Chapter 2

Romance Completed 23170

(BAB 2)

Tahun 2004

Matahari semakin meninggi.Jalan raya semakin padat berisi kenderaan kerana pada hari itu hari umum,Isnin.Arnani dan Ziyad mengayuh basikal mereka selaju yang mungkin.Oleh kerana sekolah mereka dekat dengan kawasan perumahan,maka senang jugalah bagi mereka dan tidak perlu mengambil kenderaan bas sekolah.Jimat sikit duit.

"Kau ah ni,Yad.Aku dah kata dah lambat.Nak makanlah,nak pergi tandas lah.Nanti kena tangkap dengan Cikgu Hussein Misai Lentik baru tahu," bebel Arnani.Walaupun hari masih pagi,tetapi baginya seperti dia mandi untuk selepas balik sekolah lagaknya.Peluh membasahi pakaian sekolahnya.

"Lah,hari je pun kita terlewat.Lagipun malam semalam aku tak makan sebab perut meragam.Tadi pun kau sama jugak melantak lagi padahal kat rumah kau dah makan.Macam aku tak tahu.Paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih," bidas Ziyad.Jujur,memang dia lapar sungguh tadi.Entah mengapa perutnya meragam malam semalam.

Mendengar balasan dari Ziyad,dengan serta - merta Arnani membrek basikalnya tidak semena - mena,begitu juga Ziyad.Dia agak berkecil hati dengan kata - kata Ziyad,walau benar namun sebagai perempuan dia masih punya hati.Bukan dia tidak tolak jemputan dari Aunty Jie,tetapi lagi dia menolak lagi di paksa oleh mak Ziyad.

"Kau cakap macam aku ni buruk lantak.Bukan aku tak tolak,tapi mak kau yang paksa aku sarapan sama.Lepas ni,aku tak datang dah rumah kau.Kau pergilah sekolah sendiri," rajuk Arnani.
Dia ingin memulakan kayuhannya semula namun ditahan oleh Ziyad.

Riak wajah Ziyad bertukar menjadi serba salah.Dia mengetap bibir untuk memujuk kembali hati Arnani.Niatnya hanya ingin bergurau sekaligus menbuang kerisauan mereka dari ditangkap oleh cikgu displin nanti.Namun,lain pula yang jadi.Dia merenung wajah muram Arnani sebelum memula bicara.

"Sorry,aku tak bermaksud nak menyinggung perasaan kau.Niat aku cuma nak bergurau,tapi rupanya aku tak sedar aku bercakap kasar.Kau janganlah berhenti dari datang rumah aku.Aku nanti rasa sunyi.Maaf ya," pujuk Ziyad.Dia mengangkat kedua belah tangannya dan membuat isyarat memohon maaf.

Arnani memang terkenal dengan sikapnya yang cepat sejuk hati segera memaafkan.Salah dia juga kerana terlalu cepat merajuk dan terasa hati.

"Takde apalah.Aku pun minta maaf sebab ikutkan rasa hati padahal kita dah kawan lama.Sepatutnya aku tahu kau cuma bergurau," Arnani akhirnya rasional.Ziyad kelihatan kembali gembira.

"Terima kasih Arnani sayang," Ziyad kembali bercanda.Sayang?Tiba - tiba satu perasaan asing menerbu masuk ke dalam hati Arnani.Sedikit sebanyak hatinya terkesan dengan ucapan itu.

'Ah,persetan perasaan ni.Pergi jauh - jauh,' nafi Arnina dalam hatinya.Jantungnya masih berdegup laju.

"Tapikan,masa kau makan tadikan,kan,kan,kan,kau nampak gemuk dan chubby sangat," Ziyad segera memulakan kayuhan basikalnya semula setelah emosi Arnani kembali stabil.Arnani yang tersentak menjadi geram.

"Ziyadddddd,siap kauuuu!!!," jerit Arnani sambil cuba mengejar kayuhan Ziyad di hadapan.Kini,dia tidak takut pada Cikgu Hussein Misai Gulung atau apa sekalipun,yang penting kegeraman terhadap Ziyad dilunaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience