Chapter 14

Romance Completed 23170

(BAB 14)

Arnani menghirup jus limaunya.Ziyad masih tidak kunjung tiba.Padahal berjanji pukul 3.Sudah hampir setengah jam dia menunggu,kelibat Ziyad tidak juga ada.Dia bermain dengan straw gelasnya.Dia mengigit sehingga lunyai.Perutnya jangan cakap,sudah berdondang sayang.Namun,dia ingin makan bersama Ziyad.Lalu,dia menunggu lagi.Dia bermain games di iphonesnya.

1 jam berlalu...
Masih lagi Ziyad tidak tiba,gelasnya Arnani sudah bertambah kepada tiga.Sudah habis diminum semuanya.Perutnya sudah kenyang kerana terlalu banyak minum air.Bukan dia tidak cuba menelefon,malah 30 kali dia telefon ditambah pesanan tidak dibalas.Arnani sudah tidak sanggup lagi,jam sudah menginjak ke hampir ke angka 5 petang.Dia membayar pesanan dan berlalu keluar dari restoran yang berada di Mid Valley.

Ketika dia ingin menghidupkan enjin,dia terdengar telefonnya dimasuki pesanan.Segera dia menyambar tasnya dan membaca pesanan.Dari Ziyad,Arnani mengeluh nafas.Walaupun geram,sekurangnya dia tahu Ziyad tidak apa - apa.

DATANG JUMPA AKU DEKAT TASIK TITIWANGSA.URGENT!

Arnani agak tersentap,Ziyad tidak pernah menghantar pesanan dengan huruf besar selama mereka berkenalan.Dia ada buat salah ke,namun dia segera menuju berjumpa Ziyad jika ingin kepastian.

Perjalanan yang mengambil masa selama 20 minit dirasakan lambat.Padahal Mid Valley dan Tasik Titiwangsa tidaklah jauh mana.Arnani segera memakir keretanya.Dia perasan kereta BMW mikik Ziyad masih terpakir elok.Dia segera mencari Ziyad.Setelah puas mencari,dia akhirnya terjumpa Ziyad duduk dibangku dibawah pohon yang rendang.Tempat disitu agak tersorok,padahal dia sudah melalui di situ.Takkan Ziyad tidak nampak?

Ziyad masih duduk tidak berkutik.Matanya dilindungi cermin mata hitam,dia bukan tidak nampak Arnani tadi.Tapi,hatinya penuh kemarahan dan kesakitan yang menuntut dia membiarkan Arnani turut sakit.Ego lelakinya tercabar dengan perbuatan Arnani selama mereka berkenalan.

"Kau kenapa tak datang Ziyad?Aku tunggu macam nak gila,kau buat aku macam tunggul.Kau buang masa akulah Ziyad,penat aku risaukan kau,sedap - sedap kau duduk dekat sini,"hambur Arnani.Dia separuh gila mencari Ziyad.Ziyad masih macam tadi,diam.Arnani mengurut dadanya.Tiba - tiba Ziyad tersenyum sinis.Arnani semakin geram,pelik pun ada.

"Dah habis?,"Ziyad membuka mulut.Nadanya penuh dengan keangkuhan dan kekerasan.Lain,ini bukan Ziyad yang dia kenali.

"Kau kenapa Ziyad?Kenapa kau lain sangat ni?Kau salah makan ubat eh?," Arnani cuba bergurau.Ziyad tidak juga ketawa tidak juga memandang dirinya.

"Hahahaha,kau memang tak tahu malukan Nani.Aku tak tahu kau pandai berlakon.Aku tertipu dengan lakonan kau,Nani.Excellent,"sindir Ziyad lagi.Sumpah,Arnani mahu pitam.'Lakonan apa ni,'Arnani bertanya pada hatinya.

"Apa kau cakap ni Ziyad?Lakonan apa?,"Arnani mula merasakan bibit - bibit pergaduhan mula menular.

"Pandai kau,pura - pura tak tahu.Kau tahu tak,aku ni anggap kau sahabat aku paling aku sayang.Malah aku sayang kau lebih dari segala - galanya.Rupa - rupanya kau ni busuk,dan memang tak sedar diri,"hina Ziyad.Dia membuka cermin mata hitamnya.Matanya penuh api kebencian yang tidak diketahui dari muna mulanya.Arnani sudah melopong dan berkaca dengan penghinaan yang keluar dari mulut Ziyad.

"Aku tak sangka kau busuk hati.Selama ni kau suka bila arwah Lisa meninggal,kau tidak ikhlas berkawan dengan dia.Kau ni memang perempuan murahan,aku berkawan dengan penipu,pendusta!Pendusta!Aku kesal kenal kau Nani,aku kesal.Cukuplah selama ni aku tertipu,jangan kau muncul depan aku lagi Arnani.Mulai hari ni,aku tak kenal siapa Arnani lagi.Pergi mati dengan persahabatan kita,"Ziyad meninggalkan Arnani keseorangan.Sebelum melangkah pergi,dia mencampak diari ke muka Arnani.Arnani yang sudah tersesak sudah tidak mampu menahan empangan airmatanya.

Diari itu!Separuh nyawa dia mencari dan ketakutan jika Ziyad mengetahui akhirnya menjadi realiti.Dia sudah terduduk di tanah.Airmatanya sudah tiada henti lagi.Orang yang lalu lalang melihat dia tidak peduli.Hatinya hancur berderai.Ziyad menghina dia tanpa tahu cerita yang sebenarnya.Arnani mengutip diari itu.Telefonnya berbunyi.Dari abang sulungnya.

"Hello,ya.Apa?!,"Arnani segera bangkit setelah mematikan panggilan.'Ya Allah,mak,'hati Arnani menyebut Mak Lijah.

●●●●●●●●●●●●●●●

Alunan Yaasin berkumandang sayu dibaca oleh orang kampung.Arnani duduk ditangga rumahnya.Airmatanya sudah kering.Dia sudah tidak mampu menangis lagi dah.Badan terasa sakit namun dia tidak mampu berfikir lagi.Maknya sudah pergi menghadap Ilahi dan mengikut arwah ayahnya.Hilang sudah semangat hidupnya.Masih lagi ingat kejadian semalam,abang longnya telefon mengatakan maknya dimasukkan ke dalam wad ICU kerana terjatuh dalam bilik air.Baru kelmarin dia menelefon maknya,dia tidak sangka sebegini cepat masa berlalu.

Sungguh,dia kesal.Kalau saja dia ada dikampung,pasti maknya tidak akan terjatuh.Dia tidak sepatutnya terlalu sibuk.Padahal,dia berjanji hujung minggu ini dia akan pulang menjenguk.Mengingati semua itu airmatanya menitis lagi,semakin lama semakin laju.Keimanannya betul - betul diuji oleh Allah.

Tiba - tiba sebuah kereta berhenti di laman rumahnya.Dia memandang sepi.'FahmiBagaimana dia tahu,'Arnani hanya berkata dalam kalbu.

"Assalamualaikum," ucap Fahmi.Sayu di melihat wajah pucat Arnani.Arnani hanya senyum nipis.Dia mengucap salam dalam hati.

"Salam takziah untuk awak.Mira yang bagitahu saya semalam masa saya datang rumaha awak sebab nak ajak awak makan,"jelas Fahmi.Terjawab soalan Arnani tadi.Arnani mengangguk,Mira sudah balik petang tadi.Arnani faham kerana Mira masih punya keluarga.

"Tabahlah Nani,saya tak sanggup tengok awak macam ni.Saya akan sedia bagi dorongan untuk awak,"kata Fahmi.Cuba menyalurkan sedikit semangat buat Arnani.

"Saya tak kuat Fahmi,dulu ayah saya,sekarang mak saya,saya dah jadi anak yatim piatu.Mak saya pergi tanpa berjumpa saya,saya tak sempat minta maaf atas semua salah saya.Saya sedih,hati saya sakit sangat,"Arnani menangis lagi.Entah bila airmata ini akan berhenti,dia pun tidak pasti.

Fahmi ingin mendakap gadis yang masih lagi bertakhta dihatinya,namun dia masih tahu halal haram.Pasti gadis ini tidak suka kelak.Dia kenal Arnani,sangat menjaga batas pergaulan walaupun Ziyad merupakan teman paling rapat sekalipun.

"Sekarang saya dah takde apa - apa dah.Ziyad dah buang saya,dia dah benci saya,dia tak mahu tengok muka saya dah.Semua dah hilang,dah pergi jauh dari saya,"Arnani mengadu.Memang dia memerlukan seseorang untuk dia meluahkan rasa.

"Ziyad buat apa?Cakap dengan saya,biar awak lega,"pujuk Fahmi.Dia benar - benar ingin tahu apa yang telah terjadi sebenarnya.Dia pun hairan mengapa Ziyad tiada disaat sahabatnya ini memerlukan teman.Arnani pula serba salah namun dia sudah tidak mampu percaya.Dia menceritakan kesemua kisah yang berlaku.Dia percayakan Fahmi.

Fahmi menahan kemarahan.Dia geram kerana Ziyad menuduh tanpa usul periksa.Dia tahu sebenarnya Nisha yang menghantar diari itu pada Ziyad kerana pada hari kenduri kesyukuran dia ternampak Nisha mengambil barang dalam beg seseorang.Bukan niatnya ingin menyembunyikan hal sebenar namun dia memerlukan kepastian.Jadi,apabila hal ini sudah terjadi,dia terkejut.

Arnani selesai bercerita.Dia sedikit tenang,orang kampung pun sudah mula balik.Fahmi masih duduk disisinya.Angin malam benar - benar sejuk.

"Awak jangan bagitahu Ziyad dia,saya taknak Ziyad bencikan saya lagi,"pinta Arnani.Fahmi mengangguk dalam terpaksa.'Maaf Nani,saya tak mampu berjanji.Saya akan tegakkan kebenaran buat awak,'mungkir Fahmi.

Malam itu,Fahmi tidur menumpang dirumah Arnani kerana hari sudah jauh malam.Pagi esok,Fahmi sudajph merangka sesuatu untuk mengajar Ziyad.Demi Arnani,sahabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience