Chapter 6

Romance Completed 23170

(BAB 6)

Arnani duduk di kerusi.Dia melepaskan nafas berat,menumbuk -numbuk bahunya yang lenguh.Majlis resepsi sudah tamat.Jam menunjukkan pukul 5 petang.Nasib dia cuti,jadi dia tidak terkejar - kejar ingin solat.Dia memejamkan matanya dan menekup muka di kedua tapak tangannya.

"Lain kau hari ni," suara Ziyad memecahkan sunyi.Arnani mengangkat mukanya dan memandang terkejut.Beberapa orang pekerja katering sedang mengemas bekas - bekas makanan.Hanya Ziyad dan dia yang tinggal disuatu sudut.

"La,aku ingat kau dah balik,"balas Arnani.Dia tidak selesa apabila mata Ziyad masih memandangnya.Ziyad minum air mineral di depannya.

'Air aku.Alamak,dia minum bekas aku,'Arnani terkejut dan biar saja.Dia tergamam dengan tindakan Ziyad.

"Tak,aku tunggu sampai tugas kau selesai,"Ziyad masih membalas sedikit.Sepi menghuni hati masing - masing.

"Kau nak makan?,"ajak Arnani.Dia memecahkan sunyi.

"Taknak.Kau nak makan,makanlah," Ziyad membalas.Hatinya tidak keruan dari tadi.Dia cuba fahami namun tidak diketemui jawapan.

Arnani bangun dan menuju ke bahagian lebihan makanan.Dia lapar sangat,seharian dia tidak duduk.Dari perancang sehingga menjadi pengapit.Dia berjalan lemah.Tiada angin tiada ribut,diterseliuh.Dia hanya memejam mata dan menjangkakan dia akan jatuh.

'Aik,kenapa aku tak rasa sakit ni.Aku jatuh ke tak ni?,'bisik Arnani.Dia membuka matanya.Tanpa dia sedar,Ziyad menahan dia dari jatuh.Pinggang Arnani dia pegang manakala tangan kanan Arnani di bahu Ziyad dan tangan kanannya di lengan Ziyad.Mata mereka bersabung.

Dua hati terasa debaran yang dalam.Cuba merungkai gerak hati sendiri.Sesaat berlalu,seminit berlalu,berminit berlalu namun mereka masih begitu.Arnani merasakan pinggangnya sudah lenguh,segera berdehem.Lantas,dua - dua tersedar dari renungan yang romantis tadi.

"Erm,aku,hm..a..ku.Japlah,aku nak pergi amik makanan,"Arnina menyambung langkahnya lagi.Tangannya mencedok makanan,namun fikirannya melayang.Ziyad masih disitu.Arnina kembali ke tempat duduknya.

"Makan,"Arnani menjemput.Ziyad hanya mengangguk dan mengusap belakang kepalanya.Ziyad memandang sekeliling dewan.

"Cantik kau hari ni Nani.Cantik sangat,"puji Ziyad.Antara dengar dan tak dengar.Namun,Arnina masih belum pekak.Dia mendengar butir - butir dari mulut Ziyad.Dia berhenti mengunyah dan memandang Ziyad.

"Apa?Bak sini makanan kau tu,"Ziyad merampas pinggan Arnina.Lalu,memakan makanan Arnani.Arnani berasa kenyang tiba - tiba.Dia mengunyah makanan dalam mulutnya tadi.

Masa merangkak pergi.Dua insan mula berputik rasa kasih tetapi masih enggan meluahkan.Ziyad dan Arnani,bersatulah.

●●●●●●●●●●●●●

Arnani menghempas tubuhnya ke katil.Dia mengambil iphone 5S dimeja sisi katilnya.Ada pesanan whatsapp dari Ziyad.Dia membuka dan membaca.

Arnani... - Ziyad.

Arnani berasa pelik,dia hanya membiarkan pesanan itu.Dia kembali meletakkan telefonnya ke meja tadi.Sekali lagi bunyi beep dari telefonnya.Dari Ziyad lagi.

Arnani...
Selamat malam dear... - Ziyad.

Hampir terbuntang biji mata Arnani.Dear?Tak pernah - pernah Ziyad menghantar pesanan begitu.Dia berbaring dan kembali duduk di atas katilnya.

Dia berdiri dan membuka kotak di atas almari bajunya.Berhabuk,dia menyapu dengan tisu.Aranani membuka dan pelbagai barangan dari masa silamnya.Ada album,ada keychain.Terdapat album kecil lalu dia ambil.

Gambar dia dan Ziyad semasa di zaman sekolah.Tiba - tiba sekeping gambar yang sudah lama dia tidak lihat terjatuh di pehanya.Di dalam gambar itu ada dia,Ziyad dan,dan,Lisa.

Dia dibahagian kiri,manakala Ziyad dan Lisa bersebelahan.Mereka nampak gembira dan bahagia.

'Lisa,seulas nama yang sudah lama tidak disebut pada Ziyad.Apakah Lisa masih dihati Ziyad?,'hati Arnani berbisik sendu.

Lisalah sahabatnya selain Ziyad di bangku sekolah.Lisalah yang banyak membantu dia.Rasa bersalah pada Lisa makin bertimbun dan bersarang dalam hati Arnani.

'Apakah aku ini jahat?Mengambil hak orang lain?Ya Allah,berdosanya aku Ya Allah.Lisa maafkan Nani,'hati Arnani menangis.

Arnani menitiskan airmatanya.Airmata dosa dan bersalah walaupun bukan salahnya.Malam itu,Arnani tidur bersama airmata dan ditemani memori - memori duka dan gembiranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience