Chapter 4

Romance Completed 23170

(BAB 4)

Tahun 2005

Persahabatan mereka semakin erat.Persahabatan yang terjalin kadang kala menimbulkan kekeliruan dan cemburu dihati orang lain.Arnina dan Ziyad,persahabatan mereka merupakan suatu tanda tanya.Pernah saja Arnina di serang pelajar - pelajar perempuan sebab terlalu rapat dengan Ziyad.

Yelah,siapa tidak cemburu sebab Ziyad ini mukanya kacak persis pelakon kelahiran England,Sam Claflin.Dengan tubuh badan yang tegap,muka yang hebat masakan tiada siapa naik angin.Kalau dia pun,pasti dia marah itupun kalau Ziyad tu milik dialah,hehehe.Ingat lagi bagaimana Ziyad selamatkan dia dari pelajar - pelajar perempuan.

"Hey perempuan,kau siapa hah nak rapat dengan Abang Ziyad tulah.Kau tak sedar diri ke yang kau tu hodoh,dahlah pakai spek besar,tudung lipat macam makcik nak pergi pasar.Ada hati nak rapat dengan orang macam Abang Ziyad.Eww,pleaselah," marah pelajar yang memakai tag nama pelajar,'Arisa'. Kawan - kawan dia lagi tiga orang berdiri di belakang Arisa,lagak macam security guard.

'Arisa,nama je sedap.Tapi,muka dengan perangai tak secantik adab.Tiba - tiba je heret orang keluar library,hish nasib muka lawa kalau tak dah lama aku hentak kat dinding ni,'kutuk Arnina.Dia tersenyum sinis sehingga menimbulkan kemarahan di hati Arisa.

"Kau pahal senyum - senyum hah?!," tanya Arisa.

"Takdelah,aku bukan apa.Tapi yelah muka jelah yang lawa kau ni.Adab serupa sampah kat belakang sekolah kita ni.Kesian,sebab seorang lelaki nak heret aku cari pasal bagai,then bawak geng.Hello girls,zaman ni dah lapuklah", Arnina meluahkan apa yang dirasa di hatinya.Senyuman sinis masih lagi ada.

"Kurang ajar kaukan?Kau ni memang tak sayang nyawa.Kau dengar sini,aku tak boleh beralah dengan orang tau.Muka kau yang serupa sampah dekat belakang sekolah,jadi jangan bermimpi nak dapat lebih dalam hidup kau," tidak semena - mena ditolak kasar sehingga ke dinding.Belakang Arnina terasa lenguh dengan hentakan.Tangan Arisa dinaik setinggi mungkin ingin menampar muka Arnina.

"Hoi,kau nak buat apa?," Ziyad muncul secara tiba - tiba.Muka dia serius,tiada lagi senyuman seperti sedia kala.Arisa dan rakan - rakannya mula cuak dengan sergahan Ziyad.

"Berani kau sentuh Arnani,tanpa izin aku.Kau pikir dia apa nak tolak kasar - kasar?Anak kucing kau?," hambur Ziyad lagi.Arnani cuma diam,dia tahu kalau Ziyad sudah marah jangan ditegur,pasti kelak merana badan.

"Mana ada Abang Ziyad,Arisa cuma nak dia jauhkan diri dari abang.Arisa jealous tau,abang Arisa sayang abang,"Arisa cuba memegang tangan Ziyad namun ditepis.Mata Ziyad dijegil kepada Arisa.Arnani dikerling seketika,masih dalam kesakitan.

"Hoi,kau dengar sini.Kau nak suka aku ke apa ke,itu hak kau.Tapi,aku jugak berhak bagitahu ni dekat kau.Aku tak suka kau,aku benci kau.Akuntak suka kau dekat dengan Arnani.Kau pikir aku tak tahu yang selama ni kau yang hantar surat dekat aku,peras ugut kawan aku yang lain jangan rapat dengan aku termasuk Arnani.Sekarang ni aku nak kau berambus sebelum kau yang aku humban nanti," tengking Ziyad.

"Tapi,"Arisa cuba berdiplomasi.

"Pergi berambus," putus Ziyad.Arisa dan kawan - kawan melangkah pergi.Sebelum mereka pergi,pelbagai jelingan maut dihadiahkan pada Arnani yang terduduk.

Ziyad menoleh ke arah Arnani.Dia masih serius.Lama mereka bertentang mata,namun Arnani menundukkan pandangan.Dia masih takut dengan kemarahan Ziyad.Ziyad mengambil nafas sedalam mungkin.Arnani bangun dari duduknya.

"Jom,kita balik.Aku hantar kau balik.Jangan nak degil," putus Ziyad.'Eh eh,macam tahu - tahu je aku nak cakap tak boleh,' fikir Arnani.Mereka masih membisu tatkala berjalan.Arnani di belakang manakala Ziyad di depannya. Tiba - tiba Ziyad berhenti dan hampir saja mencium belakang Ziyad.Ziyad menoleh ke belakang,dia berpeluk tubuh seketika.

"Kau tahu tak,aku cari kau bagai nak gila.Kau cakap kau tunggu kat library.Aku tunggu tahu tak?Lagi satu,kenapa kau tak lari je bila diorang serang?Kalau jadi apa - apa kat kau macam mana?,"Ziyad menghamburkan ketidakpuasan hatinya yang terbuku,

"Aku minta maaf,sebab tak bagitahu kau.Aku tak jangka diorang heret aku sampai sini,"terang Arnani.Dia hampir menangis.Dia tidak bersalah pun.Ziyad terasa kesal setelah melihat Arnani hampir menitiskan airmatanya walau Arnani menundukkan muaknya.

"Aku taknak jadi apa - apa dekat kau.Mulai sekarang,aku nak kau dengan aku,melainkan tandas.Aku akan ikut mana kau pergi.Kalau perlu ke tandas jugak aku ikut je,"Ziyad membuat muka coolnya.Arnani membuntangkan biji matanya.

"Kau gila?Aku cepuk kau nanti.Jangan nak gatal sangat,"sedih yang sepatutnya bertukar sendu.

"Ala,aku peduli apa.Lagipun,kau ni jadi milik aku,so semua pasal kau aku tahu.Mana tahu esok lusa aku jadi laki kau,aku tetap tahu luar dan 'dalam' kau.Ya tak,"Ziyad membisikkan kata - kata nakalnya ditelinga Arnani.Hampir tak bernafas Arnani.Dia menarik muka marahnya.Ziyad sudah memulakan langkahnya memandangkan Arnani sudah mula naik angin.

"Carl Ziyadddddddd!!!!,"jerit Arnani.Dia segera mengejar Ziyad yang sudah berlari jauh.Tanpa Arnani sedari hatinya berbunga indah.

●●●●●●●●●●●●

"Weh,kau dah siap Math tak Yad?,"tanya Arnani.Ziyad mengangguk.

"Kau ajarkan aku please.Aku tak tahulah,"pinta Arnani.Ziyad tersenyum dan mengangguk lagi.

"Boleh tapi aku nak kau masakkan aku nasi goreng kampung.Boleh?," Ziyad tersengih.Arnani mengecilkan anak matanya.

"Kau ni kalau minta tolong mesti nak upah.Yelah,nanti aku masak,siap hantarkan lagi kat rumah kau ya,"perli Arnani.

"Of course,"Ziyad balas pendek.Senyuman tak habis lagi.Terkenang nasi goreng kampung Arnani,fuhh sedap.Arnani memang pandai masak.Kadangkala Ziyad pelik juga,Arnani ni kasar,tapi pandai masak.Dia tergelak sendirian.

Arnani memandang pelik.Dia hanya menggelengkan kepala.Sakit otaknya melayan Ziyad.Cikgu Salamah mula memasuki kelas 5 Sains.Ketua kelas mengucapkan selamat diikuti pelajar lain.

"Selamat pagi kelas.Hari ni kita ada kawan baru.Dia baru pindah dari Johor ke sini.Mari,"panggil Cikgu Salamah pada seseorang dimuka pintu kelas.

"Hai,saya Lisa,"ucap pelajar perempuan baru itu.

Semua mata memandangnya kecuali Ziyad.Arnani menyiku lengan Ziyad.Ziyad mengangkat kepala memandang Arnani.Arnani memuncung ke hadapan mulutnya.Ziyad menoleh dan seketika pen di tangannya terjatuh.Matanya seakan terpaku,digam.Hatinya mula berdebar bila matanya dan mata Lisa bergabung.Seakan mahu masa berhenti.

Arnani memandang Ziyad.Entah mengapa dia merasakan Ziyad akan menjauh darinya.Arnani semakin sedar hubungan persahabatan mereka ditambah kepada tiga.Hati Arnani semakin tidak keruan.

Ziyad masih begitu,walhal Lisa sudah duduk di tempat kosong hadapannya.Haruman rambut Lisa mencairkan hati Ziyad.Hilang sudah bayangan nasi goreng kampung masakan Arnani,kini muncul Lisa dalam bayangannya.

"Okay kelas.Hantar kerja semalam cikgu beri semalam," arahan Cikgu Salamah menyentak lamunan Ziyad.Bibirnya semakin mekar.Semekar bunga ditaman.

Namun,tanpa jangka Arnani semakin berluka darah.Layu disebelah tanpa dijaga lagi.Lisa,itulah permulaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience