa yang dia cakao dan buat pada Arnani.Dan dia betul - betul jatuh cinta pada Nani.Jadi,aunty minta kalau betul Nani masih sayang pada Ziyad terimalah dia,"Puan Sri Jie meraih tangan Arnani dan mengenggam erat.Arnani semakin serba salah.Dia berfikir.

"Aunty,beri Nani waktu.Nani minta supaya Nani boleh membuat keputusan kelak,"pendek saja jawapan Arnani.Jujur,dia tiada jawapan bagi permintaan Puan Sri Jie.Dia ibarat ditelan mati mak diluah mati bapa.Puan Sri Jie terpaksa mengalah.Dia tidak mahu terus mendesak nanti jadi lain pula keputusan Arnani kelak.Namun,dia tetap menerima dengan hati terbuka walaupun jawapan Arnani kelak melukakan hati banyak pihak.

"Baiklah Nani,aunty faham.Tapi,Ziyad betul - betul cintakan Nani.Malah melebihi cintanya pada arwah Lisa dulu,"peringat Puan Sri Jie pada Arnani.Arnani hanya membisu.

'Betul ke apa yang aunty cakap ni?Kalau Ziyad hanya simpati padanya bagaimana?,'hati Arnani berperang antara kepalsuan dan kebenaran.Harap dia memperoleh jawapan yang tepat.

●●●●●●●●●●●●●

Arnani mengeluh.Hari ini dia perlu ikut Ziyad ke tapak pembinaan resort di Seremban.Ziyad juga memaksa supaya menaiki kereta dengannya.Kalau tidak,Ziyad mengugutnya ingin memberitahu Dato' Syakir kerana Arnani melayan rakan kongsi buruk.Arnani terpaksa akur kerana pengaruh Ziyad yang besar.Dia keluar mengunci pintu kerana kereta Ziyad sudah menunggu di luar.

"Hai,meh aku bawakkan,"tawar Ziyad namun ditolak oleh Arnani.Mukanya masih bengang.Dia menunjuk isyarat supaya membuka bonet dan meletakkan beg kecilnya setelah bonet dibuka.Haih,dia harus bermalam di sana kerana Seremban dan Kuala Lumpur agak jauh jika hendak balik hari.

Perjalanan hanya berisi dengan kesepian.Ziyad begitu fokus pada pemanduannya,tidak tahu hendak berkata apa.Arnani hanya memandang pemandangan luar.Radio yang memainkan lagu Separuh Aku nyanyian Kumpulan Noah menyapa halwa telinga Ziyad dan Arnani.Seolah - olah menujukan lagu itu tepat kepada mereka.

"Kau lapar ke Nani?Lapar bagitahu,"soal Ziyad.Cuba menghapus kejanggalan antara mereka.

"Tak," jawab Arnani sepatah.

"Kau nak minum?Jom kita pergi singgah mana - mana R&R,"pancing Ziyad lagi.Dia masih mencuba.

"Takpelah,saya tak haus pun,"tolak Arnani.Dia masih memandang jendela.

Pembangunan makin pesatkan,kalau dulu zaman kita masih ada hutan.Tapi,sekarang tanah pun dah tak stabil,"Ziyad cuba ajak Arnani berborak.Dia teringin benar mendengar suara gadis itu.Telah lama rasanya tidak menyapa halwa telinganya.

"Hmm,"acuh tak acuh jawapan dari Arnani.Ziyad tidak jadi meneruskan.Mati sudah rasa dia ingin berborak kerana Arnani masih tidak mahu membuka mulut.Sudahnya,hanya lagu yang kedengaran.Masing - masing membisu.

●●●●●●●●●●●●

Perjalanan yang memakan masa selama 2 jam 30 minit itu tiba jua di destinasi yang dituju.Arnani membawa keluar beg bajunya begitu juga Ziyad.Mereka menuju ke kaunter utama untuk mengesahkan bilik hotel mereka yang sudah ditempah atas talian.

"Selamat tengahari,saya nak kunci bilik atas nama Carl Ziyad bin Tan Sri Zulkiran dan Arnani bt Johari,"Arnani memberitahu.Pekerja disitu menyerahkan kunci dan memberi senyuman manis.

"Terima kasih.Semoga encik dan cik selesa dihotel kami,"ucap pekerja tadi ramah.Arnani membalas senyuman.Dia seterusnya melangkah ke arah Ziyad yang sedang duduk diruang menunggu.

"Nah,ni kunci Encik Ziyad.Kalau takde apa - apa saya naik dulu.Jumpa encik esok,"Arnani menghulur kunci dan disambut oleh Ziyad.Dia mahu berlalu pergi kerana badannya terasa sungguh penat.

"Nani,"panggil Ziyad.Arnani menoleh dan memandang wajah Ziyad.Ziyad berjalan menuju kepada Arnani yang beberapa tapak darinya.

"Ya?,"soal Arnani.

"Jom kita pergi makan,"ajak Ziyad.Dia mencuba lagi untuk mendekati Arnani.Mukanya diriakkan penuh harapan agar Arnani lembut hati.Arnani mengeluh,bukan dia tidak mahu tapi dia tidak mahu kalah lagi dengan penipuan.

"Minta maaf Encik Ziyad.Saya penat dan lain kali saja.Thanks but no thanks,saya naik dulu.Assalamualaikum."Arnani berjalan meninggalkan Ziyad terkapai - kapai keseorangan.Ziyad merasa hampa.Kalah lagi.Bayang langkahan Arnani sudah menghilang.

"Walaikumussalam,"jawab Ziyad juga.Walau perit dia tetap sabar.Dia masih punya esok hari untuk menakluki hati Arnani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience